Nuffnang

Saturday, March 21, 2020

Review: Whittaker's Nelson Pear And Manuka Honey In Milk Chocolate

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari ke-4 Kawalan Pergerakan. Apabila tak keluar jalan ni, hati dan mata sentiasa fikir dan pandang coklat-coklat yang ada. Kali ini saya pilih yang ada pir. Satu faktor ialah jumlah kedua terendah coklat.


Whittaker's Pear And Manuka Honey
Whittaker's Nelson Pear And Manuka Honey In Milk Chocolate


Janji Whittaker's: Our famous 5 roll refined Creamy Milk chocolate with delicious pieces of Nelson grown pears and a hint of naturally harvested Manuka honey from Mossop's Honey of Tauranga.

Jumlah koko: 33%. Bahagian: 3. Berat: 100 gram.

Tanggapan sebelum makan: Saya tak faham apa maksud 5 gulungan coklat susu berkrim. Jadi jangkaan saya rendah dan tak pasti rasa sebenar. Cuma saya kena pasti kan ada rasa buah pir dan madu.

Selepas makan: Ada rasa cebisan buah pir (bentuk kiub kecil). Rasa sama korang makan coklat susu dengan cebisan buah. Malah korang tak dapat bezakan pun buah apa kalau tak diberitahu. Malahan kehadiran madu pun tak buatkan rasa coklat ini berbeza dengan coklat susu lain. Senang cerita tak rasa unik pun.

Kesimpulan rasa sama macam coklat susu lain dengan cebisan buah. Jadi baik beli coklat biasa lain. Saya beri 5/10. Tak cadang bagi korang beli.

Jumpa lagi.


24 comments:

Kamsiah yusoff said...

Bg akak semua coklat sedapppp hehe..

Azhafizah MN said...

Tak pernah makan coklat ni tapi suka kalau jenis coklat ada kekacang. Baru sedap makan

Mrs. A said...

Mrs. A suka je kalau jenis coklat susu.
Ialab kalau dah dipotong halus rasa kekacang tu memang susah nak beza

Shikin Razali said...

Nanti saya nak rekemen pada semua penggemar coklat..

Elly Matin said...

Saya suka chocolate yang ada kacang. Selain itu macam muak makan.

ray said...

i really need chocolate right nowww

Siti Yang Menaip said...

hampir penah beli.. tapi
stick dengan yang sea salt sebab tu fev..

nayfatimahrasyid said...

Hari tue borong coklat Henderson sampai 300 lebih😘😘

Khairul Krol said...

bagi saya semua coklat sedap, nak pulak yang ada kacang..tapi kalau coklat susu kurang sikit

ili amirah said...

Menariknya dapat rasa macam2 coklat ni. Saya juga penggemar coklat. 😁

nohas said...

suka jenus coklat..tapi time stress, prefer milk chocolate..

dear anies said...

cu,a tahu nama je tapi x penah mkn lg hehehe

Arenapublik said...

coklat terenak kah ini haha

Azirahman said...

Tak pernah makan lagi yang ni. Whittakers always one of my favorite.

mama tisya said...

pernah mkn juga coklat whittakers tp yg almond punya

Nurul Aziz said...

Wah, memang betul peminat coklat la NA ni. Kalau Nurul suka makan je. Tak check pun percentage coklat. Heheh

Warisan Petani said...

Rugilah wak tak minat coklat

nayfatimahrasyid said...

Cikbunga dtg sini
#stayathome

Eyma Balkish said...

Sedapnya coklat :)

Athirah | Coral Tulip said...

Peminat Whittakers! Tapi boleh makan sesekali je lah. Tak pernah lagi rasa yang ni.. Kat mana boleh beli ya?

NA said...

Ni saya pesan pada adik beli di NZ.

SalbiahM said...

Review yang jujur. Haha. Tapi kalau saya coklat paling sedap adalah dairy milk. Tak suka yang ada buah

Nana Liena said...

Banyak ya perisa coklat jenama ni... hehe.. semua coklat saya makan. tapi itulah antara kegemaran coklat gelap. cuma susah nak dapat yang betul2 asli,rasa koko tinggi

Nina Mads said...

mungkin boleh cuba cadbury pula kan. macam2 perisa setanding dgn coklat ni