Nuffnang

Tuesday, October 29, 2013

Selamat Hari Jadi Blog Dan Feedly


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah dapat peluang menulis lagi. Gembira sebab ada semangat nak kemaskini blog. Rasanya bulan ni bulan rajin saya tulis pos.
Hari ini genap 3 tahun blog Pencarian Jiwa. Alhamdulillah bertahan sehingga kini. Masa diwujudkan saya nak serius menulis di samping nak dapat pendapatan dengan Nuffnang. Lagipun saya masa tu dalam peralihan. Tak minat nak chatting dah. Haha. 
Eh asal nak kongsi pasal aplikasi baru yang wajib saya buka setiap kali melayari internet. Sejak google reader takde, mula-mula tu patah hati juga tapi berkat iPad adik, google cari aplikasi alternatif untuk google reader. Jadi saya pilih aplikasi feedly. Jadi kiranya kehilangan google reader diganti dengan feedly. Kalau yang tak tahu feedly ni apa, ia macam himpunan blog-blog macam kita letak senarai blog pada blog kita. Tapi ni saya himpun blog-blog yang saya langgan atau ikuti dalam feedly. Jadi takdelah semak blog banyak-banyak kat blog saya. Kalau korang tengok mana ada saya letak senarai blog. Ada pun saya letak 2-3 pautan je. Kat feedly ni saya punya langganan dah 79. Hehe sama macam tahun lahir. Saya akan tambah kalau jumpa blog-blog yang menarik. Jadi saya akan tahu kalau blog tu ada pos baru. Senang. Takyah pergi melawat blog tu hari-hari. Haha pemalas. Kadang-kadang baca je.

Jadi sesiapa yang berminat nak cuba bolehlah pergi ke pautan ini. Senang takde pendaftaran sebab dia pakai kata nama google je. Jadi korang kan ramai pengguna google jadi takde masalah. Nanti feedly cakap nak tengok maklumat kita, kita klik butang 'Accept'. Lepas tu korang bolehlah buat senarai blog. Letak pautan blog yang korang nak letak, kategori tu suka hati nak letak apa. Feedly ni tak payah dimuat turun jadi kalau korang guna pc lain atau di tempat lain pun boleh tengok. Jadi senang.

Ok itu sahaja nak kongsikan. Selamat mencuba. Kalau ada masalah atau kemusykilan boleh tanya.

Jumpa lagi. 

Wednesday, October 23, 2013

Telinga Kanan


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah tak sedar bila telinga kanan ni dah boleh dengar dengan normal.

Maka dapatlah dengar lagu dengan 'volume' yang normal. Haha punya kuat sebelum ni. 

Syukur nikmat ini tidak hilang. Moga saya lebih menghargai nikmat pendengaran ini.

P.S: Hilang sekejap lepas beberapa hari pulang dari NZ. 

Saturday, October 19, 2013

Kuasa Doa


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah tadi baca suratkhabar, seorang penerbit Belanda yang buat filem menghina Nabi Muhammad S.A.W. telah memeluk Islam dan mengerjakan haji. Wah daripada pembenci kepada pencinta Islam! Itulah hidayah. Beliau berjanji akan menerbitkan filem tentang kehebatan Nabi Muhammad S.A.W. dan Islam selepas selesai mengerjakan haji. Subhanallah. 

Kita pun kalau dapati ada orang menghina ajaran Islam atau Nabi Muhammad S.A.W. janganlah kita caci-maki dorang balik. Sila terangkan dengan berhikmah tentang keindahan Islam di samping jangan lupa berdoa moga orang yang menghina Islam mendapat hidayah atau dilembutkan hati untuk tidak memburuk-burukkan Islam.

Kita sebagai Muslim pun menunjuk keindahan Islam dengan menunjuk akhlak Islam. Saya selalu juga ditanya secara tak langsung. Kadang-kadang macam terkelu (sebab terima soalan cepumas tiba-tiba) atau lupa nak promosikan ini cara Muslim. Kena perbaiki diri supaya petah menerangkan. Ada satu cerita yang pernah saya alami. Nanti saya ceritakan.

Apapun gembira juga ramai yang bukan Islam menghormati orang Muslim. Malah ramai yang tahu ajaran Islam. Saya ingat di kapal terbang, saya duduk sebelah seorang perempuan orang putih. Dia tahu apa yang bersarang di fikiran sebab saya teragak-agak nak makan. Dia cakap jangan risau awak boleh makan (cakap dalam Bahasa Inggeris). Dia tahu saya boleh makan apa. Tanya pramugari memang betul boleh makan.

Kepada yang bukan Islam yang sibuk nak gunakan kalimah "Allah", moga kamu diberi pencerahan dan dilembutkan hati untuk tidak menggunakan kalimah tersebut.

Ok jumpa lagi.

P.S: Bagi saya dorang ni berani. Korang layan jerla beri jawapan walaupun rasa soalan dorang tu soalan remeh/bodoh. Mana tahu dengan penerangan korang membukakan hati dorang :)

***************************************************







P.S: Selalu doakan dia menerima hidayah jika dia jodoh diri ini. Jika dia bukan jodoh diri ini pun tetap berdoa semoga dia terima hidayah.
  

