Nuffnang

Wednesday, August 13, 2025

Borong Kurma Madu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

25 Julai dan 1 Ogos 2025. Setelah 2 bulan makan kurma biasa maka hati meronta-ronta kata mesti cari kurma madu.

Rutin makan ketika berbuka atau sebelum sarapan pagi.

Ketika ini susah jumpa kurma madu di pasaraya Mydin dan kedai lain mungkin sebab bukan bulan puasa. Ada madu biasa sahaja.

Jadi masa balik kampung pada 25 Julai (Jumaat), singgah bandar Tampin dan pergi kedai jual buku agama. Alhamdulillah ada. Rezeki harga sekotak RM12 tapi beli 3 kotak jadi RM30. Jatuh RM10/kotak.

Kurma Madu Darussalam RM10 Sekotak



 
Lepas itu 1 Ogos (Jumaat, ya suka beli waktu ini, jangan tanya mengapa 😅), lepas beli-belah di Mydin MITC, saya mengadu pada Abah kedai depan Mydin iaitu Ya Salam Belweel tiada stok kurma madu.

Jadi Abah bawa 1 kedai lain yang macam ala belweel di sekitar depan MITC. 

Kurma Green Diamond RM6 Sekotak



Alhamdulillah. Inipun dapat murah 2 kotak RM12. Jadi RM6 sekotak. Borong terus 4 kotak. 

Pandangan Tepi Kotak Kurma Green Diamond



Ikut hendak beli banyak-banyak tapi takut cepat rosak pula. Kena simpan yang belum buka dalam peti sejuk.

Ok pencarian berakhir untuk kali ini.

P.S: Dah kotak ke-2. Memang kerap makan. Kira waktu perut kosong makan ini dahulu.

Monday, August 4, 2025

10 Safar 1447

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Tarikh bermakna juga. Tarikh lahir diri mengikut kalendar Islam.

Mula tahu itu apabila rakan sekolah menengah  tanya dan dia tukarkan tarikh Masihi kepada tarikh Hijrah.

Lupa sekejap tapi ingat balik lepas satu keadaan.

Korang tahu tarikh lahir ikut tarikh Hijrah? Boleh klik sini. Kalau ikutkan apabila saya masukkan tarikh lahir Masihi, hasil yang keluar 9 Safar tapi teringat saya lahir sebelah malam. Jadi korang kena ambil kira faktor itu juga sebab tarikh berubah sewaktu masuk Maghrib.

Ok itu sahaja hendak kongsi. Jumpa lagi.
 

Friday, August 1, 2025

Review: FG Garlic Chili Oil Shirasu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ada permintaan orang dalam komen pos ini minta semakan (review) minyak cili bawang putih.

Garlic Chili Oil Shirasu By Fouziah Ghous



Saya cuba minyak cili bawang putih shirasu
(ikan bilis) sebab masa itu saya makan nasi lemak, nak ada kesan ikan bilis dan seimbangkan rasa sambal. 

Ikan bilisnya kecil-kecil dan halus jadi tidak ada rasa kesat. Rasa rangup bersama bawang putih. Minyakpun tidak banyak, tidak meladung jadi sihat rasa. Haha. Tidak pedas sangat. Tiada biji cili cuma ada bijan.

Isi Dalam Botol. Penuh Bawang Putih, Ikan Bilis Comel-Comel Tidak Banyak. Minyak Sedikit



Rasa ok cuma bagi mereka yang tidak suka bawang putih. Rasa agak kuat lepas makan.

Bagi saya ok. Sebulan habiskan minyak cili bawang putih. Haha saya ini suka cuba benda baru lebih-lebih lagi yang kata makanan sihat.
Ulang itu rasanya tidak kut. Bukan tidak sedap cuma nak rasa.

Jumpa lagi.

P.S: Sekarang tengah makan minyak bawang putih pedas.

 

Monday, July 28, 2025

Kenduri Kesyukuran

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

26 Julai 2025/ 1 Safar 1447 Sabtu, kenduri kesyukuran Atok Rosli sebelah rumah Uwan. Kali ke-2 untuk tahun ini. Sebelum ini saya ada tulis kenduri pertama tahun ini di sini. Saya selalu teruja dengan kenduri kesyukuran Atuk Rosli sebab tahlil dan doa-doa yang dibacakan. Kali ini doa kesejahteraan dan kesejahteraan untuk semua termasuk yang datang. Amin.

Orang memang ramai tapi tersusun dan beratur ketika mengambil makanan. Makanan macam biasa sedap terutama kuih/kek tradisional dan moden pelbagai jenis. Alhamdulillah. Semoga murah rezeki Atok Rosli dan Wan Safiah. 

