Nuffnang

Monday, February 28, 2011

Saya Suka Masuk Peraduan dan Memperkenalkan Peraduan Mari Membaca

Assalamualaikum...

Bertemu kembali. Rasa lega sangat sebab dah poskan 'Peraduan Mudah Menang Harian Metro' untuk minggu ke-4. Ingatkan nak pos lepas solat Asar tapi cuaca panas menyebabkan saya menangguh untuk menghantar peraduan selepas Maghrib. Tengok-tengok mak dah poskan. Terima kasih mak. Sesiapa yang berminat dan rajin membaca Harian Metro boleh lagi sertai kerana minggu ini (minggu ke-5) adalah minggu terakhir peraduan. Sila kumpul soalan bermula hari ini sehingga Ahad.

Petang tadi berjalan-jalan mencari blog best. Tetiba sampai kat blog ini. Blog ini ada buat peraduan gift to give. Ini bagi sesiapa yang suka membaca atau ulat buku macam saya, bolehlah masuk peraduan ini. Peraduan Mari Membaca. Saya teruja juga nak masuk, tengok-tengok tarikh akhir 28 Februari. Uwaa, saya terlambat. Bukan terlambat sangat tapi saya ni suka ambil masa tulis nak fikir, nak kena ada gambar buku yang kita ulas. Hadiah menanti adalah buku yang kita nak. Nak tahu lebih lanjut, klik sini ya. Saya terus menyatakan hampa di kotak jerit (shout box) suruh pembuat pertandingan (seorang Dr) tu lanjutkan tempoh pertandingan atau buat secara bulanan. Dalam hati sedih gak tak dapat masuk. Lepas tu Dr tu cakap akan diteruskan. Yahuu, gembiranya sungguh. Tadi sedih sempat pergi makan kek kejap sambil fikir-fikir rasa rugi. Hehe kini tidak lagi. Jadi sesiapa yang berminat TERUTAMA ULAT BUKU, sila klik tau.

Best tau sebab boleh hantar penyertaan seberapa banyak yang kita nak. Maknanya boleh la korang minta buku pelbagai dekat tuan punya peraduan tu. Haha. Ok sila jenguk.

Jumpa lagi.






Sunday, February 27, 2011

Saya Tergoda Si Jantung Jiwa



Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu...

Pagi minggu saya bermula lewat sedikit dan saya tidak dapat pergi senam robik. Berangan tidak sudah dari malam tadi inginkan t-shirt adidas yang sangat menarik maka tidur tidak lena (oh salahkan adidas). Berangan mahu pakai ketika membuat senaman atau berjalan kaki. T-shirt yang menepati idamanku yang menyejukkan diri (moga-moga diri rajin membuat aktiviti riadah).Oh, bila dapat kubeli? Kata hati.

Oh tidak mengapa, nanti cari di mana-mana walau rasanya tipis jumpa di sini. Hoho. Sudah berangan mahu membuat koleksi t-shirt adidas dengan pelbagai warna. Tiga jaluran dan logonya membuat saya teruja. T-shirt yang saya ada sudah koyak sedikit di hadapan tanda sudah lama pakai. Hati bermonolog jiwa memberontak memaksa diri pergi cari sekarang juga. Pada sisi diriku yang lain menyabarkan diri, sabar, nanti bila jumpa beli banyak-banyak dengan warna-warna berbeza.  Saya berharap pujukan diri akan menenangkan jiwa yang tidak sabar-sabar.  Oh!Sudah pasti, nanti beli juga tau seluar trek dengan warna-warna sepadan dah alang-alang menyeluk pekasam. Eh-eh mengada pula nak lebih-lebih si jiwa ni kata akal. Perasaan berperang. Walaupun diri ini meminati jenama Cheetah untuk seluar trek dengan pelbagai warna juga saya beli. Haha saya gila seluar trek dan t-shirt pula mestilah berlengan panjang. Tidak kuasa nak pakai stokin tangan untuk beriadah 

Saya dalam angau kepada adidas clima365 long sleeve tee (klik kalau nak tengok t-shirt idaman hati), bilakah dapat aku memilikimu? Sangat menggoda. Apsal la memikat hati ni? Pergi, jangan kacau ingatanku. Kacau-bilau dibuatnya.




Saturday, February 26, 2011

Rezeki



Assalamualaikum...

Baru saja balik dari mendengar ceramah sempena Maulidur Rasul di Masjid Tengkera. Alhamdulillah rezeki berupa makanan dan ilmu pengetahuan. Dapat pula penceramah yang ada keturunan Rasulullah. Ceramah beliau sangat menyentuh jiwa. Ceramah serius dan sangat tegas mengecam orang yang tidak mencintai Rasulullah. 

