Nuffnang

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday, January 28, 2023

Jumpa Laman Sesawang Memampatkan/Mengecilkan Gambar Format JPEG Bawah 100 Kb Secara Talian

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah dilema saya untuk mampat gambar atau mengecilkan saiz gambar di bawah atau tepat pada 100 Kb. Tidak perlu aplikasi untuk pasang pada peranti.

Sebelum ini susah saya hendak letak gambar banyak-banyak sebab saiz besar. Sayang pula dengan ruang di blogger takut habis kuota. Dengan internet semput. Hendak muatnaik gambarpun ambil masa.

Kalau sesiapa ada masalah macam saya boleh taip url di bawah:

https://image.pi7.org/compress-jpeg-to-100kb

Kemudian tekan butang 'Select Images'

Taip saiz. Saya pilih 10 Kb kali ini. Tekan butang 'Compress'.  Tunggu seketika. Kemudian terhasil gambar yang dimampatkan bawah 10 Kb. Kualiti gambar kurang sedikit tapi masih ok.


Bawah 10 Kb



Tekan butang 'Download'.

Kalau Puan/Cik/Encik ada laman sesawang buat fungsi begini boleh kongsi ya. Terima kasih.

Monday, June 13, 2022

Cara Mendapat Firasat/Gerak Hati Yang Benar

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Satu ilmu baru saya dapat ketika menonton Cinta Ilmu pukul 7:30 malam di tv Al-Hijrah tadi. Kisahnya mengenai malaikat Jibril dan apa tugasannya sekarang setelah Rasulullah S.A.W. wafat.

Penceramah beritahu Jibril memberi ilham, gerak hati dan firasat daripada Allah melalui malaikat pembantunya iaitu Malaikat Mulhim kepada manusia. Saya tertanya-tanya dalam diri bagaimana hendak bezakan antara gerak hati yang benar dan tipu saya syaitan.

Akhirnya persoalan saya terjawab di akhir rancangan. (Nasib baik tengok sampai habis). Penceramah menjelaskan untuk dapat firasat yang benar berdasarkan Ibnu Sujak (tidak pasti ejaan mungkin Abu Sujak) 

Untuk mendapat gerak hati/ilham/firasat yang BENAR. Kita hendaklah:

1. Tunduk pandangan, tidak pandang perkara yang maksiat.

2. Tidak melayan hawa nafwa nafsu. Kekang dan kawal.

3. Urus hati, ingat Allah. Apabila pandang sesuatu sentiasa ingat padaNya. 

4. Sentiasa amal sunah Nabi.

5. Pastikan makanan yang masuk ke mulut dan perut kita adalah halal.

Baru tahu rupanya ilham itu diserahkan kepada Jibril dan kemudian diserahkan kepada malaikat Mufhim. Alhamdulillah satu pengetahuan baru.

Saya memang hendak dapat gerak hati yang benar sebab saya seorang kinestatik dan ISFJ. Memang kuat pegang pada perasaan. 

Kalau korang hendak tahu korang ada gerak hati yang benar atau tidak, saya pernah beri kuiz ini dan ia antara pos yang popular sepanjang masa. Boleh klik Kuiz Gerak Hati. Boleh tinggalkan komen kalau gerak hati korang betul. Kalau tidak betul, boleh amalkan tips diberi.

Hehe kadang-kadang firasat tidak betul juga. Kena baiki mana kurang.

Harap bermanfaat. Selamat beramal.

P.S: Kita ingat orang itu dan orang itu ingat kita juga satu bentuk gerak hati.

Monday, November 9, 2020

Menangkap Nombor Bertuah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Senang tidak menjadi penangkap nombor? Bagi saya senang. Hehe kalau kita rajin melawat blog orang tersebut, tidak perlulah setiap masa tapi setiap hari, insya Allah. Ini kerana kita boleh tahu trafik orang tersebut dengan melihat trafik pengunjung dan agak nombor yang akan kena.

Pengira Pengunjung



Ok nombor bertuahnya ialah 1,315,000. Alhamdulillah dapat tangkap ikut formula yang diberitahu.

Hadiahnya sudah dapat petang tadi. Barang daripada Shoppee.

Bungkusan Hitam



Terus buka. Mula-mula ingat tudung tapi kain batik. Bolehlah buat kain baju kurung memang ada baju yang tiada kawan lagi. Terima kasih Syazni.

