Nuffnang

Friday, July 29, 2011

Sekarang Ini Musim Menukar Rupa Paras Dan Perabot Blog

Assalamualaikum...

Wah-wah berjalan-jalan ke blog, kebanyakan blog yang saya lawat buat/tukar perkakas/perabot blog. Ada yang ubah kepala blog (header), ada yang tukar warna dinding blog ada tambah perabot, ada buang perabot. Ada tukar rumah daripada blogspot kepada wordpress. Ada beli rumah baru. Wah meriah dan memang cantik-cantik apabila dah tukar/tambah/kurang perabot. Makin berseri-seri.

Saya pun pernah nak ubah-ubah perabot tapi masa saya buat tu tiba-tiba blogspot ditutup hampir sehari ketika itu. Terus terbantut niat. Sekarang ni belum lagi rasa nak ubah tapi ada gak teruja nak buat apabila tengok blog-blog yang dilawati kebanyakan berwajah baru dan segar pula dekorasi yang diletak. Hehe saya nak kepala blog ada kain rentang (banner) tapi tulah tak reti buat dan saya takut lagi berat pula blog ni kalau ada kain rentang. Lagi pula kawan saya cakap jangan buat dan betulkan perkara yang sedia ada kalau tak reti lagi nanti menjahanamkan blog sendiri.

Itu jerla nak tulis. Jumpa lagi. Kepada tuan rumah blog yang baru tukar perabot dan warna dinding blog tahniah yer. Cantik dan kemas. 

P.S: Rasa macam Eric Leong dalam Casa Impian je buat perubahan dalaman rumah. Hehe





Rumah Di Kebun Pisang Yang Minta Dihias




Adakah Selamat Memberikan Permit Senjata Api Kepada Orang Awam?


Assalamualaikum…

Salam awal pagi Jumaat. Rasa nak menulis ketika ini kerana kelajuan internet yang memuaskan. Kalau siang nanti tak berapa laju kerana Y dan M pun akan gunakan internet pada laptop dan i-Pad masing-masing.

Saya nak buka topik penggunaan senjata api atau secara khususnya pistol oleh orang awam. Selamat ke? Adakah memberi kemudahan/keselamatan kepada orang yang memilikinya? Mula-mula rakan sekolah saya bertanya sebab dia tengok siri ‘Justified’ (maaf saya tak tengok siri ini) tapi awal tengah malam tadi saya tengok siri terbaru Law and Order: SUV pasal seorang mangsa rogol yang ditembak kejam. Sepatutnya dia kena bagi keterangan di mahkamah dan dia cam perogol terlibat. Perogol ni pula hantar orang takutkan dia. Orang yang dia hantar untuk takutkan perempuan ini yang berlebih-lebih bunuh perempuan tersebut. Pistol yang dia gunakan pula diberi oleh pegawai ATF (Bureau Of Alcohol, Tobacco, Firearms and Explosives) – organisasi yang bertanggungjawab terhadap kesalahan penggunaan senjata api, letupan, penyeludupan alkohol dan tembakau. Ironi kan orang yang bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan senjata api beri kepada yang tidak layak? Tiada siasatan terperinci, beri dengan mudah senjata api kerana orang yang membunuh perempuan tersebut merupakan pemberi maklumat kepada ATF dan dia minta senjata itu dengan alasan untuk perlindungan diri tetapi dia menyalahgunakan pistol tersebut.

Akhir sekali apabila Detektif Benson dan Stabler tangkap ketiga-tiga yang ada kaitan dengan pembunuhan perempuan tersebut: perogol, pembunuh dan pegawai ATF, anak perempuan kepada mangsa datang ke balai polis dan melihat ketiga-tiga tertuduh. Keluar untuk balik tapi masuk semula tiba-tiba menembak ketiga-tiga tertuduh yang ada dalam penjara sementara dan tembak seorang perempuan pemberi maklumat yang tidak bersalah. Detektif Stabler suruh budak perempuan ni letakkan pistol tapi ketika itu si pembunuh tu belum mati (cedera sahaja) membuat provokasi kepada budak perempuan tersebut dengan mengatakan “saya sepatutnya bunuh kamu dan emak kamu.” Budak tu apa lagi sangat marah nak teruskan tembak tapi Detektif Stabler terpaksa tembak budak perempuan ni dahulu. Budak tu dah terbaring dan Detektif Stabler terus meluru. Budak tu cakap “mudah dapat senjata api hanya di seberang jalan.” Bayangkan kekecohan berlaku dalam balai polis!