Tengah hari pula, masak banyak makanan sebab keluarga mertua adik saya datang menziarah.

Semalam pula balik kampung, dapat pula makan ikan jenak cili api bersama belimbing muda dan terung kecil. Alhamdulillah 2 kali tambah makan. Emak masak tapi guna bahan-bahan Uwan punya jadi sedap gila. Memang saya menunggu untuk makan di rumah Uwan. Emak masak sebab abah tidak kuat makan pedas jadi mak saya kena kurangkan cili api. Kalau Uwan saya buat, habislah berdesip-desip menahan kepedasan. Cakap terus-terang saya lagi suka Uwan saya buat. 

Ok, layan gambar lama. Ini makanan semasa Hari Raya.


Masak lemak cili api bersama-sama bahan-bahan soto

Friday, February 25, 2011

Jadilah Manusia Yang Baik, Tidak Menyakitkan Orang Lain



Assalamualaikum…

Selamat pagi Jumaat.

Saya nak terangkan satu isu, sila fahami saya meletakkan gambar saya yang tidak nampak muka atau menampal muka adalah kerana saya ingin pembaca lebih utamakan penulisan dan gambar-gambar. Buat masa SEKARANG (akan datang tidak tahu lagi mungkin saya akan tonjolkan muka) biarlah saya di dalam keadaan 'low profile'. Tidak perlu mempertikaikan mengapa saya tidak menonjolkan rupa saya atau paling penting menimbulkan persoalan bukan saya dalam gambar tersebut atau paling tidak dapat saya terima (sungguh MANUSIA ni suka berprasangka) ialah saya tidak melawat tempat tersebut kerana saya tampal muka saya atau tidak menunjukkan muka saya.

Adakah anda akan bertanggungjawab atas kata/tulisan yang anda lemparkan pada saya di akhirat? Ingin saya berpesan pada mereka, sila berhati-hati apa yang ingin ada tulis atau kata. Jika ada prasangka pun, sila DIAMkan biar dalam pengetahuan anda dan pastikan ia BENAR sebelum bersuara. Tidak boleh ke anda fikir secara baik yang penulis belum bersedia nak dedahkan muka pada blog? Itu saya pelik, suka fikir negatif.BELAJARLAH bersangka baik. Kalau fikir di luar kotak atau berfikiran kritis tu kan lagi bagus daripada fikir kelemahan orang lain.

Moga kita menjadi manusia yang lebih baik setiap masa.

Jumpa lagi. Wassalam




Thursday, February 24, 2011

Luahan

Assalamualaikum...

Saya tertanya-tanya juga.

Mengapalah orang suka menyakitkan hati dan suka bersangka buruk? Tak boleh ke cuma simpan prasangka tu hingga DIBUKTIKAN BENAR?

*mengeluh, tak sangka niat yang baik dipandang buruk.* 

Mengapalah sesetengah manusia suka merendah-rendahkan orang lain?


Tips Menghilangkan Parut



Assalamualaikum...

Ingat lagi pasal pengalaman pertama masak dan kaki terpacak dengan pisau? Kalau tak tahu boleh ke tajuk 'Masak'. Setelah luka sembuh, ia meninggalkan parut.
Jadi untuk menghilangkan parut luka kerana pisau, seterika dan lain-lain. Saya telah melakukan beberapa cara yang saya buat. Antaranya:

1. kentang dikupas, kentang itu digosok-gosok pada parut
2. kulit pisang, bahagian dalam kulit pisang digosok-gosok pada parut
3. guna pelekat macam untuk parut (tak ingat nama sebab dah takde benda tu)
4. sapukan minyak bio-oil atau rosehip oil pada parut
5. inai pada parut

Memang pada parut ini, saya buat semua cara di atas. Alhamdulillah hilang. Saya tak tahu mana satu yang paling berkesan. Jadi buatlah semua cara tersebut atau ikut keselesaan dan belanjawan yang anda ada. Nak murah boleh guna kentang atau pisang atau inai. Nak mahal guna rosehip oil (memang gila mahal rosehip oil dari Australia ni)

Anda tidak perlu risau tentang parut lagi seperti mana saya. Selamat mencuba.



Wednesday, February 23, 2011

Air Sejuk Jus Buah-Buahan dan Masalah Malas Muat Naik Gambar



Assalamualaikum..

Bertemu kembali di blog ini. Syukur alhamdulillah dipanjangkan umur.

