Nuffnang

Showing posts with label Pemberian/Gift. Show all posts
Showing posts with label Pemberian/Gift. Show all posts

Thursday, September 12, 2024

Baru Hendak Cuba Minyak Wangi Perfume Paradise 'Sexiest'. Terima Kasih Syazni Rahim

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Lama tidak menulis. Rasa tergerak hati untuk ucapkan terima kasih pada blogger Syazni Rahim sebab pemberian minyak wangi Perfume Paradise  jenis 'Sexiest'.

Perfume Paradise Jenis 'Sexiest'



Masa dapat ini rasa sayang hendak buka sebab pakej sangat cantik! Lagi pula saya ada minyak wangi lain jadi tidak terdesak untuk cuba. Rasa untuk cuba bermula apabila saya tengok laman FB kedai jual minyak wangi ini di mana tunjuk gambar orang beli. Tengok-tengok eh sama macam saya punya. Popular ke? Hehe saya google popular juga rupanya. Akhirnya baru cuba bau bagaimana. Bau manis, bergula. Hehe 'bersemut' pakai. 

Sexiest 10 ml



Alhamdulillah. Terbuka dan pakai akhirnya. Hehe hadiah menang peraduan.

Senang dibawa dalam beg. 

P.S: Tq yang singgah dan tinggalkan komen di blog ini.







Wednesday, April 24, 2024

Terima Kasih CCL

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...



Alhamdulillah selamat sampai hadiah untuk pengomen utama bulan Mac. Saya diberitahu dalam komen. Sibuk fikir pasal puasa dan raya.

Ada rezeki dalam meninggalkan komen banyak-banyak. Tidak tahu sampai bila diizinkan Allah. Sementara ada kelapangan dan keupayaan mari kita tinggalkan komen positif.

Mari kita lihat hadiah yang diberi. Banyak betul lapisan. Maklum barang yang dipos ini barang yang mudah pecah. Apapun selamat dapat dengan baik.

Ada Nota Daripada Pengirim




Periuk yang comel. Cuma musykil boleh ke letak atas api ini? 

Periuk Comel Beserta Penyepit Makanan



Terima kasih CCL. Korang boleh lawat di cappuccinolatte.blogspot.com. 
Sekarang dia sudah aktif menulis setiap hari. Masa bulan Ramadhan, setiap hari ada pos tentang menu berbuka. Suka blog dia yang kebanyakanya tentang makanan yang dicuba.

Tuesday, January 23, 2024

Mencuba Membuat Air Coklat Jenama Le Bourne Chocolate Malt Beverage

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ini pemberian adik perempuan yang pergi ke Langkawi bulan lepas. Saya minta belikan coklat tapi dia salah beli. Dia belikan coklat malt untuk buat air. Lambatlah saya hendak cuba sebab saya masih minum air koko jenama Van Hauten.

Pembungkusan Le Bourne Chocolate Malt Beverage




Saya bayangkan teksturnya halus dan ada rasa manis macam Milo. Sekali betul. Cuma warnanya nampak pudar sedikit daripada Milo.

Tekstur Coklat

2 Sudu Kecil Coklat Malt



Letak 2 sudu kecil untuk satu cawan. Haha tiada rasa manis lepas letak air panas. Kenalah letak susu pekat sedikit.

Hasil Letak Air Panas Dan Susu Pekat



Rasa macam minum coklat malt biasa itu. Haha lagi suka minum air koko. Takoe dapat rasa. Guna sampai habis.

Thursday, January 11, 2024

Pemberian: Cookie Time Apricot Chocolate

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sebelum balik ke Malaysia, adik ipar perempuan ada tanya sesiapa hendak biskut Krismas. Saya cakaplah hendak perisa aprikot coklat. Adik perempuan minta sampai 4 jenis biskut.

Lepas itu lupa sampailah adik lelaki dan adik ipar perempuan balik. Kemudian mereka letak 5 bekas atas meja makan. Salah satunya saya punya. Itupun lupa minta perisa apa sebab pesanpun sebelum bulan 12.

Bekas yang cantik. Warna dominan ialah merah. 

Bahagian depan.

Christmas Cookies 2023



Bahagian atas.

Cookie Time Apricot Chocolate



Biskutnya dibungkus dalam plastik.

Isi Dalan



Saiz biskut bersaiz lebih kurang duit syiling 50 sen.

Kena Makan Lepas Itu☺



Biskutnya bukan rangup tapi kenyal. Rasanya sedap tidak terlalu manis sangat. Dominan rasa masam. Cuma tiada rasa kemewahan/pahit coklat.