Kain Batik Hitam



Sesiapa yang berminat untuk  menangkap nombor ekor bertuah bolehlah ke blog-> www.syaznirahim.com. Perhatikan pengiraan pengunjung melalui pandangan web. Harap ada orang lain yang berjaya nanti. Kalau 2 kali terlepas, saya akan cuba lagi. Insya Allah.

Ok itu sahaja. Jumpa lagi.

Wednesday, January 29, 2020

Doa Mohon Keselamatan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari Sabtu lepas menghadiri majlis kahwin. Masa itu saya dah cemas dengan segala penyakit berjangkit. Tiba-tiba saya teringat pada doa ini yang saya dapat daripada Utusan Malaysia Selasa 10 Disember 2013. Keratan tersebut saya laminated. Mula- mula saya memang amal dan hafal tapi lepas pindah rumah, saya macam abaikan. Jadi sekarang saya hafal dan amal. Ini salah satu usaha saya.

Maksudnya: "Sesungguhnya tuhanku, tiada tuhan yang sebenarnya melainkan-Nya, ke atasnya aku bertawakal dan Dialah Tuhan yang memiliki Arasy Yang Agung.
Apa sahaja yang dikehendaki-Nya tentu akan berlaku dan apa yang tidak dikehendaki-Nya tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Aku bersaksi bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuan-Nya meliputi segala sesuatu.
Aku mohon perlindungan kepada-Nya Yang Maha Berkuasa menahan langit daripada jatuh ke atas bumi melainkan dengan izin-Nya, aku memohon perlindungan-Nya daripada kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasa-Nya.
Sesungguhnya Tuhanku tetap di jalan yang lurus." ( riwayat al-Baihaqi dalam Dala'il al-Nubuwwah, al-Matalib al-Aliyyah, Ithaf al-Khiarat, Bughyat al-Bahith)

Petua beramal.
Menurut riwayat daripada al-Tabrani dalam kitab al-Du'a daripada Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bahawa telah mengadu seorang sahabat kepada Abu Darda' r.a. bahawa kebakaran sedang berlaku di kawasan rumahnya. Abu Darda' menafikannya. Kemudian datang lagi seorang yang mengadu hal yang sama lalu ditolak olehnya lagi sehinggalah orang yang ketiga tetapi tetap dinafikannya.
Kemudian datanglah orang yang keempat memberitahu bahawa apabila api itu hampir dengan rumahnya ia terpadam sendiri.
Abu Darda' r.a. telah menjelaskan bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda " Sesiapa yang menganalkan doa ini dibacakan pada waktu pagi dan petang, dia tidak akan melihat sebarang perkara yang tidak disenanginya menimpa diri, anak-anak, pasangan dan rumahnya."


Monday, January 6, 2020

Syukur: Sihat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Bangun pagi dikejutkan sebab nak terkencing. Alhamdulillah masih hidup dan sihat.

Saya nak kongsi tips dapat daripada WhatsApp. Terima kasih yang kongsi perkara ni.



Jumlah air yang perlu diminum


Sarapan makan seperti raja, makan tengahari makan seperti orang kaya dan makan malam seperti orang miskin
Faedah berjalan
Tekanan darah mengikut umur


Harap bermanfaat. Saya memang suka berjalan. Kena teruskan. 


Monday, June 1, 2015

Susah Senang

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Banyak perkara baru diri ini perlu belajar di rumah yang belum biasa. Hidupkan api pemanas ala siri Survivor. Gunakan kayu api. Perkara remeh seperti letakkan sarung pada comforter. Pada orang lain senang tapi bagi diri ini terasa sukar. Mencari arah kiblat pun diri ini teringat pada tips untuk lihat sesungut menghadap ke arah mana. Itulah kiblatnya. Apabila dah dapat sambung ke internet rujuk pada laman islamicfinder. Nasib baik betul tips tersebut.

Soalan yang remeh diajukan orang asing bagiku senang. Bukan semua orang mempunyai pengetahuan yang sama seperti kita. Bersedia untuk menjawab dengan sebaik dan sejelas mungkin.