Perasan kan, cuaca tengah hari sangat panas? Bila panas-panas begini, mulalah tekak ni rasa nak minum air sejuk jus buah-buahan.
Jadi minggu lepas bermula membuat jus buah-buahan. Adik perempuan saya yang membeli buah naga secara banyak di pasar malam (pasar di sini setiap Selasa). Mula-mula makan secara segar tapi tak sedap pula sebab tak menyejukkan badan dan tidak manis. Jadi saya buat jus. Senang je nak buat jus. Siapa yang tidak tahu mari saya bagitahu

Bahan-bahan

*Buah-buahan yang ingin dibuat jus
*Air batu (elok air batu bentuk lubang tu) tapi saya pakai air batu kiub
*Gula pasir
*Air masak

Cara membuat
Kisar dalam pengisar

Kalau ada yogurt kosong, lagi bagus boleh tambah. Lagi sedap. Selamat mencuba. Maaf gambar tidak dimuatnaik kerana 
1. malas
2. nak muatnaik kena buat dekat pc lain (pc ni tak kesan pemacu CD)
3. malas 

Haha tengok punya banyak alasan malas. Ingatkan ada kamera digital ni, rajin letak banyak-banyak gambar. Masalah saya ialah rajin ambil gambar tapi malas nak muat naik. Dah ambil banyak-banyak dan rasa seru nak sambung WAYAR antara kamera dan pc, barulah muatnaik. Jadi gambar tu lain kali bila saya dah muatnaik.

Minggu ini, saya buat jus buah mangga pula. Ikut selera adik yang beli buah di pasar malam. Saya tukang buat.

P.S: Mungkin patut beli telefon bimbit kamera yang bagus, mungkin saya lagi rajin muatnaik gambar. Ada cadangan telefon bimbit kamera yang murah dengan kualiti gambar bagus? Kamera digital saya memanglah bagus tapi saya rasa berat kesusahan dalam proses muatnaik gambar. Sila cadangkan,hehe

P.S.S : Telefon bimbit saya mempunyai kamera yang tidak mengancam.

P.S.S.S: Tiada cara mudah ke nak muatnaik gambar daripada kamera digital ke pc?

Tolong bagi penyelesaian.
Tambahan tulisan: Gambar dah ada. Klik di sini. Terkini 26/7/2011 dah ambil daripada kamera digital.


Jus Buah Naga



Tuesday, February 22, 2011

Christchurch Dalam Kenangan



Assalamualaikum...

Takziah untuk warga Christchurch. Mala petaka yang melibatkan 85 orang terbunuh. Gempa bumi yang agak kuat 5.5 skala Richter  melanda bandar Christchurch sampai gereja musnah teruk. Saya sedih juga kerana tempat yang menarik dan cantik musnah. Kenangan. Nampaknya Christchurch tidak sama seperti dulu










Impian, Keinginan


Assalamualaikum...

Bertemu kembali dan saya ingin menulis mengenai impian. Setiap orang mempunyai impian atau keinginan seperti rumah, percutian, kenderaan, peralatan elektronik, kawan yang baik dan lain-lain. Selama mana impian atau keinginan anda tu tercapai? Maksud saya bila anda dapat apa yang inginkan? Adakah anda inginkan kamera Nikon S200 maka sekelip mata anda dapat? Atau mengambil beberapa tahun baru impian anda tercapai?

Saya ingin berkongsi maklumat mengenai MEMBENARKAN sesuatu impian atau keinginan. Mengikut Michael Lousier, selepas kita fokuskan/ tumpukan pada keinginan kita. Apa perasaan kita terhadap keinginan yang kita nak tu?  Perasaan teruja terhadap impian atau keinginan itu yang akan mempercepatkan kita dapat (dengan izin Allah). Tapi apa yang membuatkan lambat atau belum terjadi lagi? Perasaan ragu-ragu secara tidak sedar atau sedar yang MELAMBATKAN proses mencapai keinginan itu.
Jadi saya pun buat bandingan pada mula saya berKEINGINAN dengan bila saya dapat (anda pun boleh buat) impian saya.

Melakukan umrah-6 tahun setelah berkeinginan ke sana
Melancong ke Australia- 13 tahun setelah kerkeinginan ke sana
Melancong ke Istanbul- serta-merta selepas berkeinginan untuk ke sana
Perakam suara Sony- serta-merta

Ada cepat, ada lambat. Apabila diselidik memang betul bagi sebahagian impian yang saya nak itu, saya memang ada keraguan. Kalau anda perhatikan, keinginan saya untuk ke Australia mengambil masa yang lama. Memang saya akui, ada keraguan kerana saya ada prasangka terhadap orang Australia (saya skeptik ingat mereka bersikap perkauman, maafkan saya wahai warga Australia). Sekarang tidak bersangka begitu. 

