Nuffnang

Saturday, December 31, 2011

Kehilangan Yang Dirindui


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...



Pejam celik kita dah berada pada penghujung tahun 2011. Alhamdulillah tahun ini kesihatan saya secara keseluruhannya baik. Paling saya hargai, saya mempunyai masa lapang yang banyak. Jadi tahun ini tahun berehat. Apapun saya kena gunakan dan menghayati waktu sekarang dengan sebaik-baiknya sebelum diuji dengan sakit dan waktu sibuk.


Apapun sejak akhir-akhir ini pula saya kehilangan keghairahan untuk menulis hari-hari untuk blog. Sejak CPU ada masalah. Menulis daripada tablet tak dapat mengembalikan rasa seperti rasa ketika menggunakan komputer. Setelah hilang, betapa saya rindukan keadaan dahulu: sentiasa berhubung dengan alam maya.


Kehilangan yang menyebabkan saya menangis dan saya berdoa moga Allah kembalikan semula kesihatan CPU saya. Memang rasa macam orang putus cinta dengan CPU. Keadaan tak sama sekarang.


Maaf tablet, cintaku masih lagi pada CPUku. Hanya dia diingatanku. Tablet, kau memang baik memberi aku peluang untuk meluahkan isi hatiku pada blog tapi keghairahan untuk menulis tidak sehebat ketika aku dengan CPUku.


Apapun ada hikmah pada setiap keadaan dan saya akan cuba menghargai apa yang ada dengan cuba menggunakan sebaik mungkin.


CPU, engkau dalam ingatan dan usaha untuk mengembalikan kesihatanmu semula tidak akan terhenti di sini.


Wednesday, December 28, 2011

Berbuat Baik


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...



Ketika asyik makan durian hutan di rumah Uncle Mamat, sambil-sambil baca buku La Tahzan, saya tertarik dengan ayat-ayat:


"Berbuat baik kepada sesama insan akan menimbulkan perasaan gembira dan dapat melegakan hati, membawa barakah, mendapat pahala dan menimbulkan ketenangan. Termasuk akhlak seorang mukmin adalah tidak mempedulikan kritikan yang tidak berdasarkan kebenaran dan menyakitkan kerana seseorang mukmin memang tidak mungkin lepas dari cacian dan makian."


Dipetik daripada perenggan akhir mukasurat 268 buku 2


Kalau rasa susah hati dan sedih, banyak-banyakkanlah berbuat baik. Moga dengan asbab itu Allah hilangkan kesusahan dan kesedihan  serta memberikan kegembiraan.

Tuesday, December 27, 2011

Jawapan Peraduan Perdana Spot Bola Utusan/Mingguan


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...



Sesiapa yang telah menyertai peraduan ini yang ingin bertukar-tukar jawapan yang diberikan, boleh tinggalkan komen.


Saya cuma menghantar satu jawapan. Memang banyak kebarangkalian untuk jawapan yang betul. Ini jawapan yang saya hantar.


Gambar 1- 4C
Gambar 2- 2D
Gambar 3- 4A
Gambar 4- 6G
Gambar 5- 5F
Gambar 6- 2C
Gambar 7- 2D
Gambar 8- 5F
Gambar 9- 6G
Gambar 10- 3E
Gambar 11- 6G
Gambar 12- 6D
Gambar 13- 4B
Gambar 14- 4E
Gambar 15- 5G


Ini bukan jawapan sebenar tapi jawapan yang saya hantar. Nanti kita tengok keputusan yang dikeluarkan oleh Utusan pada 7 Januari 2012 beserta pemenang- pemenang bertuah.


Ok itu sahaja. Jumpa lagi.


P.S: Masih tiada lagi senarai pemenang di suratkhabar Utusan pada 7 Januari. Kita tunggu dan lihat.



Misi Membunuh Babi


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...



Selamat petang semua. Wah mesti korang tertanya pasal tajuk tu. Adakah misi membunuh babi di kebun. Eh ni babi dalam permainan 'Angry Birds'. Mak sayalah yang selalu sebut-sebut pasal ni. Maka tercapai hasrat mak nak tahu sangat apakah menatang Angry Birds. Sayapun yang tak tahu apa-apa pun baru dapat tahu dan berksesempatan untuk main. Terima kasihlah kepada penjual tablet Samsung Galaxy Tab 10.1 ni yang letak perisian ini.