Siri ini membuatkan saya terfikir akibat senjata api dimiliki oleh orang yang salah. Penguatkuasaan undang-undang yang tidak telus. Kesimpulannya begitu mudah mendapat senjata api tanpa permit, sesiapa pun boleh guna senjata api. Keadilan tak dapat ditegakkan kerana manusia menghukum manusia lain dengan tidak mengikut sistem undang-undang yang ada.






Thursday, July 28, 2011

Ramadan Dinanti - Nanti

Assalamualaikum...

Tinggal 3 hari lagi Syaaban akan melabuhkan tirainya dan Ramadan menjelma. Kelip-kelip mata dah pun sampai puasa. 

Sebelum ini saya ada tulis lepas ambil M di lapangan terbang nak balik kampung sebab Uwan buat lemang kan? Saya silap ler, Sabtu ni baru bakar lemang untuk hari bantai. Tak sabar nak tunggu bukan sebab saya ni peminat lemang tapi sebab nak makan rendang dan berkumpul untuk cerita program-program Ramadan yang kami rancang nak buat.

Apa perancangan korang nak buat ketika Ramadan? 


P.S: Layan gambar yang tiada kaitan dengan tajuk. Ini Sony Walkman yang gambarnya diambil 2 tahun lepas. Dengar ketika hendak tidur atau tengah sentimental. 



P.S.S: Rakan sekolah telah menghurai tentang ingatan. Rupanya kalau kita ingat seseorang yang lama kita tak ingat tu sebenarnya kita dan dia serentak ingat. Jadi tiada istilah siapa ingat dulu.


Sony Walkman B133F



Wednesday, July 27, 2011

Hari Ini Hari Kekurangan Jiwa Pada Blog



Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Haha hari ini lewat sedikit melayari internet. Hari tak produktif untuk diri ini dan kekurangan 'mood'. Agaknya sebab hari ini hari Rabu hari yang memang tiada kata-kata agaknya.

Jadi hari ini saya 'hidangkan' mata pembaca yang membaca tulisan ini apam bintik-bintik atau dalam kata lain apam polkadot. Ada yang belum tahu kan bagaimana rupa apam bintik-bintik kan ? Sila jamu mata untuk lihat rupa paras apam tersebut.

Ok nanti saya sambung tulis lagi. Jumpa lagi.Terima kasih kerana singgah dan baca serta komen.





Bulatan: Letak Inti Coklat Atau Beri Biru


Tuesday, July 26, 2011

Ingatan? Siapa Yang Mula Ingat Siapa Ni?




Assalamualaikum...

Ada sesiapa boleh jawab kemusykilan saya ni. Betul ke kalau kita teringat orang tu maknanya  sebab orang tu teringat pada kita?

Habis tu siapa dulu yang mulakan ingatan tersebut? Tak ke macam berpusing-pusing (loop)? Maksud saya kalau saya teringat orang tu maknanya adakah orang tersebut mula-mula ingat pada saya atau saya yang mula teringat orang itu dan orang itu tiba-tiba teringat pada saya?

Siapa ada jawapan? Macam tak logik je kadang-kadang dapat jawapan apabila kita tiba-tiba teringat pada seseorang yang lama tidak muncul di fikiran, ada yang berpendapat orang yang kita ingati tu terfikir pasal kita. Pening. Nak tahu sama ada gerak hati kita tepat atau tidak boleh sertai kuiz gerak hati ini.



Repekan Kerepek Hari Ini


Klik untuk besarkan gambar.


Assalamualaikum...

Hari ini rasa tak bermaya je dengan masalah merepek-merepek dengan saya suka fikir terlebih-lebih ni. Apapun nak lupakan dan hilangkan rasa risau/paranoia tu maka buat-buatlah sibukkan diri dengan menjaga anak saudara selain sambil-sambil ada masa tinggalkan komen pada blog orang. Dak Bubut tu. Ha terhibur apabila layan keletah budak kecil yang sibuk nak menjelajah ruang setiap rumah.