Pelik kan saya nak pergi Australia tapi saya ada pandangan buruk pasal Australia. Impian untuk ke Australia tu muncul kerana saya masuk induksi untuk ACHEM (Australian Consortium of Higher Education in Malaysia). Patutnya lepas asas tu saya sambung belajar di sana. Ada masalah gawat tak dapat terbang, dihantar ke universiti tempatan lain. Jadi masih ada keinginan ke sana tapi mempunyai sedikit keraguan. Mungkin anda cakap masa induksi, saya dapat pandangan buruk tentang Australia. Tidak juga, pensyarah-pensyarah saya sangat baik cuma loghat mereka memang masa mula dengar tu tak faham langsung. Saya sangat seronok buat induksi, gred dapat pun sangat bagus, pensyarah yang sanggup membantu walau kita tak faham (saya pernah terus-terang suruh pensyarah saya cakap Bahasa Inggeris baku). Hehe..Tapi sebenarnya saya dapat keraguan tu bila saya baca suratkhabar pasal orang-orang sana yang berperkauman. Jadi perasaan TIDAK SELAMAT ada saya rasa ketika itu.

Oklah saya cuma nak kongsi pengetahuan dan pengalaman mengenai impian. Bagi mereka yang dapat segera macam kilat untuk semua KEINGINAN tu maknanya anda tiada keraguan barang SETITIK pun untuk dapat apa yang anda hendak. Tahniah saya ucapkan. Sementara yang lain yang masih TIDAK KONSISTEN (ada dapat cepat ada dapat lambat macam saya) marilah sama-sama membuang keraguan pada KEINGINAN atau IMPIAN. Bagaimana? Nanti kita bincang di lain tulisan atau masa.



Monday, February 21, 2011

Perhati



Assalamualaikum..

Betul kuasa fikiran sangat kuat. Fikir sahaja (sama ada dikehendaki atau tidak) KA-CHING muncul depan mata.

Saya pemerhati yang tegar. Jaga-jaga apa yang DIRIMU perhatikan.

Baik perhati makanan supaya dapat makan makanan sedap-sedap.

Sunday, February 20, 2011

Laporan Disiarkan Pada Waktu Menarik.



Assalamualaikum...

Bagaimana hari minggu anda? Harap-harap anda dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang disukai. Saya sengaja siarkan tulisan pada waktu ini. Ini laporan saya:

·        Alhamdulillah dah pos pun peraduan Mudah dan Menang tu. Hantar awal-awal biar saya tak resah memikirkan.

·        Terjenguk pula tadi album saya di FS, alamak ada gambar dah hilang. Sedih betul. Rasa nak marah je dengan FS ni.Gambar tu dahlah gambar imbas takde salinan digital. Masa tu pakai kamera biasa.

·        Adiva dah 4 bulan kelmarin. Makin keletah dan bijak. 

·        Oh lupa saya ingat nak buat kek keju lagi, sekali tengok harga krim keju dah jadi RM11 lebih. Pelik sebab duit dolar US jatuh PATUT lagi murah sebab krim keju tu import. Sungguh saya tak faham harga barang di Malaysia ni. Mahal dah. Nanti kena cari di tempat lain yang lagi murah. Alih-alih saya beli mayonis (apa kaitan dengan krim keju?) untuk buat coleslaw je. Haha. 

·        Habis muat turun Eat, Pray, Love

·        Tak habis tengok filem Inception, tengok sekejap, berhenti kejap, fikir, tengok balik


Ok itu je laporan untuk minggu ini. Ada lain lagi tapi malas nak cerita hal itu. Eh harap Arsenal juara liga nanti. Haha ada yang bengang nanti dengan ayat ini. Jumpa lagi.

P.S: Mood malas + sedih gambar hilang (majuk kejap dengan FS)

P.S.S: Peristiwa tidak mengikut kronologi. Harap maklum.



Saturday, February 19, 2011

Wahai Diriku



Assalamualaikum...

Saya berharap memberi impak positf kepada orang lain.

Saya mahu diingati dengan cara yang baik.


Diri mencari jalan pulang ke hotel semula. Ingat jalan.

PERINGATAN:Banyakkan memberi wahai diri dan jangan harap balasan daripada orang lain. Orang buat jahat dengan DIRIMU jangan dibalas dengan kejahatan.

Wahai diri, engkau belum mampu BERBUAT KEBAIKAN atau MEMBALAS dengan KEBAIKAN pada ORANG yang menyakitkan hatimu.

Friday, February 18, 2011

Berhati-hati Pasal Mimpi Dipatuk Ular Hitam




Assalamualaikum...

Saya nak kongsi ilmu yang saya baru dapat, kalau kita mimpi dipatuk ular hitam maknanya ada orang tujukan ilmu sihir pada kita.

Maknanya bukan akan dipinang orang. Ni saya ada baca satu buku agama.

Berhati-hati. Mengelak lebih baik daripada mengubati.



