Nuffnang

Thursday, February 23, 2023

Terima Bungkusan Pos Laju

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
p
Tidak pasti pukul berapa terima sebabnya saya turun Tingkat bawah pukul 11 lebih ternampak bungkusan ini di meja makan. Bungkusan Pos Laju saya belek dan terlihat nama Anies sahaja. Ringkas letak nama. Tahulah daripada siapa

Bungkusan Pos Laju



Bawa bungkusan ini ke bilik tidur dan buka. Terdapat nota tulisan daripada Anies beserta magnet peti sejuk daripada Mesir, kalendar mini untuk meja, buku nota mini dan selotep pembetulan tulisan.

Dari Atas Kiri: Selotep Pembetulan Tulisan, Magnet Peti Sejuk, Kalendar Mini Meja Dan Buku Nota Mini (Gambar Duyung)



Terima kasih Anies untuk pemberian ini. Saya sudah magnet pada peti sejuk dan gunakan kalendar meja. Lagi 2 item belum guna lagi.
Korang bolehlah lawat blog Anies --> aaniesandyou.blogspot.com. Blognya berkisar pengembaraan baru-baru ini ke Sabah, Singapura, Mesir. Ada juga tentang bola, makanan dan renungan. Seronok dibaca. Oh! Ya, ada pertandingan dianjurkan juga ketika ini. Selamat mahu jaya pada peserta yang sertai.


Monday, February 20, 2023

Pos Pencarian Tertinggi Sepanjang Masa

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Memandangkan sudah kembali ke dunia blog jadi saya sahaja tengok balik pos tulisan yang paling tinggi dilawat sepanjang masa. Nampaknya pos yang saya tulis pada 2011 ini menjuarai carta pos popular. Ia pengetahuan am yang saya dapat daripada pembacaan novel. Kalau hendak tahu klik SINI.

Teringin juga hendak tahu pos paling popular sepanjang masa (banyak dilihat) oleh para bloggers. Boleh kongsi, saya hendak baca. Nanti tinggalkan pautan (link) tulisan tersebut kalau tidak menyusahkan. Kalau tidak, beritahu secara ringkas pos itu pasal apa. Mungkin saya akan tinggalkan komen pada pos yang diberi pautan tersebut.

Terima kasih.


Saturday, February 18, 2023

Kembali Ke Dunia Blog

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Lama bertapa menulis bog. Cuti uzur tengok siri Korea. Jadi ini sudah kembali ke dunia realiti.

Alhamdulillah berjaya tangkap 2 nombor. Satu nombor tepat dan satu terlebih. Biasalah suka tangkap nombor. Azam tahun ini untuk kerap tangkap nombor. Insya Allah.

Tepat 4 800 000


Lebih 1


Mereka yang selalu datang sini tahu kan? Hehe. Simpan di sini. Satu hari nanti saya akan baca arkib sejarah tahun 2023. Hati lagi akan terdetik rajin betul tangkap.

Di sisi lain, selamat datang bulan Syaaban.


P.S: Boleh sasarkan tangkap nombor berturut-turut pula. Jadi ada 7 nombor kena tangkap.

Kemaskini: Dapat RM35 sebab ada nombor sama dengan orang lain. Persaingan sengit. Bukan dapat tunai., minta belikan coklat masa di Langkawi. Tq Adda semoga semakin murah rezeki dan dijauhi bencana.

Saturday, February 11, 2023

Kacang Kuda

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Minggu lepas belilah kacang kuda.  Teringat pos Puan Ujie. Mula-mula pergi seksyen makanan tin ambil yang dalam tin. Kemudian teringat ada versi kering. Beli juga tapi ini ambil tidak banyak jadi harga RM1 lebih. Lagipun tidak yakin pandai rebus sampai empuk.