Pertama kali main (semalam) terdetik dalam hati "la nak bunuh babi rupanya." "Apsal burung tu nak bunuh babi sampai bunuh diri?" Rasa kelakar jerla bentuk permainan begini.


Pada sisi lain, saya masih belajar menggunakan tablet ni. Pertama kali menggunakan secara intensif dan tadi sibuk baca manual daripada internet. Pelik gak tak diberi buku panduan semasa mak beli. Ni tablet bukan saya punya tapi saya kena tahu pakai sebab nak kena beri tunjuk ajar pada mak. Sayalah yang akan jadi cikgu kepasa mak saya. Malahan tadi mak tanya lepas balik dari sekolah sama ada saya dah tahu nak gunakan. Bolehlah tahu sedikit. Ada dalam manual tu saya belum dapat buat.


Saya rasa macam tuan punya tablet ni sebab saya banyak gunakan sekarang. Terima kasihlah kepada mak yang sudi beri saya pakai. Saya dah patah hati (putus cinta) dengan CPU saya sampai saya tak lalu dan berselera nak melayari internet. Tak sangka dengan tablet ni bolehlah saya mengarang tulisan.


Ok itu sahaja saya nak luahkan. Jumpa lagi. Maaf masih belum dapat menjelajah blogsphera dengan maksima lagi.

Monday, December 26, 2011

Bersiaran Menggunakan Tablet


 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...

Bersiaran kembali kali ini saya mencuba menulis pos ini menggunakan tablet Samsung Galaxy untuk pertama kali. Agak lambat menulis dan kekok tanpa tetikus malah terkial-kial untuk membuat fungsi salin dan tampal (copy and paste)


Apapun ia merupakan peluang untuk menjelajah dan mencuba perkara baru. Pasal komputer dan CPU tu saya masih belum dapat guna secara bersungguh-sungguh lagi.


Harap lepas ni dapat kemaskini blog lebih kerap seterusnya tiap-tiap hari. Doakan.


Jumpa lagi.

Saturday, December 17, 2011

Peraduan Perdana Spot Bola Utusan/Mingguan


 بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum...



Seperti yang saya nyatakan dalam pos sebelumnya masa saya 'bertapa' daripada alam maya ni, saya ada menyertai peraduan anjuran Utusan. Satu set penyertaan dah hantar. Jika takde aral satu lagi set akan menyusul. Kata aral tu sebab saya terhilangkan suratkhabar hari Jumaat 9/11. Maka kena cari atau minta pada saudara-mara yang ada suratkhabar pada hari tersebut.


Peraduan ni kita kena kumpul gambar 1 hingga gambar 15 dan satu hari satu gambar diberikan. Siaran kali pertama pada 20/11hingga 4/12 dan siaran ulangan (set sama disiarkan kali ke-2) disiarkan dari 5/12 hingga 19/12. Tarikh tutup penyertaan pada 31/12/2011.


Ikutkan peraduan ni susah sebab banyak kebarangkalian nak teka kedudukan bola. Bagi yang dah hantar penyertaan rasa senang ke nak teka? Teka memang senang tapi jawapan tu yang tak pasti betul atau tidak.


Nanti saya kongsi jawapan yang saya hantar kat blog lepas 31/12. Boleh tukar-tukar pendapat sama ada jawapan yang anda beri sama dengan jawapan yang saya hantar.


Jumpa lagi.

P.S: Peraduan Jacker tu 6 borang penyertaan saya hantar. Maaf kepada yang bertanya sebelum ni saya lambat jawab setiap borang kena hantar dalam satu sampul surat. Itu syarat penyertaan yang dinyatakan. 




Friday, December 16, 2011

Lamanya


 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...



Lamanya tak menghubungi diri ke alam maya. Sebulan lebih. Rindu sepanjang takde di sini. Alhamdulillah akhirnya cpu ni dah siap dibaiki. Takpelah saya anggap saya bercuti bertenet lagi pula tengah cuti sekolah adalah peluang untuk mengutamakan hal kenduri dan jalan-jalan.


