Nuffnang

Wednesday, January 29, 2020

Doa Mohon Keselamatan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari Sabtu lepas menghadiri majlis kahwin. Masa itu saya dah cemas dengan segala penyakit berjangkit. Tiba-tiba saya teringat pada doa ini yang saya dapat daripada Utusan Malaysia Selasa 10 Disember 2013. Keratan tersebut saya laminated. Mula- mula saya memang amal dan hafal tapi lepas pindah rumah, saya macam abaikan. Jadi sekarang saya hafal dan amal. Ini salah satu usaha saya.

Maksudnya: "Sesungguhnya tuhanku, tiada tuhan yang sebenarnya melainkan-Nya, ke atasnya aku bertawakal dan Dialah Tuhan yang memiliki Arasy Yang Agung.
Apa sahaja yang dikehendaki-Nya tentu akan berlaku dan apa yang tidak dikehendaki-Nya tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Aku bersaksi bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuan-Nya meliputi segala sesuatu.
Aku mohon perlindungan kepada-Nya Yang Maha Berkuasa menahan langit daripada jatuh ke atas bumi melainkan dengan izin-Nya, aku memohon perlindungan-Nya daripada kejahatan segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasa-Nya.
Sesungguhnya Tuhanku tetap di jalan yang lurus." ( riwayat al-Baihaqi dalam Dala'il al-Nubuwwah, al-Matalib al-Aliyyah, Ithaf al-Khiarat, Bughyat al-Bahith)

Petua beramal.
Menurut riwayat daripada al-Tabrani dalam kitab al-Du'a daripada Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bahawa telah mengadu seorang sahabat kepada Abu Darda' r.a. bahawa kebakaran sedang berlaku di kawasan rumahnya. Abu Darda' menafikannya. Kemudian datang lagi seorang yang mengadu hal yang sama lalu ditolak olehnya lagi sehinggalah orang yang ketiga tetapi tetap dinafikannya.
Kemudian datanglah orang yang keempat memberitahu bahawa apabila api itu hampir dengan rumahnya ia terpadam sendiri.
Abu Darda' r.a. telah menjelaskan bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda " Sesiapa yang menganalkan doa ini dibacakan pada waktu pagi dan petang, dia tidak akan melihat sebarang perkara yang tidak disenanginya menimpa diri, anak-anak, pasangan dan rumahnya."


Friday, January 24, 2020

Penyertaan Baru Syer Co-Op Bank Pertama

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.

Kelmarin  hari Rabu 22 Januari dapat sms daripada Co-Op Bank Pertama untuk tambahan modal syer/anggota baru disediakan hingga 50 juta. Memandangkan 2 minggu lepas cuma dapat dalam senarai menunggu untuk masuk syer, abah, emak dan saya bergegas pergi ke kawasan Mydin MITC dalam pukul 11 pagi. Abah dan emak memang ahli, jadi mereka cuma tambah lagi syer.


Beg kanvas


Syukur tak ramai orang. Jadi dapatlah saya jadi anggota baru. Hehe lepas ni hadir masuk ke mesyuarat agung dapat RM 100. Macam Bank Rakyat. Lepas tu dah boleh dapat dividen tahun depan. Insya Allah.


Tuala dan buku panduan



Lepas dah jadi ahli dapat beg kanvas isi buku panduan dan tuala.

Ada tak yang jadi ahli koperasi?


Thursday, January 16, 2020

Cendawan Busut

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Apa khabar? Semoga sihat dan ceria hendaknya. Amin.


Cendawan busut waktu malam


Semalam balik rumah Uwan sebab pakcu beritahu dapat cendawan busut di kebun abah malam sebelumnya. Cendawan ni kena cepat-cepat masak sebab cepat rosak. Cendawan ni memang susah nak dapat. Selalu akan ada waktu hujan lebat dengan petir dan kilat.


Cendawan busut masak lemak cili api


Sampai rumah Uwan tengahari betul-betul dah masak. Cendawan busut masak lemak cili api. Banyak juga dapat. Ambil gambar kat atas tu pun lepas dah ambil 2 mangkuk. Tapau balik satu bekas dan 1 bekas untuk bagi pada pakcu.




