Nuffnang

Tuesday, May 31, 2011

Berhati-Hati Dengan Penipuan Di Internet



Assalamualaikum...


Semalam tengok kotak emel bahagian 'Tak Guna' (spam) tu. Banyak sangat emel tak guna ni. Ada satu emel saya buka pasal akaun Maybank suruh pengesahan akaun. Berhati-hati ini adalah penipuan untuk minta nombor akaun kita. Kalau nak pasti emel tu daripada pihak yang sebenar, hubungi terus Maybank. Contoh tangkapan pandangan muka isi kandungan emel itu. Kalau anda dapat emel ini, silalah buang dan jangan layan.

Pandangan isi kandungan emel

 


Monday, May 30, 2011

Masuk Peraduan Menang RM 10 000 + iPad Di Berita Harian Dan Maraton Menonton Siri House


Assalamualaikum...

Hai, bertemu kembali di sini. Yeah Y sekeluarga balik maka dapatlah bermain dengan Dak Bubut. Macam biasa kalau Dak Bubut nampak saya terus menjerit kegembiraan. Saya mengajar dia menjerit apabila ternampak saya.

Lagi satu perkara, saya dah hantar peraduan yang memerlukan kita menyusun perkataan selama 6 hari untuk membina satu ayat di Berita Harian. Hadiah memang lumayan iaitu RM10 000 dan i-Pad. Mula-mula saya macam malas nak sertai sebab peluang untuk menang kalau hantar penyertaan yang banyak dan Berita Harian pun dibeli pada hari biasa. Jadi minggu pertama tiada pun hantar. Cuma minggu ke-2 mak pula ternampak peraduan tu dan suruh saya masuk. Saya cakap "kita kena beli tiap-tiap hari." Mak cakap "takpelah,nanti beli." Maka saya pun masuklah peraduan itu dengan menggunakan nama mak. Saya cakap "pakai nama maklah untuk tukar angin." Lagipun mak saya yang menggunting peraduan dan dapat menyusun perkataan-perkataan menjadi ayat. Saya pula setiap kali tengok peraduan tu macam malas nak susun perkataan. Lagipun saya macam tak faham sangat syarat peraduan maka akibatnya TIADA PERASAAN SERONOK. Apapun saya yang menulis jawapan dan butir-butir diri mak pada borang penyertaan, kepilkan, masuk dalam sampul surat, gam setem dan tulis alamat pada surat. Kira adalah juga saya sumbangkan. Moga berkat bekerjasama dengan emak yang bijak menyusun ayat maka kami akan menang. InsyaAllah. Hehe.

Ada satu lagi peraduan yang ini saya teruja masuk maka seperti saya beritahu pada pos sebelum ini, saya kena beli bukti pembelian. Ini tarikh tutup lambat lagi maka belum saya isi dan hantar. Nanti datang aura rajin atau aura tengah tak tahu nak buat apa bolehlah isi dan hantar. Sekarang ni tengah maraton tengok siri 'House' yang belum keluar di tv Malaysia, 4 siri saya belum tengok daripada siri 20 hingga 23. Jalan cerita siri ini memang tidak disangka dengan emak Cuddy nak saman hospital, Lisa Cuddy dan House. Ada pula siri House curi ubat eksperimen untuk kaki yang sakit sebab vicodin yang selalu dia makan tu tak berkesan.

Oklah ada lagi nak cerita tapi simpan untuk tulisan kemudian. Jumpa lagi.



Sunday, May 29, 2011

Ringkasan Hari Ini



Assalamualaikum...


Bertemu kembali. Saya baru sahaja pulang ke rumah pukul 9 malam. Pulang dari melawat Wan dan sebelum balik singgah seketika di rumah Makchek. Nampaknya hari ini aktiviti banyak di luar.


Kenduri kahwin yang kami hadiri pun sangat seronok. Makanan kampung yang sedap. Ada masak lemak pisang muda. Nyum. Makan sangat cepat dan berselera. Kenderat pun bagus cepat sahaja mengisi air basuh tangan yang kosong. Meja pun bersih tak macam kenduri kahwin yang saya pergi semalam.


Ada singgah pasaraya Giant di kampung Wan, saya beli barang untuk masuk peraduan. Kena ada bukti pembelian.


Gembira saya dapat jumpa muat turun perkakas pembesar suara untuk pc umum ini. Dapatlah saya menonton America's Next Top Model musim ke-16 yang ada siri saya terlepas tengok semasa H kahwin. Nanti sambung tengok siri House, sitkom. Maka saya kembali menjadi pelawat setia laman tvblinkx.


Ok itu aje ringkasan hari ini. Jumpa lagi...


Sekilas



Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, permohanan saya kepada Allah dimakbulkan. Tidak dijangka dan berlaku ketika saya nak buat perkara lain.

Wahai diri, tiada alasan untuk ingkar perintah Allah.


