Nuffnang

Showing posts with label Baju Kurung. Show all posts
Showing posts with label Baju Kurung. Show all posts

Sunday, June 25, 2023

Antara Luahan Dan Rasa Bersalah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Apabila sedar buat salah dan tidak dapat luahkan kepada orang yang kita buat salah maka ia menjadi beban. 

Mengapa tidak diluahkan? Susah hendak luahkan tapi rasa bersalah tetap ada.
 

 

Thursday, December 8, 2022

Tenggelam Seminggu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Seminggu blog ditinggalkan. Rasa penat dan kurang sihat. Majlis resepsi pengantin lelaki di rumah Pak Tam pun tidak dapat hadir pada Ahad lepas  Konon-konon hendak warna hijau pudina Tengok-tengok jadi merah jambu. Sudah saya kata susah cari warna hijau pudina untuk ramai-ramai dan saat-saat akhir. Lainlah rancang setahun macam keluarga kitorang cari warna salmon.

Ada berita kurang seronok. Belajar untuk hadam dan terima. Rasa tidak seronok tapi jika ia ditakdirkan terbaik buat saya oleh Allah. Apapun masih doa untuk tolak/tukar keputusan ini.

Oklah itu sahaja hendak bebel bagitahu mengapa senyap seminggu lebih. Ada perkara menarik kita tulis lagi dalam blog.


Thursday, July 28, 2022

Terlentang

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tinggal 3 hari masuk tahun baru Hijrah.

Kacama sudah makin besar. Makin rajin merayap dan memilih makan. Ya manusia pun bosan makan benda sama. Jadi berilah apa yang kita makan macam ayam goreng, ikan goreng, kari daging ke. 

Lagi satu Kacama suka sepahkan barang dan kadang-kadang cuit baju hingga jatuh di ampaian. Tidur pun lasak. Kadang-kadang terbongkang, terlentang tidur. Penat benar ya malam-malam pergi bermain dengan kucing-kucing jiran.

Aksi Tidur Terbongkang



Apapun alhamdulillah tiadalah buat hal yang peningkan saya. Apapun saya kena kemas barang-barang yang disepahkan.

Monday, September 13, 2021

Ketupat Daun Palas, Sambal Dan Serunding Kelapa

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari Isnin hari menggembirakan kerana abah dan emak akan berpuasa maka makanan yang jarang dapat dinikmati akan dibeli secara bungkus.

Minggu ini makanan yang terpilih ialah ketupat daun palas bersama sambal dan serunding kelapa bersama hirisan serai. Rasanya ada di tempat-tempat tertentu di Melaka. Sambal itu ikut tempat ada pedas sangat.


Ketupat+Sambal+Serunding Kelapa


Selalu jumpa ketika waktu sarapan pagi. Ringkas tapi sedap. Makanan vegan. Kenyang juga walaupun sebiji ketupat yang lembut dan besar. Sambal ini tidak pedas sangat.

Sebiji Ketupat Bersama Sambal Dan Serunding Kelapa


Sekali lagi beli di sekitar kawasan perumahan lama.

Ok jumpa lagi edisi makan makanan bungkus.

Monday, July 26, 2021

Kotak Besar Sampai

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah kotak besar sampai daripada Pos Laju. Tidak payah hendak kesan. Penghantar ada maklumkan yang dia ada pesan di Shopee telah dipos 24 Julai dari Alor Setar. Berbeza kali ini bukan dari Seremban. Kali ke-3 saya dapat daripada tuanpunya blog sihatimerahjambu.

Besar kotaknya dan agaknya berat juga. Saiz kotak lebih kurang saiz suratkhabar. Lambat buka sebab sampai hampir pukul 12 tengahari. Masa sibuk untuk tonton #Qurantime di tv al-Hijrah dan kemudian solat dan makan tengahari.

Kotak Besar



Apalah hadiahnya? Jeng-jeng.......