Lepas Maghrib pula tolong Y isikan dalam cawan apam bintik-bintik. Tahu tak apam bintik-bintik tu rupa bagaimana? Maaf belum ambil gambar apam tu. Kalau saya dah ambil dan muat naik, saya akan letak pada tulisan akan datang. Buat 3 warna: merah jambu, coklat dan ungu dengan inti coklat dan beri biru. Apam terkini dah dicanggihkan (disusahkan?) sebab kena paip bentuk bulat-bulat untuk jadi bintik-bintik.

Apapun layan gambar-gambar coklat yang M beli semasa transit di Dubai dan kerepek kentang yang dia bawa untuk dia makan tapi tak sempat nak makan. Maka haruslah saya merasmikan kerepek kentang tersebut dan sememangnya saya peminat tegar kerepek kentang.

Ok itu sahaja repekan saya. Jumpa lagi. Oh! Ya, pai epal saya terpaksa ditangguh buat kerana memberi laluan Y nak buat apam.


Kerepek Dan Coklat Putih


Coklat Yang Boleh Juga Didapati Di Langkawi








Monday, July 25, 2011

Watak Utama Dah Ada Dan Perihal Nuffnang


Assalamualaikum...

Selamat awal pagi Isnin semua. Ahad macam tiada perasaan nak buka internet. Buka blog pun dah malam. Sempat balas beberapa kunjungan. Terima kasih ye. Mengapa eh? Mungkin saya terfikir macam-macam dan dapat emel daripada Nuffnang yang galakkan kita tukar kata kunci (password). Korang tukar tak? Dah tukar, masuk balik, tengah-tengah layari laman Nuffnang ni, boleh ada masalah. Mulalah fikiran fikir bukan-bukan. Mana tahu saya dapat emel bukan daripada pihak Nuffnang yang sebenarnya tapi penggodam yang nak kata kunci baru. Mulalah saya paranoia. Bagi mereka yang baca ini yang pasang iklan Nuffnang sila bagitahu saya korang dapat emel daripada Nuffnang tak?

Oklah cerita lain. Petang semalam saya  pergi Jaya Jusco Bandar Melaka. Akhirnya watak utama dan watak-watak penting saya dah beli. Bolehlah buat pai epal nanti setelah kulit dah buat. Bahan utama ialah epal hijau, serbuk kayu manis, serbuk buah pala, gula perang dan lemon. Lain-lain dah ada seperti tepung gandum dan mentega. Nanti dah buat siap saya akan tunjukkan beserta bahan yang saya buat (lengkap)

Itu sahaja saya nak coretkan. Jumpa lagi. 


Tag also: bahan inti pai epal



Inilah Rupa Watak Utama Bagi Membuat Inti Pai




Serbuk Kayu Manis, Serbuk Buah Pala, Epal Hijau, Gula Perang Dan Belakang Ialah Lemon


Sunday, July 24, 2011

Amy Winehouse Ditemui Mati Di Kediamannya

Assalamualaikum…


Ketika daftar keluar sesi emel Yahoo saya, terpampang muka hadapan Yahoo yang mengatakan Amy Winehouse mati pada usia 27. Terkejut juga saya baca berita kematian dia.

Itulah kalau kita ni tak bahagia dan tak dapat tangani tekanan dengan betul dan bergantung kepada dadah, arak dan cara makan yang tidak sihat. Setakat ini punca kematian tidak diketahui.

Lady Gaga yang gila-gila tu pun harap-harap tidak akan mengakhirkan hidup dengan cara sebegini. 

Moga kita ambil iktibar daripada kisah ini. Popular, kaya tidak bermakna kita bahagia. Bahagia datang daripada hati yang tenang dan patuh pada Allah. Moga kita kejar perkara yang betul.

Jumpa lagi. 


P.S: Saya takde minat dia, cuma ambil kisah iktibar cara hidup dia untuk renungan kita.





Menghadiri Majlis Persandingan Dan Menjemput M Di Lapangan Terbang

Assalamualaikum...

Alhamdulillah saya selamat sampai ke rumah waktu tengah azan Maghrib. Alhamdulillah kenduri di Cheras telah dihadiri dan adik M sudah diambil di lapangan terbang.

