Nuffnang

Friday, August 26, 2022

Nasi Lemak Lagi!

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Jumaat makan nasi lemak lagi tapi nasi lemak dalam bekas plastik dan besar kuantititinya dengan telur rebus sebiji, kacang tanah goreng, kangkung dicelur dan ikan bilis dikopek beserta sambal pedas tidak manis. Paling sedap. Sampai simpan lebihan sambal. 

Saya bahagi 2 sebab itu nampak saya makan dalam pinggan. Sarapan dan makan tengahari. Banyak benar tapi sedap. Jadi dapatlah ambil gambar nasi lemak untuk minggu ini.  Minggu lepas sekali makan habis.

Nasi Lemak Kangkung



Apapun alhamdulillah. Adakah rezeki nasi lemak sedap lagi minggu depan?

P.S: Suka ikan bilis dikopek bersih. Kalau tidak kena kopek sendiri bersihkan.

Friday, August 19, 2022

Sedekah Subuh Jumaat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Terbayang-bayang kesedapan nasi lemak bungkus daun pisang bersama kertas coklat yang dapat di masjid tadi. Sambalnya tidak terlalu manis dan nasinya senang elok tidak banyak dan tidak sedikit. Sambalnya memang makan licin bersama telur dadar bentuk tiba segi dan cebisan ayam digoreng tepung. Maaf tiada gambar. Rasa gembira lepas makan. Siapalah dermawan yang sedekah itu? Alhamdulillah semoga berkat rezekinya. Harapnya makin rajin saya beriadah bukan harap datang masjid sebab hendak makanan percuma.

Apapun saya kagum orang yang pemurah dan rajin memberi. Semoga saya pun jadi begitu. Mudah memberi. Insya Allah. Amin.



Wednesday, August 17, 2022

Rabu Tanpa Kata: Harap Tiada Aral Terbang. Insya Allah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Penerbangan Bukan Saya Punya



1 gambar mewakili banyak perkataan. 

Monday, August 15, 2022

Aiskrim Snickers

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Saya baru perasan kewujudan aiskrim Snickers ini padahal sudah lama beraya di pasaran.

Terperasan ada peti ais dengan gambar Snickers dan Mars di luar tempat pembayaran stesen minyak Petronas MITC. Akhirnya tergerak beli. Ada 2 jenis aiskrim Snickers rupanya. Satu harga RM4.50 dan satu lagi tidak silap RM5.50 atau RM6.50. Saya pilih yang pertama seberat 66 gram. Pembungkusan luaran memang sama dengan Snickers asal. Adakah sama rasanya?

Aiskrim Snickers



Potong untuk lihat keratan rentas di dalamnya. Lapisannya lebih kurang seperti asal tapi bahagian bawah sekali (warna coklat muda) itu aiskrim. Bahagian atas ialah kacang yang dipanggang bersama karamel. Perasan tiada warna putih yang mewakili nougat. Apapun makan versi sejuk ini tidak mempengaruhi ketiadaan nougat. Ia sangat sedap. Sama sahaja makan yang asal. Aiskrimnya menyokong kekosongan perasan nougat.

Keratan Rentas Kiri Ke Kantan: Kacang Panggang, Karamel, Aiskrim



Rasanya saya akan beli lagi tapi sebelum itu saya ingin cuba pilihan ke- yang harga RM5.50/RM6.50. Tiada kekesalan selepas makan. Snickers adalah snek coklat yang saya suka sekali. Satu masa dahulu ketika sekolah menengah (Tingkatan 3-5) saya selalu beli ketika berjalan di tengah bandar. Ia sangat memberi kepuasan.
Ia mengembalikan memori. Sekarang tidak boleh tiru makan berdiri sebab tidak elok. Makan kena duduk.

P.S: Korang ada snek yang menggamit memori?

Friday, August 5, 2022

Tukar Buku Baru

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Setelah seminggu melepasi bulan Muharram maka tamatlah buku atau jurnal tulisan saya yang bermula 3 Februari 2016 hinggalah ke hari ini iaitu 5 Ogos 2022.

Awal Muka Surat



Macam-macam tulis dalam ini. Ada strategi main kiub Rubik. Hehe saya berjaya selaras warna sama. Gigih tahu. Tapi sekarang berkarat balik sebab lama tidak buat tapi ada rujukan boleh cuba semula. Kiub Rubik pun sudah tiada.

Pengakhiran Pada Penghujung Muka Surat 


Buku baru. Alhamdulillah masih semangat menulis walaupun bukan setiap hari.

Buku Atau Jurnal Baru!


Ia akan dijadikan rujukan dan panduan akan datang. 

Padang Jarak Padang Terkukur


Eristiwa lain pula. Makchek hantar gambar di atas semalam. Tiada yang kekal abadi. Secara rasminya, rumah Uwan di Tampin dipecahkan sebahagian rumah kecuali dapur. Rumah kampung ialah rumah kayu sudah dimakan anai-anai. Buat baru.

Kalau siap mungkin saya akan letak pada blog. Insya Allah.

Selamat tinggal yang lalu dan selamat datang yang baru.

P.S: Siapa yang panda I main kiub Rubik?