بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Semalam ketika di dapur ketika melihat kelibat tubuh emak memasuki dapur, saya bertanya kepada emak kerana inginkan jawapan sementelah kerajaan menaikkan usia persaraan daripada 58 ke 60 tahun (Belanjawan 2012). Perasaan ingin tahu membuak-buak.
"Mak, nanti nak teruskan bekerja atau bersara tahun depan?"
"Tak tahulah kena tunggu dapat surat daripada kementerian."
"Kalau dapat surat, mak nak sambung tak?"
"Entahlah. Tengoklah camne."
Kali ini nada mak tak melambangkan keyakinan mahupun keterujaan. Bermakna mak tak sangka yang umur persaraan dilanjutkan lagi. Ketika mak berumur 54, Belanjawan 2009 keluar memberi peluang pekerja melanjutkan lagi usia persaraan daripada 55 ke 58, mak tanpa teragak-agak menerima pilihan untuk menyambung perkhidmatan. Apabila mental dah bersedia untuk bersara, diberi peluang keemasan tentulah rasa serba-salah. Persoalan adakah mak akan ambil atau tidak kalau surat pekeliling sampai?
Tunggu dan lihat. Apapun pilihan mak, saya tumpang gembira.
P.S: Ramai cakap mak saya seorang yang kuat bekerja.
6 comments:
kalau kesihatan mengizinkan...elok sambung lg...hehe
akak wina!
camat mlm =]
hayoooo...mimi yg x pnh jmp akak dn mak akak pon dpt ase mak akak kuat keje
tgklah..dh 50an kan umo nye
semoga mak akak sihat selalu ye
akak juge!=]
doakan yang terbaik untuk mak akak :)
@Jasman: Hehe entah kalau mak dah nak rehat.
@Mimito: Kak Wina setuju :)
@Fatyn: Moga pilihan mak tu menggembirakan dia.
klu minat bekerja nak curahkan bakti teruskan bekerja..kalau dh jemu kita berehat.
@Abghani: Nasihat yang bagus :)
Post a Comment