Nuffnang

Wednesday, April 24, 2024

Terima Kasih CCL

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...



Alhamdulillah selamat sampai hadiah untuk pengomen utama bulan Mac. Saya diberitahu dalam komen. Sibuk fikir pasal puasa dan raya.

Ada rezeki dalam meninggalkan komen banyak-banyak. Tidak tahu sampai bila diizinkan Allah. Sementara ada kelapangan dan keupayaan mari kita tinggalkan komen positif.

Mari kita lihat hadiah yang diberi. Banyak betul lapisan. Maklum barang yang dipos ini barang yang mudah pecah. Apapun selamat dapat dengan baik.

Ada Nota Daripada Pengirim




Periuk yang comel. Cuma musykil boleh ke letak atas api ini? 

Periuk Comel Beserta Penyepit Makanan



Terima kasih CCL. Korang boleh lawat di cappuccinolatte.blogspot.com. 
Sekarang dia sudah aktif menulis setiap hari. Masa bulan Ramadhan, setiap hari ada pos tentang menu berbuka. Suka blog dia yang kebanyakanya tentang makanan yang dicuba.

Monday, April 22, 2024

Laksa Melaka

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Semalam ada perjumpaan Aidilfitri keluarga belah Abah. Ramai yang hadir.

Laksa Melaka



Lama tidak makan laksa Melaka. Tidak berapa dikenali dan tidak ramai orang buat. Terima kasih Mami Masitah kerana buat. Selain makanan daripada katering, ada juga yang bawa makanan. 


Tuesday, April 9, 2024

Aniaya

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Kena hati-hati cakap atau terdetik dalam hati.

Kisahnya saya tidak mahu susahkan atau aniaya orang. Tapi ada hamba Allah ini yang buatkan saya dalam keadaan untuk menganiaya orang lain (belum lagi tapi saya nampak akan berlaku kalau saya tidak buat sesuatu). Memang saya tegur orang itu. Saya mampu berdoa supaya tidak kena masalah itu pada orang lain. Kalau berlaku memang terpaksalah saya marah pada orang itu dan elak berurusan lagi supaya peristiwa sama tidak berulang lagi. Bahaya kalau kena doa orang teraniaya ini. Jadi kena berhati-hati tidak menyusahkan atau tahap menganiaya orang lain.

P.S: Sedar-sedar sudah 29 Ramadhan. Ada juga berharap tanpa sedar untuk puasa 30 hari.

Kemaskini: 17 April dapat barang. Lega dapat masa ada di rumah. Tidak aniaya kurier sebab guna COD.




Wednesday, April 3, 2024

Terawih Yang Berbeza Tahun Ini Berbanding Tahun Lepas

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sedar tidak sedar sudah 24 Ramadhan.

Tahun ini Ramadhan disambut berbeza daripada tahun lepas. Tahun ini solat di Masjid Abu Bakar, UTEM berbanding solat di Masjid Al-Alami MITC.

Terus-terang lagi suka solat di UTEM sebab tengok mereka yang solat di sini memang rapatkan saf. Kalau jarang di sebelah kiri, orang di kiri akan rapat ke kanan. Kalau jarang di kanan, orang di kanan akan suruh kita rapat ke kanan. Mereka tidak kisah dihimpit rapat. Ada rasa beza kalau solat tidak berapa rapat dan rapat betul. Jadi saya tiada rasa risau sangat pasal hal ini. Faktor juga untuk rasa seronok berjemaah di masjid. Sejadahpun tiada yang guna besar yang guna seorang. Kongsi melintangkan sejadah. Alhamdulillah. Lagipun sini ramai pelajar-pelajar jadi semangat berbeza. Kita yang dah tua sedikit rasa semangat juga. Hehe. 

Harap dapat bertemu lailatulqadar.

Jumpa lagi.

P.S: Tahun inipun rayapun akan berbeza daripada tahun lepas. Fikir positif sahajalah. Ada hikmah di sebaliknya.