Tidak pasti bagaimana mengharungi puasa diri ini di sini? Mudah atau susah? Salah satu. Entah mengapa pengembaraan diri kali ini tidak menyeronokkan. Mungkin kerana penanda aras telah diri ini letakkan atau membuat perbandingan pada pengembaraan yang lalu. Diakui pengembaraan yang lalu tidaklah mudah juga TAPI mungkin perasaan menghadapi pengembaraan itu BERBEZA. Pengembaraan terasa SUSAH jika tidak gembira. Mungkin itu penyebabnya. Diri masih menebak punca perasaan tidak seronok ini. Harap-harap sementara waktu.

Maaf tulisan kali ini berat dengan perasaan. Saya cuba memikirkan punca rasa susah senang ini.

P.S: Sekurang-kurangnya maklumat baru dapat.

 

Saturday, May 30, 2015

Pertama Kali

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, saya sudah selamat sampai ke Christchurch. Sekarang ini sejuk gila. Musim sejuk sudah kembali. Pertama kali untuk segalanya. Pertama kali menghadapi musim sejuk. Tidak mudah. Ketika ini saya menyarungkan 2 baju sejuk. Pertama kali menaiki kapal terbang seorang diri tanpa ditemani sesiapa dari KL ke Melbourne. Mujur di Melbourne adik ipar ambilkan di lapangan terbang. 

Masih menyesuaikan diri di rumah baru. Apabila menghadapi sesuatu perkara baru atau berbeza tentu sahaja terpaksa mencari penyelesaian. Contohnya kedudukan bilik tidur, kata kunci wifi untuk telefon bimbit, arah kiblat dan segala-galanya yang dianggap remeh perlu diambil tahu kerana ia mempengaruhi kehidupan seharian kita. 

Buat masa ini tidak selesa tetapi lama kelamaan insya Allah dapat sesuaikan diri.

Setuju tidak dengan pendapat saya? Boleh tinggalkan komen.
 

Sunday, February 16, 2014

Cili


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Ketika berjalan-jalan di sekitar pekan Volgograd sebab nak cari coklat dan cenderamata macam matruska/matruski, kami lalu sebuah kedai makan ini.



Nampak Tak Tertera Perkataan Seakan-Akan yulu


 

Adik saya tanya, "apa nama kedai ni?"
Saya tengok perkataan 4 huruf tertulis "yulu" seperti di bawah. Setelah beberapa hari di tanah Rusia saya terjumpa perkataan sama seperti perkataan Rumi/Roman tapi bunyi berbeza. Contoh macam "pectopah". Bahasa Rusia menggunakan huruf-huruf Greek. Jadi ada simbol delta, pi macam kita belajar Matematik. Malah huruf-huruf lagi banyak daripada huruf-huruf Roman/Rumi. Tak silap ada 36 huruf

Tak ingat siapa yang menjawab soalan adik M. Jawapannya ialah "cili". Haha betul-betul la perkataan Rusia ni sama macam ejaan orang Melayu. Bukan chilli ok.

P.S: "pectopah" bermakna restoran. h jadi huruf, p jadi huruf r. Memang keliru. Malah di visa pasport saya nama saya jadi lain. Hehe. Kalau ada gambar pectopah, saya akan tepekkan. Kalau malas nak letak, takdelah eh :)


Di Belakang Tugu  ^EHN(N terbalik)H

Cuba teka siapakah nama ^EHN(N terbalik)H? Popular ketika Perang Dunia Ke-2. 

 

Wednesday, July 3, 2013

Panduan Waktu Solat Apabila Bermusafir


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Solat fardu adalah kewajipan yang perlu dilakukan di mana sahaja kita berada. 

Masalah adalah apabila kita merantau dan di sana tiada azan untuk pemberitahuan masuk solat. Saya mengalami masalah tersebut. Jadi bagi pengembara bolehlah rujuk pada laman ini. Jadi pada bahagian prayerfinder, pilih negara yang dilawati. Seelok-eloknya buka laman ini sebelum pergi ke sesuatu tempat. Jangan macam saya lepas dah lawat baru nak buka. Contoh boleh tengok di bawah. Klik untuk besarkan.

Waktu Solat Rusia Dipaparkan Bandar-Bandar Utama Seperti Moscow Dan St Petersburg

Ok itu sahaja saya nak kongsi. Jumpa lagi...

