Nuffnang

Sunday, January 31, 2021

Dorayaki Untuk Sarapan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu. Sekejap sahaja sudah di akhir bulan Januari.

Macam tajuk, pertama kali mencuba dorayaki. Teringin untuk merasa bagaimana rasa dorayaki lepas tengok pos Dana. Nampak macam penkek. Terus salin resipi. Apabila sudah ada susu segar dan masa sesuai terus buat untuk sarapan pagi.


Adunan Dorayaki



Memang ikut sebiji daripada resipi Dana. Alhamdulillah mudah dan menjadi. Kalau Dana apitkan 2 keping dan letak sapuan coklat. Saya pula letak madu dan keju. Sedap. Ada lebihan saya buat untuk petang pula. Terima kasih Dana kongsi resipi.

Dorayaki

P.S: Terima kasih yang selalu melawat blog saya. Hanya Allah dapat balas kebaikan komen yang ditinggalkan atau bacaan pos.

Thursday, January 21, 2021

Hadiah Geng Kuat Komen 2020 Duniashida

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selamat tengahari.

Terima bungkusan dengan selamat daripada blogger duniashida.

Bungkusan Pos Laju 



Sampul surat putih dengan nota ringkas 'Geng Kuat Komen 2020 www.duniashida.com'

Sampul Surat Dengan Nota Ringkas



Apa isi di dalam?

Hadiah



-Tasbih digital (bentuk jam tangan)
-Magnet peti sejuk
-Bingkai gambar
-Nota Kalendar

Terima kasih Shida. Terima dalam keadaan baik.

Jumpa lagi.


Sambutan Harijadi Di Hotel La Crista

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tanggal 10 Januari, sambutan harijadi dengan makan tengahari di La Crista. Sebenarnya pergi kali ke-3. Kali pertama sambut harijadi adik bongsu, kali ke-2 sambutan untuk abah (bertiga sebab PKPP masa ini). Sebenarnya saya berseronok kali ke-2 sebab dapat ambil gambar makanan dengan bebas dan makan dengan agak banyak.

Ruang Menyambut Tetamu

Lukisan Di Ruang Legar



Sambutan kali ini saya kurang makan. Tidak ambil kek atau kuih. Layan gambar apa saya makan sahaja ya. Mesti korang cakap rugi tidak cuba semua. Entah malas bangun banyak kali.

Nasi+ Asam Pedas Daging+Sayur Campur+ Otak-Otak

Spagheti  Sayuran

Daging Panggang+ Sos Lada Hitam

ABC



Gambar yang tiada, ada ambil teh tarik yang memang kaw dan ditarik ketika itu juga untuk pelanggan. Ini bahagian kek/pencuci mulut masa sambutan kali ke-2. Makanan berubah-ubah setiap kali datang.


Pencuci Mulut

Tengok balik menyesal pula tapi kenyang sangat.

Saturday, January 16, 2021

Review: PotonGuler Susu Pekat Manis Penuh Krim Le Ting

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selamat petang. Apa khabar semua? Harap sihat dan bahagia. Amin.

Dalam proses menghabiskan stok makanan yang ditinggalkan oleh adik perempuan maka saya ternampak  susu pekat manis ini di belakang peti sejuk. Nama yang menangkap dan menarik dengan warna pastel. Nasib belum dibuka dan tertarik dengan tag line "Potong Guler Sedap Giler"

Depan Peket Potong Guler



Memang betul sedap apabila dimasukkan ke dalam kopi kisar. Rasa karamel ada dalam Potong Guler. Berbanding susu pekat biasa beli dalam tin aluminium.

Potong gula +/-99%. Ia diganti oleh oligofruktosa dan stevia. Ini jaminan Potong Guler. Pemanis khas ramuan aktif selain itu ialah IMO Oligo. 

Belakang Peket Potong Guler



Imogo Oligo- Pengganti gula berkalori rendah dan rendah glisemik indeks.

OligoFruktosa- Pemanis yang mempunyai kebaikan fiber yang membantu penghadaman.

Stevia- Pemanis semula jadi daripada daun stevia yang 300 kali lebih manis daripada gula.


Jaminan Potong Guler juga ia mempunyai lebih susu daripada gula putih.


Saya sudah jatuh cinta dengan produk ini. Tidak sia-sia merasa untuk habiskan stok. Harap ada dijual di kedai. Simpan sini sebagai panduan saya hendak cari sebab sudah habis!

Friday, January 15, 2021

Terima Bungkusan Pos Ekspres

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Semua orang suka kejutan yang baik.

Di awal pagi sebelum pukul 8, terima bungkusan oren yang terletak dalam peti surat. Bungkusan daripada Anies Yusop. Pemilik blog aniesandyou. Kejutan yang tidak disangka.

Pos Ekspres



Saya merasa permukaan yang rata dan keras, saya menjangkakan buku.

Lawak Kampus Edisi 1 + Nota



Apabila buka, terpapar 'Lawak Kampus'. Bolehlah baca pada waktu senggang.

Terima kasih Anies.


Tuesday, January 12, 2021

Menang RM50 Sebagai Penangkap Nombor

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Rezeki menang RM50 sehari selepas harijadi.

2 400 001



Berjaya tangkap nombor 2,400, 001. Nombor terhampir di blog www.mamapipie.com. Tidak sia-sia tidak dapat tidur awal pagi.

Selamat dapat semalam. Korang pun boleh cuba tangkap nombor seterusnya dan tuan punya blog beri kurang/lebih 3 nombor  2,450 000. Kira peluang untuk menang adalah tinggi. Pemenang dipilih bagi nombor terdekat.

Semoga berjaya.


