Nuffnang

Friday, June 26, 2020

7 Tahun Lalu- From Rusia With Love

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kenangan bersama emak, abah dan Uwan muncul di FB emak. 



26 Jun 2013. Sama ada di Volgograd atau Novgorod.

Wednesday, June 24, 2020

Review: Krimpaf Buntat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selepas selesai makan nasi lemak 7 benua, abah nak mencuba Krimpaf Buntat di sebelah. Di sini cuma ada perkhidmatan bawa pulang. Saya sudah membeli awal semasa abah berborak dengan pemilik kedai.


Krimpaf Buntat Melaka
Kain Rentang Krimpaf Buntat Beserta Maklumat


Asalnya saya ke sebelah hanya untuk ambil gambar-gambar kain rentang dan menu terlebih dahulu kerana diberitahu kedai buka pukul 9 pagi. Ketika mengambil gambar, ada seorang pekerja datang. Alhamdulillah dapatlah pesan. Memandangkan kali pertama mahu mencuba, saya beli 10 biji krimpaf vanilla. Harga RM10.


Seleksi Krimpaf Beserta Harga


Banyak jenis krimpaf: krim vanilla, krim nutella, krim keju, oreo, krim durian, coklat bersama strawberi.


Seleksi  Lain Beserta Harga.


Menu lain pun ada seperti bombalini, brownies, tart buah dan tart keju. Memang lengkap maklumat diberi. Ada gambar beserta harga. Jadi dapat memilih dengan cepat.

Abah membeli 10 biji krimpaf durian dengan harga RM15.
Rasanya ia dinamakan Krimpaf Buntat kerana saiznya yang montel dengan intinya.


Krimpaf Buntat Vanilla


Krimpaf Buntat Durian



Saya makan 2 biji krimpaf iaitu satu vanilla dan durian. Krimpaf vanilla tak manis sangat. Manakala krimpaf durian memang terasa seperti makan buah durian sebenar. Abah tanya penjual guna durian jenis apa. Dia kata durian D24. Saya suka krimpaf durian ini walaupun agak manis berbanding krimpaf vanilla. Secara keseluruhan saya berpuasa hati dan ingin membeli lagi. 9/10. Mungkin cuba perisa lain pula.

Sesiapa berkesempatan singgah Melaka atau memang dari Melaka bolehlah datang ke sini.

Alamat:
No 3 Arked MARA Bukit Beruang,
Rumah Awam Bukit Beruang, 
Lorong Mahsuri 2,
75450 Ayer Keroh, Melaka

No. tel: 013 602 8987

Sunday, June 21, 2020

Review: Nasi Lemak 7 Benua Di Dhuha Cafe, Bukit Beruang Melaka

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Malam tadi mak mesej beritahu nak sarapan di luar pagi esok. Bertolak awal pukul 7 pagi sebab tidak mahu makan ketika ramai orang. Dhuha Cafe buka pukul 8 jadi kami singgah stesen minyak untuk cari suratkhabar. Suratkhabar belum sampai jadi kami ke 7E pula. Hampa. Tiada juga. Jadi kami ke kawasan Bukit Beruang.

Abah tak jumpa kedai yang dicari maka abah telefon tuan punya kedai. Kedai ni baru buka di kawasan ini. Cara mudah waze Krimpaf Buntat yang dah popular. Dhuha Cafe ni terletak sebelah kedai Krimpaf Buntat.

Setelah sampai, tuan punya kedai masih belum buka kedai sepenuhnya. Belum pukul 8 pagi. Hujan turun renyai-renyai. Sementara itu kami duduk di kerusi. Masa yang ada saya ambil gambar kain rentang. Maklumat seperti alamat ada di sini.

Kain Rentang Dhuha Cafe


Mula-mula pesan air. Air saya kopi o panas sama macam abah. Emak pula teh tarik. Kami sepakat mahu mencuba nasi lemak 7 benua. Secara asasnya terdapat 7 jenis nasi yang dibentuk bebola seperti saiz skop aiskrim. Ada sambal, telur rebus separuh dan timun. Tuan punya kedai lupa letak ikan bilis dan kacang goreng. Boleh minta tambahan. Saya minta daging masak hitam, emak sambal udang dan abah ayam berempah.


Nasi Lemak 7 Benua Dhuha Cafe
Nasi Lemak 7 Benua Dengan Daging Masak Hitam(Tengah)


Ikut jam.
Hijau- nasi lemak pandan
Merah jambu- nasi lemak buah naga
Kuning- nasi lemak beriani
Coklat- nasi lemak kacang hitam
Putih kuning- nasi lemak jagung
Merah jambu cair- nasi  lemak herba
Putih coklat- nasi lemak beserta kekacang 

Harga nasi lemak 7 Benua biasa- RM4. Berpatutan memandangkan kita dapat 7 jenis nasi lemak.