Kacang Kuda Kering



Selasa minggu ini tergerak hendak makan jadi ambil separuh yang kering rendam dalam periuk dan tutup. Buat malam jadi biarkan semalaman. Petang esoknya barulah rebus. Buang air rendaman guna air baru menutupi kacang kuda yang sudah kembang. Letak sedikit garam. Tenggek atas dapur. Nampak air jadi sedikit, tambah air untuk menutupi kacang kuda semula. Selepas itu, saya ambil satu cuba potong dua. Kalau mudah potong maknanya sudah empuk. 2-3 kali juga buat. Maaf tidak tengok tempoh masa. Kali terakhir potong tengok hampir empuk baru saya letak sedikit garam. Tutup api, tutup periuk. Bagi sejuk sedikit (suam).

Apabila buka periuk, alhamdulillah empuk dan masin yang sesuai. Hehe pertama kali buat jadi rasa gembira.

Kacang Kuda Rebus



Kena tunggu lambat sedikit untuk rebus lagi sebab abah dari Thailand bawa kacang badam dan gajus. Kunyah ini dahulu.

Belakang Tabir: Menulis Di Telefon Samsung Galaxy J7 Prime

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

(Tulisan untuk bacaan sendiri)

Rasa bahagia dapat telefon abah Samsung Galaxy J7 Prime abah. Asalnya abah hilang telefon dan saya rasa sangat terkesan. Abah buat laporan polis dan kenalah pergi Pusat Celcom untuk dapat kad sim baru.

Abah beli telefon terpakai tapi bukan Samsung. Saya teringat abah ada telefon lama ini. Jadi cuba cas. Bagi pada abah kalau hendak data daripada aplikasi. Lepas itu saya minta kebenaran untuk pakai. Niat asal untuk muat turun permainan sebab telefon Lenovo sudah hampir penuh simpanan data. Tidak dapat juga sebab tengok storan telefon ini penuh. Lagipun saya sudah janji dengan abah untuk tidak buang mana-mana aplikasi.

Takpelah guna untuk tengok drama Korea. Hehe di telefon ini saya baru kenal dan guna laman Viu. Tengok siri Korea Mr. Queen dan Emergency Couple. Juga ini pos pertama guna telefon ini juga.

Maka pos ini saya akan letak 11 Februari 2023 tanda saya mula masuk ke akaun saya. Guna laman Chrome dengan fungsi incognito. Jadi akaun saya tidak akan disimpan. Kena daftar baru setiap kali masuk.

Kalau ada yang baca, pos ini sebagai coretan saya dibuat sebagai tulisan lama. Kalau hendak tinggalkan komenpun tidak mengapa.

Friday, February 10, 2023

Giveaway 23 Anniversary Ciknur Dan Husband

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

 [TAMAT]
Terbuka hati hendak sertai pada hari Jumaat yang mulia ini. Klik kain rentang di bawah untuk sertai.

Jangan Klik, Segmen Tamat
 


Syarat-syarat pun senang. Eh! Baru perasan Puan Saranur betulkan jadi 24 tahun.

Oklah ucapan:

Semoga setiap liku-liku kehidupan, susah senang sentiasa bersama. Saling menenangkan dan menceriakan antara satu sama lain. Hidup dalam keredhaan Allah. Bersama-sama mencari bekal akhirat dan jumpa di syurga. Amin.

Tarikh tutup pada 13 Februari. Cepat tinggal 3 hari lagi. Haha sahaja jadi peserta hujung. Tidak tahu pemilihan pemenang dipilih secara rawak atau berdasarkan ucapan. Apapun selamat maju jaya untuk semua yang sertai.

Wednesday, February 8, 2023

Kaftan Batik Lengan Panjang Selamat Tiba

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ingat pos ini?

Alhamdulillah selamat tiba kelmarin, Isnin walaupun banyak drama dalam proses menunggu barang sampai.

Terima dalam keadaan baik 

Kaftan Batik Lengan Panjang



Ada ucapan lagi.