Ini saya terus bawa ke bilik. Maaflah tidak kongsi. Anak-anak buah saya dapat sampai 4 bekas. Saya makan berpada-pada. Paling tinggi 3 keping. Bukan hari-hari makan. Masih ada lagi. Nasib baik bekasnya kedap udara.


Monday, January 8, 2024

Ada Juga Rezeki

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat tengahari. Alhamdulillah tanpa disangka dapat parcel daripada Mrs. A sebabnya tidak tahu bila Mrs A hantar. Orang yang ambil parcel depan pagarpun tidak beritahu. Tertengok masa naik tangga ada parcel baru. Ingat orang lain punya. Tengok-tengok nama sendiri. Mula-mula terfikir siapalah penghantarnya sebab dapat bungkusan Siti Khadijah.

Bungkusan Siti Khadijah



Terus tidak sabar-sabar buka. Alhamdulillah dapat sejadah mini. Nama penuhnya Nyaman Quilted Mini Sejadah Black. Sejadah mini ada dalam satu beg berzip. 

Nyaman Quilted Mini Sejadah Black



Perasan ada satu lagi hadiah dalam beg berzip iaitu esen minyak wangi tanpa alkohol 2 ml. Terus rasmi pakai sembur pada baju.

Esen Minyak Wangi Tanpa Alkohol 2ml



Terima kasih kepada pemilik blog Mrs. A yang hadiahkan mini sejadah sebagai salah seorang tukang komen 2023. Terharu terpilih sebab kedudukan nombor 5. Mrs. A memilih 7 orang pemenang utama.

7 Tukang Komen Utama 2023




Nampaknya pembukaan 2024 sebagai terima hadiah untuk tahun lepas.

Korang boleh lawat blog mrsablogstori.com untuk berkenalan dengan empunya badan yang duduk Seremban. Ceritanya santai dan berkisarkan hal peribadi penulis. Senang untuk dibaca.

Saturday, January 6, 2024

Salah Seorang Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2023

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Bulan Januari ini nampaknya bulan terima hadiah dan duit. Salah satunya pos tentang blog Abam Kie saya jadi pengomen utama untuk tahun 2023. Alhamdulillah.

Keputusan Akhir Prngomen Tegar Blog Abam Kie 2023 



Tempat pertama mendapat RM50. Sayapun sudah dapat semalam.

Korang bolehlah lawat blog Abam Kie untuk kenal lebih drkat. Abam Kie cerita tentang peribadi dan isu-isu semasa. Jadi tidak bosan dan Abam Kie akan kemaskini blog sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Jemput taip www.abamkie.com

Semoga murah rezeki Abam Kie. Tahun 2024 pun ada disediakan carta pengomen tegar 2024. Semoga berjaya!


Wednesday, January 3, 2024

Terima Hadiah Sebagai Tukang Komen Teratas Di Blog KaitDanLari

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah pembukaan tahun 2024 dalam dunia blog, saya dinobatkan sebagai antara senarai tukang komen teratas 2023. 

Hadiah Berbungkus Plastik



Terus buka bungkusan kertas minyak. Kemudian ada kertas manjung warna putih. Lepas itu barulah ada plastik yang membungkus sehelai selimut yang dikait yang boleh dibuat sebagai selimut, alat meja atas alas sofa. Rasanya saya akan guna pada kerusi atau alas kepala untuk tinggikan kepala ketika tidur.

Selain itu dapat seketul magnet peti sejuk Masjid Terapung Pangkor dan kalendar Islam 2024/1445H-1446H. Tidak dilupakan nota daripada blogger Nur.

Selimut Berkait, Kalendar Islam 2024/1445H-1446H, Magnet Petisejuk Dan Nota Merah Jambu



Terima kasih. Saya akan gunakan srbaik-baiknya. Boleh singgah di blog ini-- kaitdanlari.blogspot.com

P.S: Dah buka plastik kalendar. Saya suka ada waktu solat Semenanjung. Terima kasih. 


Saturday, October 21, 2023

Buah Tangan Dari Tanah Suci

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sabtu 7 Oktober, Makchek ajak ke rumahnya lepas Asar untuk sambutan harijadi cucunya Aniq yang mencecah setahun. Gembira sebab dapat makanan sedap.

Sebelam itu singgah di rumah Uwan. Chik Ya dan Mok hendak jumpa Emak dahulu.