Saturday, May 28, 2011

Aktiviti Hari Ini Dan Kisah Biskut Raya


Assalamualaikum...

Menulis waktu malam pula. Hehe, bertukar-tukar masa dan angin untuk menulis. Ok, seperti yang saya beritahu sebelum ini saya menemani emak ke Kolej Komuniti Masjid Tanah untuk belajar mengukir buah. Ketika sampai dalam pukul 9 pagi. Ada seseorang beritahu kelas mengukir buah pukul 10 pagi. Sementara nak 'bunuh masa' tu, mak,saya dan beberapa rakan sekerja mak pergi memerhatikan cara membuat pau secara sejuk beku. Memandangkan kami tidak daftar dalam kursus ni maka kami hanya memerhati peserta untuk membuat pau. Saya perhatikan resipi untuk doh pau tu lain. Oh untuk makluman semua, ahli keluarga saya terutama sanak-saudara sebelah emak memang bergiat dalam pembuatan makanan cuma kecenderungan jenis makanan lain-lain. Sepupu saya, Assila berkecimpung dalam membuat makanan sejuk beku seperti popia daging, samosa, pau goreng, karipap pusing. Makchek dan Uncle Abuk pula lebih pada masakan jenis kenduri kahwin atau menyedia makanan untuk jabatan kerajaan seperti Pejabat Daerah. Malahan ketika H kahwin, Makchek yang jadi katerer. Cik Ya pula membuat roti, kek, biskut raya dan sedikit jualan makanan sejuk beku. Malahan saya selalu menolong Cik Ya membuat biskut raya. Mimok pula, hmm boleh saya katakan menyediakan makanan yang pelbagai, membuat lauk-pauk,rendang sejuk beku, masakan barat. Pak Tam, Auntie Nani pula ke arah jual makanan untuk kantin sekolah. Pakcu dan Mak Lang pula di kaunter makanan (food court). Memang kalau kami berjumpa, topik adalah mengenai makanan, bertukar-tukar resipi dan demo masakan. Hehe. Kami adalah keluarga yang rajin masak. Kalau ketika hari perayaan, ketua tukang masak ialah Mimok. Dia yang akan menentukan masakan apa untuk dimasak beramai-ramai dan siapa masak untuk masakan apa. Mimok memang seorang pengkritik makanan. Siapa buat masakan apa, dia rasa dan kemudian beri komen. Haha adik saya Y pernah suruh Mimok masuk Masterchef.

Tahun lepas saya tak dapat tolong Cik Ya buat biskut raya sebab sibuk dengan hal lain. Maka ada biskut yang Cik Ya tak tawarkan untuk dijual. Mimok pula tanya kenapa tak buat biskut tu, nama biskut tu Snow Crown Princess, Cik Ya tunjuk pada saya. "Ni Na tak tolong Aya tahun ni, tu tak buat. Dia yang selalu tolong Aya buat biskut tu." Mok pandang saya, "Na buatlah." Saya pula asyik sebut "Ya Allah. Ya Allah."

"Apa asyik sebut ya Allah ni. Cakaplah boleh buat." Saya pula terkesima. Bukan apa biskut tu gila susah nak terap dengan lembut mudah rapuh berderai. Maksudnya mudah pecah. Mahu menangis buat biskut tu. Kena sabar buat waktu puasa dengan penat dan kena uli adunan yang sangat lembik. Memang biskut tu menguji kesabaran dan Cik Ya memang tak bagi orang lain sentuh adunan biskut dan biskut tu kecuali saya dan Cik Ya je. Maaflah Mok kerana mengecewakan. Lagipun kalau saya buat sendiri pun, saya tiada telap untuk simpan biskut.

Eh jauh lari tajuk. Sambung balik. Kami memerhati peserta membuat pau sambil bincang-bincang dengan emak. Buat bandingan, resipi ini lagi senang nak buat. Semangat mak saya nak cuba. Saya perati je takde ambil resipi.

Akhirnya kami tidak jadi belajar buat ukir buah pun. Pengajar masih tak bertolak walaupun dah hampir pukul 11 pagi. Tak silap dia ada hal di Putrajaya. Maka mak membatalkan untuk belajar mengukir buah untuk hari ini ditukar pada hari lain. Lagi pula mak dan saya nak menghadiri kenduri kahwin depan surau. Nanti apa kata tuan rumah kalau kami tak datang padahal rumah kami dekat aje.

Lepas Zohor pergi kenduri. Ramai orang ketika ini. Lauk memang sedap tapi waktu ambil tu katerer tu tengah nak isi semula. Servis orang urus angkat pinggan kotor, letak cawan memang lambat. Tak nak cakap hal ini.

Ok itu aje aktiviti hari ini. Penat tapi terisi juga masa. Jumpa lagi. Esok pun ada kenduri kahwin lagi. Maka cuti ini dihabiskan dengan makan di luar, makan lauk kenduri sahaja. Hehe. Tidak payah masak.

