Nuffnang

Sunday, October 2, 2011

Cuba Teka Peristiwa Yang Buatkan Saya Fikirkan Semalaman


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Nampaknya cuti hujung minggu ini dihabiskan dengan berjalan ke kenduri kahwin dan memang tak tidur di rumah. Jadi memang takde kemaskini blog semalam.

Hari Jumaat lepas Maghrib bertolak ke rumah arwah atuk (belah abah) di Sungai Penchala untuk tidur kerana lepas Subuh kami (emak+abah+saya) akan ke Tanjung Karang Kuala Selangor untuk majlis pernikahan dan persandingan sepupu saya Hakimah dan pasangannya Mohd Azri. 

Lepas habis majlis persandingan, kami bertolak ke kampung Wan (belah emak) di Tampin. Tidur sana sebab kami (emak+abah+Wan +saya) nak ke kenduri kahwin di Seremban pula.

Puas hati makanan sedap dan saya pun dapati  kenduri kahwin ni makanan makin lama makin sedap serta pelbagai pula tu. Masa Hakimah kahwin tu ada soto nasi dan soto bihun selain dihidangkan dengan nasi putih beserta lauk-lauk yang mengancam macam keladi masak air, nangka masak lemak selain rendang, ayam golek, ulam-ulaman, sambal belacan dan ikan masin. Itu tak kira lagi pencuci mulut macam kuih lopes, dodol, wajik dan aiskrim. Banyak betul makanan. Nasib baik kami ni saudara-mara pengantin bolehlah duduk lama-lama jadi makan pun entah berapa pusingan.

Sebenarnya saya nak cerita satu peristiwa yang saya tak sangka berlaku dan buatkan saya terfikir semalaman. Cuba anda agak apa saya fikirkan? Nanti saya cerita pada pos akan datang sebab ni baru nak panaskan jari-jari setelah sehari tak menaip.

Jumpa lagi.

 

16 comments:

maszull said...

salam wina...apa die tu wina cecite 2 semua nak tahu ni...:)

NA said...

@Mama Maszull: Nanti Wina taip esok. Penat tak hilang lagi. Ni tulis ringan-ringan dulu :)

aamalinaazman said...

wawawawa

conoknye jadi kak wina
jenjalan sane sini
mengerakan tali sillaturrahim
sambil mata dn perut melihat dn menghadam juadah
ngeeeee
cedap2
bes2
alo..x dpt nak teka la kak wina
sy pon blurr
tunggu akak cite la eh =.<

Ezad Skytech said...

hee..mesti penat berjalan ni kan kak..

haa..takpe...buat intro je dulu..nanti sambung la..:D

NA said...

@Mimito: Ok Mimito. Haha lagipun takde hadiah nak suruh orang beria-ia teka.

@Ezad: Yup nanti sambung.

Jajas said...

ni mesti cerita pasal kawan sekolah dulu kn?xpon pasal pakwe yg awk lupa nak mintak no tel dia tu?hehe

NA said...

@Jasman: Bukan :)

Unknown said...

jangan makan banyak2 kot wina...

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
Oklah...tak sabar nak dengar peristiwa tu.!!

Unknown said...

atau pun wina tengok banyak sangat makanan yg dibuang? pembaziran berlaku berbanding org di somalia...yg kekurangan makanan.

abghani said...

wow!! jauh berjalan dpt makan lauk kg lagi...pasti seronok.

NA said...

@Santri T.P.I.N.I: Alamak salah teka.

@Yusuf: Sambung.

@Abghani: Memang sedap.

KaK LimAh Si SupiR said...

xpenah lg p kenduri yg bwat ayam golek ^_^

NA said...

@Kak Limah: Tulah pasal, Kak Wina pernah gak pergi kenduri kahwin buat BBQ kambing. Haha.

Mama atiyyah said...

salam...wah syoknye....bjalan2 aje ek mkan free....hehehee......

NA said...

@Atiyyah: Memang syok.