Tuesday, October 15, 2013

Tentang Sambutan Raya Aidil Adha


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, saya dan emak selamat pulang ke rumah. Beraya. Buat lontong dan soto di samping rendang dan lemang. Semalam berbuka dengan barbeku kambing. Rasa diri sangat dilimpahi dengan makanan sedap. Syukur dapat saudara-mara yang pandai masak. Tu rasa lagi suka makan makanan yang dimasak daripada makanan luar. Hehe kalau tak sedap mesti diri ini akan rasa menyesal beli.

Menguji kesabaran juga semalam. Mungkin penat lepas tu kena cari barang-barang masak di TESCO dan Cowboys.
Gambar Lama


Perasaan rasa tak seronok sangat raya. Takpelah salahkan diri sendiri yang tak sempurna, kurang sabar. Oklah jumpa lagi. Gambar juadah raya haji boleh tengok pos ini.
 

Monday, October 14, 2013

Selamat Berpuasa Hari Arafah


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Bersiaran dari SMK Bukit Rambai. Temankan mak(sebenarnya menyibuk di pejabat emak). Sempatlah tidur sekejap di surau sebelum tu. Ngantuk katakan. Ni segar sedikit jadi ambil kesempatan kemaskini blog. Kebetulan internet sini laju sebab tak ramai kakitangan yang guna.


Alhamdulillah tercapai hasrat untuk puasa walaupun tak bangun sahur. Tulisan hari sama tahun lepas boleh baca di sini.

Saya nak kongsi gambar-gambar ketika di Christchurch dan gambar budak yang semakin gebu, si Aidan berumur 4 minggu. Waktu gambar Aidan diambil, kitaorang dah kat Malaysia. Gambar-gambar ihsan dari kamera adik dan abah. 

Takde aral nanti buka puasa dengan kambing bakar dengan segala hidangan Barat sampingan di kampung. Insya Allah :)

Aidan Ketika Pemeriksaan Doktor

Sebelum Masuk Haruslah Bergambar Di Hadapan Papan Tanda
 
Pengembara Antartika Dan Abah


Churros Ditaburi Serbuk Kayu Manis Dan Pencecah Coklat


Sunday, October 13, 2013

Terima Kasih Membaca!


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Baru je balik dari kampung. Sebenarnya saya patut tinggal di kampung dari hari Khamis sehingga Selasa tapi risau mak balik sorang-sorang malam-malam. Alasan lagi satu saya rindu katil saya. Haha. Oklah esok kena teman emak pergi sekolah dan kemudian balik semula kampung.

Hehe di kampung sakan saya main Sugar Crush daripada telefon bimbit berbeza. Daripada telefon makchek, Aiman, Awie, Irsyad dan tab Afif. Dorang semua tak berapa mahir main atau dah lama tersekat pada satu tahap suruh saya naikkan. Hehe. Tahap sebenar saya dah 150 lebih tapi pada iPad adik. Dia tinggal Christchurch sampai bulan 12 sebab nak ambil periksa jadi saya tak dapat main. Saya cakap kat emak saya patut ada permainan tu pada telefon bimbit sendiri. Tersirat daripada ayat tu sebenarnya suruh mak belikan telefon untuk saya. Haha nak kena lempang saya ni. Telepati jerla moga-moga mak rasa pemurah nak kasi satu. 

Esok hari Isnin bolehlah puasa sunat. Apa saya baca puasa esok insya Allah dosa setahun lepas dan setahun akan datang diampunkan. Kalau saya silap beri penerangan, tolong tegur ya.

Selamat Hari Raya Aidil Adha semua pembaca. Terima kasih atas sokongan sama ada pembaca senyap, pelawat atau penulis blog lain. 

Thursday, October 3, 2013

Makanan Untuk Fikiran


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari ni rasa ceria sahaja, gembira menonton tv dan sambil-sambil merenung nikmat Allah yang dirasai.

Jetlag dah hilang. Hampir seminggu dalam dunia sendiri. Tidur awal bangun awal terpisat-pisat fikir eh aku kat mana? Kadang-kadang rindu dengan rumah adik sampai termimpi-mimpi aku terbang semula ke Christchurch dan adik terkejut melihat diri ini di depan pintu rumah. Macam antara realiti dan fantasi bercampur-baur. Kadang-kadang rasa macam diri masih di sana.

Kuat penangan melancong ni. Make you wonder and ponder. Make you think broader than usual. Make you feel that you are blessed WITH everything. Finally make you fresh and alive.

Welcome back to reality and home dear ME! Subhanallah
 

Tuesday, October 1, 2013

Pemenang My Kitchen Rules 2013 Dan Pemenang Masterchef Australia Siri 5


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pemenang My Kitchen Rules 2013 ialah Dan dan Steph. Tengok episod akhir di NZ. Bagi yang tak sabar-sabar nak tahu. 

Pemenang Masterchef Australia Siri 5/2013 ialah Emma.

Ok terima kasih yang bertanya.