Biskut yang berwarna hijau itulah namanya Snow Crown Princess yang seksa nak buat


Pilihan lain untuk biskut bercoklat

 

Biskut yang Cik Ya tawarkan ketika saya membantu dia

 



Friday, May 27, 2011

Tulisan Tiada Gambar...Perkembangan Peraduan Undi Perisa Susu Kegemaran Anda



Assalamualaikum...


Bertemu kembali. Hari ini merupakan hari terakhir untuk mengundi perisa pilihan Dutch Lady.  Setakat ini (saya baca di dinding), perisa pilihan saya karamel toffee mengungguli carta. Diikuti rapat dengan jagung, tembikai susu dan kacang merah. Haha semakin giat saya mengundi. Harap-harap karamel toffee akan terus di hadapan dan menjadi pilihan utama seterusnya perisa yang akan dikeluarkan dalam edisi khas.Keputusan perisa yang mengungguli carta akan diumumkan pada 29 Mei 2011 di Pusat Membeli-Belah One Utama, Damansara. Kalau korang tak suka karamel toffee menang baik korang undi banyak-banyak perisa pilihan korang. Hehe.


Pada sisi lain pula, esok bermula cuti sekolah. Ramai yang mengambil kesempatan untuk melancong sementelah akhir bulan, gaji pun dah keluar. Hehe. Bagi saya cuma pulang ke kampung dan menghadiri kenduri kahwin yang sangat giat. Mungkin satu hari sama ada Sabtu atau Ahad akan menghadiri 2-3 kenduri kahwin. Esok pula, insyaAllah teman mak hadiri kursus mengukir buah-buahan. Mak cakap, saya tak nak ikut buat pun takpe, sekadar perhati dan tahu bagaimana buah-buahan diukir. Mak memang rajin mengajak untuk temankan dia. Antaranya senam robik,pendaftaran pelajar asrama Tingkatan 1 dan lain-lain. Saya tahu saya ni kurang nak tambah pengetahuan untuk kemahiran hidup ni. Takpelah perhati ajelah mana tahu senang rupanya nak ukir buah (macam buat coklat gila kerepek senang) kalau bosan macam tadi saya melukis masukkan dalam blog, boleh pula saya mengukir buah-buahan untuk isi masa senggang. Saham diri sendiri pun boleh melonjak.


Tulisan ni nak menebus lukisan buruk rasa entahapa-apa yang saya pos sebelum ni. Mesti ada pembaca buka tulisan 'Bertukar Angin Untuk Melukis' merasa geram tengok-tengok lukisan tu aje takde isi. Jumpa lagi. Saya saja nak pelbagaikan pos. Harap-harap takde yang marah tengok lukisan tu.


Selamat hari Jumaat...


Bertukar Angin Untuk Melukis Pula


Assalamualaikum...

Hari ini rasa nak melukis jadi terimalah lukisan macam budak-budak daripada saya. Hasil tak seberapa menggunakan perisian 'Paint'. Selamat bercuti bagi yang bersekolah dan guru-guru.
Jumpa lagi.


P.S: Maaf hari ini tiada mood nak menulis

Thursday, May 26, 2011

Thank You Thursday



(Reminder for myself )

Assalamualaikum...

Good evening. The weather is cloudy right now. Rain poured heavily this morning. The weather is interchangeable between sunny and raining so it is not too cold or hot.

I am still voting for my Dutch Lady favorite flavor. InsyaAllah I shall vote until the date line. Huhu.

Alhamdulillah, my perseverance to write in my blog has never blown away. I am still fulfill and happy to do that. There are readers that reading my blog. They make me joyfully pleased. We can make choice to live happy or sad. How you want to act when you are facing with various situations, calamities; they are up to you. Decisions are yours.

Thank you again for reading my writing. See you again in the next writing.Good day.


Undilah Perisa Susu Dutch Lady Kegemaran Anda



Assalamualaikum...


Selamat pagi. Kuang-kuang dah berapa banyak undian saya buat sejak dari mengepos tulisan pasal 'Sebarkan Kebaikan Susu.' Bukan saya buat berturut-turut cuma ada waktu tiada depan pc kemudian kembali semula, undi sekali lagi. Setiap tempoh ada kelapangan, saya mengundi.


Harap-harap saya boleh menang dan anda yang ingin mencubanya boleh ke FB Dutch Lady. Senang nak mengundi. Boleh klik butang 'Like' atau ke 'Milk Election Express Voting Booth'.

 


Haha sambil menaip tulisan ini pun sempat mengundi :)


Tarikh tutup:28 Mei 2011


Jumpa lagi.


Wednesday, May 25, 2011

Sebarkan Kebaikan Susu



Assalamualaikum...

