Nuffnang

Tuesday, November 29, 2022

Sambutan Hari Jadi Untuk Mereka Yang Lahir Bulan November

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

4 people in a family celebrating November birthdays. Only 3 people ads. Another one out of state.

So on Sunday, November 27th, welcome with a midday buffet meal at Hotel La Crista. Feel like an ambassador for this hotel. Last month, the youngest sister also celebrated her birthday here.

This time take pictures together before eating. Meal times are busy because there are lots of kids under 12 so they are busy serving them instead of fully enjoying the food. It was a busy day too so our tables were placed outside the dining area. Almost on the lobby. So you don't really appreciate food. Whatever these memories I want to capture on the blog.

Bongsu Sister Take Selfie With Us



It's not always possible to be together like this in this place.

We are Family



Those who are celebrated

Nuha- November 19th
Abah- November 25th
Adik ipar (perempuan)- 28 November

Tidak dapat hadir 

Adik ipar (lelaki)- 24 November

Masa mula makan, Kakak sepupu dan suam serta anak bongsunya sertai kami. Meriah.

Friday, November 25, 2022

Terima Parcel Kuning Diraja Hari Isnin: Coffee Cup And Saucer

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari Isnin 21/11 yang sibuk dan memenatkan. Pukul 6 petang lebih anak buah ketuk pintu bilik hulur parcel kuning diraja ini.

Terima Parcel Kuning Diraja Hari Isnin: Coffee Cup And Saucer



Tahu siapa yang hantar sebab dia sudah beritahu. Maka bukalah bungkusan tersebut.

Lucky Coffee Cup And Saucer



Mula-mula ingat set cawan dengan piring biasa sebab nama pun cawan kopi dan piring. Apabila buka dalam nampak seperti 'piring' seperti tapak cerek elektrik. Cuma ini guna wayar USB seperti wayar cas telefon bimbit. Kira mudah dibawa. Cuma hati-hati sebab cawannya seramik. Mudah pecah.

'Piring'nya ada butang on. Jadi letak cawan berisi air. Saya letak air koko dan ia akan sentiasa panas pada suhu 50-55 darjah Celcius. Ia dikatakan suhu sesuai. Ada penutup cawan dan sudu yang comel (tiada dalam gambar).


Air Koko Sentiasa Hangat Sesuai Minum



Bolehlah selalu minum air yang agak suam tanpa tunggu lagi. Saya letak cawan dan piring di bilik tidur, boleh bersedia minum bila-bila masa. Terima kasih kepada blogger Shikin Razali   --> wwww.shikinrazali.com yang hadiahkan kepada saya cawan dan piring elektronik. Saya terpilih melalui undian sebagai salah seorang 10 tukang komen. Alhamdulillah tuah saya terpilih untuk bulan November. Banyak hadiah Shikin beri saya guna dah. Macam- macam dapat. Saya hargai sangat-sangat.

Saturday, November 19, 2022

Saya Sudah Mengundi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah sudah selamat mengundi pukul 9 pagi lebih. Ramai orang pagi-pagi. Ingatkan hujan kurang orang.

Dakwah Di Telunjuk Kanan



Lagi satu boleh celup jari telunjuk kanan. Saya bagitahu dahulu kertas undi saya comot sebab saya kidal. Orang kata undi rosak kali kertas ada kotoran.

Saluran 2 Parlimen 138 Kota Melaka.

Selamat mengundi.

Friday, November 18, 2022

Review: McD Spicy McCrispy Chicken Burger

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Isnin lepas adik perempuan bertanya saya hendak apa dari McD. Saya kata burger yang pedas. Adik saya tunjuk beberapa jenis burger dan kombo. Saya pilih burger selapis Spicy McCrispy Chicken Burger dengan kombo sundae coklat. Sundae ini anak buah sebat makan.

Apabila terima bungkusan, tertera nama dan saiznya sedikit panjang.

McDonald's Spicy McCrispy Chicken Burger



Apabila buka rupa paras seperti GCB kerana ada kobis. Berbeza sedikit sos mayonis berwarna oren yang banyak. Mula-mula ingat hendak letak sos cili tapi fikir baik rasa asalnya bagaimana.