Pembakar roti. Bolehlah guna apabila makan roti nanti. Terima kasih Fiza pemilik blog sihatimerahjambu---> www.azhafizah.com
Fiza menulis tentang gaya hidup, fotografi, makanan, filem, drama dan isu semasa.

Pembakar Roti



Ini hadiah kemenangan untuk 6 bulan berturut-turut iaitu Januari hingga Jun (betapa gigihnya)- tukang komen paling banyak. Hehe. Harap dapat teruskan momentum. Kalau tidak beri orang lain cuba.

Jumpa lagi.

Terkini: Sudah guna bakar roti kemudian letak sapuan Biscoff dan sapuan kacang tanah (halus) Yogood.

Thursday, March 5, 2015

Beli Kain Untuk Raya

 بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum...

Alhamdulillah selamat membeli kain baju raya. Tema warna tahun ini ungu muda. Memang eloklah saya dah beli tudung Mesir warna ini. 2 pasang tudung warna ungu dengan ton ungu pekat dan cair. Kitorang pergi di Jakel sahaja beli 42 meter. Dapat percuma 2 meter. Oklah walaupun tak dapat kurangkan harga. Kesempatan itu saya beli kain Italian Venice 1 meter warna pic samar untuk buat tudung. Harga RM8.50. Mahal juga berbanding beli tahun lepas. Tiada kesempatan nak selalu pergi. Lagi saya nak terbang ke New Zealand. Balik Malaysia pun untuk sambut raya. Jadi baik beli awal-awal supaya tidak terkocoh-kocoh. Lepas ni kena pergi kedai untuk jahit tepi khas untuk tudung. Baju kurung emak buat. Syukur, mak saya wonderwoman. Hehe.

Tiada gambar. Malaslah nak ambil. Lagipun nak jimat ruang picasa. Ambil gambar yang berbaloi beri orang tengok masa saya di New Zealand nanti. Insya Allah. Semoga segala dipermudahkan.

Jumpa lagi.

P.S: Menang voucher Delifrance. Peraduan daripada blogger juga.


Sunday, December 22, 2013

Kain Pasang Dari Bukit Tinggi


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kain pasang warna pic [klik sini]

Sambungan internet yang kejap elok dan kejap tak elok buat rasa hmm...

Siapa suka pemberian? Semua orang suka terima pemberian orang lain kan? Tanda ingatan orang itu pada kita walaupun tak kenal rapat lagi. Hehe.

Petang tadi, adik si M bawa turun plastik. Ingat apalah dalam bungkusan beg tu. Sekali tengok ada 3 kain pasang untuk baju kurung yang sama corak berbeza warna. Warna pertama ialah coklat, warna kedua ialah ungu dan warna ketiga ialah kelabu. Jadi saya berkenan warna ungu. Saya andaikan 2 pasang kain lagi untuk adik saya si Y dan emak.

"Along orang pertama yang pilih kain," si M beritahu.
"Takpe ke kut mak berkenan along punya," saya tanya M.
"Mak dan abah punya dia dah pilih khas."
"Eh camtu siapa punya lagi satu kain ni?" saya pelik.
"Satu lagi untuk Kak Aqish," M membalas

Tak teringat langsung saya pada seorang adik ipar perempuan itu. Hehe lupa.

Pemberian kain pasang daripada bakal adik ipar. Harap maklum saya anak sulung. Jadi saya dah ada 2 adik ipar dan seorang bakal adik ipar. Baik betul dapat kain yang cantik ini. Hehe tapi tak tahu bila dapat pakai. Saya ada kain pasang yang pernah diberi oleh emak mertua si Y (masa terima kain tu masih status bakal emak mertua si Y) dan kain pasang daripada seorang chatter Kak Sofi. Hehe. Kena tunggu giliran sebab emak yang buat baju kurung. Selalu nak suakan kain-kain yang saya ada, emak dah pilih kain yang dia nak potong untuk baju kurung saya. Jadi ikut jerla apa emak buat untuk saya.