Wah cerita saya sebelum ni berkisar tentang zaman persekolahan. Maklumlah banyak kenangan tak dapat dilupakan. Sayapun rasa anda pun mesti akan terkenang-kenang zaman dulu waktu kita kecil dan remaja.

Saya pernah menulis tentang ketika saya kecil, saya seorang pemilih makanan dan mudah jatuh sakit. Maka salah satu galakan abah saya suruh saya untuk makan/minum ialah minum susu. Bermacam jenis/jenama susu tepung abah saya beli untuk saya minum tapi masalah saya tak boleh terima susu tepung apa lagi susu segar yang tiada perisa.

Sehinggalah abah membelikan susu yang mempunyai perisa barulah saya boleh telan dan minum sampai habis. Kalau tak sebelum tu, saya minum sedikit lepas tu buang. Sekadar minum. Tidak lagi apabila minum susu berperisa terutama daripada jenama Dutch Lady.

Amalan minum susu saya teruskan dan makin aktif minum ketika di universiti. Ketika sibuk tidak sempat sarapan maka susu berperisa coklat atau kopi menjadi pilihan saya ketika berjalan kaki atau duduk dalam bas ketika ke kelas. Setiap minggu purata 2 kartun kotak susu ( 1 kartun=6 kotak susu 250 ml) saya minum. Maka saya adalah pelawat setia Extra (tak silap nama pasaraya) di Mines untuk membeli kadang-kadang 4 kartun sekaligus untuk tempoh 2 minggu.

Susu mudah dicerna dan menggalakkan tumbesaran.  Oh ok, saya nak bagitahu pada yang suka minum susu dan berminat masuk peraduan mudah. Dutch Lady menganjurkan undilah perisa yang anda gemari. Di mana perisa yang paling banyak diundi akan dipilih untuk dihasilkan dalam edisi khas. Hoho. Ada hadiah ok sesiapa yang mengundi. Senang kacang tanah. Sekarang ni siapalah yang tiada Facebook kan? Semua ada. Maka buka facebook dan cari Dutch Lady.  Macam kat bawah bila dah buka laman Dutch Lady di FB.

FB Dutch Lady

Klik pada butang 'Vote Now' atau kalau saya boleh sahaja pergi ke 'Milk Election Express Voting Booth' di sebelah kiri dinding. Maka akan keluar seperti di bawah.

Gambar muka Milk Election Express Voting Booth

Masukkan maklumat diri dan pilihan perisa

Lepas tu masuk nama penuh, no kad pengenalan/no paspot dan emel. Seperti di bawah. Lepas tu pilih perisa kegemaran anda untuk edisi khas iaitu

  • kacang merah

  • tembikai susu

  • jagung

  • karamel toffee

Saya peminat kopi mestilah memilih karamel toffee. Hehe, ikut selera anda nak perisa apa. Bila dah masukkan semua maklumat. Dah puas hati dengan undian anda maka jangan lupa klik pada butang 'Submit'. Maka keluar seperti ini di bawah.

Gambar muka setelah tekan butang Submit

Saya rasa anda boleh nak undi banyak kali kerana hadiah disediakan lumayan juga iaitu

  • RM750 untuk undian ke 75 000

  • RM1000 untuk undian ke 100 000

Jangan lepaskan peluang memasuki peraduan yang mudah memandangkan korang suka lepak FB kan. Jadi takde masalah nak masuk, sesiapa pun boleh, tiada bukti pembelian ke apa. Nak ajak kawan-kawan lain untuk undi pun takpe. Cepat tau sebab tarikh tutup ialah 28 Mei ni.

Ok itu aje saya nak kongsi. Moga ada yang bertuah menang. Sayapun dah masuk peraduan ini dan memang senang. Nanti saya nak ajak mak saya masuk juga.

Jumpa lagi.



Tuesday, May 24, 2011

Mengenang Zaman Persekolahan Ketika Menjadi Orang Nomad

Assalamualaikum...

Selamat petang dan bertemu kembali. Semalam saya cerita pasal saya dan asam pedas maka teringat pula perbualan saya dengan Encik Lampard dulu-dulu.

Dahulu apabila Encik Lampard cerita dia dahulu sekolah di Henry Gurney, saya percaya bulat-bulat tak tanya sebab saya tak tahu pun tu sekolah juvana. Encik Lampard pula bila tahu saya percaya cakap dia, dia cakap  lebih kurang begini "Z*** gurau la, N****, Z*** tak pernah sekolah kat situ". Haha maaflah Encik Lampard, saya masa tu tak tahu pun Sekolah Henry Gurney tu sekolah apa, ingat sekolah biasa takpun sekolah mubaligh maklum Melaka ni kan banyak sekolah mubaligh. Agaknya dia takut saya anggap dia pernah menjadi remaja bermasalah agaknya. Ala sebenarnya kita tak boleh sangat menilai orang. Manusia berubah. Ikutkan kita semua pernah buat perkara nakal. Kami ni sama je, kata orang Melaka (lahir sini) tapi hidup berpindah-randah.