Sunday, May 27, 2012

Monolog: Menggunakan LOA Untuk Tabung Nuffnang


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Satu ketika aku terfikirkan tentang LOA yang aku buat pada tabung Nuffnang Aku sudah mengamalkan langkah 1 dan 2 iaitu sediakan 'achievement jurnal' dan 'pretend'. Cuma langkah ke-3 iaitu melakukan hipnosis pada fikiran luar sedar aku belum laksanakan lagi. Aku rasa aku kena buat hipnosis sebab Walsh cakap ia adalalah langkah paling berkesan untuk buang keraguan yang tertanam di dalam fikiran luar sedar dan mudah serta cepat untuk melaksanakan proses 'allowing'. Proses 'allowing' adalah proses paling penting dan utama dalam LOA.


Memang aku sudah tengok hasil penggunaan LOA. Ia memang berkesan! Buktinya aku gunakan LOA untuk tabung Nuffnang dan aku dapat hasil apa yang aku hendak. Cuba bayangkan kalau aku guna langkah ke-3? Memang lagi kuat kesan aku cepat capai apa yang aku inginkan :) Apapun hasil tabung duit Nuffnang terkumpul mengikut objektif aku. Rasakan gembira menerima penambahan duit tabung aku sedikit demi sedikit. InsyaAllah. Ikutkan dalam Islam apabila kita yakin Allah akan makbulkan dan tidak bileh ada rasa ragu pun walau sezarah. Jika ragu memanglah tidak segera dimakbulkan. Itu menunjukkan dalam Islam pun ada konsep LOA. Kuasa yakin dan gembira dengan apa yang dicapai walaupun sedikit harus disyukuri dan diraikan.


Aku berasa puas hati dengan apa yang aku dapat. 


P.S: Bagi yang baca tulisan ini bolehlah amalkan dan sekiranya ingin tahu lebih lanjut boleh klik pada pautan 'Law Of Attraction' di ruang paling kiri bawah.


Jumpa lagi.


Gembira Apabila Hasrat Tercapai


Tuesday, September 20, 2011

Pos WiNaMe's Blog Ada Lagi Rupanya



Assalamualaikum...


Awal dinihari tadi (sebelum Subuh), Wina sahaja jalan-jalan kat blog yang lama Wina tak kunjung. Ni blog-blog yang terawal Wina kenal di mana Wina suka jadi pembaca senyap memang takde tinggalkan komen atau tapak kaki pun. Blog-blog yang ni pun blog peribadi yang jujur meluahkan perasaan dan tak semua orang tahu.

Lepas tu tiba-tiba teringat pada blog lama Wina yang dah tak wujud. Kalau nak tahu lebih lanjut peristiwa tu boleh klik pos ni. Blog ni blog dalam Friendster. Terkenang. Mula-mula sedih gak ingatkan blog tu dah tiada tapi gerakan hati suruh tengok kat google reader. Wina klik pada perkataan wiNaMe's blog tu Syukur Wina letak blog lama tu dalam google reader dan semua tulisan Wina sampai blog itu dibuang oleh pihak pengurusan Friendster ADA! Alhamdulillah. Terima kasih google. Wina baca balik tulisan lama-lama dan apabila baca akan terkenang kenangan ketika peristiwa tersebut dan ketika menulis.


Nak tanya anda ada ke blog yang peribadi atau blog pertama yang mana blog tu lebih kepada luahan perasaan? Masih lagi ada blog tu atau anda dah buang?


P.S: Google Reader simpan arkib pos sampai 2009 jer.


P.S.S: Walaupun pos tu dah dibuang penulis pun, google reader tetap simpan. Maka kita boleh baca. 


P.S.S.S: Tak dapat bayang kalau blog ni takde. Ada yang simpan/back-up blog sendiri tak? Macam mana anda buat?

Anda sayang blog sendiri tak?


Contoh-contoh cetakan skrin blog lama. Klik kalau nak tengok secara besar.

Nama Blog: wiNaMe's blog. Senarai tajuk pos/tulisan


Klik Pada Pos Yang Ingin Dibaca



Contoh Pos Lain


P.S.S.S.S: Kalau anda baca contoh pos lama tu lain kan cara penulisan saya dengan blog ni?  :)

Tuesday, August 30, 2011

Tips Mendapat Iklan CPM Seterusnya Menjadi BE Untuk Iklan Nuffnang



Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Saya ada mengamalkan tips yang saya baca pada blog lain dan mendapat iklan berbentuk CPM (Click Per Impression) maknanya pendapatan dapat melalui jumlah pandangan muka (page view). Kalau kita mula-mula daftar dengan Nuffnang akan diberi iklan CPC. Ok tanpa membuang masa cara untuk mendapatkan iklan CPM yang akan menjadi pendapatan terumpuk (BE) maka mula-mula sekali anda kena pastikan:


1. Kerap kemaskini blog. Bukan bermakna kena hari-hari tapi tetapkan kemaskini blog. Seminggu sekali, 2 kali sehari ke, sekali sehari.