Memandangkan saya duduk di bahagian wanita ketika tahlil dan doa, saya dapat kotak begini.

Kotak Kemik Sedikit Sebab Letak Belakang Atas Kerusi Takut Lupa Ambil



Isinya kain batik, duit kenduri dan sekeping penanda buku doa agar dihapuskan sifat mazmumah dalam diri. Semua bermanfaat. Insya Allah akan digunakan.

Kotak Kegembiraan- Isi Di Dalam



Gembira. Kali ini saya makan di khemah berbanding sebelum ini saya makan dalam rumah duduk bersila makan.




Friday, July 18, 2025

Sabar Atau Syukur

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Mana yang lagi susah dilakukan iaitu sentiasa bersabar atau sentiasa bersyukur? Atau dua-dua susah untuk sentiasa dibuat?

Soalan ini dikemukan masa tengok MyQurantime. 

Menarik nak tengok jawapan korang beserta sebab atau keadaan.

Jumpa lagi.

Jom banyakkan selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W.


Sunday, July 6, 2025

Durian

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Alhamdulillah banyak dapat rezeki durian dari kebun di Keru (abah punya), kebun Cikya dan kebun Pakcik Udin. Saya tanya mak, kebun saya sendiri takde ke? Mak kata susah nak masuk ke dalam ambil durian. Jadi saya niat sedekah pada binatang dan kalau ada orang yang dapat ambil durian😅  

Durian Kampung Dan Durian Kacukan



Melimpah ruah buah yang dapat. Semoga murah rezeki mereka yang memberi.

Sebahagian Durian Dibawa Ke Rumah. 


Durian yang dapat dikopek masuk bekas dan disejukbeku. Bolehlah makan apabila perlu.

P.S: Ada pokok rambutan depan bilik saya jadi pilihan seekor monyet muka putih bergayut dan makan!


Tuesday, June 17, 2025

Cepat Sampai - FG Food Garlic Chili Oil Premium Set

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah barang yang saya pesan semalam sampai hari ini. Cepat betul prosesnya.

Bungkusan Kotak Seberat 4 Kg



Pesan daripada laman sesawang wowshop. Tertarik dengan Fauziah Gous  promosi garlic chili oil atau dalam Bahasa Melayu minyak cili bawang putih. Boleh klik di sini untuk tengok penerangan produk.

1 botol minyak cili bawang putih asli
1 botol minyak cili bawang putih shirasu (ikan bilis Jepun)
1 botol minyak cili bawang putih udang
1botol minyak cili bawang putih pedas

4 Botol Garlic Chili Oil Dan Sekotak 3 Botol Air Sarang Burung Kurma Dan Madu



Gembira barang selamat sampai. Pembungkusan dengan plastik gelembung (bubble wrap) untuk setiap botol dan kotak dialas plastik gelembung yang tebal.

Sebelum ini pernah juga beli produk daripada FG (Fauziah Gous). Cepat sampai dan barang elok terjaga.

Air Sarang Burung



Dapat lagi barang percuma. 3 botol air sarang burung kurma dan madu. 

Belum makan lagi. Nanti saya kemaskini dalam pos ini. 

P.S: Beli pada harga RM97. Dapat rebat RM12 daripada pembelian terdahulu. Yuppie!



Friday, May 23, 2025

Poskad Untuk Kamu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Cari album lama nampak poskad ini beli di Istanbul. Poskad Istana Topkapi. Memandangkan dalam itu ada tidak boleh ambil gambar macam barang-barang Rasulullah. Ada juga gambar artifak dan pemandangan.









Rasa hendak bagi poskad pada pembaca blog yang berminat. Ada 12 poskad jadi saya akan bagi poskad secara rawak. Insya Allah. Sesiapa berminat boleh e-mel pada saya: wina1979@gmail.com. 
Nanti beri alamat dan hendak saya tulis apa atau biar kosong.

Bahagian belakang ini ada penerangan mengenai gambar.

Contoh Belakang Poskad



Oh! Ya, pembaca blog luar negarapun boleh minta. Pentingnya bagi alamat lengkap.

Cukup 12 orang, saya akan tulis TUTUP.

Apapun terima kasih yang baca blog saya.


P.S: Saya akan pos secepat mungkin dan tidak tunggu sampai dapat 12 nama sebab sudah beli setem serentak baru pos sebab takut lambat. Apapun saya akan beritahu apabila sudah pos dalam emel. Insya Allah.