Bercakap mengenai kenduri, Makcik Minah dah selamat melangsungkan perkahwinan minggu lepas. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. 


Malahan waktu tak aktif online ni, saya tumpukan pada peraduan Utusan pula iaitu teka kedudukan bola. Nanti saya cerita lanjut jawapan saya hantar tu :)


Ok nampaknya perlahan-lahan saya akan aktif semula berblogging dan melawat blog-blog yang saya selalu lawat. InsyaAllah jumpa lagi. Ini tulisan pemanas dahulu.




Friday, November 11, 2011

Perubahan


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Selamat petang Jumaat semua. Rindu nak menaip. Akhirnya dapat melepaskan rindu. Sebenarnya sebelum tu saya tengah pening dengan peraduan Olympus tu sebab saya takut buat kesalahan teknikal. Nak betulkan tak boleh pula maka terpaksa hantar pertanyaan kat Nuffnang macam mana nak betulkan atau apa saya hantar tu dah betul ikut prosedur. Harap-harap betul atau kalau tak, harap-harap boleh betulkan. Saya berusaha hasilkan pos tu taknaklah kerana kesalahan teknikal buatkan pos tu tak terima. Maksudnya macam korang hantar tapi tak sampai atau hantar tapi tak lengkap.

Tengok seimbas di google reader ramai yang kemaskini pasal tarikh hari ini. Setelah lama tak buka google reader tu (seminggu lebih sebelum pos peraduan). Tergagau juga nak membiasakan diri. Tengok banyak dah lain. Kotak jerit pun ada versi lain. Apa lagi penulisan dan rupa paras blog para blogger lagi berbeza. Cepat betul teknologi berubah. Hari tu pun balik kampung, ada yang bawa netbook, bawa mainan video mudah-alih. Dapatlah saya main 'games' Load Runner yang 20 tahun saya tinggalkan. Bentuk kompak mainan video tu.

Ok itu sahaja. Sebenarnya menunggu balasan emel daripada Nuffnang camne status pos tulisan saya tu. Esok selepas 11:59 malam dah tutup peraduan. Harap-harap semua berjalan lancar. Saya nak pastikan peraduan saya tu mengikut prosedur supaya boleh diadili sebab saya buat sungguh-sungguh. 

Jumpa lagi. Moga saya menang.

P.S: Lepas ni nak peningkan Peraduan Jacker tu. Hehe.


Tuesday, November 8, 2011

Juadah Raya Haji 2011


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Selamat petang. Hampir seminggu lebih tak menulis. Semalam pun cuma terbitkan penulisan peraduan yang saya nak sertai dan melawat blog. Camne sambutan raya haji korang semua? Saya seronok balik kampung dan menikmati juadah yang pelbagai. Makan je macam-macam juadah dari kami sampai kampung hari Sabtu tu masak lauk lemak rebung dengan perut, sambal ikan dan sayur campur. Kemudian bakar lemang dan rendang ayam. Petang tu pula Pakcu datang dengan misi buat sate perut dan ayam. Kemudian Mok dari KL bawa kuah kacang yang dah masak. Malam pula makcik datang bawa pulut kuning dengan sambal ikan bilis. Uncle Abok menyusul pula bawa kek keju. Dapur dan meja makan tak sunyi daripada orang. Bertukar-tukar orang duduk situ makan lepas tu air pun tak habis-habis buat.

Ahad pula waktu raya haji tu buat lontong. Lepas tu dapat daging korban buat sup. Lebihan daging tu bakar pula pada petang nak buat BBQ. Hari Ahad hari makan daging jer rasa.

