Nuffnang

Tuesday, January 31, 2023

Ingat!Sabar

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Jam ini lama tidaj letak bateri. Ia perlukan bateri baru yang berkuasa. Lepas itu saya asyik lupa beli.

Jadi semalam beli bateri jenis AA jenama Energizer. Beli bateri mahal. Hehe yang murah kejap berfungsi. Balik terus letak. Tidak jalan! Mulalah hati rasa panas. Rasa macam hendak letak dalam bekas kitar semula atau hantar ke kedai baiki jam waktu itu juga. Saya hendak hasil sekarang. Moodpun macam ke laut.

Eh! Hari ini tengok jam macam bergerak sedikit lepas solat (jam memang letak depan sejadah). Betulkan kedudukan jam bagi tegak . Eh jalan jarum saat jam! Perhati lama-lama memang jalan, tidak berhenti.
Kemudian betulkan jarum jam dan minit ikut waktu yang betul dan ia terus berfungsi.

Jam IKEA



Ya Allah! Pelik jam ini. Selalu kena tunggu baru nampak berfungsi. Alhamdulillah terima kasih Allah. Bantu saya sabar. Saya cepat naik angin kalau tidak dapat apa ketika itu juga.

Nasib baik tidak campak buang.
 

Sunday, January 29, 2023

Pengomen Tegar Sepanjang 2022 Di Blog Shikinrazali.com

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Cantik kain rentang Shikin buat. Saya ambil dan ubah jadi retro dan kecilkan saiz. Simpan sebagai kenangan. Sukalah rupanya. Minta halal ya Shikin saya ubah dan letak dalam blog saya.

Pengomen Tegar Bertuah Tahun 2022 www.shikinrazali.com




Dapat skor 9.7 daripada 10. Hehe tidak tahu bagaimana kira. Selalunya Shikin akan pilih tukang komen bertuah setiap bulan. Tidak semestinya komen paling banyak ketika itu tetapi salah seorang bertuah dalam 10 orang tukang komen.

Lain blogger lain cara pemilihan. Itulah keunikan dan cara mereka. Apapun terima kasih Shikin kerana memilih saya tukang komen 2022. Alhamdulillah.

Saturday, January 28, 2023

3 Kali Berturut-Turut Jadi Tukang Komen Terbanyak Blog Fiezasani.xyz

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Alhamdulillah rezeki sekali lagi dapat hari ini. Allah beri kelapangan waktu untuk rajin komen.

Parcel dengan reben biru muda. Apakah isi kandungan?

Kotak Dengan Riben Biru Muda



Buka kotak masih misteri sebab ada perca-perca kertas menutupnya. Terdapat kad ucapan di belakang kotak.

Ucapan Di Belakang Kotak



Akhirnya terserlah. Coklat 3 jenis, pengikat rambut dan tudung 4 segi berwarna biru muda juga.

Dari Kiri: Tudung Biru Muda Riben Merah Jambu, Pegikat Rambut Warna Hitam Dan 3 Jenis Coklat



Terima kasih Puan Fieza Sani atas pemberian ini. Hadiah ini untuk tukang komen utama bulan Disember 2022. Rezeki berpeluang untuk rajin bertandang ke sana dan ke blog-blog lain. Tulisan yang ditulis Puan Fieza  mengenai kehidupan, masakan, tempat- tempat makan dan tempat-tempat menarik yang disinggah.


P.S: Dapat emel hari ini daripada Fiza pemilik blog sihatimerahjambu hadiah bakal menyusul pula.
 

Jumpa Laman Sesawang Memampatkan/Mengecilkan Gambar Format JPEG Bawah 100 Kb Secara Talian

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah dilema saya untuk mampat gambar atau mengecilkan saiz gambar di bawah atau tepat pada 100 Kb. Tidak perlu aplikasi untuk pasang pada peranti.

Sebelum ini susah saya hendak letak gambar banyak-banyak sebab saiz besar. Sayang pula dengan ruang di blogger takut habis kuota. Dengan internet semput. Hendak muatnaik gambarpun ambil masa.

Kalau sesiapa ada masalah macam saya boleh taip url di bawah:

https://image.pi7.org/compress-jpeg-to-100kb

Kemudian tekan butang 'Select Images'

Taip saiz. Saya pilih 10 Kb kali ini. Tekan butang 'Compress'.  Tunggu seketika. Kemudian terhasil gambar yang dimampatkan bawah 10 Kb. Kualiti gambar kurang sedikit tapi masih ok.


Bawah 10 Kb



Tekan butang 'Download'.

Kalau Puan/Cik/Encik ada laman sesawang buat fungsi begini boleh kongsi ya. Terima kasih.