Seronok ke hidup berpindah-randah ni? Tengok tempat, suasana dan sekolah. Tak seronoknya pindah waktu sesi persekolahan masih berjalan. Pindah dahla macam cap ayam, tergesa-gesa, masuk ke kawasan persekitaran baru, sekolah, kelas dan bertemu rakan sekolah baru. Nasib kadang-kadang dapat masuk kelas yang mempunyai murid-murid paling pandai, murid-murid paling kurang pandai, murid-murid yang kebanyakan nakal dan popular di kalangan guru disiplin. Saya pernah rasa, pandai-pandailah sesuaikan diri. Apapun ia mengajar saya supaya sesuaikan diri mengikut latar tempat. Kira saya ni jadi sesumpah, tukar-tukar warna.

Ada seseorang bagitahu ke mana saya pergi, saya akan popular. Terpulang saya nak popular cara baik atau cara buruk.Kalau taknak popular boleh tak?, saya bertanya dalam hati. Maka untuk memastikan benar atau tidak teori tersebut, saya mengingati  apabila pindah ke sekolah baru kadang-kadang saya menukar karakter lain iaitu menjadi pendiam, duduk diam-diam membisu, bercakap apabila perlu dan bila ditanya sahaja. Duduk paling belakang. Ya memang popularpun saya, popular untuk dibuli. Kahkah. Seksa dibuli jiwa tak tahan lepas setahun baru ok persekitaran. Lepas tu popular pasal perkara lain pula.

Eh okla, cukup cerita waktu zaman persekolahan. Kesimpulannya bukan semua pengalaman itu teruk, ada manis juga. Seronok bercerita kepada mereka yang pernah mengalaminya macam Encik Lampard yang memahami. Tapi Encik Lampard, saya lagi banyak pindah-randah daripada awak. Haha.

Ok jumpa lagi semua.

P.S: Sekolah rendah entah berapa kali pindah.Tingkatan 1 pula sampai 3 kali tukar sekolah.


Monday, May 23, 2011

Awak Ni Orang Melaka Ke?



Assalamualaikum...

Selamat petang semua yang sedang membaca tulisan saya ini. Apa khabar anda semua? Semoga sihat dan ceria selalu. Nyaris komputer umum ini tidak boleh dihidupkan. Mula-mula buka pukul 1 tengah hari tak boleh. Lepas masak, kemas dapur cuba lagi pukul 3 petang banyak kali cuba hidupkan baru boleh. Malam tadi memang tutup suis betul-betul, tutup untuk rehatkan pc sebab ikut nasihat adik jangan biarkan 24 jam tak tutup dan tak dipakai tapi bila nak buka mula-mula bermasalah pula nak hidupkan.

Ok abaikan sebab saya dah boleh buka dan menulis di blog. Alhamdulillah. Eh cepatnya masa berlalu, Sedar-sedar dah 23/5, hujung bulan dan akan memasuki awal Jun. Dah pertengahan tahun. Macam baru semalam je rasa berlangsungnya majlis H. Oh!Ya nak bagitahu (dah basi) yang saya takde pergi Pesta Buku tahun ini. Sedih :( Tapi tengok ada pula jualan kedai buku Popular di suratkhabar. Mungkin saya boleh beli satu dua buku.

Apabila orang tanya saya kedai asam pedas yang sedap kat kawasan saya, saya memang tak tahu kat mana. Nanti orang tu cakap "awak ni orang Melaka ke tak tahu mana tempat makan asam pedas yang sedap." Saya akan cakap, "saya lahir kat Melaka la cuma saya tak pernah makan kat kedai makan asam pedas yang saya rasa sedap." Gila geram kalau orang dengar jawapan saya macam tu. Haha jadi janganlah suruh saya jadi pemandu pelancong Jalan-Jalan Cari Makan suruh saya tunjuk tempat makan asam pedas yang sedap. Saya ni orang lain sibuk pasal asam pedas Melaka, saya kurang ambil tahu di mana dan tak pernah pergi pun rasanya. Ada sorang chatter ni cerita kat saya dia suka makan asam pedas di Big Apple, saya cuma dengar jerla tapi takde sibuk nak cuba rasa pergi makan situ. Bukan tak suka ke apa, entah biasa jerla. Bukan fanatik asam pedas kut. Entah, susah nak cakap saya makan jerla. Lagipun saya rasa yang paling sedap asam pedas saya makan ialah asam pedas di Masjid Tengkera, surau depan rumah saya (buat gotong-royong tak tahu siapa ketua masak) dan arwah nenek.

Hehe,  betul ke saya ni orang Melaka? Ikutkan pada kad pengenalan ya, ikut percakapan secara keseluruhan tak kut. Takde masalah, saya suka asam pedas Melaka tapi bukan gila fanatik. Itu kesimpulannya.

