Nuffnang

Tuesday, September 28, 2021

Pertama

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Maaf lama tidak menulis. Blog walking pun kurang. Sebenarnya melawan ketakutan dan paranoid.

Takut apa? Takut kena suntik. Alhamdulillah semalam dapat yang pertama. Orang selepas saya tanya kenapa saya menggigil waktu dipanggil masuk bilik. Ya Allah nampak sangat rupanya walaupun berpelitup muka. Allah sahaja tahu rasa hati.

Ok itu sahaja. Tidak mahu cakap banyak-banyak selain puji Allah. Wish me luck untuk kedua. Insya Allah( saya diingatkan selalu ucap alhamdulillah dan insya Allah untuk kelancaran urusan memandangkan saya suka fikir bukan-bukan)

Jumpa lagi.

Tuesday, September 21, 2021

Giveaway By Shida Radzuan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

[SEGMEN TAMAT]

Alhamdulillah ada peluang untuk sertai segmen daripada Shida Radzuan.

Syarat-syarat mudah. Memandangkan saya pernah ikuti segmen Shida sebelum ini, saya sudah ikuti media sosial yang saya ada. Sungguh mudah. Klik gambar di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Giveaway By Shida Radzuan



Kena jawab soalan mengapa suka blog Shida. Bagi saya blog Shida ringkas, senang dilawati mengikut arkib bulan, tahun, mudah dibaca serta suka baca luahan tentang kehidupan seharian dan info berguna.

Tarikh tutup 2 Oktober 2021. Cepat ada masa lagi.

Jumpa lagi.

Friday, September 17, 2021

Lampu Tidur Sebagai Hadiah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
 
Alhamdulillah dapat hadiah kerana tangkap nombor 1,111,111 di blog Shikin Razali.

Memula ada drama. Hehe sebenarnya hadiah ini sudah sampai hari Selasa (14 September) Masa itu abah ambil. Saya pula di bilik tidur memang tidak dengar pula van J&T datang.

Rasanya hari itu macam kelam-kabut sedikit. Mak dan abah tiba-tiba ambil keputusan hendak balik kampung. Saya ditinggalkan pesan untuk jaga rumah. Emak kata mungkin barang abah yang akan  dihantar secara COD tiba hari itu. Oklah saya tinggal seorang dengan duit. Untuk elak takut van datang saya tidak perasan, saya duduk bawah sahaja, pintu dapur dibuka supaya senang hendak keluar. Sekali sampai esoknya tunggu tiada.

Eh sebelum itu saya nampak ada satu kotak di tepi tangga. Saya ingatkan adik punya sebab abah tidak beritahu. Sebelum itu ada barang adik ada sampai. Saya memang terus letak kotak dalam bilik adik. Tidak tengok nama. Tidak tergerak hati. 

Sekali esoknya, Shikin whatsapps tanya barang sampai elok ke. Saya cakap barang tidak sampai lagi. Nanti sampai saya beritahu.

Kemudian Shikin whatsapps status barang saya sudah  dihantar dan diterima. Maaflah Shikin otak serabut, fikir benda lain. Haha tunggu barang abah, barang sendiri sudah sampai tidak perasan. Terus terfikir eh kotak yang dapat hari Selasa itu barang saya sendiri ke? Gelabah cepat-cepat pergi ke bilik adik. Tengok nama pada kotak. Memang ya. Cepat-cepat bagitahu Shikin sudah dapat dan terus buka tengok dalam kotak.

Haha hendak pasang lampu tidur pun mencabar sebab hendak keluarkan daripada kotak sangat ketat. Lega barang selamat sampai dan berfungsi dengan baik. Alhamdulillah. Macam rollercoaster. Lampu tidur ini ada 2 lampu. Satu guna mentol satu memang tersedia di kaki lampu. Lampu dipantulkan melalui kristal.

Lampu Tidur Kristal. Lampu Atas Dan Bawah



Tahu tidak barang abah masih tidak sampai. Ini ok lagi sebab COD. Aduh sabar sahajalah menunggu barang tidak sampai. 

Maaf Shikin, otak akak serabut hari itu.

Apapun terima kasih Shikin. Hehe harap tidak serik anjurkan peraduan. Maaf atas kelemahan akak.

P.S: Rasa serabut dengan macam-macam perkara. Doakan semoga dipermudahkan urusan ya. Terima kasih.

Thursday, September 16, 2021

Tarikh Lahir - 10 Safar

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Malam ini selepas Maghrib 10 Safar 1399 ialah tarikh lahir saya.  Diakui kurang ambil perhatian untuk tarikh lahir Hijrah. Malah dalam blog pun tidak pernah dinyatakan sebelum ini.

