Nuffnang

Sunday, March 29, 2020

Perkembangan Covid-19 Seluruh Dunia

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ketika ini lebih 1/2 juta penduduk dunia dijangkiti Covid-19 dengan Amerika Syarikat (USA) di tangga teratas kes jangkitan. WHO menjangkakan USA akan menjadi pusat pendemik seterusnya jika tidak dikekang atau usaha yang drastik dilakukan.

8 billion lebih penduduk dunia diletakkan dalam keadaan kuarantin (campur 40% rakyat USA dalam keadaan lockdown).

Adakah 28 hari cukup untuk mengekang pandemik Covid-19 di Malaysia? Kalau tengok keadaan di Wuhan dan daerah Hubei, 2 bulan lebih ( bermula lebih kurang sebelum Tahun Baru Cina (25 Januari) hingga awal April baru sekatan dibuka. Sekarang pun China bergelut melawan kes import pula. Jadi kena bebaskan kes Covid-19 di seluruh dunia, barulah kita dapat pergi negara lain atau bergerak dengan bebas.

Kalau ikut perkiraan berdasarkan pendapat Dr Ling Shih Gang, MCO (Movement Control Order) perlu dipanjangkan lagi sekurang-kurangnya 4-6 minggu lagi ( tambahan 15 April hingga 12 Mei (19 Ramadan) atau sampai 26 Mei (3 Syawal) untuk pastikan Covid-19 bebas di Malaysia. Itupun tak boleh nak hela nafas lega sebab selepas itu kita kena pastikan tak berulang. Pencegahan yang betul-betul efektif dan pastikan seluruh dunia sudah bebas pandemik ini barulah kita boleh benarkan pergerakan atara negeri dan negara kerana kita tidak mahu mengimport semula penyakit ini dari negara lain setelah kita berusaha sedaya-upaya 'membersih' negara ini. Lesson learned, jangan pandang mudah Covid-19. Jangan bagi ia bertapak. Kalau ada 1 kes, tentang/lawan habis-habisan. Tiada tolak ansur. Maka langkah pencegahan yang ketat perlu dibuat.

Sukan Olimpik telah ditunda ke tahun 2021, seperti kata Presiden Jepun Shinzo Abe, kami nak semua negara sihat sebelum menyertai Olimpik.

Sekarang ini usaha rakyat Malaysia dan dunia untuk memerangi Covid-19. Bersatu hati dan patuh pada perintah undang-undang. Insya Allah kita berusaha, Allah akan kira usaha, kesukaran dan kesabaran semua. Adakah kita akan berjaya menundukkan Covid-19? Apabila seluruh dunia sudah berjaya, vaksin perlu dihasilkan supaya Covid-19 tidak dapat muncul semula. Jangan biarkan ia muncul.

Apa perasaan korang kalau MCO atau PKP dilanjutkan lagi?

Jaga diri semua. Jumpa lagi.



Saturday, March 21, 2020

Review: Whittaker's Nelson Pear And Manuka Honey In Milk Chocolate

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari ke-4 Kawalan Pergerakan. Apabila tak keluar jalan ni, hati dan mata sentiasa fikir dan pandang coklat-coklat yang ada. Kali ini saya pilih yang ada pir. Satu faktor ialah jumlah kedua terendah coklat.


Whittaker's Pear And Manuka Honey
Whittaker's Nelson Pear And Manuka Honey In Milk Chocolate


Janji Whittaker's: Our famous 5 roll refined Creamy Milk chocolate with delicious pieces of Nelson grown pears and a hint of naturally harvested Manuka honey from Mossop's Honey of Tauranga.

Jumlah koko: 33%. Bahagian: 3. Berat: 100 gram.

Tanggapan sebelum makan: Saya tak faham apa maksud 5 gulungan coklat susu berkrim. Jadi jangkaan saya rendah dan tak pasti rasa sebenar. Cuma saya kena pasti kan ada rasa buah pir dan madu.