2. Ok status anda mesti Gileratti.

3. Trafik ke blog anda mesti ada. Sekurang-kurangnya 50 pengunjung unik (UV). Cara nak tarik pengunjung dengan menjelajah blog, berkenal-kenalan dengan blogger lain, promosi blog anda dengan kawan-kawan.Kekalkan prestasi blog anda.


Kalau anda dah memenuhi syarat-syarat tu:


1. Kemaskini tinjauan (surveys) pada laman Nuffnang. Pada pengurusan blog ada 'Update Surveys'. Jadi kemaskini dan jawab dengan jujur. Lepas tu tekan butang hantar.


2. Ok lepas tu isi tiket. Klik pada folder Hubungi Kami (Contact Us) tu. Lepas tu pilih Pertanyaan/Cadangan. Letak subjek isi 'Permohonan Mendapatkan Pendapatan Terumpuk (BE)' Lepas tu mesej tu letaklah saya nak dipertimbangkan pendapatan terumpuk. Pastikan iklan anda tu diletakkan di tempat betul tau. Lagi satu maksimakan dengan LETAK  iklan dia bagi (3 bahagian untuk letak iklan). Isi lengkapkan dan hantar. Nanti pihak Nuffnang hantar emel. Pastikan buka dan baca. Tengok kalau berjaya atau tak (tak semestinya BERJAYA). Kalau tak berjaya, Nuffnang beri sebab dan anda baiki atau buat apa disuruh. Macam betulkan kedudukan iklan, tingkatkan pengunjung. Lepas dah buat apa disuruh mohon lagi hingga berjaya.

Selamat mencuba. Usaha itu penting. Kalau berjaya bolehlah tinggalkan komen. Kalau ada pertanyaan boleh juga tinggalkan komen. Jumpa lagi. 

Beza iklan CPC dan iklan CPM dalam Nuffnang
Iklan CPC memerlukan pengunjung klik iklan anda
Iklan CPM pula untuk pengunjung yang masuk ke dalam blog anda tanpa perlu klik iklan. Sekiranya diklik iklan tersebut adalah lagi bagus dan mendapat 2 kelebihan iaitu pendapatan jumlah pandangan muka (page view) dan pendapatan daripada iklan yang diklik. Kiranya iklan CPM ni 2 dalam 1.

Tag also: BE Nuffnang, buffered earning Nuffnang, cara dapat BE Nuffnang, proses untuk mendapatkan BE Nuffnang, apa itu BE?, apa itu iklan CPM, beza iklan CPC dan iklan CPM dalam Nuffnang

Ambil Daripada Wikipedia



Monday, August 8, 2011

Adab Berblog... Kena Rajin Berinteraksi Sesama Blogger



Assalamualaikum...

Alhamdulillah dapat juga pendapatan terumpuk Nuffnang. Ingatkan saya belum layak lagi. Yelah trafik tak tinggi macam penulis blog lain. Saya perasan apabila saya aktif dan berinteraksi dengan blogger lain maka mudah jalannya. Sebenarnya saya cuma ikut saranan google cara berblogging dengan betul (kira boleh kata adab berblogging kut?)Elakkan kena penalti kerana google adalah sumber utama trafik. Jadilah seorang yang peka dan mengikuti apa yang boleh/tidak boleh dibuat dalam blog. Kalau tidak pasti boleh tanya google. Aha itu gunanya enjin pencarian tersebut. 

Kepada pembaca, saya minta maaf kalau ada membuat anda terguris perasaan atau kecil hati dengan saya. 

P.S: Tak boleh jadi kera sumbang :) Yer saya dahulu kurang bergaul dengan blogger lain tapi apabila baca artikel di google buzz tu terus ubah cara. Hehe. Yelah saya ni ambil masa nak sesuaikan diri.








