Nuffnang

Thursday, June 30, 2022

Serbuk Koko Van Houten

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Serbuk koko terakhir hari ini. Kena beli baru.

Serbuk Koko Van Houten



Sejak sudah tidak minum kopi, kopi mikro dan teh, saya cari alternatif untuk minuman pagi. Mula-mula minum Milo. Kemudian pergi pasaraya Mydin cari minuman coklat lain. Pergi ke rak minuman coklat, tengok pada seksyen minuman Cadbury. Tinggal 2 bungkus di hujung rak. Ada budak perempuan remaja minta penyusun barang ambil dari hujung dan dia ambil 2 terus. Terkebil-kebil fikir. Kemudian terfikir pasal serbuk koko. Jadi kena ke rak buat kek.

Pembungkusan berbeza daripada saya ingat. Masa kecil selalu nampak serbuk koko dalam tin aluminium putih. Kali ini dalam kotak oren coklat. Ada 2 isipadu jadi saya pilih yang sedikit iaitu 100 gram. Saya takut tidak suka.

Rupanya saya sangat menyukainya. Kuat rasa kokonya. Lebih-lebih lagi saya suka letak banyak serbuk koko lebih daripada 2 sudu teh dalam mug dan sedikit susu pekat. Jadi rasa koko sangat dominan dan kurang manis. Nampaknya ini menggantikan ketagihan saya pada kopi dan teh.

Kena beli kotak yang besar nanti. Insya Allah

Apapun sarapan pagi di luar kena minta Milo kosong.

Thursday, June 23, 2022

Oiii, Darah Manis!

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Begitulah tajuk buku yang sangat menarik dan unik. Hasil antologi anekdot dan salah satunya kepunyaan Puan Amie's Little Kitchen. Ia bertajuk 'Seri Wajah Bakal Raja Sehari.' Untuk makluman buku ini berkenaan watak utama dan tunang menjaga adab perhubungan setelah bertunang agar selari dengan tuntutan agama supaya terpelihara hingga ke pelamin. Mesti ceritanya sangat comel dan manis! Awww :) Tidak sabar hendak baca.

Hadiah ini diterima kerana saya berjaya teka jumlah hari bercuti dengan tepat. Tengok tulisan tangan Puan Amie macam tulisan emak saya.

Buku Dengan Ucapan Daripada Puan Amie



Di sampling itu saya dapat T-shirt warna merah hati dengan tulisan Sabah Tea.

Buku Oiii, Darah Manis Dan T-Shirt Sabah Tea



Terima kasih daun keladi Puan Amie. Bungkusan selamat tiba ke tangan saya pada pukul 11 pagi lebih setelah saya buat 'pertanyaan' melalui emel Gdex petang semalam. Terus dapat jawapan hari ini hantar. Alhamdulillah.

Jumpa lagi.

P.S: Alamat penerbitan SYFE rupanya di Taman Tasik Utama. Ayer Keroh. Selalu jalan ke sini untuk ke kedai tomyam. Boleh skodeng tempat penerbitan ini.

Tuesday, June 21, 2022

Kacama Dan Ibunya

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pertama kali saya kenalkan  dak Kacama. Anak kucing yang lahir tahun lepas. Ibunya lahirkan 4 ekor tapi ia sahaja yang hidup. Mula-mula dak Kacama ini garang macam ibunya tapi lepas emaknya pergi bersuka-ria, mengandung dan beranak lagi, Kacama jadi jinak, manja minta saya belai, garu belakang badannya. Apabila ibunya datang balik, tugas membelai kembali pada ibunya. Untuk pengetahuan ibunya masih garang.

Lena Tidur Kacama Dan Ibunya



Ini gambar Kacama dan ibu tidur bersama-sama. Tidak nampak pula ekornya. Kacama berekor panjang. Nanti saya letak kemudian.

Tulis di sini sebagai kenangan.

Friday, June 17, 2022

Sakit

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Waktu menaip pukul 1 pagi. Tidak dapat tidur. Risaukan sesuatu.

Apapun malam Jumaat, eloklah kongsi ilmu.

Sekiranya kamu sakit, hadapi masalah dan susah hati hendaklah kamu istighfar. 

Ini ilmu saya dengar tadi. Sebenarnya dari kisah Hasan al-Basri, apabila beberapa lelaki datang mengadu masalah, penyelesaian diberi istighfar.

Ia berdasarkan ayat 10-12 Surah Nuh.

Bolehlah kongsi tambahan pada komen. Terima kasih.

P.S: Terus buat istighfar 1000 kali dan tergerak hati untuk komen pada satu luahan blogger juga untuk buat juga. Harap membantu dia selesaikan masalah. Bagi mereka yang membaca yang tengah ada kesulitan boleh buat. Ini ingayltan untuk saya. Saya tulis ini untuk ingatkan semula apabila saya kelebet pos- pos lama.

