Nuffnang

Friday, April 22, 2022

Jumaat Ke-3

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tengok-tengok 10 Ramadan terakhir. Cepat masa berlalu.

Waktu ini kena tingkat lagi ibadah? Boleh ke? Harap boleh. Rasa sudah pada tahap maksimum.

Pada sisi lain, adik nombor 3 sudah balik dari luar negara setelah 2 tahun lebih tidak dapat pulang. Hehe tidak puasa kut mereka itu. Tengah tidur. Kasihan penat mereka berjalan jauh dengan masa berbeza.

Oklah itu sahaja hendak coretkan. Jumpa lagi.

Saturday, April 16, 2022

Pemberian Moreh: Bungkusan McD

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Melepasi Jumaat ke-2, alhamdulillah terima rezeki daripada pihak McD sumbangan makanan moreh. 

Lumayan juga Masjid Al-Alami MITC terima infaq daripada orang perseorangan atau syarikat. Sama ada dalam bentuk duit atau makanan. Tidak sangka McD sediakan pek kertas coklat McD berisi  burger ayam dan pai ayam. Tapi sayang ramai terus balik tidak ambil pek. Lagi satu mungkin lambat kenderaan McD sampai ke kawasan tempat khemah. Witir habis dalam pukul 10 malam.

Apapun emak ambil 4 pek. Tidak makan di khemah.

Burger ayam dengan burgernya bentuk hati, sedikit sayur salad bersama mayonis.

Pandangan Dari Atas Burger Ayam McD



Pai epal. Lama tidak makan.

Pai Epal McD



Terima kasih Allah dapat rezeki tidak disangka. Memang boleh sendiri tapi dapat percuma memang menyeronokkan. Makan ketika buka esok jawabnya yang ada lebih.

Jumpa lagi. 

Friday, April 15, 2022

Jumaat Kedua

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah bertemu lagi dengan Jumaat kedua Ramadhan. Hari ke-13. Kita di 10 hari pertengahan pula. Kelajuan ibadah dinaikkan sedikit.

Bagaimana puasa kalian? Harap berterusan seperti marathon dan pecut di saat akhir. Insya Allah.

Banyakkan doa hari ini ya.

Jumpa lagi.

Saturday, April 9, 2022

Rezeki SushiGeng By Abby Abadi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Malam tadi emak dan abah balik selepas moreh bagitahu ada dapat makanan percuma.

Saya kekenyangan tidak berminat untuk makan. 

"Na, sushilah."

"Ala kenyang sangat."

"Makanlah untuk sahur."

"Tengok bagaimana. " 

Saya kalau sahur minum air, makan kurma atau roti. Makanan yang ringkas. Tidak lalu makan nasi.

Saya naik ke bilik. Baru terhegeh-hegeh solat Isyak dan terawih sendirian. Lepas selesai baru tengok tv balik. Dalam fikiran memang terfikir-fikir sushi sampai masuk tidur.

Bangun sahur terus keluarkan sushi dari peti sejuk. Pertama kali nampak bekas ada pelekat 'SushiGeng by Abby Abadi'. Baru tahu Abby ada keluarkan sushi. Ingatkan sushi biasa, main ambil satu yang ada warna merah darah. Rasa sushi ada rasa pedas, macam sos pedas Korea. Pertama kali rasa sushi kacukan/gabungan (fusion)

Bekas Lutsinar Dengan Pelekat SushiGeng By Abby Abadi


Sudahnya makan seketul sebab takut sakit perut. Terus makan sesudu besar minyak kelapa dara dan madu. Minum air putih. Simpan balik bali sushi. Maaf ambil gambar sushi tinggal 3 ketul. Rasanya 2 ketul abah makan.

3 Ketul Sushi

Tengok fb Abby Abadi. Ada macam-macam jenis sushi. Harga seketul RM1. Murahkan?

Sedap rasa rasanya. Rasa pedas ikut citarasa rakyat Malaysia. Sushi biasa/Jepun pun saya suka. Saya ingatkan sushi biasa-biasa asalnya.

Di mana saya boleh beli? Harap ada rezeki rasa atau beli.

Ini orang sedekah makan untuk moreh. Alhamdulillah dapat merasa makanan yang sedap.

P.S: Ramai buat perniagaan sushi buatan sendiri dengan perisa berbeza atau sama seperti sushi Jepun. Korang suka sushi? Suka sushi kacukan/gabungan (fusion)

Wednesday, April 6, 2022

Hadiah Tukang Komen Terbanyak Mac 2022 Sudah Sampai!