Gambar sekadar hiasan



Sunday, May 22, 2011

Ceriakan Hidup



Assalamualaikum...

Tiada benda nak tulis selain rasa syukur sangat dengan perjalanan hidup saya ini yang secara keseluruhannya dapat dilalui dengan baik, alhamdulillah, masih hidup, sihat walafiat, ujian dapat ditangani dengan bijaksana *ewah sendiri puji diri, sebenarnya Allah yang beri saya kekuatan*

Nak apa pun boleh diusahakan asal ada kesungguhan. Kalau belum dapat maknanya Allah suruh saya usaha lagi atau benda/perkara itu bukan rezeki saya maka cari yang lain. Jangan kecewa dan cuba ceriakan hidup dengan apa yang ada.

Maka teruskan hidup dengan gembira dan syukur apa yang ada.

Jumpa lagi.

P.S: Pandanglah apa yang kita daripada pandang apa yang kita tidak ada.



Saturday, May 21, 2011

Tulisan Coklat Ferrero Rocher. Sedap Dimakan Begitu Sahaja.



Assalamualaikum...

Selamat petang semua pembaca. Buat apa aktiviti pada hujung minggu ni? Tentu ada segelintir pembaca yang sibuk mengemas barang untuk menyambung pelajaran ke tempat yang jauh. Semoga anda dapat menyesuaikan diri di tempat baru. Ambillah kesempatan untuk mengenali tempat baru. Peluang sudah ada.

Hari ini hari tak produktif saya. Banyak buat kuak lentang kat katil. Haha sudahnya sakit kepala. Jadi untuk melayan sakit kepala yang tak betul tu makanlah coklat Ferrero Rocher banyak-banyak dengan harapan coklat tu jadi ubat la konon-kononnya untuk hilangkan sakit kepala. Entah teori mana saya ambil. Mungkin saya mengambil teori kebaikan makan coklat. Padahal alasan saya nak menghabiskan coklat 24 biji tu sorang-sorang. Kalau mak tegur saya makan dan habiskan semua, ada la alasan tak logik boleh bagi.

Alasan pertama, tentulah sebab sakit kepala. Alasan kedua, tiada orang pun macam nak makan. Setiap kali buka peti ais besar, coklat Ferrero Rocher tu melambai suruh saya ambil. Itu coklat hantaran H dan tiada siapa berminat ke nak ambil sebiji dua maka saya membuat kesimpulan biarlah saya yang menghabiskannya. Ngehngeh. H pun bukan dia nak bawa pergi Christchurch pun. Dia pun tak hairan dengan coklat agaknya, kilang Cadbury pun ada kat sana.

Makan coklat Ferrero Rocher secara pukal ni memang indah almaklumlah bukan selalu boleh buat. Sebiji-sebiji masuk mulut. Macam terawang-awang. Haha. Oklah tu sakit kepala kurang.

Jumpa lagi pada tulisan lain. 

Kereta Awal Cadbury Digunakan Pada Tahun 1919


Ahli Keluarga Yang Awal Yang Memajukan Perniagaan Cadbury


Proses Membuat Coklat Di Kilang Cadbury

Friday, May 20, 2011

Resipi Ikan Kukus Halia Cara Saya



Assalamualaikum...

Saya cuma nak kongsi resepi ikan merah kukus/stim. Saya makan  semalam ketika tengok siri 'I have a date with spring' di ntv7 pukul 12:30 malam. Lapar gila, lauk semua dah habis. Mula-mula ingat nak buat ayam panggang untuk makan sambil tengok tv tapi jumpa ikan merah dalam peti sejuk. Jadi fikir ikan lagi sedap kukus memandangkan bahan-bahan lain pun ada. Nasi putih pun masih ada lagi.

Bahan-bahan

Sepotong ikan merah

Halia dihiris halus

Cili api dihiris halus

Bawang besar dihiris halus

2 keping cendawan kering direndam kemudian dihiris halus

Sebiji tomato dipotong lapan

2 sudu cuka

1 sudu sos tiram

1 sudu sos cili

Garam secukup rasa

Air asam jawa

Cara membuat

Ikan dibasuh bersih. Sediakan pengukus di dapur. Letakkan ikan dan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk kaca. Tunggu mendidih dan masukkan mangkuk ke dalam pengukus dan tutup penutup pengukus. Kukus sehingga 20-30 minit.



Short Entry Before Going To Bed




Assalamualaikum…


I feel sleepy but before heading to my bed I want to surf internet. Alhamdulillah, double happiness. My earnings are increased.


Indeed every sorrow will be replaced by happiness and every happiness will be replaced by sorrow like days and nights interchangeably. You have to be patience.


That’s all for now. Good night people and thank you for reading this post.

 

Thursday, May 19, 2011

Apa Nak Buat Bila Diri Sedang Berdukacita?