Hippodrome of Constantinople



Assalamualaikum...
Satu gambar sahaja. Layan.
Dulu dikenali sebagai Hippodrome of Constantinople, tempat terbuka orang awam ketika pemerintahan Empayar  Byzantium. Sekarang dikenali sebagai Dataran Sultan Ahmet di Istanbul, Turki






Thursday, February 17, 2011

Ketawa dan Bergurau Senda Mengkut Syariat Islam




Assalamualaikum...

Bersua kembali pada petang Khamis yang bersinar indah. Alhamdulillah, kita dipanjangkan umur dan saya berkesempatan untuk menulis lagi. Amat menggembirakan bila salah seorang rakan sekolah memberitahu saya menyenangkan diri dia. Saya rasa dia lagi menyenangkan hati saya.

Apapun memang saya ingin menjadi seperti Suwaida'. Seorang yang selalu membuat Rasulullah S.A.W. dan Aisyah R.A. gembira.

Hinggakan di saat Suwaida' menghadapi sakaratul maut, Rasulullah mencarinya. Apabila Rasullah bertanya kepada Aisyah, Aisyah memberitahu dia sedang sakit dan baginda melawatnya.

Ketika Suwaida' meninggal dunia maka baginda menziarahinya dan menyembahyangkannya serta baginda mendoakan "Ya Allah, sesungguhnya dia suka membuat kami ketawa maka ketawakanlah dia nanti agar dia pula gembira."

Begitu besar impak dan peranan Suwaida' kepada Rasulullah S.A.W. hingga didoakan kerana menjadi penghibur dan membuat Rasulullah ketawa. Kita harus menggembirakan hati orang lain. Memang susahkan kalau kita tengah sedih tapi kena gembirakan orang. 
Sekurang-kurangnya kita tdak menunjukkan KESEDIHAN atau TIDAK mengeluarkan perkataan-perkataan yang boleh mengguris hati. Paling penting jangan menyakiti hati orang lain. 

Rasanya tiada masalah untuk kita membuat orang lain ketawa dan bergurau senda. Hukumnya harus bahkan mendapat pahala kalau diikut syariat. Caranya:
  • Bergurau hendaklah dalam keBENARan. Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak pernah menyatakan kecuali yang haq."
  • Ketawa tidak keterlaluan, tidak menjatuhkan maruah sendiri dan tidak berpura-pura.
Kebenaran itu indah dan salah satu perencah keindahan itu adalah kelucuan.

Semoga kita bergurau dan ketawa mengikut syariat Islam agar kita disenangi orang sekeliling kita dan menggembirakan mereka.Dapat kegembiraan dapat pahala.

Jumpa lagi.





Wednesday, February 16, 2011

Peraduan Mudah Menang Harian Metro



Assalamualaikum... 

Pernah tak korang masuk peraduan? Mesti pernah kan? Ok sekarang ini, saya sedang memasuki peraduan Mudah Menang anjuran Harian Metro. Sesiapa pembaca setia Harian Metro dan beli suratkhabar ini tiap-tiap hari bolehlah mencuba masuk peraduan ini.

Peraduan ini bermula 21 Jan hingga 6 Mac 2011 selama 5 minggu. Jadi minggu ini adalah minggu ke-3. Jawab satu soalan setiap hari kira kumpul dari Isnin hingga Sabtu dan tampal jawapan harian pada borang pada hari Ahad. Jadi SATU PERADUAN untuk SATU MINGGU.

Hadiah-hadiah lumayan juga ada kereta Peugeot, iPad, motosikal dan pakej pelancongan. Semua hadiah best. Itu pasal saya masuk.

Teringat pula, saya pernah menang (saguhati) anjuran surat khabar juga (bukan Harian Metro). Hehe tapi saya tak pergi ambil sebab hadiah saya menang tu saya tidak minat. Lagipun orang yang telefon tu macam banyak syarat, nak pergi Sri Pentas kena telefon dulu la kalau dia ada di pejabat nak bagi hadiah. Kena bagitahu pengawal keselamatan saya datang untuk apa. Helo, saya datang jauh-jauh kena tunggu awak kena ada pula di pejabat. Lepas tu kena tuntut pada waktu bekerja dalam tempoh masa yang diberikan. Tempoh masa sekejap pula tu. Macam poyo juga syarat.

Harap-harap saya menang. Kawan-kawan tolong doakan supaya dipermudahkan segala. Eh kalau korang minat masuklah peraduan ni. Mana tahu menang kan.

Jumpa lagi.

P.S: Saya memang suka masuk peraduan terutama peraduan di surat khabar. Saya suka dapat hadiah. Eh teringat pula saya pernah menang masa kuiz kat kampungchat, sorang chatter bagi kuiz. Main teka, betul pula. Betul-betul dapat hadiah. Ingatkan dia saja nak meriahkan karpet kampungchat tu. Haha sekali dapat hadiah.