Ucapan Mesra


Sudah cuba. Memang labuh bahagian tangan dan kaki. Kena ubah. Ingat hendak lipat lebihan dan jahit tapi emak kata potong sedikit dan jahit atau buat jerut macam di tangan. Apapun emak yang akan buat. Mana terbaik. Ikut malas saya, saya hendak lipat dan jahit sahaja. Hehe.

Pandangan Atas Kaftan Batik



Emak tanya saya beli ke? Saya kata orang beri. Emak saya kata asyik ada orang beri sahaja. Hehe. Oh! Rasanya kaftan batik lengan panjang ini hendak pakai masa raya dengan stokin Puan Ujie bagi. Raya kena pakai barukan? Tudung saya sudah ada. Maklum warna hijau. Lupa bagitatu kaftan ini tanahnya warna hijau zamrud.

Terima kasih Shikin Razali.

Monday, February 6, 2023

Kenduri Aqiqah Dan Doa Selamat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tanggal 4 Februari/ 13 Rejab bersamaan Sabtu berlangsung kenduri aqiqah dan doa selamat di rumah emak saudara di Taman Lenggong, ampin.

Majlis bermula 10:30 pagi. Sarapan disediakan seperti lemang dan rendang ayam dan daging campur hati serta kuih-muih seperti kuih bom, lepat dan donut. Saya tidak makan sebab simpan perut untuk makan tengahari.

Sebahagian Khemah. Ini Khemah Untuk Ahli Marhaban Dan Doa Selamat

Kuih-Muih Yang Adik Perempuan Ambil Untuk Anak-Anaknya




Rendang Ayam

Rendang Daging Dan Campur Hati



Majlis dimulakan dengaan berzanji. Kemudian barulah bacaan doa selamat. Lama juga. Hampir ke tengahari barulah baca an doa selamat selesai. Haha lapar tahan makan. Ambil semua lauk. Nasi putih, teluk itik masak lemak, sambal jawa, kari daging, ayam sambal letak daun kari, ulam-ulam, sambal belacan, ikan masin. Penuh pinggan. Air teh o dan mineral.

Nasi Putih+ Telur Itik Masak Lemak+Sambal Jawa+Ayam Sambal Daun Kari+Kari Daging+Ulam+Sambal Belacan+ Ikan Masin



Lupa adik ada bawa keju keju Oreo ambil satu masa ambil air. Gambar tiada sebab makan. Memandangkan saya ahli keluarga tuan rumah jadi makan dalam rumah duduk di permaidani. Tiadalah makan di khemah. Laku habis lemang dan rendang dan kuih-muih. Tidak dapat tapau makanan tersebut. Majlis habis dalam pukul 2 petang tapi kami ahli ada masih lepak tolong Mok petik pucuk maman untuk buat rendang maman. Banyak daun maman yang kena ambil. Kerja renyah sebab itu ramai tidak buat rentang maman. Kalau buatpun harga mahal sedikit daripada rendang biasa. Sampai pukul 5 petang lebih baru selesai petik. Bersedia ke rumah Desa Permai buat majlis kejutan Mak Lang dan Uncle Duan. Mak Lang 31 Januari dan Uncle Duan 5 Februari.

Waktu ini sudah penat jadi tiada ambil gambar. Makan lagi. Kali ini makan nasi goreng dengan sambal paru dengan teh tarik. Ambil sedikit. Balik badan rasa lenguh sampai keesokannya. Menyesal minum teh.

Friday, February 3, 2023

Rasmikan Pembuat Wafel Yang Diterima Daripada Azhafizah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ada beritahu dalam pos sebelum ini saya terima alat pembuat wafel. Jadinya hari ini baru rasmikan ketika sarapan pagi. Sebenarnya adik saya yang rasmikan sebab anak-anak buah tidak sabar hendak makan wafel. Jadi saya tukang tengok dan ambil gambar.

Hehe cubaan pertama kurang garing  di tengahnya tapi anak buah kata sedap. Saya tidak makan sebab puasa. Lega juga alat berfungsi baik jadi emel pada Fiza alat ini berfungsi baik.