Isnin (semalam) cuma makanan biasa jerla kan. Ramai dah balik hari Ahad. CikYa je yang tak balik kampung. Kalau tak, tambah lagi juadah. Selalu Cik Ya bawa nasi beriani. Saya dan mak balik ke rumah semula semalam. Saya tak kuasa nak makan lagi tapi surau rumah buat kenduri. Mak jerla yang pergi. Mak tapau masak asam. Banyak juga lauk mak tapau sebab ramai tak datang. Jadi lebihan masak asam tu saya dapat idea buat lasagna. Haha pandai je saya menambah bahan resipi. Saya namakan lasagna asam pedas. Ambil je lauk asam pedas daging yang dah siap kemudian kisar dalam 'blender' lepas tu bahan-bahan lain tu macam biasa untuk kuah spaghetti. Rasa memang sedap. Hehe. Memang lama nak buat lasagna, akhirnya tercapai sekarang.

Maaf takde gambar. Ambil pun tak dapat muat naik. Nanti ada saya tunjuk. Lagipun lasagna saya kekurangan keju pula. Ada je tak cukup. Kalau sempurna, saya tunjukkan resipi dan gambar. 

Jumpa lagi.

Monday, November 7, 2011

"My Happiest Moment"



 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Setiap orang mempunyai saat gembira yang berlaku dalam hidup. Kita ingin rakamkan saat menggembirakan tersebut supaya kita dapat mengenang semula pada masa akan datang. Medium yang paling sesuai sudah tentulah gambar atau foto. Gambar dapat menangkap emosi dan ekspresi pelaku/objek di mana tidak dapat dinyatakan dengan perkataan yang tepat.

Saat yang menggembirakan bagi saya ialah ketika berjalan kaki di Pergunungan Aspiring (Mount Aspiring) bersama emak, abah dan adik lelaki. Gunung Aspiring adalah gunung tertinggi di New Zealand berada di luar bahagian Gunung Cook. Gunung ini terletak di Pulau Selatan (South Island) Percutian musim panas di New Zealand pada tahun lepas akan saya kenang sampai bila-bila. Apabila berkesempatan menjejakkan kaki di situ , tergambar ketenangan, keseronokan menghirup udara yang nyaman dan segar. Di samping menghayati keindahan alam semulajadi yang belum tercemar. Saujana mata memandang barisan gunung-ganang yang separa dilitupi salji. Kambing-kambing dan lembu-lembu dibiarkan lepas bebas meragut rumput dan menghirup air sejuk seperti ais yang jernih di gigi Sungai Matukituki Barat.

Panduan Kepada Pejalan Kaki

Memulakan Perjalanan



Gambar kesukaan saya yang menggambarkan saat saya bergembira adalah gambar di bawah.                       

Saya Paling Suka Gambar Ini- Gaya Saya Sangat Gembira Di Tengah. Rasa Macam Nak Joget- Joget Je


Mahu Bergambar Dengan Kambing Biri-Biri Tapi Kambing Lari Pula



Pemandangan yang indah seharusnya dihayati. Oleh itu, kami berjalan kaki sahaja dari tempat letak kereta ke Aspiring Hut. Perjalanan mengambil masa antara 2 hingga 2 1/2 jam melalui padang rumput yang luas. Menaiki jambatan gantung yang merintangi sungai dari padang rumput ke ke kaki gunung. Perjalanan makin mendaki bermakna makin mencabar. Kami hanya berjalan selama sejam kemudian patah semula ke tempat asal. Apapun keseronokan bersama keluarga, bergurau-senda sambil kami tolong-menolong antara satu sama lain untuk mendaki, memerhatikan persekitaran di samping makan snek yang dibawa. Tidak lupa agenda utama menangkap gambar bagi setiap detik kami di situ. Membelek-belek semula foto-foto yang telah dirakamkan seolah-olah melihat lukisan hidup.
Mengambil Gambar Di Gigi Sungai


Di Jambatan Gantung- Angin Sangat Kuat


Sungai Matukituki Barat


Gaya Bebas Bergambar



Oleh itu saya idamkan untuk memiliki Olympus Pen Lite E-PL3 Kit. Salah satu siri Micro Four Thirds System Standard. Ia dilengkapi fokus automatik yang terlaju, prestasi tinggi, lensa digital kamera yang boleh ditukar ganti, saiz badan yang lebih kecil daripada SLR biasa tetapi mempunyai fungsi sistem kamera kualiti seperti DSLR. 6 pilihan baru, penapis seni (art filter) yang boleh saya gunakan dalam fotografi. Fungsi yang saya rasa istimewa adalah penyambung paparan 3.0 inci yang boleh didongakkan sebanyak 8 darjah atau ditundukkan sebanyak 45 darjah. Kamera serbaguna dengan 4 pilihan warna yang menawan.