Assalamualaikum...

Selamat malam kepada pembaca semua. Harap anda dah pun menjamu selera. Sekarang ni mood saya dah ok sedikit. Alhamdulillah. Semasa bersedih hati, saya menyibukkan diri melayan diri dengan kerja-kerja rumah, membaca buku dan mengingati perkara-perkara yang boleh menggembirakan saya.

Salah satu perkara saya suka ingat dan perhati ialah peta dunia. Kalau korang perasan kat blogspot saya ni saya letak peta dunia. Saya memang suka tengok dan berangan satu hari saya akan menjelajah setiap pelusuk negara. Malah hati saya terhibur tengok pelawat saya yang dari pelbagai negara masuk ke blog saya. Setiap kali lihat, saya akan berkata dalam diri "saya akan datang negara awak", "saya suka pemandangan di negara awak", "saya dah datang ke negara awak, rakyat awak peramah, seronok saya melawat. Saya nak datang lagi" dan lain-lain ayat. Begitulah saya malah berangan jadi duta syarikat penerbangan macam MAS dan MAS bawa saya serata dunia. Haha. Malah saya berangan di setiap tempat, saya nak buat aksi bagaimana bila bergambar. Memang tempat yang saya dah pergi, saya buat aksi apa yang pernah saya bayangkan. Jadi bila cuci gambar, mak tengok, dia cakap "bersemangat gaya yang saya berikan." Saya senyum. Memang tengok kelakar jer.

Satu lagi saya nak i-Pad maka saya akan cari peraduan. Jumpa pun masa tengah hari ketika membelek dan membaca suratkhabar. Jangan putus asa mencuba. Oh! Bercakap pasal i-Pad, H jual i-Pad dia pada adik saya, Y. Kecewa saya tak dapat i-Pad H tu secara percuma. Hikmahnya, saya semakin berazam untuk mendapatkan i-Pad untuk saya. Doakan saya berjaya ya.

Ok, itu aje. Jumpa lagi

Salah satu gaya saya buat macam burung terbang bebas

Saying? Thank You



Assalamualaikum...

As I was gloomy and sulking and feeling something wrong with myself, suddenly there is something that makes me happy. Thank you whoever you are for reading my blog and some people who give me a light of happiness. Thank you again.

Old saying said "don't be too sad or too happy. They are easily get replaced or vanished in the thin air."

Who said that?

 


Tulisan Penglipur Lara



Assalamualaikum...

Selamat tengah hari. Hari ini rasa kehilangan tapi hidup kena teruskan. Lepas hantar H dan isteri di lapangan terbang, tiba-tiba rasa sunyi dan fana. Saya diam dalam kereta setelah puas bergelak ketawa bersama keluarga dan keluarga mertua H. Saya melayan perasaan. Terasa saya lemah.

Mak saya memahami, saya menerawang jauh kurang fokus. Hakikatnya fizikal saya bersama mak dan abah tapi jiwa saya seolah-olah mengikuti H. Mak menyedarkan lamunan saya ketika berhenti di sebuah kedai makan. "Na, turun, kita makan." Itulah emak yang ambil berat tentang anaknya. Saya turun secara perlahan-lahan. Rasa payah betul nak turun.

Di dalam ruang kedai makan yang terserlah tidak lalu makan ialah mak pula. Saya dan abah memesan makanan kepada pelayan. Maka saya dan abah berkongsi makan bersama dengan emak. Begitulah kami suka berkongsi makan dan minum. Mak pun perasan saya hanya pesan air suam. Saya ni makan luar mana selalu pernah minta air suam selalu nescafe panas atau air tembikai suam. Maka mak menawarkan saya minum teh tarik sementara saya pura-pura tak habis makan nasi paprik (padahal lapar gila)  kasi mak habiskan makanan.

Memang saya akan rasa terubat jiwa bila duduk  di sisi mak saya, perhati mak pun cukup. Kalau sedih, cukuplah kalau saya berdiam diri dan duduk di sisi mak. Kalau mak ajak berbual maka saya akan berbual tidak pernah mendiamkan diri. Kalau dengan orang lain jangan harap saya akan bercakap kalau saya mendiamkan diri. Lagipun mak saya faham perangai saya ni. Kalau saya kecil-kecil, masa sekolah kalau saya sedih, saya lepaskan angin saya pada mak saya dengan memberontak dan buat macam-macam perbuatan suruh mak saya pujuk saya. Sekarang ni takdelah buat camtu ialah berdosa memberontak. Lagipun mak cakap saya ni sama macam dia. Jadi salah satu sebab agaknya mak saya faham dengan perangai saya yang entah apa-apa.

Oklah, cukup-cukup nak sentimental Wina oi. Maaf yer tulisan penglipur lara jer layan perasaan. Jumpa lagi.


Wednesday, May 18, 2011

Dak Bubut

Assalamualaikum...