Bertolak dari rumah pukul 10 pagi tadi dan singgah sebentar di kebun pisang di pinggir Tampin sekejap bagi binatang yang jaga kebun. Kemudian ke dewan berhampiran Stadium Kuala Lumpur Cheras untuk majlis persandingan entah nama tak tahu. Untuk makluman, saya tak kenal saudara-jauh belah abah ni. Maka tak tahu siapa nama pengantin perempuan ni dan hubungan antara saya dengan dia. Teruk kan? Ok kami sampai hampir pukul 1. Adik saya, Y bersama keluarga belum sampai maka kami masuk dewan dahulu. Jumpa pula Pak Teh, Mak Teh dan Mak Cik Minah yang sama saing datang. Sama-sama ambil makanan iaitu daging rendang lada hitam, ayam masak merah, ikan goreng tepung masam manis, dalca dan papadom. Boleh tahan sedap. Kawasan kuih-muih, bubur kacang hijau dan teh tarik kat bahagian luar dewan. Jadi dah lepas makan, wajib ambil kuih-muih, bubur dan air untuk mak/pak saudara. Oh lupa lak, lepas kitorang dah ambil makanan Mak Lang pula datang bersama anak lelaki, Arshad bersama keluarga dan anak buah. Y datang lambat, kitaorang dah habis makan dan lepak di luar menunggu ketibaan pengantin barulah nampak batang hidung bersama suami dan Dak Bubut yang diam baru bangun agaknya.

Maka kami (mak+abah+saya) duduk di kerusi luar sambil layan Dak Bubut sementara Y dan suami makan. Ketika ini jemputan semakin ramai ketika pengantin duduk di pelamin. Panas pula kat luar. Maka kitorang jalan-jalan luar tepi dewan untuk ambil angin penyaman udara dan kemudian ke tandas.

Alamak panjang pula, ok lepas tu Y tumpang kereta (maknanya suami dia tak ikut) kitorang untuk ke KLIA. Dalam kereta ni, sepanjang perjalanan saya dah terlena kerana kekenyangan dan kepenatan. Dak Bubut kacau saya pun, saya boleh lalok. Sampai je dah 3 lebih. Jangkaan pukul 3 dia mendarat, sejam pula untuk pemeriksaan kastam, pasport ambil beg. Maka memang dalam pukul 4 lebih dia keluar.

Gembira jumpa M yang makin kurus nampak segak pakai jeans dan kemeja kotak-kotak menarik bagasi dengan beg selimpang. Masuk kereta, M keluarkan i-Pad 2. Nampaknya dia orang kedua dalam keluarga pakai i-Pad. Uwaa, saya bila entah nak ada? Tunggu menang peraduan jawabnya.

Kami dalam perjalanan pulang untuk singgah sebentar ke Kampung Chenaga, Tampin untuk jumpa Uwan. Saya tidur lagi. Tidur jerla agenda saya dalam kereta.

Ok itu sahaja nak cerita. Jumpa lagi.



Inilah Dak Bubut (Gambar Diambil Awal Bulan 5)




Friday, July 22, 2011

Perhatian Kepada Pembaca Budiman

Assalamualaikum...

Memandangkan esok tuan tanah blog ini nak pergi berjalan raya maka lawatan balas dan berjalan-jalan ke blog yang setia ini akan dibuat sehingga tuan tanah pulang (mungkin lewat sampai hari Ahad) Jadi jangan segan-segan tinggal komen. 

Pada pembaca baru yang suka baca dan rajin ke blog saya, bolehlah ikut (follow) dan tinggalkan komen di bawah yer. Pastikan profil diri korang tu ada terpampang. Takpun tulis alamat blog korang. Senang takyah saya tercari-cari, terus tampal (paste) alamat blog korang pada alamat pencarian (address bar) Kecuali kalau korang memang nak jadi pembaca misteri (macam ada beberapa orang dalam blog tuan tanah ni), ha tu korang taknak tinggalkan korang punya alamat blog pun takpe.

Ok jumpa lagi. Selamat berhujung minggu. Kalau rindu boleh baca tulisan lama-lama saya.

Kepada Yang Tak Tahu Bulatan Dibuat Ialah Alamat Pencarian (Address Bar) Kalau Rasa Profil Korang Tu Rahsia Takmo Saya Buka, Korang Bagi Je Alamat Blog, Biar Saya Tampal Masuk Alamat Pencarian, OK?  Ini Imej Daripada PC Disalin Masuk Ke Dalam Microsoft Paint Untuk Diedit

Tag also: Address bar





Pagi Subuh Jumaat Yang Indah...Hening

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Awal pagi pula saya bersiaran. Teruja sebab esok nak ambil adik di KLIA. Jangkaan dalam pukul 3 petang. Apapun sebelum itu nak pergi kenduri kahwin di kawasan KL. Tempat spesifik tak tahu lagi. Abah takde,mak pergi kursus. Tinggal saya seorang. Rasa dah macam bulan puasa pula suasana.