Tag also: Tips untuk dapatkan pendapatan terumpuk (BE)

Wednesday, July 6, 2011

Antara Nasihat Terbaik Yang Diterima Dalam Penulisan Blog



Assalamualaikum…
Selamat awal pagi. Akhirnya dalam ketenangan pagi ini dapatlah saya menulis setelah membuat lawatan blog. Nampaknya yang mengikuti segmen daripada @Freaky ini semua aktif menulis. Lepas ikut je, memang ada sahaja tulisan baru di pemuka papan (dashboard) di mana saya tak berhenti-henti baca selepas itu.
Apapun beberapa hari lalu, saya membaca tulisan google buzz tentang nasihat yang pernah diterima dalam arena menulis blog. Salah seorang blogger @OnceBittenBlog beritahu “tidak hanya aktif dalam blog sendiri tetapi di blog lain juga- tinggalkan komen pada blog orang (terutama yang baca blog kita) tetapi jangan membuat iklan sampah.” Membuat saya terfikir yang saya kurang memberi komen. Kadang-kala saya suka baca semua tulisan tapi satu komen pun tak tinggal (ini selalunya pada blog yang popular) ataupun kadang-kadang tinggalkan komen apabila ada nak diperkatakan. Paling teruk pun tinggalkan jejak di kotak jerit.
Nampaknya lepas ni kena aktif memberi komen daripada hanya baca sahaja. Jadi kepada pembaca, apa nasihat terbaik yang anda terima ketika berkecimpung dalam penulisan blog? Sudi-sudi berkongsi dengan saya.
Ok itu aje saya nak luahkan. Jumpa lagi.















Tuesday, July 5, 2011

Bagaimana Untuk Lajukan Blog Ke Pelayar. Laju Tak Apabila Nak Buka Blog Ini? Tak Cukup Laju Ke? Sila Komen




Assalamualaikum…
Selamat petang semua. Terima kasih melawat dan mengikuti blog ini.  Apabila kita ikut blog orang lain dapat kita kutip manfaat dan ilmu yang mereka ada. Manakala pengalaman buruk mereka kita jadikan ingatan.
Terima kasih pada Gary dan Freaky (boleh tengok nama mereka pada senarai pengikut) memberi tips untuk melajukan apabila buka blog. Sebelum ini saya dapat tips daripada google di mana suruh mengurangkan perkakas/perabot pihak ke-3 akan mempercepatkan pembukaan blog tersebut. Saya yang mempunyai banyak perabot pihak ke-3 rasa keberatan juga nak buang sebab saya rasa perabot tu ada signifikan bagi saya walaupun nampak menyemak atau tiada guna pada pembaca.
Ok bagi yang teringin nak mempercepatkan kelajuan muat turun blog korang pada pelayar. Senang sangat kerana semua penulis blog biasa dengan cara ini.
  1. Buka pemuka blog (dashboard)
  2. Klik pada ‘Design’
  3. Buka bahagian ‘Page Element’
  4. Klik pada ‘Add Gadget’ (mana-mana pun boleh kerana boleh letak di bahagian yang kita suka, jangan risau tak nampak peralatan pun)
  5. Ada label ‘Title’. Jadi korang letak apa-apa tajuk atau tak letak tajuk pun takpe tapi asalkan korang faham fungsi tu, Nanti takut lama tak buka lupa fungsi bahagian tersebut.
  6. Pada ‘Content’ letak kod java ini seperti di bawah dengan salin dan tampal (copy paste)

<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js"></script>

<script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'></script>

<script type="text/javascript">

jQuery(document).ready(function($){

if (navigator.platform == "iPad") return;

jQuery("img").lazyload({

effect:"fadeIn",


placeholder: "https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwAjuFnbjQz8XcXC4fFlVJ-FTglfy159gICZ0VggiZyqlgNiDVYFaR-45DzAvgfxeXZYIm_8RbNFtxxZwDWbKt-LR0PTLNbji0fTa3_FrSmBoUkdQeyRaAWiAaCBMrYVhqyrD3hyphenhyphenqTJ38/s1600/grey.gif"

});

});

</script>

  1. Tekan butang ‘Save’
  2. Lepas itu tekan butang ‘Preview’ untuk tengok perbezaan masa muat turun blog anda ke pelayar.
  3. Puas hati tiada kesilapan menyalin kod, tekan butang ‘Save’

Laju tak apabila buka blog ini atau blog anda sendiri? Kalau rasa lembab, tinggalkan komen yer.