Hari ini nak kongsi gambar anak saudara saya aje. Dak Bubut dah masuk 7 bulan hari ini. 

P.S: Ambil daripada FB adik, Y .



Didukung oleh Wannya

Didukung oleh bapa saudaranya, Fatah, sepupu saya

Alatan/Perkakas/Perabot/Tulisan Anda Hilang?

Assalamualaikum...
Kalau anda dapati blog anda ada yang masih hilang perkakas atau ada isu/soalan tentang masalah blog anda boleh hantar aduan di sini supaya pihak blogger boleh semak.
Saya pun dah hantar aduan, moga tandatangan 'wombatME' pada tulisan lama saya ada semula. 'wombatME' yang ada kat bawah ni saya letak balik.

Hujan Lebat Waktu Malam Ketika Menjamu Selera



Assalamualaikum...


Selamat pagi. Hujan baru je berhenti. Setelah saya mengomen Melaka tiada hujan lebat pada waktu siang tadi seperti mak saya bagitahu keadaan lebuhraya berhampiran Nilai hujan lebat maka tiba-tiba hujan lebat pada waktu malam di Melaka. Ketika itu kami menjamu selera bagi bagi membelanja H dan isteri di Muara Sungai Duyung. Nasib baik dah nak habis makan sebab hujan yang lebat menyebabkan tempat duduk kami makan terkena tempias yang mula-mula sedikit tapi lama-lama air makin banyak bertakung dah nak becak lantai. Dah lama rasanya Melaka tidak mengalami hujan lebat beserta petir. H terpaksa mengambil kereta dan jemput kami masuk dalam kedai yang terbuka. Masa kami nak keluar, kedai tu 'black-out' .Haha nasib baik, kalau tak bergelap kitaorang duduk dalam tu. H siap pasang lampu tinggi suluh kedai tu sebelum kedai tu ada elektrik semula.


Air di Sungai Duyung dah separas jalan. Agaknya kalau kami lambat keluar mungkin air akan melebihi paras jalan dan banjir. Sepanjang jalan pulang memang tak nampak jelas, kereta-kereta lain memandu dengan memasang lampu kecemasan.


Lupa menu kita orang makan: nasi lemak, sotong sambal, udang goreng tepung, sepapan masak halia, kailan ikan masin, separuh ikan buat masam manis dan separuh ikan buat kukus.


Ok itu aje, esok malam hantar H dan isteri. Ketika ini H sedang sibuk mengemas beg.


Jumpa lagi.

 


Tuesday, May 17, 2011

Perasaan Bercampur-Baur



Assalamualaikum...




Selamat tengah hari dan selamat makan. Waktu ini saya tinggal sorang di rumah tidak ikut abah dan emak yang ke Sungai Penchala kerana ada mesyuarat adik-beradik belah abah. Rasa menyesal gak tak pergi tapi rasanya sebab asal tidak mahu ikut kerana itu hanya mesyuarat bukan kenduri. Apapun setiap keluarga akan membawa makanan macam pot luck untuk makan beramai-ramai. Mak saya buat rendang ayam Negeri Sembilan.



Esok pula, H dan isteri akan terbang ke Christchurch untuk memulakan kerja di sana. Nampaknya rezeki H adalah di negara dia belajar. H akan memulakan kerja pada 25 Mei tak silap saya. Esok saya akan turut serta untuk ucap selamat merantau. Entah bila dia akan pulang. Tidak akan selalu balik seperti yang dilakukan balik sebulan sekali sebelum dia kerja di Hospital Muar.



Perpisahan memang tidak akan dapat dielakkan sama ada perpisahan sementara atau perpisahan abadi. Kita akan sentiasa menghadapi keadaan ini sama ada kita suka atau tidak.



Oklah itu aje, ringkas tulisan kali ini. Entahlah perasaan saya bercampur-baur, berubah-ubah tak tau mengapa. Jumpa lagi.

 


Monday, May 16, 2011

Tandatangan 'wombatME' hilang

Assalamualaikum...

Korang perasan kan tandatangan 'wombatME' pada tulisan lama saya tiada. Saya pun baru perasan semalam. Mula-mula ingatkan pandangan Mozilla saya yang tak boleh sebab memang ada plug-in saya tak muat turun. Tengok pada Chrome pun cuma ada kotak kecil tanpa ada tulisan 'wombatME'. Apabila klik kotak kecil tu, keluar tiada imej lokasi tersebut.

Memang tandatangan tu saya letak dalam draf blogger untuk pautan bagi setiap pengakhiran tulisan saya. Nampaknya tandatangan 'wombatME' saya belum dipulihkan. Saya akan tunggu pihak blogger pulihkan sehingga mungkin hari Rabu. Kalau tiada, saya akan gantikan dengan letak mungkin gambar-gambar dalam simpanan blog saya.

Ok itu aje. Jumpa lagi