Renungan

"Sebaik-baik manusia adalah orang yang baik perangainya."


                                                           -Hadis Riwayat Tabrani-









Monday, February 14, 2011

Cinta, Keghairahan dan Tumpuan



(Ini bukan tulisan jiwang tapi tulisan menyatakan pendapat sendiri berdasarkan pengalaman)

Gambar hanyalah hiasan semata-mata diambil daripada kamera sendiri

 

Assalamualaikum....

Pada saat ini terfikir mengenai CINTA dan KEGHAIRAHAN (LOVE and PASSION).  Mula-mula kerana tengok siri di Travel Channel tajuk "Cruises We Love". Kemudian terfikir pula pasal Carla, peserta Top Chef. Saya rasa dia atau Richard yang akan memenangi Top Chef All Stars. Carla dengan watak gila-gila, ceria dengan moto "Cooking With Love".

Bagi saya memang begitulah, apa-apa yang kita lakukan perlu ada rasa CINTA, KEGHAIRAHAN sepenuh JIWA. MINAT terhadap sesuatu yang akan menzahirkan KEGHAIRAHAN.Tapi jangan lupa NIAT dalam segala perbuatan yang akan kita lakukan AGAR terkawal perbuatan. Walaupun hanya perkara-perkara yang kita anggap kecil atau remeh seperti bercakap (eh bercakap perkara PENTING kan? Salah satu cabang komunikasi) Bercakap sesuatu mesti daripada lubuk hati (maksudnya apa yang kita cakap sama dengan HATI), menumpukan apa yang kita nak luahkan disampaikan dengan penuh makna ( BUKAN merepek) dan mendengar jawapan balas daripada orang yang kita lawan cakap dengan TELITI supaya kita tidak dianggap tidak mengambil perhatian. Saya pun kadang-kadang lepa dengan hal ini bila kadang tak dapat memberi perhatian kerana fikir hal lain ketika itu. Saya ambil jalan penyelesaian kalau saya rasa saya tak dapat TUMPUKAN perbualan apabila ada orang ajak berborak, saya tak akan terlibat untuk berbual. Saya akan minta diri dan apabila saya dah bersedia barulah saya teruskan. Harap-harap itu adalah cara terbaik untuk tidak mengguris perasaan orang.

Pada situasi lain pula, mengenai emel yang dikehadapankan (e-mail forward). Setiap orang ada pandangan dan penerimaan. Baiklah untuk saya pula, saya tidak kisah terima emel yang dikehadapankan asal emel itu sangat berguna dan baik untuk memperbaiki diri saya. Cuma bila dapat emel daripada orang yang tidak dikenali yang memberi emel dikehadapankan, saya tertanya sapa ni? Tidak boleh ke dia perkenalkan diri dan juga saya harap emel dikehadapankan itu orang tersebut menulis sedikit tentang emel yang dihantar. Kadang-kadang takut nak buka emel yang ada dilekatkan dokumen. Kalau tak terangkan, memang saya terus buang. Saya rasa kita kena adab untuk menghantar emel yang dikehadapankan supaya orang yang menerima tak rasa menyampah dengan kita. Kita tiada diajar hal ini mengenai Internet/Cyber Ethics tapi cuba kalau kita bayang dalam alam nyata, orang bagi sampul surat kat peti surat dengan nama dan alamat (kita tak kenal) dan kita tidak tahu kandungannya. Adakah kita akan membuka atau terus buang? Macam saya, buka jugalah nak tahu kandungannya tapi risiko juga kan tak tahu apa kandungan surat tu. Ini pandangan saya. Hal ini subjektif sebab macam saya kata kita tidak belajar Cyber Ethics, adab berkomunikasi di alam maya. Mungkin juga orang berpendapat tak boleh samakan adab di dunia nyata dengan adab di alam maya. Ya mungkin juga kerana persekitaran berbeza antara 2 DUNIA. Cewah. Tapi rasanya PRINSIP tetap sama. Kita tegur orang mula-mula beri salam (prinsip). Kalau di alam nyata:kita bersalam (mahram) dan memberi salam (lontaran suara). Kalau di alam maya: kita menulis perkataan salam. SAMA tapi TAK SERUPA. Haha, jangan pening dengan tulisan saya.

Jadi apa pandangan anda?





Sunday, February 13, 2011

Nur Adiva

Assalamualaikum...