Penilaian saya. Saya suka nasi herba, nasi jagung dan kekacang serta kacang hitam. Lain-lain saya rasa biasa. Daging masak hitam memang berasa cuma daging ada yang liat sedikit. Keseluruhan sedap. Saya bagi 8/10.

Ada tapau 2 lagi nasi lemak beserta daging masak hitam dan ayam goreng berempah. Jadi 5 nasi lemak dan 3 cawan air. Jumlah RM38. Sesiapa nak singgah rasa nasi lemak 7 Benua bolehlah waze alamat ini:

No 2 Arked MARA,
Taman Rumah Awam,
Bukit Beruang,
Melaka.
No tel: 019 666 4993

Lepas itu bergambar dengan tuan punya kedai.  Lepas kami keluar, ada orang lain sudah memasuki kedai ini. Memang suka jadi orang pertama datang. Kemudian singgah kedai sebelah beli Krimpaf Buntat sebab belum pernah rasa. Nanti buat penilaian krimpaf pula.

Selamat berhujung minggu. 


Friday, June 19, 2020

Rezeki Jumaat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Balik dari rumah Uwan terdengar bunyi loceng rumah. Jiran sebelah dari Terengganu beri laksam. Pucuk dicita ulam mendatang.

Laksam


Moga murah rezeki. 

Thursday, June 18, 2020

Panjang Langkah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sejak PKPP ni dah panjang langkah ke mana-mana. Sarapan pagi di kedai, membeli barang keperluan dan vitamin, melawat orang sakit, beraya. Jadi boleh katakan hari-hari keluar rumah. Waktu tidur pun dah kembali normal. Hehe sebab itu dah kurang kekerapan tulis blog atau tukar waktu menulis. Alhamdulillah tengok keadaan sekeliling, selalu melawat Uwan. Mak kata Uwan tu seorang, sunyi  pada hari biasa jadi kitalah yang dekat dan tak sibuk melawat dia. Betul juga ketika ada kelapangan baiklah melawat selalu. Uwan pernah sahaja suruh saya tinggal dengan dia. Haha tak bolehlah saya lena terbongkang tidur atas katil sendiri. Tempat orang saya tak lena sangat tidur. Nanti mood tu ke laut sebab tak cukup tidur.

Oklah jumpa lagi. Selagi ada peluang, marilah kita berjalan dan bersilaturrahmi.


Sunday, June 14, 2020

Manusia Atau Robot?

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

14 Jun 2020 12:17 pagi




Aku perasan blog aku ni dilawati dari US dan setiap tulisan dibaca dari tulisan lama. Satu-persatu. Masih tak habis ketika aku menaip pos ini. Tak tahulah robot atau orang yang baca. Kalau dia manusia, baca tulisan ini, saya ucapkan terima kasih kerana awak, pandangan muka blog saya menjadi 3 digit. Bolehlah tinggalkan komen kata sayalah yang baca. Hehe. 



Friday, June 12, 2020

Rentas Negeri

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tanggal 10 Jun, rentas negeri dibenarkan. Tanpa membuang masa kami bertolak ke kampung di Negeri Sembilan pada pagi. Tak sabar nak jumpa Uwan. Alhamdulillah Uwan dah sihat. Saya pernah tulis Uwan ada jatuh sebelum PKP dan tak dapat bangun. Sekarang dah boleh berjalan. Kami sebenarnya buat kejutan sebab Uwan ingat kami akan balik hari Sabtu. Memang akan balik Sabtu tapi emak tak sabar. Bawa hasil tanaman seperti pisang, cili api.

11 Jun pula adik bongsu pula buat kejutan balik ke rumah. Tak sempat sembunyikan coklat sebab anak-anak buah hantu coklat. Terlupa seketika sebab hampir 2 bulan lebih rumah sentiasa kemas dan tahu makanan apa kena simpan daripada pandangan budak-budak. Anak-anak buah balik, tetiba rumah bersepah. Baru teringat. Haha. Saya dah mula pening kepala. Kena sentiasa awasi, kemas balik rumah apabila mereka keluar main di taman permainan. Phew rumah kembali kemas. Nasib 2 budak kecil yang balik. Adik-adik saya yang 2 orang lagi terkandas di luar negara. Kasihan juga tak dapat balik. Tak tahu bila rentas negara dibenarkan. Kalau dah dibenarkan pun adik saya cakap dia tak cukup cuti sebab kalau balik Malaysia, dia kena kuarantin 14 hari. Balik ke sana kena kuarantin 14 hari. Bayangkan 28 hari. Moga adik-adik saya tabah. Allah tahu mereka boleh hadapinya. Saya rasa sebab itu saya dan adik bongsu tak boleh hadapinya buat masa kini.  