Servis Penyaman Udara



Monday, June 13, 2022

Cara Mendapat Firasat/Gerak Hati Yang Benar

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Satu ilmu baru saya dapat ketika menonton Cinta Ilmu pukul 7:30 malam di tv Al-Hijrah tadi. Kisahnya mengenai malaikat Jibril dan apa tugasannya sekarang setelah Rasulullah S.A.W. wafat.

Penceramah beritahu Jibril memberi ilham, gerak hati dan firasat daripada Allah melalui malaikat pembantunya iaitu Malaikat Mulhim kepada manusia. Saya tertanya-tanya dalam diri bagaimana hendak bezakan antara gerak hati yang benar dan tipu saya syaitan.

Akhirnya persoalan saya terjawab di akhir rancangan. (Nasib baik tengok sampai habis). Penceramah menjelaskan untuk dapat firasat yang benar berdasarkan Ibnu Sujak (tidak pasti ejaan mungkin Abu Sujak) 

Untuk mendapat gerak hati/ilham/firasat yang BENAR. Kita hendaklah:

1. Tunduk pandangan, tidak pandang perkara yang maksiat.

2. Tidak melayan hawa nafwa nafsu. Kekang dan kawal.

3. Urus hati, ingat Allah. Apabila pandang sesuatu sentiasa ingat padaNya. 

4. Sentiasa amal sunah Nabi.

5. Pastikan makanan yang masuk ke mulut dan perut kita adalah halal.

Baru tahu rupanya ilham itu diserahkan kepada Jibril dan kemudian diserahkan kepada malaikat Mufhim. Alhamdulillah satu pengetahuan baru.

Saya memang hendak dapat gerak hati yang benar sebab saya seorang kinestatik dan ISFJ. Memang kuat pegang pada perasaan. 

Kalau korang hendak tahu korang ada gerak hati yang benar atau tidak, saya pernah beri kuiz ini dan ia antara pos yang popular sepanjang masa. Boleh klik Kuiz Gerak Hati. Boleh tinggalkan komen kalau gerak hati korang betul. Kalau tidak betul, boleh amalkan tips diberi.

Hehe kadang-kadang firasat tidak betul juga. Kena baiki mana kurang.

Harap bermanfaat. Selamat beramal.

P.S: Kita ingat orang itu dan orang itu ingat kita juga satu bentuk gerak hati.

Monday, June 6, 2022

Papada PA 800

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tidak boleh tidur pula sejak pukul 2 pagi. Penat semalam. Mungkin sebab makan kenduri kahwin masa malam. Meriah buat malam, ramai juga orang.

Ahad 5 Jun penuh suka duka. Kena langgar dan sebelum itu singgah Mydin Pulau Sebang beli headphones jenama Papada. Sebenarnya hendak beli mikrofon untuk telefon bimbit untuk dengar radio. Sini kadang-kadang susah dengar azan sebab masjid jauh lepas itu bunyi pembinaan rumah yang bingit.

Papada PA 800 Metal Bass Warna Coklat



Rupanya mikrofon itu ada dalam headphones berwayar. Haha rasa lawak. Selama ini pakai headphones yang tiada wayar (wireless) jadi apabila buka radio pada telefon bimbit selalu kata pasang mikrofon. Asalnya aya bayangkan mikrofon yang boleh cakap, pasang di komputer. Rupanya bukan.

Apapun nasib baik penjual itu terangkan kalau hendak dengar radio pada telefon bimbit guna headphones berwayar. Ragu-ragu tapi beli juga. Nasib baik boleh dengar. Kiranya jenis ini ada mikrofon dalam headphones.

Harga RM20. Pilih yang bermagnet dan penyumbat yang lembut. 

Bolehlah guna untuk dengar azan Maghrib.

Thursday, June 2, 2022

Jun Datang. Tidak Sangka...

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat datang Jun! Bulan emak saya. Harijadi lusa iaitu 4 Jun.

Hidup semakin ke arah normal. Makin banyak kenduri kahwin kena hadiri. Sederet cuti minggu ini ada kenduri sekurang-kurangnya 2 kenduri sehari. Selamat makan puas-puas lauk kenduri. Alhamdulillah.

Satu perkara. Tidak sangka saya boleh tahan minum kopi dan teh masuk hari ini hari ke-24. Wah lama menahan. I've never thought I can hold that long! I guess that scary experience made me determine not to drink coffee again. Tapi tidak tahu berapa lama bertahan. Harap-harap selama-lamanya. Amin. Entah. Cuma tidak sangka. Dahulu kalau orang suruh saya berhenti minum kopi mungkin saya akan kata tidak mampu. Memang betul waktu itu ada cuba tapi tidak berjaya.

Ok wish me good luck tapi itulah waktu keluar makan selalu terfikir hendak minum apa terutama sarapan pagi. Takkan hendak pesan air sejuk pulakan? Hehe.

OK jumpa lagi.

Hello, Saya Maryam



Selingan: Gambar Maryam, anak saudara terbaharu. Lahir 5 April 2022.