4 Warna Untuk Dipilih
Gambar diambil di laman Olympus di sini

Siri Olympus Pen Mini E-PM1 juga hebat. Seperti namanya terdapat mini, ia mempunyai badan terkecil dan paling ringan dalam siri kamera Pen yang dikeluarkan iaitu 217 gram. 6 warna untuk dipilih: hitam, putih, perak, merahjambu, ungu dan coklat. Pilihan warna jika saya diberi pilihan untuk memilih ialah warna coklat. Ia menyediakan fungsi 'Panduan Secara Langsung' (Popular Live Guide) kepada pengguna untuk menangkap gambar yang dikehendaki.



Gambar ihsan Olympus diambil di sini

Ataupun beg kulit Olympus PEN (Olympus PEN Leather Carry-All Beg)

Peraduan ini anjuran Olympus dengan kerjasama Nuffnang.






Saturday, October 29, 2011

Paranoid


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Rindu nak menulis dan berjalan ke blog dengan bebas. Apakan daya masih tak dapat lagi. Peraduan yang saya kata nak letak kat blog tu hampir siap 99%. Ikutkan memang boleh siapkan cepat tapi nak pastikan saya buat dengan betul. Mula-mula tulis, kemudian masukkan gambar dan edit. Lepas tu adalah kena tambah apa yang kurang. Jadi saya buat semua tu di pc sekolah dan cc. Saya paranoid sikit sebab pasal keselamatan internet ni. Jadi tak dapat siapkan 100% dan hantar lagi. Saya tak suka pakai internet awam. Ada curiga takut orang lain boleh buka. Saya akan pastikan cuba bersihkan 'cache' apabila selesai pakai. Ni pun saya takleh baca pos-pos kat google reader.

Oklah semua jumpa lagi. Saya buat apa termampu. Sabar jerla kan ujian ni. Pada sisi lain, saya punya pandangan muka bulan ini melebihi bulan lepas. Alhamdulillah.


Saturday, October 22, 2011

Kembali Tak Selamanya


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Akhirnya perkara yang ditakuti berlaku juga. Kalau korang ingat tulisan ini, tahu maksud saya. Saya dah tak boleh nak kemaskini blog seperti dahulu. Ni saya kemaskini blog di pc orang. Maknanya saya ikut emak ke sekolah sebab nak pinjam menaip di pc sekolah. Sungguh kasihan betul saya.

Apapun saya terima dengan fikiran terbuka. Dalam tak dapat nak melayari internet, dapatlah deria berfikir dengan tajam dan fikir masak-masak nak sertai satu pertandingan ni. Korang tanya pertandingan apa kan? Nanti saya dah siap buat dan pos pada blog, korang tahulah nanti pertandingan apa. Ni belum siap pos sepenuhnya untuk peraduan tersebut. Harap dapat siapkan dalam keadaan mencabar. Baru terasa keseronokan nak buat pos tersebut apabila nikmat pc sendiri ditarik.

Ok itu sahaja nak tulis. Jumpa lagi. Maaf kalau ada blog saya tak singgah. Masa tak mengizinkan. 


Sunday, October 16, 2011

Peraduan Cash Extravaganza Dengan Jacker


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Cuti hujung minggu dah pun nak habis. Semoga anda dapat buat aktiviti-aktiviti yang disukai. Ada yang berehat, membeli-belah, pulang ke desa ataupun menonton siri yang tak dapat ditonton.