P.S: Mereka yang tiada blog yang baca pos ini boleh juga minta.

Kemaskini 15 Jun 2025: Poskad yang sampai boleh baca di blog Tot.

Kemaskini  12 Julai 2025: Poskad yang sampai di blog Ceritera Kehidupan.

Tuesday, May 13, 2025

Lega Selamat Sampai

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah barang saya pesan Selasa lepas selamat sampai hari ini.  

Lega betul. Buka semua kotak tengok botol kaca minuman campuran sarang burung walid jenama V'Asia ini semua elok.

Ada sangkaan buruk dapat botol pecah sebab baca ulasan pembeli sebelum ini dapat botol pecah. Parcel lama tersadai dalam tempoh penghantaran buatkan lagi tinggi risiko.

7 Kotak= 3 Kotak Biru+ 3 Kotak Merah Jambu+ 1 Kotak Ungu Dan 1 Pek



42 botol kaca

Dalam Kotak



Isi dalam

Ada 6 Botol



Tq Allah. Maaf sangka buruk.

Rujukan Diri: Beli Di Wowshop dengan harga RM193. Dapat Pulangan Duit RM6. Asal harga RM199.

Monday, May 12, 2025

Baju Raya Sudah Siap!

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Akhirnya baju jubah saya sudah siap tanggal 10 Mei 2025😅. Silap saya hantar lambat. 19 Syawal hantar semula . Akak itu tanya hendak pakai segera ke? Saya cakap kalau sempat pakai raya ini kalau tidak untuk raya tahun hadapan. Sebenarnya cepat juga akak jahit siapkan. Hari ini akak jahit itu pergi haji. Saya ucap selamat dapat haji mabrur masa hantar.

Gembira sebab sama macam contoh jubah yang saya bagi. Ada poket belah kanan paling penting. Entahlah mengapa saya tidak berminat beli yang sudah siap. Mungkin jubah tidak ikut badan sangat.

Jubah Berwarna Ungu



Sebelum ini tidak fikir sangat sebab emak yang uruskan (buat) tapi sekarang emakpun sudah malas buat dan emakpun beli sahaja baju kurung dia. Saya pula sekarang minat jubah. Hehe baju kurung saya berlambak!

P.S: Kena beli kain baru untuk tambah jubah.

P.S.S: Nampaknya tema ungu tahun depan. Kecuali saya dapat kain baru, dapat buat lagi!


Monday, May 5, 2025

Suka Buat Syarat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tonton Alumni Haji di tv Al-Hijrah pukul 6 petang setiap Isnin-Rabu rasa sebak pula.

Tertanya-tanya bila diri ini akan dipanggil untuk menunaikan haji. Baru teringat saya buat janji ketika umrah untuk datang bersama suami apabila buat janji

Masalahnya belum lagi kahwin. Maknanya kena tunggu dah kahwin baru dapat. Silap diri suka buat syarat dan keadaan. Dahlah waktu tawaf keliling Kaabah.


Tuesday, April 22, 2025

Jumpa Kekasih Lama

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Hehe mesti korang tertanya-tanya siapa kekasih lama saya ini? Kekasih lama saya ialah..... Masjid Al-Alami, MITC.

Saya lama tidak singgah dan solat di sini. 2 tahun rasanya. Masa Abah cakap ada jamuan raya dibuat di sini, hati melonjak-lonjak gembira. Lagilah saya sudah habis puasa sunat 6 dan puasa wajib.

Rindu dan tidak sabar tengok perubahan dalam masjid. Tidak sangka ada perubahan kecil. Ada juga tabung wakaf untuk naiktaraf guna penyaman udara. Wah! Insya Allah sejuk dinginlah ruang solat ini nanti.

Kitorang pergi awal dalam 10 pagi lebih, dapatlah solat sunat tahyatul masjid dan dengar ceramah dhuha pasal tasawuf.
Lepas itu perasmian jamuan raya. Jadi orang terawal makan. 11:30 pagi dah cabut sebab orang makin ramai jadi kita bagi ruang mereka duduk pula.

Maaflah tiada gambar.

Apapun terubat rindu. Kalau ada tanya mengapa lama tidak singgah solat sini ketika terawih jawapannya solat di tempat lain. Tahun lepas di Masjid UteM, tahun ini di masjid di kampung. Lagipun sudah ada surau di taman perumahan maka lagi dekat.

Ada lagi kekasih lama yang saya rindu lama tidak lawat. 😄


Monday, April 21, 2025

Sama Tapi Tidak Serupa

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Baca novel ini sebab tidak ingat jalan cerita. Dah lama beli.

