بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sehari sebelum PKPB iaitu 8 November (Ahad), saya berkesempatan ke TESCO Bandar Melaka untuk membeli kali ke-2 set Mineral Essence dan Pure Magnesium. Saya sangat berpuas hati menggunakannya jadi ulang beli. Kali pertama beli pada 20 Februari (ingat sebab tarikh cantik) dan habis gunakan pada bulan Oktober jadi kena beli baru.
Saya membelinya kerana tertarik dengan penerangan pemilik Mineral Essence, Puan Maamy dan Mira di Radio Melaka. Mineral Essence ialah mineral ion tulen dari Australia. Ia merupakan asas bagi pemulihan sel-sel tubuh. Persekitaran dalaman badan kita mesti mempunyai mineral-mineral lengkap dan seimbang untuk meningkatkan replikasi dan pembaruan sel normal pada tahap optima. Tubuh manusia terbentuk daripada 60-80 trilion sel.
Untuk pengetahuan, saya mengalami kekejangan otot dan tapak kaki sakit sejak terseliuh. Saya syak tempat yang saya terseliuh itu tidak sembuh sepenuhnya. Ia memang memberi masalah kerana mengehadkan pergerakan: saya tidak boleh bergerak aktif tidak boleh berdiri lama, tidak boleh berjalan laju atau berlari. Sedangkan saya suka dalam keadaan bergerak, aktif. Jadi saya cuba kerana Maamy Mineral Essence adalah pembaik pulihan sel-sel badan secara semula jadi.
- Mempercepatkan proses penyembuhan
- Meningkatkan daya ketahanan badan
- Melindungi tubuh daripada serangan kuman
- Membantu dalam segala aktiviti bio-kimia tubuh badan
Alhamdulillah penggunaan secara konsisten, saya nampak hasilnya. Saya boleh berdiri lama-lama tanpa rasa kejang atau sakit, laju berjalan dan aktif bergerak. Kadang-kadang lupa saya pernah alami kesukaran untuk berjalan. Apapun masih 90% pemulihan sebab saya tidak dapat habiskan 1.5 liter air mineral yang dicampur 33 titis Maamy Mineral Essence dan 11 titis Magnesium Tulen setiap hari. Rasanya kalau saya ikuti betul-betul, insya Allah kesihatan saya dalam optimum.
Cara hendak minum.
- 33 titis ME dan 11 titis Magnesium Tulen dititiskan ke dalam air 1.5 liter air mineral (penutup biru/hijau)
- Air diminum mengikut berat badan 35-59 kg: 1botol air mineral 1.5 liter ; 60-84 kg: 2 botol air mineral 1.5 liter (3 liter); 85-99 kg: 3 botol air mineral 1.5 liter (4.5 liter)
- Habiskan air mengikut berat badan dalam sehari (pagi hingga malam)
Kelemahan: Tidak pasti dengan tepat jumlah titis. Alangkah bagus ada sukatan metrik macam 10 ml. Jadi 1 titis itu kadang-kadang sedikit kadang-kadang banyak. Lagipun jenuh kira. Kiranya kurang tepat.
Beli air mineral banyak-banyak. Itulah kelemahan saya rasa.
Harga satu set ialah RM260.
Kalau hendak tahu lebih lanjut boleh hubungi talian
010- 543 2728 (Maamy)
019- 988 6727 (Mira)
Alamat Syarikat HZ Anugerah Sdn Bhd
Lot 8021 - Aras 1 Bandar Satelit Islam Jalan Pasir Puteh
16150 Pasir Tumboh
Kota Baru Kelantan.
Tidak silap mereka ada buat penghantaran secara pos.
"You can trace every sickness, every disease and every aliment to a mineral deficiency"
-Dr Linus Pauling-
41 comments:
Alhamdulillah serasi, semoga lekas2 sembuh..insyaallah :)
Menarik produk ni..semoga NA cepat sembuh 💪🏻🌼
Tak pernah dengar tentang produk ni kak Wina. Kalau bagus kesannya memang akan sambung guna kan. Semoga kesihatan kak Wina bertambah baik selepas amalkan secara konsisten. inshaAllah...Aaminnn
Assalamualaikum,
Saya pun baru tahu pasal ni. Terima kasih kerana share info. Utk minum air mineral tu, saya salah seorang yang sukar minum air. Jadi, inisiatif saya ialah saya beli 1 botol air besar dan saya pastikan air botol itu habis dalam masa 1 hari. -sekadar perkongsian. Take care.