Depan Wafel



Ini pula di belakangnya, letak cip coklat. Jadi coklat ada cair jadi tambah sedap.

Belakang Wafel Dengan Taburan Coklat



Rupanya boleh buat roti kepit juga. Hehe baguslah sebab lagi senang buat. Itu nanti saya buat sendiri apabila berada seorang di rumah.

Terima kasih Fiza pemilik blog sihatimwrahjambu untuk hadiah ini. Fiza banyak kongsi maklumat pelbagai. Bolasepak tanahairpun ada.

Jumpa lagi.

P.S: Kalau saya buat wafel, saya akan cari yang soap bancuh yang dijual di pasaraya.

Wednesday, February 1, 2023

Kesimpulan Januari 2023

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sedar tidak sedar sudah masuk bulan ke-2 2023. 

Ini kesimpulan bulan Januari, hari-hari yang saya lalui.

Awal tahun masih demam, sakit tekak dan hidung tersumbat. Jadi ke klinik lagi. Tidak tahan itu sebab rasa letih, tidak bermaya. Banyak berehat di katil. Mungkin juga kenangan ubat. Ada satu ketika rasa pahit semata-mata sebab silih ganti makan ubat. Dapat5 ubat makan dan ubat titik dalam hidungpun boleh terasa juga.

Kemudian sambut harijadi di hotel awal sehari daripada harijadi. Masa ini rasa ok sedikit. Kebetulan hari terakhir makan ubat untuk petang. Dapat hadiah termometer daripada adik bongsu, teruslah ambil suhu. Alhamdulillah lepas itu tidak demam lagi.

11 Januari dapat hadiah pertama daripada blogger Ujie Othman. Kemudian hari sama pesan makanan sunah sampai. Ikhtiar untuk hidung tersumbat.  Pertama pesan melalui COD.

Kemudian ada pesan barang melalui pos dan COD. Kemudian sedar kena guna satu-satu dahulu, tidak boleh serentak. Selain usaha amal baca potongan ayat-ayat al-Quran. Terima kasih kepada bloggers juga yang kongsi.

Tangkap nombor di blog mamapipie dapat RM30.

Hadiri kenduri kahwin pada 1 Rejab.

Terima bungkusan hadiah tukang komen bulan Disember daripada Fieza Sani.

Tukang komen tegar 2022 di blog Shikin Razali.

Oh!Ya, saya sudah mula berjalan laju waktu petang. Kadang-kadang seorang, kadang-kadang dengan anak buah. Suasana yang dingin dengan cahaya matahari lembut buatkan saya berlama-lamaan berjalan menikmati keindahan alam. Macam saya cakap mengapa saya suka bulan Januari. Jalan-jalan itu buat teringat saya buat jalan laju di luar negara. Itu saya buat waktu tengahari sebab cuaca nyaman. Sama perasaannya. Alhamdulillah.

Dessini DS|-107



Hujung bulan iaitu 31 Januari, terima hadiah daripada blogger Azhafizah Mohd Nor. Nombor 2 Jurukomen 2022. Hadiahnya pembuat wafel. Mula-mula tengok kotak ingat pembakar roti dikepit dua sebab tiada nama. Belum buat lagi. Hehe bahan tidak cukup. Ingat beli yang siap dalam kotak untuk cuba. Insya Allah.

Pembuat Wafel Mini Dessini



Kena baiki balik diri sebab Januari tidak buat lansung puasa sunat. Aduh teruk betul! Insya Allah esok Khamis akan mula semula puasa sunat.

Itulah kesimpulan 31 hari dalam Januari.. Azam untuk lebih rajin lawat blog orang terutama yang jarang lawat itu. Insya Allah.

P.S: Mungkin akan buat kesimpulan setiap bulan. Insya Allah.
      :Rasa semangat hendak kerap tulis sebab boleh edit dan kecilkan gambar.