Nuffnang

Friday, January 28, 2022

Hadiah Jovian X Fazbulous Beauty Protective Mask

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah hadiah lagi kerana rajin tinggalkan komen. Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. 

Kali ini daripada Cik Ako@Ret yang rajin memberi hadiah. Baru bulan lepas dapat buku perancang tahun 2022, bulan ini dapat pelitup muka daripada kolaborasi figura terkenal Jovian dan Fazura.

Cepat juga dapatnya. Semalam diberi nombor pengesanan hari ini telah dapat dengan jayanya. Poslaju ini kadang-kadang cepat kadang-kadang tidak boleh jangka bila. Apapun syukur sampai dengan selamat.

Pelitup separuh muka 3 lapis 95% BFE sarung ke kepala. Warna hitam dan merah jambu. Meriah macam-macam jenis pelitup separuh muka saya ada untuk dipakai.

Jovian x Fabulous Beauty Protective Mask


Terima kasih Cik Ako. Semoga segala urusan Cik Ako dipermudahkan Allah dan dijauhi kesusahan.

Marimelawat blog Cik Ako : anakomak6.blogspot.com
Cik Ako banyak cerita pasal aktiviti tempat menarik, tempat makan dan cerita sosial bersama rakan-rakan. Tidak lupa kisah Uyum, anak saudara Cik Ako. Saya boleh simpulkan Cik Ako ini seorang peramah@ extrovert. Jangan malu-malu singgah blog dan tinggalkan komen kerana dia akan melawat semula. Insya Allah.

Thursday, January 27, 2022

Selesai

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah setelah banyak drama kejap hendak ambil kejap tidak jadi akhirnya selesai dengan jayanya.

Maklumat Vaksinasi


Harap dos ke-4 boleh pilih untuk tolak.

Saturday, January 22, 2022

Giveaway Elly Matin

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Satu segmen saya sertai. Syarat-syarat senang sangat.

Syarat diberikan oleh penganjur. Saya tulis semula di bawah: 

Syarat Giveaway

1. Buat 1 posting bertajuk "GIVEAWAY ELLY MATIN"

2. Dalam entri nyatakan your target this year.

Contoh macam Umi, Umi mau lebih teratur dalam kewangan.

3. Share the link here ya. will visit u day by day


Soalan ke-2 tanya  tentang sasaran (target) tahun ini. 
  • Lebih menjaga kesihatan. Tahun ini rancang banyak puasa sunat. Permulaan sekali seminggu puasa sunat. Puasa putus-putus (intermittent fasting) selebihnya-6 hari seminggu. Makan terakhir sebelum Asar atau paling lewat  pukul 6 petang.  Kecuali puasa sunat selewat-lewatnya pukul 8. Sarapan pagi atau sahur kena makan berat seperti nasi seperti pepatah lama "breakfast like a king; lunch like a prince, dinner like a pauper." Ini ada kesukaran ketika sahur hendak makan berat. Apapun usaha juga. Jalan laju (brisk walking) setiap hari petang selepas Asar selamat 40 minit kecuali hari puasa tapi mungkin buat jalan pagi.
  • Banyakkan amal jariah. Ini tidak boleh diperincikan. Hehe.
  • Rajin menulis dalam jurnal.

Siap. Mudah. Kongsi pautan di sini bagi mereka yang nak sertai

https://www.ellymatin.net/2022/01/entri-pertama-tahun-2022-giveaway.html 

Hadiah Daripada Mamapipie.com

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Satu lagi bungkusan diterima petang semalam. Kali ini daripada Puan Adda pemilik blog www.mamapipie.com

Tidak sangka juga Adda buat pemilihan senarai 10 orang teratas tukang komen dan alhamdulillah terpilih.

Ikut Jam: Buku Nota Mini, Pengalas Tetikus, Penanda Buku Kalendar 2022 Dan Beg Mekap



Barang-barang diterima:
  1. Buku Nota Mini
  2. Pengalas Tetikus Gambar Rusa--> Memandangkan tiada guna tetikus, buat penutup mug
  3. Penanda Buku Kalendar 2022
  4. Beg Mekap
Terima kasih Adda. Semoga murah rezeki dan terus aktif berblog.



Thursday, January 20, 2022

Bungkusan Dari Lahad Datu, Sabah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hampir ke pukul 11 pagi semalam, ada bunyi motor tiba depan rumah. Belum sampai ke pemandu, emak terlebih dahulu ambil. Nampak tulisan Gdex. Agak mesti Puan Amie yang poskan. Hehe tapi peliklah masa saya tengok status masih di LD semasa cuti Thaipusam jadi saya agak lewat dapat. Tidak sangka cepat juga sampainya.

Hari ini baru berkesempatan buka. Kemas cara Puan Amie bungkus. Mula-mula nampak bungkusan kelabu. Beg kanvas nipis bertulis Stanton Hotel.

Bungkusan Kelabu


Buka lagi, ada 2 beg plastik. Bungkusan pertama mengandungi:
  • Buku 'Kembara Hikmah'
  • Beg Duit Kulit Lembu Bentuk Ikan
  • Rantai Kunci Kota Kinabalu
  • Kerongsang

Bungkusan ke-2 mengandungi:
  • Kain Batik Corak Asli Borneo
Puan Amie tahu saya suka hijau.