Eh oklah semoga kita diberkati Allah. Doa banyak-banyak tau pada hari ini kerana ada satu saat apabila kita minta, ia akan dimakbulkan. InsyaAllah. Jumpa lagi. 



P.S: Angin kuat sampai terdengar bunyi atap macam nak terbang je dan bunyi keriutan buaian.








Thursday, July 21, 2011

Nak Menipu Jer Kerjanya


(Tulisan Luahan Perasaan)

Assalamualaikum...

Eek eh nak mengadu sedikit pada blog. Entah apa-apalah Maxis ni. Dapat mesej yang mula 2**** tu TIBA-TIBA nak tukar konfigurasi MMS telefon bimbit. Konon lepas tu dapat MMS percuma selama 2 minggu. Lepas 2 minggu, tak pula nak ingatkan pengguna nak teruskan sama ada nak bayar atau tidak. Tengok-tengok kena caj walaupun pengguna tak mahu.

Memang operasi nak perah duit jer kerja. Apabila mesej bagi konfigurasi, terus saya buang. Lepas tu datang sms, kata nak mulakan konfigurasi taip 'Y' hantar ke no 2****. Buang lagi mesej tu.

Dahlah maknanya saya tak mahu, janganlah terdesak menipu mula-mula kasi percuma. Semua orang suka percuma. TAPI lepas tu beritahu la lepas 2 minggu tu, nak teruskan perkhidmatan kena bayar sekian-sekian jumlah. Ni terus anggap jer pengguna setuju.

Eh ke dia dah anggap kita setuju masa dia hantar nak konfigurasi MMS kita tu? Tapi bukan saya minta, iklan datang masuk tiba-tiba sibuk nak buat konfigurasi, kata nak buat sebentar lagi. Takde pengenalan, patut sms tu mula-mula tanya nak ke perkhidmatan ini?Korang pernah dapat tak? Saya benci iklan sms.

Ok dah cukup meluahkan. Maaf yer sesiapa yang baca.



I Have Epiphany

Out of blue, suddenly I get epiphany. Eureka! Muahaha *mischievous laugh* Definitely I shall do what I discover. 


Like Solving The Riddle: How Many Animals Can You See?



Wednesday, July 20, 2011

Hari Yang Memang Saya Tidak Berkata-Kata Banyak! Membuat Sesuatu Mesti Rasa Seronok Tetapi Tidak Boleh Berlebih-Lebihan

Assalamualaikum...

Hari ini betullah hari saya takde nak berkata-kata. Lebih banyak pada monolog sahaja. Tapi saya nak juga tulis sebuah tulisan. 

Tidak ceria hari ini. Mungkin memaksa diri melakukan sesuatu perkara sampai memenatkan jiwa, fizikal. Terima kasih kepada seorang bekas rakan sekolah yang mengingatkan agar tidak terlalu memaksa diri dan buat secara perlahan-lahan sehingga berjaya. Ya, saya akui saya mementingkan kesempurnaan, sangat teliti, suka meletak sasaran setiap tindakan apakah input yang perlu dibuat dan output yang akan terhasil. Apabila buat tidak dapat hasil yang dirancang. Saya menggelupur seperti kera termakan racun tanaman.

Apapun syukur setiap kali berlaku, cepat-cepat diingatkan untuk bersabar. Diingatkan kita, tidak semua akan dapat apa yang kita nak. Apabila dapat sesuatu, tidak bermakna ia hak mutlak kita. Allah akan mencabut bila-bila masa sahaja. Lepas ini nak buat ikut kemampuan diri, perlahan-lahan dan penting sekali saya MESTI gembira buat semua ketika itu. 

Aiseh camne boleh lupa saya juga pernah tulis tentang hal ini, membuat sesuatu mesti ada keghairahan dan keseronokan. Memang saya seronok melakukan kerja tersebut tetapi terlebih menggunakan tenaga dan emosi. Itu yang memenatkan jiwa. Oklah kalau lepas ni, buat perkara yang menyeronokkan pun mestilah secara sederhana. Seronok buat sesuatu perkara pun tidak boleh dibuat secara berlebihan. Orang kata akan mudah menjemput kejemuan.

