Nuffnang

Saturday, April 29, 2023

Sibuk Beraya Lagi Hujung Minggu Ini

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari ini ada jemputan kahwin di Tampin. Lepas itu ke Ampang Jaya, Selangor pula untuk rumah terbuka. Mok masak sedap. Harus pergi. Lepas itu tidur rumah adik bongsu yang nombor 4. Kira raya. Dapatlah tengok rumah adik pindah baru-baru ini di Sri Damansara. Hehe inipun mungkin ada selit rumah mana-mana sebab sudah di KL maknanya ada saudara-mara abah ajak raya. Jarang dapat jumpa sebab lepas arwah datuk meninggal tahun 2010 kami jarang balik KL/Selangor. Sedihkan? Penghubung kuat sudah tiada. Kalau arwah datuk ada memang rajin ziarah saudara-mara sebab ada itu tidak berapa kenal. Macam hubungan itu sudah ke hadapan. Inipun ramai sudah meninggal tinggal anak cucu yang tidak rapat.

Esok pula ke Shah Alam. Harap semua berjalan lancar. Insya Allah. Jadi sibuk hujung minggu ini.

Jumpa lagi apabila kelapangan.

Thursday, April 27, 2023

Raya 1 22 April: Tampin N9, Kampung Sungai Penchala KL Dan AU3/Ampang Selangor

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selamat Hari Raya! Rasanya tahun ini ramai yang beria-ia raya. Pergi setiap rumah ramai orang datang. Itu yang saya rasa.

Raya pertama pagi itu ada tragedi. Kereta adik no 3 tidak dapat dihidupkan! Bateri kereta lemah. Terpaksalah abah dan emak yang tidur di Tampin balik sekejap ke Melaka untuk buat cas kereta daripada kereta. Pukul 11 lebih baru kereta hidup. Alhamdulillah. Kebetulan saya ikut naik kenderaan adik no 3 fikirkan misteri kereta tidak hidup.

Rumah Uwan tidak siap lagi maka beraya di Desa Permai. Masa itu sudah ramai orang datang beraya. Kami segera makan soto atau lontong atau lemang. Kemudian beraya 1 rumah dahulu. Pukul 1 tengahari bertolak ke KLIA 2 untuk ambil adik ipar no 2. Seterusnya ke Kampung Sungai Penchala. Alhamdulillah trafik berjalan lancar.

Kereta Berjalan Lancar


Jalan sini bersimpang-siur. Setahun sekali balik mesti ada perubahan. Ketika ini di Exit 106.

Exit 106 Persimpangan Damansara



Ke rumah Mak Uda. Ramai betul orang. Cepat-cepat makan. Nasi impit dengan sambal sotong sahaja dapat jamah. Memandangkan Makcik Minah tiada dan rumah arwah datuk tidak buka, saya solat di Masjid Al- Hidayah. Dekat sahaja  Lalu lorong kecil setentang rumah Mak Uda.

Masjid lengang dan bergelap sahaja. Tenang di dalam

Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala



Balik semula ke rumah Mak Uda. Tidak surut orang. Bertambah-tambah orang berziarah. Cari abah. Nampak abah dan emak. Terus ke rumah Pak Busu belakang rumah Mak Uda dan sebelah rumah arwah datuk. Adik-adik dengan keluarga masih belum selesai (datang tidak sama waktu)

Di sinipun sibuk tidak cukup tangan Pak Busu dan Mak Busu. Salam sahaja terus hilang tuan rumah sebab layan tetamu lain. Kami layan diri makan laksa Melaka. Gembira sebab jarang dapat. Kongsi makan dengan mak dan abah dalam satu mangkuk. Tengok makin ramai datang maka terus ke rumah Mak Teh pula belakang rumah Pak Busu. Sini tidak makan berat. Makan sedikit kek buah.

Di sini baru sempat ambil gambar keluarga. Mak, Abah, saya, keluarga adik-adik no 2,3 dan 4. Alhamdulillah tahun ini semua ada berbanding tahun lepas adik no 2 sekeluarga tiada.

Khas raya tepek gambar sendiri dan keluarga dalam blog.