Ikut Jam: Rantai Kunci, Buku 'Kembara Hikmah', Kerongsang, Beg Duit Kulit Lembu Bentuk Ikan Dan Kain Batik


Hadiah sempena saya jadi antara 10 orang paling aktif komen pada tahun 2021.Haha suka saya. Semua unik.

Terima kasih Puan Amie.

Wednesday, January 19, 2022

Dapat Temu Janji Dos Penggalak

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ketika seronok terima parcel daripada Puan Amie dan ingin maklumkan kepadanya tetiba dapat notifikasi MySejahtera.

Apabila buka terkejut saya terima temujanji dos penggalak pada 27 Jan iaitu Khamis hadapan. Terkejut sebab belum 6 bulan lagi daripada dos ke-2. 

Pelik pula dapat awal. Dos ke-2 saya pad 18 Oktober jenis Pfizer. Saya sudah kira patut dapat pada bulan April.

Hendak tanya kalau ada sesiapa dapat awal daripada sepatutnya? Atau tolak dan beritahu belum cukup 6 bulan.

Tolong sesiapa yang tahu. Terima kasih.

Tuesday, January 18, 2022

Hadiah: Terpilih Antara 10 Orang Tukang Komen

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Memang tidak sangka akan terima kerana tuan punya badan kata akan pos bulan Februari. Tup-tup terima. Itupun abah yang ambil letak di meja makan. Petang-petang bersedia buat air untuk berbuka tengok ada bungkusan.

Apapun teruja dan ingin tahu apa isi di dalam. Itulah keseronokan dalam proses terima hadiah.

Bungkusan Daripada Nonasani.com


Wah-wah ada:

  • Pelitup Muka 3 Warna Dan Corak
  • Kopiko L.A Coffee
  • Pelekat Peti Sejuk Top Commentators 2021. Betapa gigih beri komen sepanjang tahun.
  • Tikar Sembahyang Saiz Poket- Kalis Air. Ada kompas petunjuk kiblat. Banyak pahala Nona ini. Satu keperluan kalau bawa ini melancong luar negara. Hehe sebab pernah solat luar. 

Buka Bungkusan: 3 Helai Pelitup Muka Pelbagai Warna, Kopiko L.A. Coffee, Pelekat Peti Sejuk Top Commentators Dan Tikar Sembahyang Saiz Poket


Alhamdulillah. Terima kasih Nona. Julung-julung Nona buat senarai penerima hadiah untuk tukang komen ini. Semoga murah rezeki untuk terus buat dan bertambah keberkatan. Bukan mudah tahu untuk hantar hadiah 10 orang. Kena minta alamat, bungkus hadiah dan pos. Saya tabik pada mereka ini.

Jumpa lagi.

Sunday, January 9, 2022

Tua Setahun Lagi

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ikut tahun Masihi, saya tua setahun hari ini. Memang terasa sudah tua.

Jumaat hari itu saya ke kaunter bank. Setahun juga tidak jejak ke dalam. Apabila isi barang kemaskini maklumat tulisan sangat kecil dan rapat-rapat memang tidak nampak. Tiba-tiba terfikir ah sudah kena ubah kuasa cermin mata ke? Tiba-tiba ada fikiran menakutkan kena buat cermin mata progresif untuk rabun jauh dan membaca!

Entah macam tiba-tiba pula tahun ini ada masalah membaca tulisan kecil. Mungkin lama menghadap skrin telefon bimbit untuk baca blog di tempat gelap. Mungkin kena kurangkan baca tulisan di blog terutama tulisan kecil sangat dan berbunga-bunga.

Apapun usia semakin meningkat dan menghampiri pelabuhan akhirat. Allah hendak ingatkan supaya banyak membaca al-Quran sebelum penglihatan ditarik 100%. Tiada yang kekal. Semua izin Allah.

Tahun ini tiada sambutan. Semalam menyambut harijadi anak sepupu di kampung. Oklah itu. Tahun ini lain pula suasana ketika harijadi.

Jumpa lagi. Insya Allah.


Thursday, January 6, 2022

Ikan Bilis Dari Labuan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Abah dan emak selamat sampai tengah malam tadi dari Labuan. 3 hari 2 malam. Ada urusan. Saya tidak ikut. Jaga rumah, jaga kucing dan ikan-ikan.

Bawa buah tangan ikan bilis sahaja. Hehe. Untuk rumah ini ikan bilis 1 kg. Untuk yang memesan 1/2 kg.
1/2 kg= RM19 yang sudah siap berkopek. Cantik dan tiada habuk cebisan ikan bilis.

Ikan Bilis Berkopek 500  Gram Dari Labuan



Oklah boleh habiskan nanti.

Sunday, January 2, 2022

Hujan Lebat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pertama kali dalam sejarah hujan turun 3 hari berturut-turut. Dari hari Jumaat. Rasanya hari ini paling lebat. Berhenti sekejap ingat sudah reda. Rupanya sambung lagi dengan air turun dengan banyak. Tdak habis-habis menangis. Seolah-olah awan-gemawan kembung/kantung air tidak berkurangan!

Cuaca pun menjadi sangat sejuk iaitu 25°C. Tidak perlu buka kipas. Lantai laminate sejuk. Tidur kena pakai stokin dan selimut. Buka lampu tidur untuk beri kehangatan.

Pandangan Hujan Dari Jendela Bilik


Tolong berhenti wahai hujan! Saya akan keseorangan esok.