Friday, January 27, 2023

Ikhtiar 1: Makan Madu Habbatussauda Dengan Minyak Zaitun Jenama Khalifah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Usaha pertama saya untuk hidung tersumbat adalah dengan makan madu habatussauda dengan minyak zaitun. Ternampak dalam pos FB. Tertarik untuk cuba sebab ada kata untuk hidung tersumbat. Haha tapi lepas beli baru baca betul-betul hidung tersumbat untuk resdung. Takpelah kita cuba kalau berkesan. Beli yang botol 400 gram harga RM157. Kata untuk penggunaan sebulan tapi guna seminggu sudah habis separuh. Mungkin bertahan sebulan kalau makan sesudu dicampurkan dengan air suam sekali sehari. Saya ikut cadangan diberi untuk rawatan 3 kali sehari. Oh ya! Saya diberi sudu kayu dan minyak angin habatussauda secara percuma. Mula guna pada 11 Januari sehinggalah habis nanti.

Madu Habatussauda Dengan Minyak Zaitun Jenama Khalifah



Kalau korang tanya berkesan ke untuk hidung tersumbat. Jawapan saya ia tidak dapat menghilangkan cuma kurangkan hidung tersumbat.

Cuma tidak disangka ia hilangkan masalah gusi berdarah. Saya perasan ketika gosok gigi tiada darah. Tidak sangka ia ubati masalah lain.

Adakah saya akan ulang beli? Mungkin masa akan datang akan ulang beli. Buat masa ini hendak cuba cara semulajadi lain sebab matlamat utama saya untuk cari produk yang hilangkan masalah hidung tersumbat 100%. Saya sudah bel produk lain. Tunggu makan madu ini habis dahulu. Mungkin ada penyakit/masalah lain selesai ketika mencuba produk lain pula.

Kemaskini: Habis makan pada 2 Februari 2023, tidak sampai sebulan.

Tuesday, January 24, 2023

1 Rejab 1444: Pergi Kenduri Kahwin Di Seremban

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Rasa julung kali kenduri kahwin buat hari Isnin. Terkejut juga terima jemputan hari Isnin. Apapun jemputan diterima.

Konon hendak pergi pada pukul 10:30 pagi tapi lewat. Hampir ke pukul 11 baru keluar rumah. Jadi lalu lebuhraya. Banyak juga kereta tapi perjalanan lancar.

Sampai pukul 12 tengahari lebih. Sedang elok waktu makan cuma kami kena berpecah makan di meja-meja yang ada kerusi kosong sebab tiada satu meja yang betul-betul kosong.

Adik saya cakap ada rendang rusa. Tidak ambil sebab ingat rendang daging. Saya sudah ambil lauk daging masak hitam. Lauk semua sedap-sedap. Pencuci mulut macam koci, badak berendam, apam balik dan cendolpun saya rasa. Sejak elok demam ini, selera ok, makan semua ada rasa. Cendol itu makan sedikit buat syarat. Haha teringat baru baik batuk. Air batu ini takut daripada air tidak masak.

Balik dapat cenderamata beras Moghul Faiza Basmathi 250 gram dalam kotak cantik. Budak-budak dapat meringue dalam plastik.

Cenderahati: Beras Moghul Faiza Bas mati 250 Gram



Sampai rumah pukul 3 petang lebih sebab singgah Rembau ambil seorang lagi anak buah dan ikut jalan dalam di mana ada jalan sibuk.

Salam bulan Rejab. Insya Allah akan kembali puasa sinar nanti. Persediaan menuju Ramadhan.

Sunday, January 22, 2023

Tangkap Nombor Bertuah Ketika Tahun Baru Cina

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Siaran internet di sini tidak berapa elok. Kejap ada kejap tiada. Awal pagi hujan lebat kejap ada kejap berhenti. Mendung hari ini.

Cuba buka blog mamapipie.com. Tengok nombornya semakin menghampiri ke nombor sasaran iaitu 4 700 000. Saya lama tidak dapat tangkap.

Alhamdulillah kali ini berhasil tapi terlebih 3. Lembab-lembab internet dapatlah tangkap 1 yang kena.

Tangkap 4 700 003



Simpan di sini sebagai bukti. Sudah emel pada Adda tapi mesti Adda bercuti dan lambat buka emel.

Kemaskini: Sudah dapat RM30 pada 25 Januari (Rabu). Alhamdulillah syukur.


Monday, January 16, 2023

Usaha Dan Doa Sahaja Biar Allah Tentukan Bila

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sekarang ini alhamdulillah demam tiada lepas dapat termometer daripada adik. Memang perhati suhu diri sendiri selalu. 

Cuma sekarang masih hidung tersumbat. Tiadalah saya pergi jumpa doktor lagi. Sekarang usaha dengan cuba secara bahan semula jadi. Kena sabar tunggu hasil.