Rupa-rupanya mereka hendak beri buah tangan dari Tanah Suci. Saya pernah tulis pasal ini. Boleh klik SINI.

Banyak juga buah tangan yang diberi. Ada coklat, kurma pelbagai jenis, sejadah, jubah dan minyak kasturi.

Minyak Kasturi


Tidak sangka saya dapat sehelai jubah berwara biru keunguan. Hehe gembira. Memang muat betul. Asalnya ingat tiada khas untuk saya maka saya minta daripada Emak minyak kasturi. Memang teringin untuk pakai. Ada niat untuk beli asyik tangguh jadi sekarang dapat secara percuma. 

Jubah Dari Tanah Suci




Alhamdulillah.



Wednesday, July 19, 2023

Lagi Susah Apabila Senang

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Salam Maal Hijrah.

Apa yang lagi susah apabila senang? Susah untuk sentiasa bersyukur ketika senang, gembira, lapang dan sihat. Waktu susah memang waktu itu kita bersungguh-sungguh mohon pada Allah supaya diberi jalan keluar.

Ketika senang yang susah untuk ingat pada Dia. Sayalah itu. Maka saya selalu berdoa agar saya sentiasa ingat Dia ketika saya senang, gembira, banyak waktu terluang dan sihat.

Oklah hendak cerita pemberian orang. Alhamdulillah.

Ole-ole dari Makkah. Makcik Mashitah baru balik dari haji bawa ole-ole biskut Maamoul jenama AlBatal. 

Maamoul AlBatal



Sedap biskutnya. Biskut kurma di mana gunakan kurma yang digunakan kurma Arab Saudi. Satu kotak besar ada paket-paket kecil yang mengandungi satu biskut yang besar juga.

 Satu Peket Atas Kotak



Selain itu ada diberikan tasbih, minyak wangi, beg duit kain gambar Kaabah dan magnet peti sejuk gambar Kaabah (tiada gambar diambil). Rasa macam dah komersil dan macam-macam ada cenderahati. Dahulu pergi tiada pula magnet peti sejuk ini.

Selain itu adik perempuan belanja Samyang Buldak Cheese. Haha upah kena kemas mainan anak-anak dia yang rajin sepah. Hehe lama tidak beli Samyang Cheese. Budak-budak ini (anak-anak) dia ada pilih carbonara, ada yang extra pedas. Saya pula pilih keju sebab rasa seimbang pedas dan berlemak.

Samyang Buldak Cheese



5 peket dalam satu bungkusan. Kalau dahulu beli seminggu boleh habis sebab sedap. Ini cuba jimat-jimat jangan makan selalu. 

Korang ada perisa kegemaran ke? 

Sunday, May 21, 2023

Terima Hadiah Bungkusan Dalam Bungkusan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah direzekikan menang lagi daripada blog. Rezeki blog. Kali ini dapat hadiah daripada pemilik blog kasihkuamani.blogspot.com

Jawab soalan daripada tulisan tentang beza air. Kebetulan masa itu tengah kecewa. Untuk hilangkan rasa bengang itu tertengok ada pos baru daripada Puan Sha teruslah baca. Ada soalan di akhirnya pasal gambar. Suruh teka.

Hadiah Dalam Bungkusan Dalam Bungkusan



Alhamdulillah jawab betul. Itu soalan Ahad lepas maka Ahad hari ini selamat tiba bungkusan J&T. Bungkusan dalam bungkusan. Akhirnya buka sampul surat terserlah 5 keping penanda buku yang temanya merah hitam.

5 Keping Penanda Buku🙂



Terima kasih Puan Sha. Saya terus guna. Saya suka lawat blog dia ini sebab rajin tulis banyak pos dalam sehari berkisar buku, ulasan filem, makanan yang dibeli dan kisah peridafi. Terperinci dan ringkas. Kagum rajin baca buku dan cepatkan habis baca.

Kalau berminat boleh lawat blog Puan Sha.


Monday, May 15, 2023

Nasi Lemak Daun Pisang Daripada Jiran Hujung

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sabtu kelmarin sebelum pergi rumah terbuka Uncle Mamat di Kuala Selangor, jiran hujung rumah minta abah daun pisang. Tanpa teragak abah beri. Balik sampai pukul 9 malam lebih. Teruk kesesakan jalan raya di sana.

Esoknya atau semalam, awal pagi jiran beri satu bekas jernih bulat yang ada 6 bungkus nasi lemak daun pisang.

