بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah dilema saya untuk mampat gambar atau mengecilkan saiz gambar di bawah atau tepat pada 100 Kb. Tidak perlu aplikasi untuk pasang pada peranti.
Sebelum ini susah saya hendak letak gambar banyak-banyak sebab saiz besar. Sayang pula dengan ruang di blogger takut habis kuota. Dengan internet semput. Hendak muatnaik gambarpun ambil masa.
Kalau sesiapa ada masalah macam saya boleh taip url di bawah:
https://image.pi7.org/compress-jpeg-to-100kb
Kemudian tekan butang 'Select Images'
Taip saiz. Saya pilih 10 Kb kali ini. Tekan butang 'Compress'. Tunggu seketika. Kemudian terhasil gambar yang dimampatkan bawah 10 Kb. Kualiti gambar kurang sedikit tapi masih ok.
Tekan butang 'Download'.
Kalau Puan/Cik/Encik ada laman sesawang buat fungsi begini boleh kongsi ya. Terima kasih.