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah terpilih sebagai tukang komen utama bulan Mac daripada blog anakomak6@blogspot.com

Teruja apabila Cik Ako whatsapps gambar bungkusan daripada kekaboo.

Petangnya dalam pukul 2 lebih tibalah barang yang diletak pada tembok pagar.

Dapat bayang rupanya dan isi. Cuma hendak tengok secara dekat.

Mangkuk 2 tingkat dengan bunga di atasnya.

Mangkuk Tingkat Kekaboo


Isinya: Kurma dalam satu bekas. Buah tin dan aprikot kering dalam satu bekas.

Kurma Dan Buah Tin Serta Aprikot Kering



Ini kali ke-2 dapat kurma daripada Cik Ako.

Ikutkan banyak kali dapat hadiah daripada Cik Ako. Antaranya:

-Gel Pembasmi Kuman
-Pelitup Separuh Muka
-Kalendar Dan Jurnal 2022

Terima kasih Cik Ako.

Perumpamaan: Perumpamaan Yang Ada Dalam Surah Al-Baqarah.

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Dalam al-Quran terdapat banyak perumpamaan

Surah Al-Zumar ayat 27:

Dan sesungguhnya, telah Kami buatkan di dalam al-Quran ini segala macam perumpamaan bagi manusia agar mereka mendapat pengajaran. 


Antara ayat-ayat yang mengandungi perumpamaan

Ayat 17

Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya, Allah menghilangkan cahaya (yang menyinari) mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan, mereka tidak dapat melihat.

Ayat 18

Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar).

Ayat 19

Atau seperti (orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit disertai gelap-gelita, guruh dan kilat, mereka menyumbat telinganya dengan anak jarinya kerana (mendengar bunyi) petir, sebab mereka takut mati. Dan Allah meliputi orang yang kafir.

Ayat 26

Sesungguhnya Allah tidak segan atau malu membuat perumpamaan berapa nyamuk atau yang lebih rendah daripada itu. Apapun orang yang beriman, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka tetapi bagi mereka yang kafir menyatakan
" Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan? "
Dengan perumpamaan itu, ramai orang disesatkan Allah dan dengan perumpamaan itu (pula) ramai orang yang diberiNya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang yang fasik.

Ayat 171

Dan perumpamaan (orang yang menyeru) orang kafir adalah seperti penggembala yang memangg binatang yang tidak mendengar selain panggilan dan seruan saja. Mereka tuli (pekak), bisu dan buta, maka (oleh sebab itu) mereka tidak mengerti.

Ayat 261

Perumpamaan  (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkap, pada setiap tangkap seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendakil. Dan Allah Mahal Luas (kurniaNya), lagi Mahal Mehlngetahui.


Ayat 265 Surah Al-Baqarah



Ayat 265

Dan perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya kerana Mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka seperti sebhah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda.
Jika hujan lebat tidak meniraminya, maka hujan gerimis (pun memasak). Dan Allah Mahal Melihat  apa yang kamu lakukan.

Benar kata Allah

#########################

Ada tidak perumpamaan dalam Al-Quran yang korang biasa dengar?


Saturday, April 2, 2022

Selamat Berpuasa Dan Beri Buku Secara Percuma

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sedar tidak sedar sudah masuk Ramadhan 1443 H.

Hari ini juga secara rasminya saya lepaskan buku penulis hlovate pada mereka yang inginkan hari. Alhamdulillah dapat juga beri. Rancang dari tahun lepas. Memang sesiapa berminat dengan buku-buku yang saya beri kena datang sini. Saya beri secara PERCUMA. Terpulang yang ambil daripada saya untuk baca atau jual selepas itu.

Buku: Mencari Suami, Kopi Susu Sepatu Biru, 5 Tahun 5 Bulan Dan Rooftop Rant



Kalau hendak tahu lama saya iklankan pasal beri buku-buku. Tahun ini buku-buku dinyatakan ada tuan baru.

Mungkin saya hendak tambah buku-buku untuk diberi percuma terutama buku Bahasa Inggeris. Ada yang minat hendak dapatkan buku daripada penulis Sophie Kinsella atau Enid Blyton? Atau buku-buku alihbahasa kanak-kanak penulis Enid Blyton? Memang buku lama. Haha.

Berminat untuk dapat buku-buku yang dinyatakan atau yang tinggal seperti pautan di bawah, boleh emel saya. Terima kasih.