Saturday, June 25, 2011

Kronologi Membuat Kulit Pai Atau Boleh Dikatakan Resipi Kulit Pai Gaya Penulisan Deskriptif Dan Kreatif


Assalamualaikum...

Patut sorak keriangan saya dah buat kulit pai. Yahhhhoooo... Simpan doh/kulit pai dalam peti sejuk dan akan digunakan apabila saya dah dapat kesemua bahan untuk membuat inti. Watak utama pai tu belum ada lagi iaitu epal hijau. Ia sesuatu yang mengujakan apabila saya membuat doh. Tiada kesukaran, mengikut sukatan yang mudah iaitu sukatan cawan (1 cawan bersamaan 250 ml). Saya dah ada sukatan cawan metrik. Mentega pula dikeluarkan dari peti sejuk telah dipotong kiub sebanyak satu cawan. 1/2 sudu teh garam dicampurkan bersama 2 1/2 cawan tepung gandum. Dalam resipi menyatakan tepung serbaguna, saya tukar ke tepung gandum. Senang dan pula saya tergesa-gesa selepas solat Isyak ke kedai berdekatan rumah untuk membeli tepung gandum cap sauh yang mahal juga rupanya. Tidak sabar katakan untuk membuatnya. Saya tak mahu menghabiskan tepung yang tinggal sedikit di rumah. Bolehlah ambil angin malam apabila berjalan laju-laju ke kedai.

Saya buat doh tu pun tengah malam. Ambil angin dan ketenangan hening dapur yang tiada orang. Baguslah, saya tidak suka diganggu ketika membuat sesuatu ataupun malam yang dingin memudahkan saya memecahkan kiub mentega dan menggaulnya dengan bancuhan tepung sambil diselang-seli menambah 1/2 cawan air ais. Nak bagi rangup dan berderai. Itulah rahsia yang dinyatakan menggunakan mentega sejuk dan air ais. Jadi membuat doh awal pagi ini hanya suasana sejuk sahaja. Nyaman dingin. Nanti saya berpanas ketika ingin membakar pai tersebut. Kalau nak sejuk, pasanglah penyaman udara di dapur ataupun bakar pai tersebut di rumah iglu ataupun pindahlah ke kutub utara yang memang 100% pasti tiada panas. Intinya pun mengikut resipi senang nak buat, gaul semua bahan :) Maaf yer doh ni saya tak guna pengisar pun. Saya pakai tangan sahaja. Mudah sangat. Gaul bahan tersebut sehingga tiada yang melekat pada mangkuk, bentukkan bulat, heksagon, piramid atau apa bentuk anda suka dan bungkuskan dalam plastik dan biar doh rehat dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam atau apabila anda nak guna.

Bagaimana penulisan saya kali ini cukup terperinci tak? Haha. Jumpa lagi.

P.S: Untuk resipi lengkap boleh klik di sini



Tuesday, June 14, 2011

Mengapa Saya Pilih Jawapan Tersebut Bagi Peraduan Cari Cantum Menang Berita Harian Minggu Ke-4?


Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Memang dah agak, ramai pembaca yang mencari jawapan Cari Cantum Menang Berita Harian minggu ke-4. Bekas rakan sekolah saya beritahu jawapan patut merehatkan badan dahulu baru menenangkan minda. Hehe, alasan saya buat terbalik ialah pertama sekali mak saya yang pilih susunan begitu iaitu menenangkan minda dahulu. Alasan kedua pula penggunaan DAN. Saya rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baru ( Nik Safiah Karim et. al: 2004: 239) perkataan DAN merupakan KATA HUBUNG GABUNGAN  iaitu jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang SAMA TARAFNYA. Ambil perhatian SAMA TARAF. Maknanya mana-mana klausa nak tulis dulu pun takpe. Maksudnya kalau nak tulis MELANCONG MENENANGKAN MINDA DAN MEREHATKAN BADAN pun boleh atau MELANCONG MEREHATKAN BADAN DAN MENENANGKAN MINDA pun boleh. Saya dah cakap ada kemungkinan satu jawapan betul. Saya hantar dengan jawapan pertama sebab saya rasa mesti jarang orang hantar dengan jawapan tersebut. Hehe.

Apapun terpulang kepada anda nak hantar jawapan yang mana satu. Jangan salahkan saya pula yer. Hehe. Jumpa lagi. Selamat maju jaya bagi mereka yang masuk peraduan ini.