Saya nak kongsi sesiapa yang suka makan kudapan terutama kerepek kentang macam saya :) Kalau kebetulan anda beli kerepek kentang jenama Jacker, eloklah sertai peraduan yang disediakan. Hadiah pun lumayan iaitu:

2X Hadiah Pertama:RM 30 000 seorang
2x Hadiah Kedua:RM 20 000 seorang
3x Hadiah Ketiga:RM 10 000 seorang
4x Hadiah Keempat:RM 5 000 seorang
50x Saguhati: RM 1 000 seorang

Cara nak menyertai pun mudah, sertakan 1 bukti pembelian penutup aluminium atau keratan logo Jacker. Produknya Jacker Potato Crisps- 160g/75g atau Jacker Potato Chips- 60g.

Lepas tu anda jawab 1 soalan betul atau salah. Soalan memang senang.

Kemudian beri tandatangan yang kreatif bagi perkataan Jacker. Borang penyertaan boleh didapati di jacker.com.my. Jawapan pun boleh dijumpai di sini.


Muat Turun Borang Di Sini


Contoh Perisa Yang Ada




Jom kita masuk ramai-ramai. Tarikh tutup 30 November 2011. Jadi ada peluang untuk hantar banyak-banyak.


Saturday, October 15, 2011

Tulisan Luahan Perasaan


 بسم الله الرحمن الرحيم

Pada saat ini apa yang dilakukan serba tak kena. Apa yang tak kena ni? Buat burger ikan pun, isi ikan hancur.

Rasa angin satu badan je.

Bukan saat yang menyenangkan.


Monyok Macam Wombat Ni


Friday, October 14, 2011

Blog Jiran Jiran Blog


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Baru terperasan yang saya menulis terbalik perkataan jiran blog. Patut blog jiran. Ada beza rupanya. 

Ok nak umumkan saya dah ada jiran. Eh saya terkeliru. Blog jiran atau jiran blog? Saya dah ada jiran blog. Saya dah ada blog untuk berjiran dengan blog saya.

Hehe persetujuan suka sama suka. Oklah kami sama-sama tinggal di Melaka. Mungkin boleh berjumpa di luar pula. Terima kasih Iqa sebab menawarkan diri untuk menjadi jiran Kak Wina.

Iqa ni pernah kasi dodol doodle. Mungkin lepas ni kasi lain pula *kenyit mata kat Iqa* Haha saya belum kasi dia apa-apa lagi. Minta macam-macam saya ni.

Ok anda yang belum kenal Iqa (rasa ramai dah kenal dia ni), boleh ke blog dia yer atau tengok pos-pos dia atas arkib tu.

Jumpa lagi.

Mari kita menjadi jiran blog yang baik.


 Ni dodol-dodol yang Iqa pernah buat.


Thursday, October 13, 2011

Pencarian Popular Google Untuk Blog Ini


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Atas jasa enjin pencarian google maka terdapat perkataan-perkataan masuk ke blog saya. Hari ni nak kongsi perkataan-perkataan yang masuk ke blog ni atau senang cerita pencarian popular  untuk blog ini.

Ini sebahagian sahaja. Ikutkan ada lagi.  Apapun terima kasih kepada google yang letak mukasurat tulisan saya dalam enjin carian. Tak percaya cuba taip perkataan-perkataan di atas.

Ok itu sahaja. Jumpa lagi.


Enjin Pencarian Google


Monolog Spontan Khamis 13/10


 بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah apa yang ingin kuhajati semakin dapat kucapai. Tak sangka sasaran yang aku buat menampakkan hasil. Mulanya nampak mustahil tapi rupanya tidak.

Macam mahu buat lompat bintang je. Hiyaahhhhh...




P.S: Rasa kekurangan perasaan jer dari semalam hingga kini takde pos/tulisan Mimito. Macam nak rehat juga lepas baca pos dia semalam.


Wednesday, October 12, 2011

Jantung Berdegup


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Cuba letakkan tapak tangan di sebelah kiri dada. Dengar tak bunyi degupan jantung? Kuat atau perlahan? Kalau bunyi perlahan tu maknanya jantung megepam dalam keadaan kita berehat. Kalau cepat, laju dan seumpamanya maknanya kita baru melakukan aktiviti yang memaksa jantung bekerja lebih keras untuk mengepam darah. Takpun perasaan cemas boleh cetuskan perkara yang sama. Kalau takde degupan pula? Sama ada kurang pendengaran atau deria saraf pada tangan tak berfungsi ataupun ____ (isi tempat kosong)

Hehe sebenarnya nak cerita episod ke-2 House tajuk 'Transplant' (pemindahan). Cerita ringkas jer ambil intipati. Jadi dah dapat agak kan pemindahan apa? Anda jawab jantung? Tet...Salah. Sila lihat gambar di bawah.

