Nuffnang

Monday, September 14, 2020

200 Seeds Cafe By Abang Strawberry

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selepas berehat dan hujan berhenti pukul 4 petang kami keluar untuk makan petang. 

Maka kami singgah ke 200 Seeds Cafe By Abang Strawberry. Orang masih ramai jadi tunggu sekejap untuk dapatkan tempat duduk. Sudah dapat tempat, kami lihat menu-menu yang ada.


Buku Menu


Asalnya saya hendak makan penkek tapi petang tiada menu tersebut. Setelah berbincang kami makan berat terus. Jadi malam tidak payah keluar lagi untuk makan.


Pancakes (BF03)


Di sini kita tulis berdasarkan apa kita hendak pada kertas dengan tulis kod nombor makanan. Pergi ke kaunter, pesan dan bayar. Nanti pelayan akan hantar ke meja berdasarkn nombor meja yang kita tulis. Saya pilih lasagna dengan kruton. Di sini popular nasi lemak strawberi. Abah dan adik ipar pilih ini.


Nasi Lemak Strawberry Dan Nasi Goreng Strawberry



Pilih Kopi Strawberry



Aneka Minuman Sejuk



Lasagna Dengan Kruton


Makanan oklah, tidaklah sedap sangat. Biasa-biasa. Asalkan sudah cuba.

Menurut adik dibuka sehingga pukul 6 petang.

Alamat: No 27 Tanam Sedia,
               39000  Tanah Rata
               Cameron Highlands 
               Pahang.


38 comments:

sophea ◇ said...

wah harga berpatutan.

Zurainny Ismail said...

Cameron ni dlm list to-visit akak. Mudah2an akan dpt menjejak kaki ke sana.

Mrs. A said...

Cantik tidak semestinya sedap sangat tak gittewww... eh!

TukangKebun said...

Menariknya pertama kali dengar menu nasi lemak strawberry.

Azirahman said...

dah lama tak ke CH ni...kena plan juga nanti

Azhafizah MN said...

Teringin nak makan nasi lemak strawberry tu. Menarik sebab warnanya kot. Kalau bercuti memang redha je kalau tak menepati citarasa. Janji perut terisi. Asalkan sudah cuba macam akak cakap tu :)

Syazni Rahim said...

bestnya ke Cameron Highland! ;) Tapi betul lah, susah nak cari kedai yang sedap kat sana kikiki

Cik Suerin said...

Bestnyaaa jalan-jalan Cameron..🤓✨

shima jelani said...

Nasi lemak strawberry? Tak pernah lagi makan nasi lemak strawberry :)

Elly Matin said...

Sama dengan saya. Kalau keluar rumah jam 3, terus makan di luar untuk makan malam walaupun baru jam 4. Haha. so sampai rumah teruslah relex2.

nohas said...

tak pernah lg makan nasi goreng strawberry..
Taman Sedia tu best kan..dulu duduk homestay di sana..

mrhanafi said...

tak sedap tak pe..yang penting kenyang

NA said...

Macam perkampungan orang Melayu Taman Sedia itu.
Banyak kedai makan. Seronok juga jalan situ.

NA said...

Banyak juga pilihan makanan. Lama belek tengok hendak makan apa.

Nor Azimah Ali said...

Nasi lemak strawberi tu agaknya rasa dia lemak2 masam manisla kot kan, sbb ikut rasa strawberi tu.
Lama ke bercuti di Cameron?

NA said...

3 hari sahaja-Rabu sehingga Jummat.

Shida Radzuan said...

wahh NA pi CH ke? lama dah shida xpegi sana..

NA said...

Haah pergi CH.
Harap Shida ada rezeki ke sini.

Maqnie said...

Seronok kan dapat menikmati keindahan alam di CH tu dan juga dapat merasa masakan air tangan org sana.

hasliynda umairah beauty said...

perkongsian menarik
mcm sedap je

nayfatimahrasyid said...

InsyaAllah.. Cikbunga akan repeat balik nak pi ch😁😁😁
Nanti boleh try🌹🌹

Ujie Othman said...

Baru2 ni akak ke CH jugak. Makan kat Abg Strawberry ni, kali ni try bihun sup. Pada akak, mmg biasa2 je, tak memenuhi selera.
Tapi kalau tak cuba, tak tau pulak kan...hehe. Tekak pun lain2.

NA said...

Haah kena cuba dahulu. Mungkin ada menu yang sedap, ada tidak.

Himawan Sant said...

Lasagna Kruton tampilan penyajiannya bikin aku jadi lapar, hahaa ..
Terlihat sedap sekali itu.

Cikgu Bada said...

Teh Tarik itu yg pertama klu ke cameron

Nour Adieb said...

semoga sy & family ada rezeki ke sana 😬😬😬 ameeen

Galaksi Viral said...

Harga makanan cam okey juga kan kak. takpe kak, at least kenyang perut. huhu.

dear anies said...

siapa yg g CH x sah kalau x review abang strawberry ni kn?😊

NA said...

Ada juga yang belum pergi. Tidak silap CikTim belum tempat pergi.

Cik TK said...

Teringin nak makan hidangan-hidangan strawberry...

I am LZ said...

Dapat makan dan tahu rasanya kira memadai, at least kita pernah cuba..
So far LZ belum pernah makan situ lagi.

Norlaili A Wahab said...

teringin pulak nak rasa nasi lemak & nasi goreng strawberi tu :)

Tqa London said...

Aaaa dah lama nak try ni tapi asyik tak dapat je bila dapat visit CH. InshaAllah one fine day. Those food looks so mouthwatering. Terliur dah haha

iena eliena said...

iena pernah dua tiga kali pergi cameron tapi tak pernah pergi lagi Taman Agroteknologi MARDI ni.. nanti boleh la masuk dalam list :)

dear anies said...

sy laa tu x penah smpi CH😆😆😆

Nur said...

Saya tak pernah makan situ. Tapi pernah tengok ramai orang share makan nasi goreng ke, nasi lemak strawberry tu. :)

Nina Mads said...

setiap kali ke cameron tak pernah lg singgah ke sini kecuali TAC. nampak sedap juga makanan2 tu

babYpose said...

Sedap dengar nasi lemak strawberry. Betul tu dah nak petang makan berat terus kan.. Sedia snek ringan untuk malam, selamat berhujung minggu sis NA.