Pandangan Tepi McDonald's Spicy McCrispy Chicken Burger



Rasanya pedas sedikit. Tiadalah sampai memerlukan air. Juga tidak perlukan sos cilipun. Seperti namanya, kepingan ayamnya memang rangup walaupun dilapisi mayonis. 

Rasanya memang sedap. Tiada rasa untuk ubah apa-apa. Saya selalu kalau rasa ada kurang, saya akan ubah ikut tunas rasa saya. Boleh ulang makanan ini. Untuk saya beli: TIDAK? Hehe sebab ada burger lain yang lagi sedap.

Jadi penilaian saya.

RASA: 4/5
HARGA: 3/5
KEBERBALOIAN: 3/5

Harga kombo dengan sundae coklat ialah RM9.99. Terima kasih adik perempuan saya kerana belanja.

P.S: Blog walking blog perlahan seperti siput. Perlahan tapi sampai insya Allah.

Monday, November 14, 2022

Menjadi Sibuk

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Setelah lebih 2 tahun, adik perempuan nombor 2 pulang awal hampir ke Subuh dengan 6 orang anak yang masih kecil. 12 tahun dan ke bawah. Dicampur adik lelaki yang bongsu yang bawa anak-anaknya untuk bertemu mereka.

Sebahagian Budak-Budak Ribena. Lincah Dan 'Pengemas' Rumah



Back adik nombor 2 kata rumah sudah seperti nurseri.

Kecoh dan riuh. Rumahpun sudah huru-hara bersepah. Saya sudah merasakan kepenatan dan membayangkan lagi penat dan pening apabila adik nombor 2 tinggal lama di rumah ini.

Saya kena sabar banyak-banyak dan biarkan sahaja ada sepah. Tidak dapat kemas 100%. Nampaknya masa 'me time' saya sudah berakhir.


Monday, November 7, 2022

Kenduri Kahwin Masakan Negeri Sembilan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Semalam (Ahad, 6 November) kami menghadiri majlis resepsi sebelah lelaki kenalan abah dan emak ketika ke Maghribi/Sepanyol baru-baru ini. Nama bangunannya memang unik iaitu d'Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan. Tempatnya besar dan eksklusif. Banyak bahagian boleh buat acara khas dan terdapat fasiliti seperti kolam renang dan padang golf, spa, tempat makan. Maaf gambar tempat tiada sebab terus masuk dewan Halia dan Serai.

Salam tuan rumah terus diberi cenderahati. Terus ke tempat buffet tengok ada 2 jenis nasi. Nasi putih dan nasi minyak dengan lauk. Saya ternampak lauk masak lemak terus ambil nasi putih sahaja. Ada masak lemak ayam, masak lemak cendawan telinga kerana, masak lemak tempoyak lauk kayu dan petai, dendeng daging, ulam timun, sambal belacan dan sambal belacan. Ini yang saya ambil. Lain seperti ayam masak merah dan paceri (kalau tidak silap sebab tidak belek-belek) saya tidak ambil.

Pinggan Saya



Semua sedap, berasa tapi tidaklah pedas sangat lauknya. Dendeng daging itu ada bahagian liat. Biasalah. Apapun persekitaran makan memang selera. Dalam ini air sejuk sahaja (sirap ais dan air sejuk) dan air biasa. Saya cuma minum air biasa.

Kemudian keluar ke tempat pencuci mulut. Sini saya makan cendol songkok tinggi, apam balik nipis dari Paroi. Ada kuih-muih seperti kaswi, tapai, cucur badak. Air panas pula kopi o dan teh tarik<--- Ini semua saya tidak makan dan minum.

Balik buka beg kertas cenderahati ada 2 kotak. Kek coklat dan kuih bakar. Pertama kali dapat kuih bakar. 

Kuih Bakar



Bertolak keluar dari tempat ini tepat-tepat pukul 1 tengahari.

P.S: Seronok makan makanan kenduri.