Harap-harap keadaan akan bertambah baik. Insya Allah.




Sunday, June 7, 2020

Segmen Bloglist PKPP At Aziankhalil.com

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

(Segmen tamat)
Diajak tuan punya blog. Marilah masuk sementara tunggu berbuka. Klik gambar di bawah untuk sertai.


 Tunjuk Skrin

Semua syarat dah dipatuhi.


Saturday, June 6, 2020

Review: Shogun Burger McDonalds

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Saya berkesempatan merasai burger Shogun daripada McDonalds. Sebenarnya takdelah teringin tapi abah dah beli bermakna abahlah yang nak cuba.


Shogun Burger McDonalds
Shogun Burger


Pandangan pertama daging lembu diapit telur goreng beserta sos mayonis dan salad serta bawang dicincang. Ada sos yang tak kuat rasa, macam sos teriyaki? Rasa masam manis. Kombinasi rasa pelik. Tak kuat rasa sos warna coklat, lebih kepada rasa mayonis jadi saya letak sos pedas.


Shogun Burger
Bahagian Dalam Burger


Rasanya saya takkan beli.


Thursday, June 4, 2020

Selamat Hari Jadi Emak

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari ni hari jadi emak yang ke-66. Semoga sihat dan murah rezeki, mak.

Bertiga sahajalah yang menyambutnya.
Abah keluar lepas Asar beli kek keju beri dan burger Shogun McD. Nasi tomato tu beli dengan kawan abah melalui penghantaran.


Ayam Masak Merah


Saya cuma larat makan kek keju dan nasi tomato tu je. Burger tu nanti makan waktu sahur.

Ok saya belum boleh merdeka puasa lagi.

Hari Jadi Mak, Sahur, Pengalaman Memandu Dan Filem

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

2:45 pagi 4 Jun 2020

Hari ini harijadi mak aku. Ketika ini aku lepas sahur nasi dengan masak asam ikan pari. Lepas tu makan megi letak rencah tomyam. Harap dapat habiskan puasa sunat dan ganti.

Cerita lain, mak aku pergi ke JPJ Bukit Katil Selasa lepas. Ramai orang jadi mak aku tak dapat buat. Aku tanya mengapa tak perbarui setiap 5 tahun macam aku buat (haha walaupun aku jarang memandu). Jawapan mak menyentak hatiku, dia cakap pada usia dia sekarang, dia tak tahu berapa lama lagi.

Lepas itu aku teringat insiden 2 tahun lepas. Aku perbarui lesen dan aku ke Hamilton, Auckland. Sana aku memandu hantar Aidan ke sekolah. Ada satu hari aku mengalami kemalangan. Syukur tak teruk. Salah masing-masing. Bontot kereta berlanggar dengan bontot kereta ketika masing-masing keluarkan kereta. Apapun aku rasa serik dan fobia juga. 


Volkswagen Di Hamilton
Kereta Aku Pakai Di Sana


Cerita lain, tak sabar nak tengok The Princess Bride di Hits Movies 401 pada 13 Jun (Sabtu). Filem lama tahun 1987. Pandangan mata sang hero kepada Buttercup itu menikam. Cara pandangan untuk memikat. Nanti tulis secara terperinci di sini nanti.


Monday, June 1, 2020

Syawal 1441

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Dah hari ke-9 Syawal. Memang beza betul. Mak cakap memandangkan kita tak beraya/jalan rumah orang, Syawal ke-2 dah mula puasa sunat/ganti. Saya cuma dapat puasa 3 hari je lepas tu uzur syarie. Abah dan emak dah habis puasa 6. Rasa tak seronok pula ketinggalan.

Apapun saya masih dapat duit raya daripada abah. Haha selagi belum kahwin. 


Sampul Duit
Duit Raya


Itu jerla kut yang seronok. Masih jadi kelawar kesan bulan Ramadan. Kalau buat qiamulail takpe gak, ini layan TV dan tengok drama talian. Takpelah akan ditukar waktu apabila dah habis puasa nanti. 

Oklah mari kita sambung puasa sementara dalam PKP dan bulan Syawal. Entah-entah sampai Raya Haji PKP ni.