Saya lupa hari apa saya dilahirkan. Korang tahu tarikh lahir Hijrah? Kongsi pada saya. Mana tahu ada yang sama. Seronok juga dapat tahu.

Jangan lupa baca Surah Yassin, Al-Kahfi.

Ayat 45 Surah Al-Kahfi maknanya:

Dan buatkanlah untuk mereka (manusia) perumpamaan kehidupan dunia ini, ibarat air (hujan) yang Kami turunkan daripada langit, sehingga menyuburkan tumbuh-tumbuhan di bumi, kemudian (tumbuh-tumbuhan) itu menjadi kering dan mudah diterbangkan angin. Dan Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Monday, September 13, 2021

Ketupat Daun Palas, Sambal Dan Serunding Kelapa

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari Isnin hari menggembirakan kerana abah dan emak akan berpuasa maka makanan yang jarang dapat dinikmati akan dibeli secara bungkus.

Minggu ini makanan yang terpilih ialah ketupat daun palas bersama sambal dan serunding kelapa bersama hirisan serai. Rasanya ada di tempat-tempat tertentu di Melaka. Sambal itu ikut tempat ada pedas sangat.


Ketupat+Sambal+Serunding Kelapa


Selalu jumpa ketika waktu sarapan pagi. Ringkas tapi sedap. Makanan vegan. Kenyang juga walaupun sebiji ketupat yang lembut dan besar. Sambal ini tidak pedas sangat.

Sebiji Ketupat Bersama Sambal Dan Serunding Kelapa


Sekali lagi beli di sekitar kawasan perumahan lama.

Ok jumpa lagi edisi makan makanan bungkus.

Safi Anti-bacterial Shower Serai Lime Splash

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ketika hampir menghabiskan pek pertama mata tertancap pada ayat 'memberikan perlindungan harian untuk seluruh keluarga dengan membasmi 99.9% kuman secara berkesan'. Saya pun wah betul ke? Lepas itu ternampak bintang kecil *berdasarkan keputusan ujian In-vitro. Sudah google makna ujian In-vitro tapi kurang faham. 

Depan Safi Antibacterial Shower Serai Lime Splash


Nama pun Safi anti-bacterial  Shower Serai Lime Splash jadi mestilah ada pati serai dan limau nipis. Bahan-bahan ini merupakan anti bakteria semulajadi yang juga melindungi dan menenangkan kulit.

Belakang Safi Anti-bacterial Shower Serai Lime Splash



Saya beli pek berkembar isian semula setiap satu 850 ml sebab saya gunakan botol Dettol 900 ml sebelum ini. Cari juga Dettol tapi tidak berkenan dengan harga pek isian semula. Jadi cari yang murah sedikit. Ternampak pek berkembar Safi tapi tidak sempat baca. Rupanya jenis sama macam Dettol. Cuma cair sedikit daripada Dettol  yang sangat pekat. Bau pun kurang menyengat berbanding Dettol.

Adakah saya akan beli? Ya. Suka bau serai dan limau. Penggunaan untuk saya seorang ialah selama sebulan satu pek. Apapun saya lagi suka Dettol asli (bau pine) sebab boleh guna sedikit.

Harga pek berkembar ini rasanya RM16 lebih. Lupa. Nanti tengok balik.

Sunday, September 12, 2021

Kronologi Detik Memburu 1,111,111

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Menjelang 11 September 2021. 
Malam 11 malam 10 September cuba tidur tapi rasa tidak selesa pada perut. Matapun enggan tutup. Jadi terpaksa duduk baru rasa selesa. Maka untuk membunuh masa tengoklah tv sementara menunggu mengantuk dan rasa sebu hilang. Letak minyak angin dan minyak pati (eo) di belakang badan. 

Tiada siri tv yang menarik. Ada pukul 12 tengah malam iaitu siri Reflections oleh Suhaib Webb (tafsiran surah al-Baqarah). Lama tidak tengok. Maka blog walking dahulu. Termasuklah blog Shikin Razali. Tengok pengira penghujung hampir ke sasaran 1,111,111. Terdetik di hati alamak mengapa hampir awal pagi? Tengoklah kalau dapat.

Selepas tengok Reflections, persoalan Iblis ini dari golongan mana. Malaikat? Atau Jin? Sambungan perbahasan esok. Ok berbalik pada blog Shikin. Tengok balik. Tidak sampai. Tutup. Caj telefon. Masih tidak mengantuk. Tengok tv lagi. Kali ini setiap jam saya tengok pengira pengunjung di telefon lain. Apabila hampir 1,110,900, baru saya ambil telefon yang dicas. Agak-agak 2-3 kali buka. Alhamdulillah dapat tangkap tepat.