Saturday, November 5, 2022

Terima Hadiah Telekung Berbunga Kecil Warna Gandaria

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Syukur kepada Allah diberi nafas dan peluang menulis lagi. Alhamdulillah juga saya terima hadiah sebagai tukang komen utama bulan Oktober semalam. Cepat juga terima nombor rekod parcel J&T pada hari Khamis daripada Puan Fieza Sani (www.fiezasani.xyz). Mungkin sebab bukan PKP lagi.

Alhamdulillah terima hadiah telekung berbunga tanah putih tapi kain dan hujung telekung warna gandaria. Bertambah koleksi dan insya Allah akan digunakan dengan sebaik-baiknya.

Telekung Berbunga Kecil Warna Gandaria



Terima kasih Puan Fieza Sani. Asal-asal saya singgah sekali-sekala ke blognya untuk cari maklumat. Mula-mula baca, tinggalkan komen sekali-sekala. Cuma bulan lepas rajin komen. Banyak maklumat tentang kecantikan, tempat makan, tempat dilawati dan kisah-kisah seharian yang dilalui. Seronok baca. Semoga ukhuwah di dalam dunia siber berterusan.

P.S: Untuk makluman warna gandaria ialah warna ungu muda. Terima kasih pada pos tulisan Azhafizah (https://www.azhafizah.com/2022/11/nama-nama-warna-dalam-bahasa-melayu.html) yang kenalkan nama-nama warna dalam Bahasa Melayu klasik. Saya rujuk pada posnya untuk sebutan/tulisan setiap warna.


Friday, November 4, 2022

Doa Yang Komprehensif

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Saya suka tentang topik doa. Doa ialah senjata orang Mukmin.

Berdoa perlukan adab dan cara. Sebelum berdoa, kita beristighfar, memuji Allah dengan bersungguh-sungguh. Kemudian doa yang dipinta mestilah disusun perkataan seperti contoh Nabi Isa alaihissalam berdoa seperti pada ayat 114 surah Al-Ma'idah juzuk ke-7 maksudnya:

Isa putera Maryam berdoa: "Wahai Allah Tuhan Kami, turunkanlah kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami dan menjadi tanda pada kekuasaan Kamu; berikanlah kami rezeki, dan Kamulah sebaik-baik pemberi rezeki." 

Doa diminta mestilah jelaskan apa yang diinginkan, objektif/tujuan permintaan, penutup dengan pujian Allah dengan nama asmaul husna yang sesuai dengan permintaan.

Permohonan Nabi Isa --> suatu hidangan dari langit, berikan rezeki

Objektif--> menjadi hari raya dan menambah keimanan pengikut Nabi Isa alaihissalam dan selepasnya dengan menunjuk kebesaran Allah melalui mukjizat Nabi Isa alaihissalam.

Nama asmaul husna--> hairul raziqin (sebaik-baik pemberi rezeki)

Jadi kalau kita berdoa katakan ingin kaya, murah rezeki. Nyatakan objektif/tujuan yang mulia yang dekatkan diri pada Allah contoh supaya boleh bersedekah, bantu ibubapa menunaikan haji/diri sendiri tunai haji, melangsaikan hutang-piutang/ tidak berhutang dengan orang, sentiasa bersyukur dekat pada Allah. Penutupnya boleh memuji Allah Maha Pemurah dan Maha Kaya.

Apapun kita boleh juga gunakan doa Rasul dan orang soleh seperti doa Nabi Zakaria alahissalam, Nabi Musa alahissalam dan Nabi Muhammad Sollahualaihiwassalam.

Wallahua'lam. Boleh tambah apa yang kurang atau silap dalam komen ya. Terima kasih.


Tuesday, November 1, 2022

November

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Bulan baru. Bulan ini bulan harijadi abah, Nuha dan 2 orang adik ipar.

Meriah hendak sambut harijadi budak ini sebab sepupu-sepupunya balik.

Nuha



Harijadi Nuha pada 19 November. Budak suka conteng muka, dinding. Gunting rambut sendiri. Memang kuat perasaan ingin tahu.

Selalu nyanyikan pada dia "Nuha kecil, Nuha kecil, Nuha dah besar."

Insya Allah tahun ini masuk 5 tahun. Semoga menjadi budak bijak dan solehah.