Nuffnang

Monday, July 6, 2015

Pulang Ke Tanahair

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tepat seminggu lagi iaitu Isnin 13 Julai 8:30 9:30 malam kami (saya dan keluarga adik) akan pulang ke Malaysia. Kira sempat buka puasa sebelum naik kapal terbang. Yahoo tak sabar. Baju ada dah kemas masuk dalam beg. Kemas sedikit-dikit supaya tak gelabah tinggal barang. Kiranya kitorang ni puasa 28 hari sebab sini puasa bermula Jumaat dan balik Malaysia mestilah ikut puasa sana. Hehe. Untung betul. Dahlah puasa dari 6 pagi lebih sampai 5 petang lebih. Sahur memang bangun pukul 5 pagi minum milo dengan oat ataupun yogurt. Makan berat memang tak larat sebab macam kenyang lagi. Senak perut waktu berbuka. Malam memang panjang jadi takde gelabah nak terawih bagai.

Kalau kata cepat lapar atau penat tu ada jugalah sebab sejuk. Sama jer cabaran macam kat Malaysia. Apapun syukurlah dapat merasa pengalaman puasa di sini dan waktu singkat.

Oklah selamat menjalani ibadah dan moga puasa kita diberkati Allah.

 

5 comments:

Nor Azimah Ali said...

Salam NA, selamat pulang ke tanah air dan selamat menghadiri cabaran berpuasa di tanah air pula.

Jajas said...

selamat berpuasa

Emy ilhamie said...

Semoga selamat sampai ke Malaysia. (^_^)

Syazana Zainn said...

Ooo dah balik rupanya
Suka kita baca entry kak wina
Bnyk sgt experience kat luar :)

babYpose said...

Tak sabar nak baca lagi pengalaman NA di sana, apapun syukur di mana kita berada, di bumi Allah swt.