بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Kasihan adik saya yang nombor 3 tidak pernah dapat mengundi. Itulah kalau sudah duduk luar negara dari lepas asasi sampai sudah kerja, kahwin dan beranak-pinak di sana. Memang sudah rezeki dia di sana.
Jadi rupanya boleh memohon undi pos. Selamat mengundi.
Adik nombor 2 sempatlah balik Malaysia sebelum hari mengundi. 2018 tidak mengundi. Nampaknya kita sama tempat mengundi. Haha tidak tukar kawasan mengundi ke alamat baru.
2018- Saya dan adik bongsu sahaja pergi mengundi.
Semua bersemangat ke hendak mengundi?
21 comments:
biar la undi pos pun janji dpt mengundi. sy masih mengundi di Machang. X tukar pun ke Tanah Merah. X apa sbb jarak cuma 12km je.
Sy pun tak sabar nak memangkah ni 😍
pernah la merasa pengalaman undi pos ni..now tgh dlm proses tukar undi biasa..
Salam kenal NA..
wah, lamanya adik duduk di luar negara ye.
kena tunggu tau siapa calon baru semangat tu datang
Okay juga boleh undi pos. Dapat juga mengundi. Marilah kita mengundi nanti :)
wahhhh rezeki adik dpt stay sana & bermastautin sana ye. tak sabar jugak nak mengundi hehe
dekat mana dia buat permohonan undi pos tu?
p/s NA sihat ke tu?
Sihat.
akak mengundi kat Kl
sek blkg umah je
he hww tp kali ni nak.mengundi pilih mana tak tau la
Mesti rasa berkobar semangat adik no.3 NA nak mengundi buat kali pertama tu kan?
Saya tak pasti pergi mengundi atau tak, sebab pusat mengundi di NS. kalau tak pergi, ini kali pertama saya tak mengundi sejak daftar sebagai pengundi.
semangat...tak kisah kat mana pun NA..yg penting melaksanakan t/jawab kita sbg rakyat Malaysia untuk memilih..hehe..
alhamdulillah 👍
saya tidak mengundi tahun ini...kampung jauh dan ongkos juga tinggi
Jom mengundi. Semangat ni sebab anak di Perak dah beli tiket balik Sabah nak mengundi.
selamat mengundi NA.. tak sempat tukar alamat, tempat undi masih di muo
Alhamdulillah, dapat undi pos...ngundi di KL, kena bertugas jg..
tiba2 dh kena mengundi..
Dapat juga mengundi ye. Boleh melalui pos.
Ok la. First time dapat mengundi dengan anak. Dia automatik daftar, baru 19, tengok-tengok sama tempat mengundi. Boleh la pergi sekali.
Post a Comment