Kiri Ke Kanan, Atas Kemudian Bawah: Kain Pasang Saya, Kain Pasang Emak, Kain Batik Uwan Dan Kemeja

Emak dapat kain pasang, abah dapat kemeja dan Uwan dapat kain batik. Sedondon warna sama iaitu hijau pekat. Emak berkenan dengan kain pasang saya. Hehe tak kisah kalau emak nak tukar.  

Kain pasang dari Bukit Tinggi. Syukur alhamdulillah dapat rezeki tak disangka.

Oklah jumpa lagi. 

 

Sunday, September 2, 2012

Baju Kurung Untuk Raya 2012


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Ni cerita lama waktu bulan puasa. Saya berkongsi baju berjalur dengan anak saudara Adiva.
Tudung beli tudung aidijuma yang seolah-olah warna pelangi. Memang sekarang tudung warna berton-ton yang memang cantik. Mahal juga harga tudung 4 ton- merah jambu,kuning,oren,hijau kebiruan aidijuma iaitu RM40. Sebenarnya saya tidak minat kain bawal cuma minat warna-warna pastel yang sesuai digayakan dengan baju raya tahun ini. Ok cuma tengok gambar-gambar bawah.

Tudung Pelangi Ton Pastel Daripada Aidijuma,  Mydin Ayer Keroh, Melaka
 
Baju Kurung Berjalur Yang Dah Siap
Baju Kurung Lama Untuk Raya Ke-3


Baju Kurung Untuk Raya Kedua
Baju Raya Bintik-Bintik Emak Punya
Kain Baju Kurung Raya Ke-2
 Tulisan lain mengenai baju kurung. Klik sini

Saturday, June 16, 2012

Kain Baju Kurung: Corak Polkadot (Bintik-Bintik) Dan Garis Lurus


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Ada sesiapa rindukan tulisan saya tak? Banyak perkara berlaku sejak akhir saya menulis hingga kini.Saya banyak bertapa dan jauh dari rumah. Lagi satu banyak peristiwa buat saya nak bawa diri dan buat pencarian jiwa. Ok saya nak satu perkara.

Masa cuti sekolah ada pergi Kota Bharu kerana saudara kahwin. Ehem kebetulan ada dapat 'flyer' daripada kedai kain Jackel maka malam tersebut kami ke Jackel. Mak kata fesyen terkini corak polkadot atau dalam Bahasa Melayu ialah bintik-bintik. Tak sangka corak ini kembali semula, teringat saya pakai waktu budak-budak. Tapi sekarang ini, bintik-bintik tu dalam saiz yang berbeza dalam satu kain. Mak pilih 2 helai kain yang punyai corak bintik-bintik. Hati saya pula berkenan kepada corak garis lurus. Tak lepas mata saya memandang.
Kain Corak Polkadot Si Y Dan Kain Garis Lurus

Gambar atas tu kain bergaris tu yang beli di Jackel. Kain polkadot tu bukan. Cantik tak? Saya berkongsi buat baju dengan Adiva.

Esoknya tu pergi Rantau Panjang beli t-shirt adidas. Memang teringin nak beli t-shirt adidas di Rantau Panjang.
T-Shirt Adidas Kuning

Ahad pula bertolak pulang. Sebelum itu singgah Masjid Kristal dan makan nasi dagang di situ.
 
Masjid Kristal
Masjid Kristal- Pandangan Tepi Jambatan

Nasi Dagang Yang Mahal RM4.50 Sepinggan

Itu sahaja saya nak coretkan. Jumpa lagi jika panjang umur.


P.S: Ada sesiapa yang baik hati nak beri pinjam pc atau laptop? :)
 

Thursday, September 8, 2011

Kain Pasang Untuk Baju Kurung Baru



Assalamualaikum...


Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria hendaknya. Semalam petang emak tunjukkan kain yang dibeli berhampiran Mydin Ayer Keroh. Huhu mak kata kain fesyen terkini. Mak kata nak buat untuk kami berdua.Nanti cari kain pasang lain untuk kain baju kurung. Gembira hati kain pasang untuk baju kurung mak pilih dan cari. Oh untuk makluman, raya hari itu pakai baju sedondon warna kelabu (pakai semula) sempena H kahwin bulan 4 lepas. Memandangkan M masa tu tak dapat balik, kiranya baju Melayu kelabu pertama kali dia pakai.


Tak sabar nak tunggu emak siapkan. Harap mak ada kelapangan buat. Boleh pakai masa kenduri akan datang dan raya haji pula. Hehe jauh betul perancangan.


Gambar berkaitan tajuk seperti biasa belum dapat muatnaik lagi. Nanti saya tepek pada pos-pos akan datang apabila saya dah ambil CPU tu. Tak sabar betul nak ambil. Harap berjalan lancar segala perancangan. Jumpa lagi.

Baju Kurung Raya 2009


P.S: Tulisan kehadapan (auto-post)


Wednesday, August 17, 2011

Baju Kurung Idaman Untuk Dipakai Ketika Hari Raya


Perbualan 1
Ketika mak nak solat.

Mak: Na, Sabtu ni kita pergi 'shopping' baju raya, abah dah kasi duit.
Saya: Ha Na suka mak buat baju. Baju dah sedia ni macam tak sesuai saiz dengan Na.
Mak: Kita tengok je. Kalau takde baru buat.

Selama saya hidup ni, mak saya tak pernah gagal untuk buat baju kurung untuk saya walaupun sepasang untuk tahun tersebut. Entahlah saya suka baju yang mak saya buat. Kadang-kadang mak saya sibuk sangat tapi pada hari malam nak raya mak sempat siapkan. Haha teringat 2 tahun lepas pun, saya beli kain untuk buat baju raya beberapa hari sebelum nak raya. Masa tu saya di perantauan. 

Oleh sebab itu kalau orang tanya awal-awal apa warna baju raya saya, saya susah nak jawab kerana ketika mereka tanya tu memang baju raya saya belum ada. Memang kadang-kadang telah sedia ada kain 2-3-4 pasang tapi yang menentukan kain mana untuk dijahit untuk tahun tersebut saya tak tahu.

Pada keadaan sekarang, saya suka baju kurung berbanding kebaya, kebarung atau apa-apalah kan. Dahulu masa mak saya suka kasi saya cuba pelbagai jenis fesyen baju, saya dah puas rasa. Akhirnya kembali pada baju kurung. Entahlah mungkin kerana ringkas dan mudah dipakai. 

Hehe lagi satu mengapa saya suka mak saya buat baju kurung ialah sebab mesti ada poket. Poket tu mesti belah kanan. Macam baju kurung sekolah. TAPI baju kurung sekolah saya dahulu khas tau mak jahit siap letak zip. Takde alasan nak hilang duit la, hilang sapu tangan bagai. Yelah kadang-kadang bila buka baju tu, akan terbarai duit syiling jadi selamat kalau duit tu dalam poket dan takde alasan lupa bawa duit bekal ke sekolah.

Ok itu jerla cerita baju kurung. Memang baju kurung yang sedia siap takkan dapat tandingi yang mak saya buat. Kadang-kadang pergi tempah pun tak dapat lawan. Tak ikut citarasa kadang poket letak belah kiri. 

Jumpa lagi.

P.S: Hari ini buka puasa sorang-sorang, mak berbuka dengan budak-budak asrama, M berbuka dengan senior. Saya berbuka sambil tengok tv jawabnya. Gambar baju kurung 2 tahun lepas.  sini


Baju Kurung Raya

Nota tambahan: Tulisan lain mengenai baju kurung raya 2012. Klik sini