Paru-Paru Dihubungkan Dengan Saluran Oksigen - S08E2 Transpant


Tugas paru-paru mengikut definisi Kamus Dewan: Penyedutan dan pengeluaran udara dari paru-paru.

S08E02-House yang sepatutnya tinggal di penjara telah dijamin Foreman untuk membantu dia. House pada asalnya tidak berminat untuk merawat pesakit tertarik kerana cabaran mencari punca mengapa paru-paru menghadapi masalah. Paru-paru tidak boleh bercakap.Hanya menunjukkan simptom dan fizikal paru-paru yang berubah warna daripada warna merahjambu menjadi hitam.

Saya tertarik tengok paru-paru yang kembang kuncup (diletakkan di sebuah bekas kaca seperti di atas). Ada adegan paru-paru kehabisan nafas serius macam nampak manusia sesak nafas gak.

Korang jangan gelak pula atau anggap saya jakun tapi inilah pertama kali saya lihat paru-paru boleh hidup di luar badan selama beberapa hari. Sebelum ni ingatkan lepas dapat organ ni daripada penderma terus masukkan ke dalam badan pesakit. Tambahan maklumat baru untuk saya.

Itu sahaja nak tulis. Jumpa lagi.

P.S: Nak tahu mengapa paru-paru tu bermasalah? Sebelum penderma tu mati, dia telah menyedut asap rokok dan curut yang banyak di sebuah tempat yang tertutup. Ini membuktikan bahawa tidak merokok menghadapi risiko buruk 3 kali ganda daripada perokok aktif. Jadi kepada perokok silalah jauhi diri daripada orang sekeliling apabila merokok atau jangan merokok langsung.


Tuesday, October 11, 2011

Si Kanan Si Kiri


 بسم الله الرحمن الرحيم

Ingatan untuk diri.

Selagi hidup tanggungjawab takkan pernah selesai dan setiap perbuatan tidak akan habis ditulis sama ada malaikat di kanan atau kiri.

Bertuahlah diri kalau banyak ditulis oleh malaikat di kanan. Lumrah manusia yang memang mudah khilaf, catitan di kiri juga akan ditulis. Cuma bertuahlah kalau diri itu sedar dan bertaubat. Maka catitan di kiri itu akan dipadam maka malaikat belah kanan pula menulis.

Sejauh mana kita sedar dan sentiasa membersihkan diri dengan pengampunan maka harap-harapnya banyaklah si kiri memadam catitan dan biarlah si kanan yang sibuk menulis. Proses yang berterusan tambah tolak amal. 

Jangan dilupa wahai diri jauhi perbuatan mengumpat. Orang yang mengumpat memberi pahala percuma pada orang diumpat maka rugilah kerana pahala yang dikumpul telah ditolak (-) maka lagi malang jika mendapat tambahan(+) dosa percuma si diumpat. 

Tambah tolak amalan takkan habis hingga ke hujung nyawa.


The Unforgetful Moment Before Raining


 بسم الله الرحمن الرحيم


Alone was my companion that midnight
Thinking, breathing
Hearing the thunder
It gave calmness, eternity and serenity

Out of blue
Hearing the frogs sang whimsically
Asking for the rain to fall
Are you sure you want the rains?
Imagine myself asking the frogs
The frogs would answer yes we want the rains

Then the mosquitoes appeared nowhere
Pretended to scream to the frogs
Flick your tongues!
Eat these annoying mosquitoes
The mosquitoes ringing at my ears
Humming like laughing to me
The frogs are too busy calling for the rains
They are too busy to flick their tongues

I clapped my hands toward the mosquitoes
They crumpled and died
If the frogs would not kill you
I as human could kill you!

Minutes later, the rain poured heavily
It's time for sleep


Flicking Frog -Image Googled