Tiba-tiba apabila baca, macam lebih kurang cerita perjalanan hidup ini. Bukan 100% sama tapi ada sedikit persamaan. 

Novel Panggil Aku Dahlia Oleh Noor Suraya



Itulah Allah jentik hati ini.

P.S: Cinta berdasarkan redha Allah.


Sunday, April 20, 2025

Berserah Dan Berlindung

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Apabila sudah rasa lega 'konflik' selama 14 tahun dapat penutup tiba-tiba ada bahagian lain belum diselesaikan.

Apapun saya memang dah serahkan 100% pada Allah sejak 'konflik' tersebut dan saya berlindung kepada Allah daripada melakukan kezaliman ke atas diri sendiri.

P.S: Ambil masa lagi untuk leraikan 100%. Saya patut buat begini selalu seperti dalam pos ini

Tuesday, April 15, 2025

Sented Candle

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Benda yang buatkan hati berbunga-bunga apabila mendapat sesuatu berbau wangi. Tidak dapat digambarkan perasaan itu.

Kotak Sented Candle


Kali ini saya dapat lilin wangi! Huhu dapat masa Sabtu lepas kenduri kesyukuran masuk rumah baru, pergi haji dan raya. Moga murah rezeki tuan rumah. Hadiah lain dapat buku tajuk Surah Pembuka Rezeki dan Rahmat Allah. Saya percaya tuan rumah ini amalkan amalan dianjurkan untuk murah rezeki. Terima kasih orang yang baik! Selain itu dapat pulut kuning dengan rendang ayam. Ini anak buah makan. Mengulang makan maka memang sedap.

Meh tunjuk gambar lagi sebagai penghargaan dan kenangan.

Pandangan Atas



Corak batik.

Pandangan Depan



Buka bekas alumium ada lilin berisi kelopak bunga.

Bahagian Dalam




P.S: Bukan patutnya nama Scented Candle ke? 




Monday, April 14, 2025

Giveaway Pertama Tot's Blog

 بسم الله الرحمن الرحيم
[TUTUP]

Assalamualaikum...

Tidak sangka Nur akan buat pemberian percuma. Menarik hadiahnya. Syarat-syaratpun mudah. Paling penting saya selalu melawat blog puan punya blog.

Sesiapa berminat boleh klik kain rentang di bawah untuk tahu syarat-syarat penyertaan dan hadiah yang disediakan.




Tarikh tutup: 28 April 2025.

Moga ada rezeki menang hadiah utama.


Saturday, April 12, 2025

Ramadan Dirindui Syawal Menjelang

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sedar tidak sedar sudah 13 Syawal. Penghujung Ramadan hingga 9 Syawal saya memang tidak buka blog. Saya memang tiada internet guna internet rumah. Lagilah adik ambil bawa balik kampung ke Kelantan. Hehe dapatlah puasa daripada dunia siber.

Rasanya Ramadan yang terbaik, seronok dan menenangkan untuk saya. Rutin yang berbeza daripada Ramadan tahun-tahun lepas. Harap Ramadan tahun hadapan makin bagus daripada sebelumnya.

Lemang Pakcu Buat



Saya Dengan Emak Dan Saudara Mara Di Rumah Makchek


Raya? Ok sahaja. Baju raya tidak sempat hantar untuk raya. Tapi saya banyak baju kurung raya jadi pakai yang jarang pakai.

Apapun seronok baca pengalaman raya rakan-rakan bloggers tahun ini. 

Selamat menjalani puasa 6 Syawal.

Tuesday, March 25, 2025

Malasnya...

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Apa yang malas itu? Malas nak balik kampung Jumaat ini. Malas nak kemas beg bawa barang. Rasa seronok dalam bulan Ramadan ini, berseorangan, puasa, buka puasa makan sedikit sahaja sudah kenyang, lepas itu mengantuk datang pukul 9 malam lebih. Lepas itu Zzzzz...dengan lena. Pukul 3 pagi terjaga. Rasa puas tidur. Btw, saya tinggal seorang di rumah sejak 2 minggu lepas.

Kembali pada rutin makan macam biasa selepas habis Ramadan yang rasa tidak sanggup. 

Oklah korang bukan niat untuk bunuh semangat raya korang dan semangat balik kampung tapi terus-terang saya suka bulan Ramadan. Sebelum masuk bulan Ramadan memang rasa cemas sebab mampu ke hadapi tapi apabila masuk rasa macam takmo keluar.

Jumpa lagi. Selamat mengejar lailatulqadar.