Gambar Sekeluarga Sulaiman Harun



Salam Mak Teh dan Pak Teh kami tinggalkan Sungai Penchala ke AU3 Keramat rumah Pak Long dan akhir sekali ke Estana Court pangsapuri Pakcik Udin, Ampang. Masa ini rasa penat sangat. Raya untuk rumah terakhir memang hampir ke Maghrib. Lepas itu masuk lebuhraya untuk balik. Singgah solat di R&R (lupa R&R) Adik no 2 pula akan balik ke Kelantan. Jadi kami yang balik ke Melaka. Apapun trafik berjalan lancar dan sampai pukul 9 lebih.

 Sakit perut dan cirit-birit. Tidak tidur lena. Perut terkejut. Habis aoa yang dipantang makan atau minum. Terminum kopi dan terpaksa minum air gas sebab makan hidangan raya kena minum. Apapun alhamdulillah sebab kena di rumah sendiri. Ulang-alik ke tandas tidak menyusahkan orang lain untuk guna.

Raya ke-2 pun sibuk juga. Awal pagi dah keluar semula. Kali ini habiskan rumah-rumah di Tampin.



Friday, April 21, 2023

Sabtu Raya! 22 April 2023

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Penantian berakhir apabila pengumuman Majlis Raja-Raja pukul 8 mengatakan raya hari Sabtu. Hehe dalam hati memang kuat kata hari Sabtu sebab tahun lepas sudah puasa 29 hari tapi kita tidak tahu. Haha adik no. 3 rasa lega sebab kalau raya Jumaat, dia kena ganti sehari sebab dia mula puasa Jumaat di sana. Adik no. 2 harap Jumaat sebab tidak perlu ganti puasa. Adik ipar pula di perantauan pula balik hari Sabtu kalau raya Jumaat, kasihan dia tengok kami bersukaria.

Raya pertama kami akan ke Tampin sekejap dan kemudian raya di KL. Haha harap tidak sibuk jalan.

Apapun harinya raya tetap raya. Selamat hari raya semua! Maaf zahir dan batin.

Friday, April 14, 2023

Alhamdulillah Sudah OK

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Bersua kembali pada Ramadan ke- 23. Alhamdulillah internet laju semula. Haha lepas tangkap nombor di blog mamapipie.com pada 11 April (Selasa) terus internet semput. Bukapun lambat dan hanya dapat baca tulisan blogger. Apabila hendak komen lambat masuk atau ada ralat. Buka emelpun azab. Lawat-lawat blogpun lagilah terpaksa kurangkan. 2 hari tanpa internet laju. 

Menunggu 'Muatan' Isi Kandungan Emel Semalam



Ok hendak cerita dapat tangkap nombor 4, 999,999 kurang. Jadi dapat saguhati RM30.

Tangkap 4,999,999 di www.mamapipie.com



Lagi satu dapat tudung bawal daripada adik perempuan. Bolehlah padan dengan baju kurung lama yang jarang pakai untuk raya ke-2.

Sudah di minggu akhir Ramadhan maka tumpuan untuk banyakkan lagi ibadah. Insya Allah walaupun tengah uzur ini kurang sedikit dapat solat dan baca al-Quran.

Jumpa lagi.

Sunday, April 9, 2023

Ikhtiar: Mencuba OsteNutrix dan Omega Guard Shaklee

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Semakin sudah berusia mulalah rasa kaki rasa lenguh, tangan rasa lenguh juga. Terfikirlah hendak beli makanan tambahan (suplemen) yang diharapkan boleh menghilangkan rasa lenguh, sengal ini. Lagi bulan puasa, buat terawih dan solat sunat. 

Jadi pesan suplemen Shaklee secara dengan seorang ini. Memang berurusan dengan dia kalau hendak cuba suplemen lain.  Teringin untuk cuba Ostenutrix dan Omega Guard. Harga Ostenutrix RM60 dengan 120 kapsul dan Omega Guard RM120 dengan 90 kapsul.

OsteNutrix dan Omega Guard Shaklee




Tengok label pada Ostenutrix. Oh! Ada kalsium, magnesium, vitamin D3, zink, besi, mangan dan boron. Ini untuk tulang, otot dan saraf. Kombinasi vitamin-vitamin dalam 1 kapsul. Oklah masa dahulu saya beli magnesium dan vitamin D3 secara berasingan. Jimat dan makan sekali.

