Nuffnang

Saturday, June 27, 2015

Adakah Masa Menyembuh Luka?

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Saya tertanya-tanya berapa lamakah luka dikecewakan akan dapat saya lupakan. Sehingga sekarang pun masih terasa bisa. Betul tak sakit sangat sekarang tapi bisa masih ada. 5 tahun dah berlalu dan ia mengubah pendirian saya kembali kepada diri yang tegas. Saya mengelak sebarang cubaan sesiapapun yang saya dapati bahaya untuk menghampiri rapat pada saya. 

Kembali rapat tanya khabar pun saya elakkan sebab saya tak berminat nak tahu bagaimana kehidupan awak apatah lagi saya bukan kaunter pertanyaan untuk awak tanya macam-macam soalan. Saya tak mahu buang masa fikir, ambil berat lagi.

Lama dah berlegar dalam fikiran. Ingatkan pergi jauh ke sini dapatlah elak gangguan. Rupanya tidak.  Awak tidak boleh tinggalkan ingatan itu di Malaysia.

Berapa lama luka akan betul-betul hilang dan tiada parut langsung?

P.S: Maaf pasal jiwang-jiwang pula kali ini. Nak elak tapi ia mengganggu hidup saya. Jangan risau saya dah maafkan tapi nak ulang cara yang sama tidak lagi. I forgive but I am not stupid enough to forget and repeat my mistakes.

Thursday, June 25, 2015

Puasa Di Sini

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah seminggu puasa. Sini puasa bermula hari Jumaat. Rasa pelik juga masa hari Khamis minggu lepas saya sarapan pukul 9 pagi teringat orang-orang Malaysia tengah sahur. Janggal betul. Nasib baik dapat luahkan pada kenalan rasa sedih dan luar biasa sebab tak puasa hari itu.

Buka puasa hari pertama kelam-kabut sebab Aidan (anak sedara) meragam nak Mami dia yang sibuk goreng ayam. Hoho buka puasa sini awal pukul 5 petang macam sarapan petang tapi dah hampir gelap. Sayapun macam keliru la dengan waktu sini. Ada hari itu orang hantar barang runcit dari Countdown datang pukul 3 petang, Saya sapa orang tu "Good evening" tapi orang tu apabila dah habis letak barang-barang runcit jawab balik "Good afternoon".  Pelik betul tengahari apebende. Matahari memanglah memancar terang-benderang tapi dah Asar. Keliru sekejap.

Saya dah boleh buat unggun api. Hoyeah lama-lama jadi mudah. Macam tugas hakiki diri ini untuk buat unggun api apabila sejuk.

Pengetahuan baru: New Sea Land= New Zealand :0 Sini saya banyak tengok kuiz dari UK dan Australia macam The Chase, Pointless, One Million Dollars petang-petang waktu hampir berbuka.

Selamat berpuasa semua. Macam mana puasa korang?

 

Thursday, June 4, 2015

Masa Untuk Dibunuh

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari ini hari ke-6 diri di sini. Biasalah memula tiba mesti emosional. Sejuk macam duduk dalam chiller box rasa macam diri ini berawet beku macam ikan. Hehe. Semalam dapatlah rasa jadi buruh kasar. Masukkan kayu api dalam pondok. Banyak gila. Orang yang menghantarnya hanya timbunkan tepi pondok. Bersungguh-sungguh diri ini dan adik ipar laksanakan tugas dengan hujan gerimis dan Aidan yang sudah mengantuk. Nasib baik tiada peluh merecik. Hanya kedinginan waktu menghampiri Maghrib. Diri ini anggap seperti senaman angkat berat. 

Saya belum berjaya menghidupkan unggun api daripada awal. Takpelah diri ini akan usaha lagi. Banyak benda diri ini perlu belajar termasuklah benda bodoh nak buka pintu stor pun belum dapat lagi. Hehe terfikirlah kemahiran hidup diri ini sangat teruk.

Oklah jumpa lagi. Mahu layan novel. Oh!Ya sini waktu Isyak 6:38 petang. Banyak masa untuk dibunuh (alih bahasa daripada time to kill) pada waktu malam. Takkan nak tidur pun 9 pula. Hehe.

 

Monday, June 1, 2015

Susah Senang

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Banyak perkara baru diri ini perlu belajar di rumah yang belum biasa. Hidupkan api pemanas ala siri Survivor. Gunakan kayu api. Perkara remeh seperti letakkan sarung pada comforter. Pada orang lain senang tapi bagi diri ini terasa sukar. Mencari arah kiblat pun diri ini teringat pada tips untuk lihat sesungut menghadap ke arah mana. Itulah kiblatnya. Apabila dah dapat sambung ke internet rujuk pada laman islamicfinder. Nasib baik betul tips tersebut.

Soalan yang remeh diajukan orang asing bagiku senang. Bukan semua orang mempunyai pengetahuan yang sama seperti kita. Bersedia untuk menjawab dengan sebaik dan sejelas mungkin.

Tidak pasti bagaimana mengharungi puasa diri ini di sini? Mudah atau susah? Salah satu. Entah mengapa pengembaraan diri kali ini tidak menyeronokkan. Mungkin kerana penanda aras telah diri ini letakkan atau membuat perbandingan pada pengembaraan yang lalu. Diakui pengembaraan yang lalu tidaklah mudah juga TAPI mungkin perasaan menghadapi pengembaraan itu BERBEZA. Pengembaraan terasa SUSAH jika tidak gembira. Mungkin itu penyebabnya. Diri masih menebak punca perasaan tidak seronok ini. Harap-harap sementara waktu.

Maaf tulisan kali ini berat dengan perasaan. Saya cuba memikirkan punca rasa susah senang ini.

P.S: Sekurang-kurangnya maklumat baru dapat.