Ni anak saudara saya, Nur Adiva
18 haribulan ni dia nak masuk 4 bulan. Saya tak tahulah mengapa adik saya suka nama Adiva. Saya masa mula-mula datang melawat adik saya, BILA adik saya cakap pilihan Adiva dengan satu lagi nama (lupa). Saya cakap janganlah pilih Adiva tu nanti dia berlagak diva lak. Adik saya cakap janganlah fikir camtu. Lepas tu beberapa hari kemudian, dia pilih nama ni. Haha. Agah-agah dia panggil Iva.
Mak saya cakap dia bijak, cepat menangkap. Bagi saya pula dia cepat tegap.Hampir umur dia sebulan, baru saya berani dukung dia. Kalau tak sebelum tu takut nak dukung sebab badan dia lembut sangat. Nanti 'kepak' pula anak orang. Masa bulan lepas, dukung dia siap hampir saya lambung dia kat udara. HAHA. Abah marah kata nanti buat budak tu terkejut (takpun abah takut jatuh). Padahal tengok muka dia CEKODOK je bila saya lambung. Takpe, malam ni budak ni balik memang saya akan sakat dia puas-puas.

Tak sabar nak tunggu Iva balik. Kadang-kadang saya panggil dia, budak kenit.

Eh Sekarang Ke?



Assalamualaikum...

Musykil juga, sekarang ni musim durian ke? Bukan apa semalam abah bawa balik durian dan rambutan dari kebun di Sg Besar, Selangor. Masa saya keluar dari bilik terbau durian yang sangat kuat dari bawah. Lepas tu adik saya si H naik cakap ada durian. Jadi betullah HIDUNG bau durian.

Saya baru tergerak nak makan durian waktu dinihari sebelum hampir Subuh. TAK BERJAYA nak belah durian setengah pangsa. Terpaksa menahan keinginan. Lepas solat Subuh, turun balik minta mak tolong belah. Patut tak boleh, mak cakap yang tu memang liat. Jadi belah durian yang lain pula yang mak cakap baru jatuh. Sebiji (BUKAN seulas) saya makan sebelum pergi aerobik. Haha. Elok la tu.

Selamat berhujung minggu pembaca blog semua..

Saturday, February 12, 2011

Tasik Wanaka, Puzzling World dan Mount Aspiring.




(Amaran; Tulisan yang penuh dengan gambar-gambar yang mengujakan)
Assalamualaikum...

Sebahagian renteten perjalanan ke Wanaka. Wanaka ni bandar juga, tidaklah besar. Mempunyai tasik. Tasik ke-4 terbesar di NZ, terletak di Otago New Zealand. Menginap di Manuka Crescent Motel, bilik no 8. Tempat penginapan macam semi-D setingkat. Ada disediakan dapur untuk memasak dan kelengkapan perkakas dapur. Kami hanya membeli barang runict untuk masak makanan.

 saya berposing depan tasik



 Di bilik tidur. Sini walaupun musim panas tapi sejuk juga. Jadi pakai heater walaupun siang.


 katil saya tidur dengan bed-warmer. Tak cukup dengan heater semata-mata. Haha lemak sikit katakan, tak tahan sejuk



No 8





Kunci penginapan pun nak tunjuk.









Penunjuk jalan ke motel

Puzzling World

Pergi ke Puzzling World. Nak cerita ke apa yang menarik kat sini? (fikir sebentar). Cari google ok? :) Ada banyak gambar kat Puzzling World ni tapi malas nak edit banyak-banyak. Secara ringkasnya bermula di luar terdapat Tower senget (macam Menara Pisa). Kita boleh bergaya seolah-oleh kita menolak menara tu. Ini percuma je. Kalau masuk dalam, kita kena caj 2 bahagian. Kita boleh pilih 1 daripada 2 atau dua-dua nak masuk: The Labyrinth atau Illusion.Room. Illusion ni pula ada: Dewan Hologram, Muka-muka pelbagai sudut yang ikut kita, Bilik Ames (Ilusi kita tinggi atau rendah) dan Rumah Terjongket. Pening sikit bila masuk Rumah Terjongket ni. Labyrinth pula macam perangkap pusing-pusing untuk cari jalan keluar.Kita dibagi 'CHEAT' kalau kita tak jumpa jalan keluar, dia tunjukkan pintu EXIT terus. Bila keluar EXIT, ada tandas ala zaman Rom. Tandas awam terbuka. Haha. Tengok gambar ya. Ini percuma je, tak payah bayar. Eh tapi tandas ni tak boleh pakai betul-betul. Jangan buang air betul-betul lak. Posing boleh :) Di ruang depan masuk dekat-dekat kaunter pembayaran tu ada kafe, dan pusat mainan yang menguji minda. Ada juga tempat jual cenderamata dan permainan PUZZLE dan segala jenis teka-teki/ilusi. Ok layan gambar.

 Saya tinggi


 Kami kuat


 Ngelat tengok jalan yang boleh dilalui daripada menara


 Pandang-pandang je Si Einstein ni



 Pening kepala, senget.