Manakala Omega Guard ada EPA & DHA Omega 3 daripada minyak ikan. Pernah juga makan yang minyak terus itu masa di universiti konon untuk cergas otak. Haha tidak sedap. Nasib baik dalam kapsul lembut yang saya beli sekarang. Harap berkesan. Ikut nasihat daripada orang membeli ini kena makan 2 kapsul Ostenutrix selepas buka dan 2 kapsul gel lembut Omega Guard ketika sahur. Memandangkan sahur minum air sahaja, saya makan Omega Guard lepas terawih.
Ikut penggunaan Ostenutrix bertahsn sehingga 2 bulan manakala Omega Guard 45 hari. Lama itu. Hehe kita tengok kesannya selepas itu. Apabila dapat keputusan positif selalu berhenti, tidak teruskan lagi. Korang bagaimana? Akan selalu makan selepas ada kesan positif?

Friday, April 7, 2023

GIVEAWAY "RAYA GIFT By UYUM" 2023

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

[SEGMEN TAMAT]

Tergerak hati untuk sertai segmen yang dianjurkan oleh Cik Ako Retna. Hehe rupanya segmen ini hendak buat tiap-tiap tahun rupanya.

Syarat-syaratpun senang. Syarat 1, buat satu pos dan letak gambar Uyum dengan Cik Ako seperti di bawah.


Jangan Klik, Segmen Tamat




Syarat ke-2. Lengkapkan ayat berikut "Saya suka tengok Uyum kerana Uyum comel dan keletahnya mencuit hati serta tidak lupa soalan-soalannya membuat Cik Ako terpaku. Haha."

Syarat ke-3. Segmen pemberian ini berlangsung dari 6-14 April 2023. Haha sayapun tidak suka tunggu lama-lama. Harap pengumuman pemenangpun terus bagitahu apabila segmen sudah tutup.

Pemilihan berdasarkan cabutan 100% daripada Uyum. Harap-harap ada rezeki terpilih.

Selesai satu pos tinggalkan pautan itu di kotak komen Cik Ako itu.

Semoga berjaya peserta-peserta terlibat.

Saturday, April 1, 2023

10 Ramadan: Setahun Berlalu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Lama menghilang. Hehe sibuk benda lain jadi blog sendiri terabai. Ada juga jalan-jalan di blog tapi kurang sedikit.

Alhamdulillah sudah Ramadan ke-10. Saya seorang di rumah! Akhirnya dapat buat apa-apa disukai. Sebelum ini rumah ini banyak dikuasai anak-anak buah. Penat dengan mereka juga. Kecoh dan bising budak-budak tidak puasa dan yang baru belajar puasa dan yang sudah biasa berpuasa. 6 orang anak buah daripada umur 12 hingga 2 tahun. Apapun seronok juga ajar banyak buah yang baru berpuasa untuk niat setiap malam. Baca doa buka dan makan bersama-sama. Buat masa ini saya belum buka di masjid hanya mak dan abah buka di sana. Lagipun entah tahun ini saya seronok buka di rumah sebab boleh tentukan bila saya solat Maghrib. Kadang-kadang makan sedikit dahulu baru solat Maghrib dan kadang-kadang habiskan makanan baru solat Maghrib. Kebanyakan buka dengan nasi sebab seorang anak buah yang istimewa (baru belajar puasa) minta nasi lepas itu mesti kena ada sambal atau masak asam atau kuah tomyam. Layankan sahaja kehendak dia. Semalam kain sedikit iaitu soto nasi. Saya ok sahaja. Dah tua makan nasi waktu buka tidak macam ketika budak-budak minta makanan yang bukan nasi.

Sahur saya cuma air putih atau kadang-kadang minum air Quaker Oat Blueberryv 3 dalam 1 campur serbuk koko. Itu sahaja. Semalam timbang berat badan adik saya gelak berat saya 47.05 kg. Memang saya ambil berat pasal berat badan. Rasa oklah ini. Waktu di universiti berat 39 kg sahaja lagi teruk.

Minuman Quaker Oat Blueberry 3 Dalam 1



Apapun seronok baca korang punya menu berbuka dan sahur. Alhamdulillah atas nikmatnya. Jumpa lagi. Insya Allah.

P.S:  Pada perkara lain, alhamdulillah sudah setahun berlalu. Harap tiada lagi gangguan mesej.