Tangkap Layar 1,111,111


Dapat. Terus hantar e-mel. Sekarang berhempas pulas untuk tidur. Rasa sebu sudah kurang. Tidak pasti bila terlelap. Lepas itu terkejut apabila 'alarm' pukul 5 pagi. Sedia untuk persediaan solat Subuh.

Malam tidur awal pukul 10 lebih. Buat peringatan pukul 12 tengah malam untuk tengok sambungan siri Reflections. Tengok-tengok sudah pukul 1 pagi. Aduh terlepas tengok. Maka sambung tidur sampai 'alarm' 5 pagi.

Harap dapat tengok balik. Jumpa lagi.

Terkini 17 Sept: Syaitan daripada golongan jin berdasarkan surah Al-Kahfi.


Tuesday, September 7, 2021

Hadiah Tukang Komen Bulan Ogos: Cleansing Hand Gel Bath & Body Works

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah selamat sampai hadiah kerana menjadi salah seorang tukang komen bulan Ogos di blog anakomak06.blogspot.com.

Barang selamat sampai tengahari. Mari kita buka. Mula-mula nampak ucapan terima kasih daripada Uyum dan Nina di atas plastik bungkusan buih (bubbles wraps)

Bungkusan Dengan Nota


Kemudian nampak 2 botol saiz 29 ml gel pembersih tangan Bath & Body Works. A Thousand Wishes dan Sunshine & Lemons. Comel sangat.

Dari kiri: Sunshine & Lemons Dan A Thousand Wishes



Terima kasih Cik Ako dan Uyum.

Kuih Keria Limbongan Dan Nasi Ayam Lorong Pandan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Apabila dapat rentas daerah, bolehlah lepas rindu untuk makan makanan kita ingini.

Kuih Kerja Limbongan


Kuih keria masih seperti dahulu iaitu lembut penuh rasa keledek, manis gula Melaka yang tidak manis sangat.

Nasi Ayam Simpang Taman Aneka


Nasi ayam ini beli di kedai Lorong Pandan berhadapan dengan sekolah Cina. Spesifiknya di Taman Aneka berhampiran gerai jual kuih-muih. Nasi yang lembut dan beraroma, ayam disirami kicap beserta sambal cuka dan sup. Masih lagi sedap di tekak saya.

Dahulu masa duduk dekat kawasan ini selalulah jalan kaki beli nasi ayam. Sekarang tinggal di daerah lain semua berbeza. Jauh dengan kedai. Kawasan terpencil katakan, hendak pergi mana-mana kena naik kenderaan. Hehe. Gembira rasa hati. 
 
Lepas ini makan apa pula? Air kelapa goncang Klebang? Air mangga dengan aiskrim vanila Sungai Putat? Mi bodoh Tengkera?


Sunday, September 5, 2021

Terima Kasih, Azhafizah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah dapat kepala blog(header) dan penanda gambar (watermark) daripada Fiza sebab jadi salah seorang daripada 10 teratas tukang komen bulan Ogos. 

Terima kasih Fiza atas susah payah menciptanya. Saya letak di sini untuk kegunaan akan datang apabila ingin gunakan. Muat turun 2 dahulu.

Kepala 

Tandatangan/ Penanda Gambar

Sebenarnya kepala yang diberi Fiza boleh digunakan untuk buat penanda gambar sebab ia tulisan semata-mata jadi sesuai letak pada gambar. Macam di bawah ini.

Header Pada Gambar



Ambil gambar tahun lepas ketika boleh makan di kedai. Teringin hendak makan yong tau fu. Masa ini dengan Uwan sekali. Apabila edit gambar ini rasa rindu pula. Takpelah ikut aliran keadaan. Sabar dahulu.

Rasa rajin boleh terus buat untuk pos-pos akan datang. Hehe perlukan kerajinan juga sebenarnya.

Jumpa lagi. Terima kasih sekali lagi kepada Fiza.

Thursday, September 2, 2021

Nasi Kukus Tonggek

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pertama kali dengar nama Nasi Kukus Tonggek. Nama yang sangat menangkap.

Kotak makanan dengan slogan yang boleh kita tersenyum. 'Make Nasi Kukus Tonggek Great Again.'

Kotak Pembungkusan Nasi Kukus Tonggek Versi Merdeka



Pertama kali  juga merasa Nasi Kukus Tonggek Pece Lele. Ia disertakan sambal (dalam kotak) dan kari kosong. Rasa bolehlah. Tiadalah sedap sangat sebab pernah makan lagi sedap. Sambal pun tidak pedas dan nasi kukus itu pun macam tiada beza makan nasi biasa.

Nasi Kukus+ Pece Lele+ Sambal (Terlindung Di Sebalik Pece Lele) Dan Timun

Bolehlah sesiapa hendak cuba. Rupanya popular dan banyak outlet Nasi Kukus Tonggek. Siapa pernah makan?