Selepas makan: Ada rasa cebisan buah pir (bentuk kiub kecil). Rasa sama korang makan coklat susu dengan cebisan buah. Malah korang tak dapat bezakan pun buah apa kalau tak diberitahu. Malahan kehadiran madu pun tak buatkan rasa coklat ini berbeza dengan coklat susu lain. Senang cerita tak rasa unik pun.

Kesimpulan rasa sama macam coklat susu lain dengan cebisan buah. Jadi baik beli coklat biasa lain. Saya beri 5/10. Tak cadang bagi korang beli.

Jumpa lagi.


Tuesday, March 17, 2020

Review: Whittaker's West Coast Buttermilk Caramelised White Chocolate With Gingerbread Biscuit

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Akhirnya saya telah mencuba coklat pertama dalam siri New Zealand Artisan Collection. Saya cuba perisa ini dahulu kerana jumlah koko paling rendah. Jadi saya akan cuba rasa koko yang paling rendah hinggalah paling tinggi.


Whittaker's Buttermilk Caramelised White Chocolate With Gingerbread Biscuit
Whittaker's West Coast Buttermilk Caramelised White Chocolate With Gingerbread Biscuit


Kategori: coklat putih, jumlah koko: 28%, barisan: 11. Berat 100 gram

Slogan(Whittaker's janji macam depan tulisan: Crunchy, spiced gingerbread biscuit pieces in caramelised white chocolate with the creamy richness of buttermilk produced in lush West Coast pastures.


Bahagian hadapan beserta slogan


Jadi tanggapan awal berdasarkan tulisan ialah biskut halia tu rangup, rasa rempah tu mesti kuat rasanya. Coklat putih tu mesti ada rasa karamel. Sangat berkrim dengan mentega susu.


Bahagian belakang dengan pelekat 'OPEN HERE' bahagian atas


Ok mari cuba. Sama tak? Pusing belakang. Koyak pada tulisan 'OPEN HERE' di bahagian atas.


Koyak di sini


Masa untuk merasa. Ada rasa manis, rangup, rasa rempah dan halia tak kuat sangat. Mentega susu tak rasa berkrim yang kuat (maksud tak terlalu masam)



10 kotak besar. Coklat putih dengan bintik(cebisan biskut)


Selepas makan: Jangkaan saya turun sedikit. Positif: Saya suka rasa rangup, ada rasa karamel (rasa coklat putih disalai). Kontra: Saya harap rasa rempah dan halia yang lebih kuat, susu mentega lebih masam supaya coklat tak rasa terlalu manis. 


Belakang coklat. Tompok merah hati



Apapun sedap. Bagi yang tak suka rasa halia yang kuat boleh makan. Saya bagi 7/10 markah.



Monday, March 9, 2020

Whittaker's New Zealand Artisan Collection

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Tengahari tadi melawat Uwan di Hospital Tampin. Uwan terjatuh. Adik bongsu pun datang sini. Dia baru balik dari Auckland Sabtu lepas.


Whittaker's Artisan Collection
 5 jenis Whittaker's New Zealand Artisan Collection


Macam susunan novel kan? 100g. Harga NZ$3.50- NZ$4.50 Tak sangka dia bawa coklat-coklat yang saya minta di sini. Saya memang suruh beli coklat Whittaker's yang tiada atau yang unik. Minta 5 jenis iaitu Nelson Pear and Manuka Honey in Milk Chocolate, Fijian Ginger and Kerikeri Mandarin in Dark Chocolate,  Hawke's Bay Black Doris Plum and Roasted Almonds in Dark Chocolate, West Coast Buttermilk Caramelised White Chocolate with Gingerbread Biscuit dan Wellington Roasted Supreme Coffee. Ikutkan nak banyak lagi. Hehe. Tak tahu nak makan yang mana dulu.  3 jenis coklat gelap, 1 coklat putih dan 1 coklat susu. Nanti saya buat penceritaan rasa setiap coklat yang saya dah makan. Ini ikut lidah saya.