Sunday, January 10, 2021

Dapat Dua Sekali

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selepas pulang daripada makan tengahari di La Crista, anak-anak buah masuk ke bilik beri coklat. Hehe adik bongsu beri sebagai hadiah. Coklat Whittaker's Berry And Biscuit.

Whittaker's Berry And Biscuit



Pukul 6 lebih makan kek keju lemon, beri biru bersama walnut sambil menonton Coffee Prince di saluran 100. Dapat kek. Adik ipar buat. 

Kek Keju Lemon, Beri Biru Bersama Walnut



Sebenarnya adik bongsu saya ada tanya saya hendak hadiah apa. Saya beritahu saya hendak sesuatu (bukan kek atau coklat) Tengoklah kalau adik saya beri.

Pasal makan tengahari di La Crista saya akan cerita kemudian apabila perasaan kurang senang hilang.

Jumpa lagi...

Saturday, January 9, 2021

My First Giveaway By Blog Sal

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

[TAMAT]

Sempena hari ini hari jadi saya yang ke-42 maka berminat untuk ikuti segmen Sal. Lagipun saya sudah lama ikuti blog Sal. Hehe ingin menyokong kerana Sal pun rajin melawat blog saya.

Ayuh, kita tengok syarat-syaratnya. 

Pertama sekali kena ikuti blog Sal -> blognisalpunya.blogspot.com

Kedua buat tulisan/pos 'My First Giveaway by Blog Sal'-> sudah.

Ketiga tiru dan tampal poster seperti di bawah dalam pos dan pautkan pada pos Sal  yang berkaitan-> sudah.





Jangan Klik, Segmen Sudah Tamat


Akhir sekali jangan lupa tinggalkan pautan pos anda pada ruangan komen 'My First Giveaway by  Blog Sal'-> akan tinggalkan komen nanti apabila pos ini muncul.

Senang bukan. Hadiah menarik iaitu magnet peti sejuk beserta hadiah misteri untuk 15 orang bertuah melalui random number generator. Seronok hendak tahu apa hadiah misteri. Harap bertuah.

Friday, January 8, 2021

Lega Dan Tidak Sabar

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Buku Pelaburan ASB (tapi sekarang tidak guna buku dah)




Alhamdulillah selesai sudah urusan setiap awal tahun di bank tengok akaun ASB. Kewajipan pun akan dilaksanakan tidak lama lagi. Insya Allah. Terima kasih abah yang tolong. Banyak pahala abah dapat. Hehe esok pun harijadi saya ke-42.  

Abah hendak belanja makan di hotel hari Ahad. Ingatkan saya sekeluarga dengan adik sekeluarga. Rupanya emak ajak Uwan, Mak Lang, Achik Kaya, Uncle Othman dan Wan Nah. 14 orang. Meriah nampaknya harijadi saya. Tidak sabar tunggu. Apa hadiah yang akan saya dapat? Haha. Rasa macam hendak meminta sesuatu pada adik bongsu yang pemurah sesuatu yang saya inginkan sangat. Tidak mahal pun. Paling murah pun minta kek atau coklat.

Tunggu sahajalah wahai diri!


Saturday, January 2, 2021

Pertama Kali Membuat Popia Vietnam

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Apa khabar?

Setelah 2 kali pergi ke Cambodia Sup dan kecewa tidak dapat merasa popia Vietnam, abah bercadang untu membuat. Sebenarnya kami buat bersama-sama. Tolong-menolong. Saya kupas udang, tumbuk bawang putih dan cili api untuk sos.

Watak utama mesti ada iaitu kulit popia yang lutsinar. Bahan untuk inti itu terpulang tapi memandangkan abah suka banyak sayur dan ulam, kami gunakan daun selasih Thai, daun pudina, daun salad, timun dan lobak merah dipotong batang mancis. Unsur protein letak udang yang direbus dan kepingan ketam (crabstik) direbus juga. Tidak lupa suhun yang dicelur.

Kulit Popia Lutsinar



Sos pula cili api dan bawang putih ditumbuk, cuka, sos cili Thai, sos ikan, garam dan gula secukup rasa. Bancuh sedikit tepung gandum (tepung jagung sudah habis) dengan air panas. Campur semua dan kami panaskan dengan ketuhar mikro.


Popia Vietnam



Macam-macam saiz popia. Ada gemuk ada kurus. Pertama kali buat jadi ada try and error. Pertengahan buat abah lupa letak daun salad. Ada itu emak taknak timun. Dapat 6 batang. Cukuplah untuk kami 3 orang. Makan sebatang pun rasa penuh. Kalau makan popia sahaja memang tawar dengan rasa berangin daripada daun pudina dan sedikit pedas daripada daun selasih Thai. Jadi pada pendapat saya kena letak sedikit garam untuk popia. Makan dengan sos memang dapat tutup kekurangan yang dinyatakan.

Takpe boleh buat lagi. Kalau saya buat saya akan cari cara lain. Apapun teringin hendak rasa popia Vietnam di Cambodia Sup.

Jumpa lagi.


Friday, January 1, 2021

Terima Kasih Daun Keladi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

I just want to put a good vibe!

Saya hendak ucapkan terima kasih yang melawat blog saya, beri saya hadiah dan komen serta doa. Moga Allah balas kebaikan anda semua.

Harap semua baik-baik sahaja dan kita diberi kekuatan untuk menghadapi ujian. Sebenarnya ujian paling susah ialah kesenangan kerana ujian ini yang buatkan kita leka. Ujian kesusahan pula buatkan kita muhasabah diri dan harap ia lebih mendekatkan kita pada Allah. Banyak hikmah tersingkap pada 2020. Terpulang pada mata hati untuk melihat.

Ok jumpa lagi. Hanya ingin mengenang perkara-perkara baik untuk disyukuri. Terima kasih kerana masih hidup lagi.