بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sedar-sedar sudah 23 Jun. Kejap masa berlalu. Apapun Jun ini bulan tidak berapa panas maka bermula 6 Jun saya sudah mulakan aktiviti jalan laju di sekeliling taman perumahan. Rehat 3 bulan (Mac-Mei). Kali ini lagi jauh saya berjalan dan buat 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Alhamdulillah tiada penat. Nanti akan tambah jarak secara beransur-ansur. Insya Allah.
Takdelah tiap-tiap hari tapi kerap juga. Lagi-lagi kalau ada hujan atau balik kampung.
Satu lagi perumahan saya sudah ada wayar jalur lebar oleh Maxis. Dijangka siap awal Julai. Takde harapkan untuk guna internet berkelajuan tinggi cuma harap liputan bagus untuk setiap operator. Terutama apabila terima atau buat panggilan.
Oklah itu sahaja untuk diceritakan. Jumpa lagi.