Nasi Lemak Tinggal 1 Lepas Saya Ambil 1





Wah rajin betul jiran ini buat sarapan bungkus nasi lemak dalam daun pisang. Kalau kami hanya masak nasi lemak tanpa bungkus dengan daun pisang.

Nasi lemak lengkap dengan sekeping ayam goreng tepung, separuh telur separuh masak, ikan bilis dan kacang yang rangup dan sambal yang sedikit manis tapi boleh ditelan. Tidak pedas.

Isi Separuh Masuk Pinggan. Cara Saya Makan Separuh Takut Tidak Habis. Ini Nasi Lemak Memang Sedap Maka Habiskan Semua



Menjadi rebutan anak-anak buah. Maka tengaharinya mak saya buat nasi lemak dengan ayam goreng tepung, sambal pedas dan telur goreng. Hehe lebihan sambal jiran beri ada lagi. Nasib baik diasingkan letak dalam bekas lain.

Alhamdulillah terima kasih jiran hujung rumah. Rajin buat bungkus dengan daun pisang. Kami yang banyak daun pisang tidak pula guna.

P.S: Bengang tidak boleh layari internet dengan data Hotlink. Seminggu berlalu. Masih terpaksa guna adik bongsu punya.


Wednesday, May 10, 2023

Terima Hadiah Termos Air Sejuk Starbucks

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Musim panas ini memang kena banyak minum air putih. Terasa bahang dan panas dalam badan.

Parcel Hitam J&T



Tidak sangka saya terima hadiah termos air sejuk Starbucks daripada pemilik blog fiezasani.xyz.  Sekali lagi anda akan menggumam. Ya untuk kali ke entah berapa. Alhamdulillah, dalam mood malas jalan-jalan blog orang ketika Ramadhan, diberikan kesempatan masih dapat. Eh Mac ya? Saya ingat bulan April. Hehe. Pengomen utama bulan Mac. Mungkin bulan April tidak jadi pengomen utama. Kita tengok nanti pengumuman Puan Fieza.

Kad Ucapan: Top Pengomen Mac 2023



Yeay boleh guna letak air sejuk. Walaupun saya tidak kisah minum air biasa sahaja. Kita ikut orang. Baru kelmarin adik saya beli termos untuk simpan air sejuk dengan lama. Terdetik hati mesti seronok juga. Tup-tup dapat.

Istimewa termos air sejuk saya adalah daripada Starbucks. Jenama dikenali. Warnapun cantik iaitu biru ungu. Paling istimewa ialah ada nama saya. Hehe. Tidak boleh orang lain ambil.

Termos Starbucks Warna Biru Ungu Dengan Nama Sendiri



Terima kasih Puan Fieza. Semoga murah rezeki. Seronok baca pos Puan Fieza ini yang kadang-kadang ada unsur lawak dalam penceritaan.

Friday, May 5, 2023

Terima Kasih Abam Kie

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ada rezeki jadi pengomen utama 3 kali - Januari, Februari dan April 2023. 

Jadi bulan April minta nilai tambah kredit telefon pra-bayar Maxis RM5. Lepas dapat tergerak hati tengok aplikasi Hotlink. 

7.5 Gb Dengan Percuma 100 Gb Dengan Harga RM10



Menarik sempena raya ada tawaran 7.5 Gb + 100 Gb tambahan untuk 30 hari. Bolehleh ambil walaupun di sini kurang sedikit kekuatan liputan.

Nota: Tidak banyak pakaipun.

Friday, April 14, 2023

Alhamdulillah Sudah OK

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Bersua kembali pada Ramadan ke- 23. Alhamdulillah internet laju semula. Haha lepas tangkap nombor di blog mamapipie.com pada 11 April (Selasa) terus internet semput. Bukapun lambat dan hanya dapat baca tulisan blogger. Apabila hendak komen lambat masuk atau ada ralat. Buka emelpun azab. Lawat-lawat blogpun lagilah terpaksa kurangkan. 2 hari tanpa internet laju. 

Menunggu 'Muatan' Isi Kandungan Emel Semalam



Ok hendak cerita dapat tangkap nombor 4, 999,999 kurang. Jadi dapat saguhati RM30.

Tangkap 4,999,999 di www.mamapipie.com



Lagi satu dapat tudung bawal daripada adik perempuan. Bolehlah padan dengan baju kurung lama yang jarang pakai untuk raya ke-2.

Sudah di minggu akhir Ramadhan maka tumpuan untuk banyakkan lagi ibadah. Insya Allah walaupun tengah uzur ini kurang sedikit dapat solat dan baca al-Quran.

Jumpa lagi.