بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Selalunya setiap minggu akan sibuk menghadiri pelbagai jenis kenduri. Sehari sampai 2-3 kenduri perlu dihadiri.
Sejak PKPB boleh dikira dengan sebelah tangan. Rasanya 2 kenduri saya hadiri. Kenduri aqiqah pula yang pertama untuk musim ini. Aqiqah ini untuk Aafiyah anak Amirul (3 pupu). Arwah Nek Inap (moyang saya) dan Nenek Busu (moyang Amirul) adik-beradik. Kami berhubung secara rapat. Acara diadakan di rumah Wan Robi di tanah adat. Jadi rumah Uwan dan Wan Robi berdekatan. Untuk pengetahuan tanah adat tidak boleh dipecahkan dan dijual. Hanya boleh diwariskan kepada anak perempuan (selalu anak perempuan pertama) Pelbagai penama jadi boleh tukar penama untuk penama lain. Misalnya rumah Uwan sudah tukar kepada nama emak (anak perempuan). Jadi tanah adat ini memang luas dan saudara-mara duduk berdekatan.
Ok cukup pasal itu. Acara dimulakan dengan marhaban pukul 10 pagi lebih. Selepas itu doa selamat.
Awal-awal makan kuih. Lepas itu pulut kuning untuk sarapan pagi.
Terliur dengan kambing panggang. Makan ini dahulu.
Selepas itu makan nasi dengan daging masak lemak cili api, ayam goreng berempah, ulam, sambal belacan dan ikan masin. Tidak ambil gambar sebab tidak sempat dan ramai orang.
Kek kukus buah daripada Mak Long Sayang sebagai buah tangan sebelum pulang. Memang sekejap, pukul 12 sudah bersurai.