Alhamdulillah, dapat jumpa something yg boleh kurangkan sakit. Comellah part ingat tarikh tu xD Sampai sebegitu spesifik boleh igt
hope get well soon, klu dpt ubat yg serasi dgn kita.. rasa lega kan...
Hallo teman, dari segi manfaat
Mempercepatkan proses penyembuhan
Meningkatkan daya ketahanan badan
Melindungi tubuh daripada serangan kuman
Membantu dalam segala aktiviti bio-kimia tubuh badan
Produk ini rasanya layak untuk digunakan, apalagi dalam situasi pandemi covid 19 seperti ini, apalagi harganya pun murah (menurut saya)...
Oh ya maaf lupa PKPB itu apa?
Ini untuk kesihatan menyeluruh tapi untuk penyakit berjangkit memang perlu jaga kebersihan diri, penjarakkan sosial.
PKPB= Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Secara umum tidak boleh rentas negeri dan darah (partial lockdown)
alhamdulillah serasi dengan NA. Moga cepat sembuh sepenuhnya yea :)
Hendak elak buat jadi makan makanan tambahan.
Typo lagi buat=ubat
wah banyak manfaat tu sis..moga sembuh sepenuhnya..insyaallah
psst: Anakdenesor ni..entah ape problem die x keluar nama acc pulak
Nampak menarik produk ini.. Apapun akak doakan agar awak cepat sembuh seperti sediakala...
These products sounds very interesting. Thank yous so much for sharing.
New Post - https://www.exclusivebeautydiary.com/2020/11/declare-caviar-perfection-luxury-anti.html
Moga sembuh seperti sediakala ya NA.
baguslah dpt kurangkan rasa tk selesa badan alhamdulillah
Amin. Btw saya lagi tua daripada Shikin. Saya lahir tahun 1979.
Menarik... bolah la teman cuba nanti...
utk kesihatan kesluruahn badan ya...alhamdulillah harap ianya benar2 berkesan
Wah bagus fungsinya mampu meningkatkan daya tahan tubuh.
Aku ingin mengkonsumsinya juga.
Alhamdulillah. Semoga keadaan NA bertambah baik.
produk dari Australia juga boleh keberkesanan, banyak faedah yang ditawarkan
nk cari yg serasi dgn badan tu susah sikit.. dh jumpa alhamdulillah.
setiap produk mesti ada kelemahan masing2
Nak cari produk yg serasi dgn badan kita bkn sng..mesti dpt bbrapa alahan dulu..moga Na segera sembuh ya :)
menarik produk ni dr penggunaan NA.
Haah tidak boleh air bertapis hanya air mineral. Saya sudah tanya masa beli kali pertama.
Baguslah jumpa produk yang serasi dengan kita. Moga NA dikurniakan kesembuhan sepenuhnya.
Bukan senang nak cari produk yang serasi dengan kita kan.. moga konsisten penggunaannya NA dan moga cepat sembuh...
Tq sharing👍
Akk dah pernah guna produk ni. Mmg ok. Cuma bagi akk agak mahal sbb dah takde sumber pendapatan tetap kan, hihi. Bagus sbb minum banyak pun takdelah cepat sangat nak terkucil. Rambut pun tak gugur.
Haha saya berjimat juga titis ME dan Magnesium. Lagipun saya susah hendak habiskan 1.5 liter sehari. Kalau betul-betul ikut sarapan memang habis cepat.
sesmoga cepat sembuh ye NA
p/s kek tu kalau saiz 6 harganya 70
Gws laling.. bagus juga supplement boleh Bantu pulihkan tubuh
Semoga cepat sembuh NA... ada masa, badan kita mmg perlu supplement tambahan.
fast recovery sis!
Syafakillah dear semoga kembali sihat seperti sediakala
1st time tgk produk mcm ni... dia mmg ada jual kt tesco ke?
moga lekas sembuh ya
Moga cepat sembuh, bagus tu ada ion, dulu, kalau exercise, sarankan tepi sungai atau tepi air terjun untuk dapatkan positif ion ke negatif tak ingat dah, elok untuk kesihatan. InshaAllah berbanyak berdoa Nabi Ayub as InshaAllah.
bagaimana keadaab sekarang...sudah semakin baik ke
Alhamdulillah semakin baik. Terima kasih ambil berat. Hanya Allah dapat balas. Semoga rezeki bertambah untuk saudara.
Post a Comment