Tuesday, January 14, 2020

Time Does Heal The Ultimate Wound But Leave Scar

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


It has been 10 years since this date. I daresay that the cut and pain I have gone through had not make me in ease. I forgave but not certainly I forgot. It will always in my mind and rewind every time it wants to pop up either I in relaxing mood or doing something. It can't be stop or pause.
I always ask Allah for ease. The good thing I still remember that painful love I will always careful not easily fall in love. I will not flatter myself, not over the moon the words "rindu", missing you. These words make me puke.


I still hold myself despite of that pain. I can grab keenly my principles and hard head to ignore the person who gave this pain. That's because I have surrendered him to Allah and I do not want have anything to do with him. I don't want communicate to him. Please talk to Allah to find out how to mellow my heart. So far I do not mellow my heart. Definitely you got the wrong way. Your change it is not what I want or maybe you have never changed at all. 


Thursday, January 9, 2020

Selamat Hari Jadi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari jadi sendiri. Terima kasih abah dan emak sebab belikan kek dan pizza.


Kek keju beri biru

Pizza peperoni

Pizza Hawaii

Tak meriah sebab anak buah batuk. Kasihan mereka terbatuk-batuk. Beli kek keju beri biru sebab anak buah tak suka sangat coklat pahit. Kalau ikut selera saya suka kopi lagilah tak boleh nak makan. Kenangan.


Wednesday, January 8, 2020

Daftar Dan Buka Akaun Co-OpBank Pertama

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Alhamdulillah dah selamat buka akaun Co-Opbank Pertama berhampiran Mydin Mitc. Pertama kali tahu dan nampak. Mak yang cadang suruh melabur di sini.Lepas beli barang di Mydin zas ke sini. Sebenarnya nak beli syer tapi ada senarai menunggu jadi masuk dulu sebagai simpanan. Nanti dia akan beritahu kalau ada bahagian syer. Tanya mak, mak kata tahun lepas tiada senarai menunggu tapi agaknya ASB tahun lepas sikit dividen jadi ramai melabur di sini. Nasib baik sini tak ramai orang. Saya masuk memang takde orang jadi boleh tanya terus pada juruwang. Dapat borang (banyak nak kena isi). Lepas tu jumpa balik tanpa nombor giliran. Mudah.


Kaunter Bank


Sementara diproses duduk dulu. Kemudian dipanggil semula untuk tandatangan salinan kad pengenalan. Kecewa sedikit sebab tak diberi buku akaun. Hanya kertas yang mengandungi nama, no akaun dan lain-lain. Buku cuma diberi pada kanak-kanak dan warga emas sahaja.

Apapun bagi saya mudah prosesnya. 
Harap dapat masuk syer. Tak sabar nak dapat dividen tahun depan.


Monday, January 6, 2020

Syukur: Sihat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Bangun pagi dikejutkan sebab nak terkencing. Alhamdulillah masih hidup dan sihat.

Saya nak kongsi tips dapat daripada WhatsApp. Terima kasih yang kongsi perkara ni.



Jumlah air yang perlu diminum


Sarapan makan seperti raja, makan tengahari makan seperti orang kaya dan makan malam seperti orang miskin
Faedah berjalan
Tekanan darah mengikut umur


Harap bermanfaat. Saya memang suka berjalan. Kena teruskan. 


Thursday, January 2, 2020

Keluar Duit ASB

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Awal tahun rutin saya keluarkan dividen ASB yang tersimpan dalam setahun. Keadaan bank pun akan sibuk sebab ramai nak keluarkan duit. Korang macam mana bila keluar duit ASB? 

Hari ni pukul 7 lagi lebih dah keluar sebab abah nak pergi klinik kesihatan. Lepas tu menuju ke RHB Taman Merdeka. Orang ramai dah tunggu di luar. Masa ni baru pukul 9 lagi.