P.S: Kepada bekas rakan sekolah saya, terima kasih kerana memberi pendapat. Kepada pembaca tulisan saya, terima kasih juga.



Thursday, February 24, 2011

Tips Menghilangkan Parut



Assalamualaikum...

Ingat lagi pasal pengalaman pertama masak dan kaki terpacak dengan pisau? Kalau tak tahu boleh ke tajuk 'Masak'. Setelah luka sembuh, ia meninggalkan parut.
Jadi untuk menghilangkan parut luka kerana pisau, seterika dan lain-lain. Saya telah melakukan beberapa cara yang saya buat. Antaranya:

1. kentang dikupas, kentang itu digosok-gosok pada parut
2. kulit pisang, bahagian dalam kulit pisang digosok-gosok pada parut
3. guna pelekat macam untuk parut (tak ingat nama sebab dah takde benda tu)
4. sapukan minyak bio-oil atau rosehip oil pada parut
5. inai pada parut

Memang pada parut ini, saya buat semua cara di atas. Alhamdulillah hilang. Saya tak tahu mana satu yang paling berkesan. Jadi buatlah semua cara tersebut atau ikut keselesaan dan belanjawan yang anda ada. Nak murah boleh guna kentang atau pisang atau inai. Nak mahal guna rosehip oil (memang gila mahal rosehip oil dari Australia ni)

Anda tidak perlu risau tentang parut lagi seperti mana saya. Selamat mencuba.



Wednesday, January 5, 2011

Penat Yang Menyeronokkan




Assalamualaikum...
Memang seronokkan melakukan aktiviti-aktiviti yang kita suka walaupun ia memenatkan? Bagaimana kalau kita terpaksa bekerja untuk meneruskan hidup yang kadang-kadang ada hari bukan hari kita?

o       Buat kerja dengan ikhlas dan jadikan kerja tersebut menyeronokkan. Jadikan rezeki kita berkat
o       Kadang-kadang kerja kita buat tu memenatkan tapi bila dah selesai kita rasa puas kerana berjaya   melakukannya. Kita patut gembira.
o       Kadang-kadang JUGA bukan masalah kerja tersebut tapi masalah orang sekeliling yang teruk seperti ada yang hipokrit, ada yang jenis memburuk-burukkan kita pada orang lain terutama pada ketua. Kalau saya, baik berhenti daripada bekerja dengan jiwa tak tenang. Kalau anda dapat bertahan dan bersabar teruskan, besar pahala anda dapat.Kalau tak tahan, berhenti kerana ia merosakkan jiwa kita (kalau  ada pilihan). Rezeki ada kat mana-mana.
o       Kadang-kadang kita mengeluh gaji/upah yang TIDAK cukup dengan kos yang meningkat. Anda kena bijak dengan berjimat dan belanja pada perkara-perkara yang penting. Jangan kerana hendak dapat gaji tinggi anda abaikan nilai KEJUJURAN. Contoh kalau anda berniaga menaikkan harga yang tidak munasabah hanya kerana hendak dapat untung lebih. Sebenarnya faktor berkat memainkan peranan utama. Kalau anda tidak menghiraukan punca rezeki anda bersih atau tidak, banyak mana pun gaji/upah/keuntungan yang anda dapat tidak akan mencukupi. Jadi perhatikan selalu etika
o       Kepada mereka yang mempunyai kerja tetap pula, jangan berfikiran sempit atau suka buat kesimpulan secara umum kepada orang yang tidak bekerja tetap. Masalah yang saya hadapi bila ada orang tertentu yang berpandangan skeptikal pada saya kerana TIDAK bekerja tetap dan TIADA gaji bulan-bulan.Mula-mula saya terangkan yang kerja tidak semestinya perlu mendapat gaji TETAP. Kalau kerja tetap pun banyak lalaikan tanggugjawab SAMA TARAF juga dengan orang tidak bekerja cuma beza ada gaji.  Tolonglah jangan sempitkan pemikiran tu dengan ingat kerja KENA dapat gaji macam gaji bulan-bulan.Ada juga kerja yang tidak ada gaji. Lagipun saya perempuan dan bukan kewajipan perempuan mencari rezeki pun.


Saya minta maaf kalau tulisan saya agak emosi kali ini. PENAT dengan orang-orang begini.