بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Ada rezeki lagi untuk menjuarai carta ruang komen bulan lepas. Kali terakhir juara rasanya bulan Disember tahun lepas. Tengok CCL kurang hasilkan pos maka bercadang untuk komen secara pukal pada akhir Jun.
Alhamdulillah hadiah sudah sampai pada Jumaat petang tapi saya balik kampung.
Jadi Isnin tengahari baru berkesempatan buka.
Syukurlah barang selamat sampai tanpa pecah atau rosak sebab ditinggalkan di luar rumah dengan kena cahaya matahari dan hujan. Pembungkusan dengan balutan gelembung sangat membantu.
Saya dapat Bodibreze Leona Fragrance Brightening Body Serum. Losyen yang melembab dan mencerahkan selama 12 jam dengan bauan laici dan ros. Wah saya suka ros. Malahan not tengah ada vanila dan bunga peoni selain ros (peminat vanila dan ros). Wangi betul.
Tq CCL atas hadiah ini. Saya terus guna. Saya suka betul hadiah ini. Korang sila terjah blog CCL ini. Banyak maklumat yang disampaikan selain kisah peribadi CCL diceritakan dalam blog.
Ok jumpa lagi.



13 comments:
Tahniah dapat hadiah top komentator.
Wangi² la lepas ni kak NA.. alhamdulillah...rezeki...
Tahniah ya, menang lagi
Tahniah Kak Wina. Best tu bau laici dan ros. Ada bau vanilla juga. Mesti harum semerbak bilik air. Melembap tu yang best juga. Kulit tak kering.
Alhamdulillah. Tahniah NA!
Tahniah Na 👏🏽
Syok kan, keluar bilik mandi wangi je.
Tahniah, NA. 👏👏 Wah, body serum. Mesti wangi.
Congrats kak Na 🎉🎉🎉. Eh saya ada diksh produk bodibreze ini juga dr kak SA. Blm saya pakai Krn nak menghabiskan sabun dan lotion yg lama dulu. Tak sabaaaar nak cium aromanya 😍
tahniah top komentar kt blog CCL..wah adiah body serum
Alhamdulillah memang Wina murah rezeki..syukur selalu.
Lebih-lebih lagi kalau hadiah kena dengan keperluan diri sendiri.
Alhamdulillah
Rezeki dpt wangi wangian
Tahniah. Function dapat losyen camni sebab kita yg perempuan ni confirm akan pakai!
Tahniahh NA. Mesti wangi manis ni sebab gabungan laici dan ros.
Post a Comment