Bila pengawal bank buka pintu berpusu-pusu orang masuk. Ada barisan untuk kemakini buku, ada nak keluarkan duit. Memandangkan saya dah tahu jumlah duit terus ambil isi borang keluar duit dan masuk akaun. Lepas tu beratur untuk cap jari pada borang. Kemudian baru diberi nombor. Nombor saya 6020. Dalam 30 minit sampai giliran. Alhamdulillah dipermudahkan tiada masalah imbas cap ibu jari. Masa giliran saya, sebelah saya nenek Cina imbas ibu jari kanan kemudian ibu jari kiri. Tak dapat baca juga. Letak losyen lepas tu cuba tak dapat juga. Kasihan tengok jadi macam tu.

Masa saya keluar dari bank nenek ni punya urusan tak selesai. Harap-harap dipermudahkan lepas itu.
Balik singgah sarapan kejap kemudian pergi Econsave. Ada peristiwa pertama kali berlaku pada saya. Duit RM1 masuk dalam conveyor belt masa bayar. Duit tu kena telan. Analogi macam kita masuk kad ATM lepas tu tak keluar kad. Nasib baik baki duit lain dapat diselamatkan. Pengajaran untuk saya jangan letak duit di conveyor belt masa bayar. Nasib baik RM1 je kena telan. Ok itu sahaja nak tulis. Jumpa lagi.



Wednesday, January 1, 2020

Subway Lagi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Lima hari selepas beli Subway Chicken Bologna Paprika tu saya beli lagi sebab nak dapat biskut percuma. Kena isi kaji selidik. Soalan senang sahaja pasal kedai Dan khidmat yang disediakan. Bagi markah 1-10. Takdelah kena taip panjang-panjang.


Subway Chicken Bologna
Subway Chicken Bologna Paprika



Double Choc Cookie
Double choc cookie

Saya pilih double choc cookie. Rasa manis takdelah pahit. Resit yang dapat kali ni tak dapat tebus lagi biskut percuma. Makan di situ tapi outlet di AEON Bandaraya. Seronok dan nyaman juga persekitarannya.

Makanan Di Kenduri

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Cerita bulan lepas iaitu menghadiri kenduri-kenduri yang dijemput. Sekarang ni makan di kenduri macam-macam kan? Mana lagi nasi lepas tu ada makanan sampingan macam mee, roti canai, kambing golek dan  macam-macam lagi. Air dan pencuci mulut pun sama.

Kambing golek bersama kentang lenyek dan coleslaw


Macam saya suka makan nasi putih (kalau ada) berbanding nasi minyak. Lauk kampung macam masak lemak cili apii, ulam dan sambal belacan. Nyum. Gambar bawah ni makanan kenduri kahwin belakang kilang Mamee Monster. Majlis buat kat dewan sekolah. 
Nasi putih+kuah kari+masak lemak nangka dengan perut+ulam+sambal belacan+ikan masin


Lepas tu dapat berkat telur dan muffin pisang dan walnut.
Telur rebus+ muffin pisang walnut Gardenia


Pencuci mulut popular sekarang ialah aiskrim.Unik aiskrim perisa durian D24. Memang rasa asli askrim bukan rasa diletakkan bahan perasa. 2 batang saya makan sebab sedap dan tak muak. Ni saya man semasa kenduri aqiqah anak sepupu di Kuala Selangor.
Aiskrim barang durian D24 Dan Oreo

Cooler siap tulis Popsicle Durian D24

Selepas kenduri singgah solat qasar dan jamak Zohor dan Asar di Masjid Pekan Kuala Selangor. Lewat sampai rumah kerana banyak kereta lepas tu hujan lebat jadi bawa perlahan-lahan.
Kain telekung Wakaf Masjid Pekan Kuala Selangor


Korang pernah jumpa makanan-makanan yang istimewa di kenduri. Beritahulah. Oklah jumpa lagi.

2020

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

2020, please be kind to me.

Saya akui 2019 tahun yang lebih baik daripada 2018. Ya saya kena jumpa doktor pakar tahun 2018 sebab sakit sangat. Tahun ini saya berharap kesihatan yang lebih baik. Teruskan amalan pemakanan minum susu selalu. Saya dah ambil vitamin tambahan. Harap-harap sakit yang dialami hilang. Insya Allah. Sakit penghapus dosa dan saya akan sabar tahan kesakitan itu...
Jumpa lagi.