Dahulu saya kena terseliuh teruk sampai tidak dapat jalan betul. Solatpun pernah solat duduk atas kerusi. Lama juga proses sembuhnya. Sembuh perlahan-lahan bukan terus elok. Saya pernah nazar tapi saya hendak keputusan cepat jadi tidak berjaya elok. Saya jumpa doktor, jumpa doktor pakar, urut dan makan vitamin. Guna segala minyak, minyak pati.  Akhirnya sembuh dengan izin Allah. Sekarang boleh jalan lama, berdiri lama dan lari. Tidak tahu mana satu cara yang buat berkesan. Usaha sahaja apa terdetik dan doa tentunya. Ia mengambil masa 3 tahun, 2016-2019.

Jadi saya kena ingatkan diri supaya sabar. Kesembuhan 100% dengan izin Allah. Apapun saya kena bersyukur sekarang, saya tidak demam, selera makan kembali. Memang ikut hati hendak sembuh betul dengan cepat.

Nanti saya coretkan apabila saya sembuh 100%. Saya tidak buat nazar sebab jenis saya hendak cepat. Takut ambil masa dan saya lupa nazar saya. Hehe.

Doakan saya ya.

P.S: Manusia selalu hendak cepat dapat hasil.



Thursday, January 12, 2023

Menjadi Salah Seorang 'Kamu Yang Mesra Sepanjang Tahun 2022'

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hadiah pertama dapat daripada penulis  blog tahun 2023 iaitu pemilik blog 'Titian Kehidupan'  --- ujieothman.blogspot.com. Hadiah ini dapat kerana menjadi salah seorang 'kamu yang mesra sepanjang 2022'

Alhamdulillah selamat sampai dengan jayanya walaupun pagi itu hujan turun agak lebat.

Terpampang sampul bungkusan lambang 'Siti Khadijah'. Teruja untuk tahu apa isi di dalamnya.

Bungkusan Merah Hati Siti Khadijah



Ada kertas tertulis produk yang disertakan iaitu stokin coklat paras buku lali dan kantung/bekas kanvas  berzip ( macam beg pensil tapi panjang dan besar lagi) bernama Siti Khadijah Kelarai. Corak abstrak itu yang namanya kelarai. Buka plastik dan belek untuk tengok dan tiada kecacatan. Sempurna.

Dari Kiri Stokin Berwarna Coklat Paras Buku Lali Dan Kantung Kanvas Berzip Corak Kelarai Jenama Siti Khadijah



Tambah lagi koleksi dan boleh guna. Terima kasih Puan Ujie kerana bermurah hati dan meluangkan masa memilih hadiah.

Seronok baca catatan Puan Ujie di blog. Seperti tajuk blognya, 'Titian Perjalanan'. Ia adalah catatan  tempat dilawati, aktiviti dilakukan. Tidak lupa ada juga ulasan buku. Jemput baca blognya.

Jumpa lagi.


Monday, January 9, 2023

Selamat Hari Jadi Wahai Diri

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Walaupun tahun ini sambut keraian harijadi sehari awal di Hotel La Crista dengan kurang sihat lagi tapi alhamdulillah rasa kemeriahan.

Adik bongsu hadiahkan termometer. Asalnya saya suruh dia tolong belikan termometer yang bagus atau bawa termometer dia dari rumah. Dapat termometer jenama Watson's  2 cara mengambil suhu iaitu di dahi dan telinga. Terima kasih. Jadi keperluan sebab kejap elok kejap panas.

Termometer Dahi

Buka Penutup Jadi Termometer Telinga



Hari Jumaat kali ke-2 klinik lagi. Hidung tersumbat mengganggu dan tekak merah dan kering. Banyak dapat ubat dan buat ujian Covid. Alhamdulillah negatif.

Moga saya sabar hadapi ujian ini.
Lompat bintang kalau sudah sembuh betul. Tidak sabar hendak ke masjid.

Thursday, January 5, 2023

Mengapa Saya Suka Bulan Januari?

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Idea datang hendak tulis lepas baca pos Puan Nur-pemilik blog kaitdanlari.blogspot.com. 

Saya suka bulan Januari ini kerana:

  • Matahari lambat terbenam. Walaupun bukanlah terbenam pukul 9 atau pukul 11 Jadi beranganlah macam musim panas untuk 4 musim. 

  • Cuaca tidak panas sangat. Angin sejuk ada buat cuaca nyaman.

  • Bulan kelahiran saya!

Oklah sebenarnya tiada mood sangat sebab hidung tersumbat masa tidur masih ada lagi. Tapi gembira lepas sudah lama berjaya untuk nikmati sinaran matahari