بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Pagi tadi masa hendak buang bahan makanan untuk makhluk Allah ternampak bakul isi kunyit hidup. Hati berbunga gembira sebab sebelum ini memang hendak beli kunyit hidup tapi tidak kesampaian. Gembira lagi sebab banyak kunyit. Boleh buat stok makan mentah untuk saya. Tidak perlu risau.
|
Kunyit Hidup |
Tapi saya tertanya-tanya bila emak tanam kunyit hidup. Setahu saya emak kata dia tanam halia.
Persoalan berlegar-legar apabila masuk rumah. Sebelum itu nampak pisang-pisang muda yang banyak. Memang buat kerepek selain goreng pisang dan pengat.
|
Pisang Muda |
Tidak lama emak masuk dapur basah terus tanya emak. "Emak, bila emak tanam kunyit hidup?"
Emak cakap itu daun kunyit guna buat rendang itu. Jadi tentulah ada kunyit dalam tanah.
Dang. Rasa macam orang bangang. Haha. Nampak benar tidak ambil berat pasal tanaman. Hendak gelak pun ada. Selama ini nampak daun kunyit tidak fikir ada kaitan dengan kunyit hidup.
Di sini tanah luas boleh tanam tanaman dapur dan buah-buahan. Sudah 5 tahun di Durian Tunggal. Ingat lagi pindah ketika pertengahan puasa. Azab angkut barang, kemas rumah dan bilik. Hari itu berbuka puasa sempoi gila dan kepenatan tidur awal. Nasib baik ada adik bongsu tolong.
Ok itu sahaja coretan kali ini. Jumpa lagi.
P.S : Kalut fikiran.