Mari melabur
Teka-teki





Ok sambung semula. Esoknya, kami bercadang untuk meredah gunung (wah macam panjat gunung). Bukan mendaki, kami cuma berjalan (kami takde buat yang ekstrim ok). Dari motel ke Mount Aspiring ni ambil masa lebih kurang 30 minit. Lepas tu, kereta takleh masuk sebab jalan denai. Kami akan berjalan kaki. Sebelum itu harus tengok peta dan maklumat Mount Aspiring ni. Sebelum berjalan, elok buang air dulu di tandas yang disediakan sebab kalau dah berjalan jauh memang takde tandas.




Peta: Kawasan Perlindungan Dunia




Ini pula maklumat tentang Mount Aspiring ni. Kami nak pergi Aspiring Hut


Selepas itu mulalah operasi berjalan kaki.

 Sepanjang jalan tu kami jumpa kambing biri-biri dan lembu dilepas bebas makan rumput tanpa kandang. Pengembala lembu atau kambing biri-biri pun tak nampak. Terfikir gak kalau ada orang boleh curi. Lalu jambatan gantung yang bergoyang kuat ditiup angin. Terbayang macam nak terbang je.


Ala lari pula, tadi macam nak sangat duduk dekat-dekat

Indahnya pemandangan...

Pemandangan dari atas jambatan



Kami tak sampai ke Aspiring Hut pun. Masing-masing kepenatan. Makin lama mendaki, makin curam dan bahaya. Jadi cukuplah dapat tengok sebahagian pemandangan.
Banyak lagi tempat kami pergi di kawasan lain pula. Nanti kalau saya rajin saya sambung tulisan. Adeh semput mengedit, menanda gambar dan menulis. Jumpa lagi.
Wassalam

Penulisan Dinihari



Assalamualaikum...

Selamat dinihari.Tidur kejap lepas maghrib. Perut masuk angin jadi badan rasa sakit-sakit sebab itu tidur awal. Sekarang dah lega. Semalam banyak godek blog untuk cantikkan lagi. Saya dah dapat latar belakang warna dikehendaki.

Ada rancang nak buat satu fungsi untuk blog tapi tak berjaya. Puas TAMBAH/TOLAK kod tu, letak di situ, di sini tapi tak dapat. Memang tak berbakat menjadi PENGATURCARA. Haha, pening tengok seluruh kod kat Edit HTML tu. Takpe, saya akan mencuba lain kali. Bla fikir-fikir pun, tak letak fungsi tu kat blog pun takpe sebab fungsi tu takdelah best sangat. Takpe, tengoklah kemudian kalau saya UBAH fikiran.

Hehe, ini penulisan selepas bangun TIDUR dinihari. Jumpa lagi.

P.S: Mahu selongkar dapur nak makan.

Gambar bawah hanyalah hiasan semata-mata

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, February 11, 2011

Membuat Favicon Sendiri

Assalamualaikum...

Ada nampak gambar wombat kat alamat website tu tak? (kecuali IE, apsal lah tak sama macam browser lain?). Itulah favicon. Favicon adalah kependekan kepada website icon atau bahasa Melayunya ikon laman web.Bersaiz 16x16
Ok nak bagitahu, kita boleh buat favicon sendiri daripada gambar-gambar kita ada. Saya mula- mula dulu (bulan lepas) ada masukkan favicon tapi yang dah sedia ada. Ini kalau kita ada gambar kita nak buat ikon (gambar bentuk format jpg, gif ditukarkan kepada .ico
Cari-cari tadi jumpa satu laman. Sebelum tu saya cuba muat naik ke photobucket tapi tak berjaya.
 
  • Sila klik ke laman ini
  • Tak daftar pun takpe untuk buat ikon. Ada banyak stail. Memandangkan saya tak sabar. Saya cuba yang ini saja.Muat naik gambar yang kita nak. Besar mana gambar kita ada tu dia akan tukarkan ke ikon. Contoh macam di bawah. Pilih gambar dengan tekan butang "Browse" (di sebelah kanan). Lepas dah pilih tekan butang "Upload Now"



  • Lepas tu tingkap di bawah ini pula muncul

  • Ok bagi yang ada domain sendiri,boleh ikut langkah PERTAMA iaitu Direct Download manakala yang menggunakan domain percuma macam saya guna blogger guna cara KEDUA. Salin KOD yang diberi. Nanti kita nak tampal di Edit HTML
  • Tampal kod tu selepas ]]></b:skin> sebelum </head>. Tengok "Preview" sebelum "Save". Oh ya nak cari ]]></b:skin>, tu tekan Ctrl+F

Selamat mencuba. Kalau ada kemusykilan boleh tinggalkan komen.
P:S: Tampal kod selepas ]]></b:skin> tu sebab nak elakkan favicon tu hilang.Ada dibincangkan dalam forum blogger. Rujukan boleh dibaca di sini