Nuffnang

Saturday, July 18, 2020

Rutin

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Semoga gembira dan sihat.

Sejak PKPP, rutin kami banyak mencuba atau makan di kedai. Selain itu rajin bawa Uwan makan di luar biasanya untuk bersarapan kemudian lepak di rumah Uwan untuk masak tengahari kemudian selepas solat Zohor balik ke rumah.

Ada juga bawa Uwan untuk makan malam kalau kami sampai rumah Uwan selepas Zohor. Mak sebenarnya nak makan yong tau fu di satu kedai di Tampin tapi tutup pula. Kedai tomyam pun banyak yang tutup sebab tukang masak Thailand pun tidak dapat datang sini. Ada satu kedai jual masakan tomyam tapi tukang masak orang tempatan tetapi emak kata masakan rasa macam tidak sampai.  Tempat kami selalu makan iaitu tempat emak kutip sewa kedai pun tidak buka. Rasanya tempat itu paling sedap ikut tekak saya.

Minggu depan emak hendak ke 'Laman Hijau' untuk bersarapan. Agaknya sudah bersusun tempat makan difikirkan emak dan abah. Apapun saya hargai masa ini bersama ibubapa dan Uwan. Saya rasa emak dan abah tebus waktu untuk tidak dapat melancong. Apapun setiap perkara ada hikmah.Fikir yang baik.

Ok jumpa lagi.

49 comments:

Syazni Rahim said...

Selamat berjalan2, dan stay safe ya :)

Muhammad Naim Abdullah said...

berkhidmat selagi mereka ada hayat. :)

Elly Matin said...

Samalah dengan aku. hahah. Tapi ada kedai yang aku suka makan dulu. tutup sudah. sedih.

The Redza Channelz said...

Kedai makan Thailand memang banyak tutup di Seremban juga.
Rindu nak makan di restoran Tom Yam.

nohas said...

Enjoy the moment bersama ibubapa & Uwan..bahagia rasa dlm hati tengok mereka gembira..

Khairul Krol said...

Waalaikumsalam..seronoknya jalan2 cari makan..

Siti Yang Menaip said...

mak saya suka breakfast diluar juga
malas nak prepare dirumah sbb berdua saja.. tapi kita ni kadang2 liat
haaaaa nak keluar pepagi hehe..

izzaty sarafina said...

Stay safe yaa ♥

Puan Hazel said...

Seronok dapat berhujung minggu dgn orang-orang tersayang :)

norhidana said...

kecewa bila tak dapat apa yang diingini...

dear anies said...

selamat 'mencuci mata' dan stay safe ya...

Norlaili A Wahab said...

memang banyak kedai dah tutup kan. mudah-mudahan lepas pkpp ni ada yang buka semula

Azhafizah MN said...

selamat jalan jalan cari makan. mostly banyak kedai makan yang dah tak bukak sejak pkp ni. mungkin lebih fokus pada online.

Djangkaru Bumi said...

Wah asek banget ya bisa jalan-jalan terus
Suatu hal yang sangat menyenangkan pastinya

Curheart.Bedelia said...

Awww so sweet ^_^ memang betul, walaupon nampak macam benda ni buruk, tapi ada juga kebaikan dia. kita dpt luang masa dengan keluarga.

AisNy said...

Kat mana laman hijau tu...

NA said...

Nama kafe Laman Hibau di Tampin Negeri Sembilan. Baru berkesempatan ke sana.

OKje said...

Uwan umur bape NA.... masih muda ye....kuat lagi makan di kedai tu.
Yelah kan NA, sementara masih ada ni, berbaktilah kepada org tua selagi boleh.

NA said...

Umur 80 lebih. Tidak mudah sangat.

Ana Jingga said...

lama tak keluar makan2 ye NA sekarang lah masanya, apapun jaga diri baik2 ye patuhi SOP semoga kita semua terlindung dari segala keburukan, aamiin

nayfatimahrasyid said...

Dapat bersama keluarga adalah peluang yang amat beharga👍👍😍

nayfatimahrasyid said...

Hai NA, salam Jumaat 🌹🌹

dear anies said...

murah x harga kat Laman Hijau?

hasliynda umairah beauty said...

waalaikummusalam
selamat pagi

Aisya Ismail said...

Jalan-jalan cari makan. Best tu..

Nisha said...

Selamat berjalan-jalan dan jaga diri yaa. Jangan lupa pakai facemask hehe ^^ #KitaJagaKita

Jemputlah baca entry terbaru Nisha di Blog HadiahBintangJatuh (HBJ),

Pengalaman ambil kos Pengurusan Perpustakaan / Library Management (Dip sem 4) + Nasihat + Kesimpulan + Throwback
https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2020/07/pengalaman-ambil-kos-pengurusan_23.html

Dan memeriahkan giveaway oleh Jari Boloq (tamat pada 24/7/2020 pukul 6 petang ni) Boleh klik banner di entry ini ya. Insya-Allah ada rezeki hehe
https://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2020/07/giveaway-my-life-alhamdulillah.html

Abam Kie said...

dah jrg makan kedai slps PKP ni. di sek pun bungkus di kantin n makan dlm bilik guru....

NA said...

Rasa berpatutan.
Sebenarnya abah yang bayar.

Ami Hamni said...

Singkatan dari pkpp itu apa ya cik? Kalau di Indonesia mungkin Psbb

Sony said...

- Nice article thanks this post share

Cikgu Badar said...

Bestnya dapat makan

NA said...

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Himawan Sant said...

Akhirnya menemukan kedai Thailand dengan koki asal sana tidak, kak :) ?.
Gimana kalau mencoba memasak TomYam sendiri ? , hehehe

Kamsiah yusoff said...

Nanti akak amik gambar sos labu tu dan buat entri mengenainya

dear anies said...

tuan blog dah cuti raya haji ke ni? ;-)

NA said...

Belum. Ingat nak tulis pos baru nanti. Insya Allah. Terima kasih Anies kerana singgah.

NA said...

Terima kasih.

NA said...

Tidak jumpa lagi.
Sudah cuba buat. Bolehlah rasanya. Hehe.

Mrs. A said...

Jalan-jalan cari makan memang seronok cuma sekarang ni seat sangat limited untuk satu-satu kedai tu.

Cik TK said...

Hargai masa bersama keluarga... Seronok kan bila keluar bersama mereka walaupun cuma keluar makan2...

Time pkpp ni memang tengok banyak kedai tutup. Tidak kiralah kedai dalam mall mahupun gerai tepi jalan.

nayfatimahrasyid said...

Cikbunga balas kunjungan 🌹🌹
Salan Aidiladha in advance 🌹🌹

Kak Wawa said...

Seronok jalan2 sama mak ayah kan. Mommy dah lama tak pergi jalan sama, since ayah kurang sihat dan tak dapat nak berjalan.

NA said...

Seronok. Akan dikenang. Hargai masa bersama dan bersyukur.
Harap-harap dapat dikekalkan.

Kak Feni said...

Bahagia kalau dapat membahagiakan orang tua.

Mell said...

Waktu inilah kita dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang... best baca entry NA... dapat luangkan masa bersama keluarga 😊

Litah L said...

there must be a good reason for something to happened kan. i always believe that. Semoga sis dan keluarga baik2 saja ^^

Nina Mads said...

Sejak pkp ni susah nk dpt makan di kedai2 biasa terutama kedai thai sbb chef tak dpt balik ke malaysia

Galaksi Viral said...

jalan jalan cari makan kak. best tu. huhu

Nur said...

Baguslah NA, spend time dengan orang tua kita, selagi dia orang masih ada.