Jumpa lagi semua. Terima kasih kerana membaca luahan hati saya. 

Ingat wahai diri. Formula membuat sesuatu pekerjaan= Kerja dengan rasa seronok + Ikut kemampuan + Sederhana + Ikhlas






Tuesday, July 19, 2011

Membaca Blog Yang Diikuti/Dilanggan Menggunakan Google Reader


Assalamualaikum...

Saya suka sangat menggunakan aplikasi Google Reader ni. Senang nak tengok senarai tulisan baru blog yang saya langgan dan ikut. Boleh tandakan mana dah baca. Mana belum. Letakkan bintang untuk tulisan yang kita suka (letak dalam satu bahagian). Kalau kita tengah tiada depan pc/laptop. Apabila pc dibuka, buka je Google Reader, boleh tengok tulisan-tulisan yang terlepas yang masuk tu yang warna putih pos yang belum dibaca. Jadi bolehlah baca satu-satu tanpa ketinggalan.

Kandungan Blog Yang Dilanggan Dalam Google Reader Saya

Ia diperkenalkan oleh blogger milimilo maka saya mencubanya dan memang sangat mudah. Sesiapa nak buat boleh pergi ke papan pemuka (dashboard) dan bawah blog I am following to ada satu pautan View In Google Reader. Jadi blog-blog yang korang ikut akan diletakkan dalam Google Reader.

Pemuka Depan (Dashboard)

Sesiapa yang ada blog boleh cuba guna aplikasi Google Reader. Senang, mudah. Kalau ada masalah/kemusykilan boleh tanya saya. Jumpa lagi. 


P.S: Saya suka baca pos terkini blogger buzz juga. Kena ambil tahu perkembangan blogger supaya tak melopong apabila Google Team buat peningkatan sistem.





Dalai Lama Di Dapur Masterchef Australia



Assalamualaikum...

Siapa peminat Masterchef Australia di kalangan pembaca blog saya? Angkat tangan. Hehe. Akhirnya saya dapat kejar ikuti siri terkini iaitu episod 67 siri ke-3. Temanya ialah makanan 'vegetarian' dan tetamu istimewa ialah Dalai Lama.

Apabila tengok hidangan yang disediakan peserta, semua nampak sedap dan lazat. Siapa kata makanan 'vegetarian' tak menyelerakan?

Hayden- Mi Jepun Berkuah Dengan Cendawan Shitake
Alana- Makanan Timur Tengah Tajin Dengan Roti
Dani- Kari Sri Lanka Dengan Roti
Billy- Ladu Berintikan Cendawan Dan Daun Ketumbar
Michael- Tortellini Keju Kambing Bersama Krim Ubi Ungu Dan Sup Borscht
Kate-Puding Kelapa Bersama Manggis Dan Pekatan Kuah Ketumbar
Allie- Gnocci (hidangan tak jadi, hidang gnocci yang terlebih tepung)

Ok layan skrin dicetak daripada pc saya siri ini. Kredit pada penerbitan Ten. Kalau nak tonton boleh buka tehcake.com. Hidangan Dani memikat hati juri dan disukai serta semestinya dimenangi oleh Dani yang bersaing hebat dengan Michael.

Dalai Lama Melawat Peserta Masterchef Yang Bertungkus-Lumus Menyediakan Hidangan Vegetarian Di Dapur


Peserta-Peserta Masuk Mengadap Membawa Hidangan Masing-Masing Diketuai Kylie Kwong Yang Mengawasi Peserta Di Dapur


Hidangan Yang Disediakan Oleh  Hayden -Japanase Noodle Consomme With Shiitake Mushrooms

Hidangan Yang Disediakan Oleh Alana- Middle Eastern Feast With Flat Bread

Hidangan Yang Disediakan Oleh  Dani- Sri Lankan Vegetarian Curry With Roti



Hidangan Yang Disediakan Oleh Billy- Buddha's Delight With Mushroom & Coriander Dumplings



Hidangan Yang Disediakan Oleh Michael- Goats Cheese Tortellini With Beetroot  Cream And Borscht Soup


Hidangan Yang Disediakan Oleh Kate- Steamed Coconut Pudding With Mangosteen & Coriander Anglaise