Nuffnang

Saturday, January 16, 2021

Review: PotonGuler Susu Pekat Manis Penuh Krim Le Ting

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selamat petang. Apa khabar semua? Harap sihat dan bahagia. Amin.

Dalam proses menghabiskan stok makanan yang ditinggalkan oleh adik perempuan maka saya ternampak  susu pekat manis ini di belakang peti sejuk. Nama yang menangkap dan menarik dengan warna pastel. Nasib belum dibuka dan tertarik dengan tag line "Potong Guler Sedap Giler"

Depan Peket Potong Guler



Memang betul sedap apabila dimasukkan ke dalam kopi kisar. Rasa karamel ada dalam Potong Guler. Berbanding susu pekat biasa beli dalam tin aluminium.

Potong gula +/-99%. Ia diganti oleh oligofruktosa dan stevia. Ini jaminan Potong Guler. Pemanis khas ramuan aktif selain itu ialah IMO Oligo. 

Belakang Peket Potong Guler



Imogo Oligo- Pengganti gula berkalori rendah dan rendah glisemik indeks.

OligoFruktosa- Pemanis yang mempunyai kebaikan fiber yang membantu penghadaman.

Stevia- Pemanis semula jadi daripada daun stevia yang 300 kali lebih manis daripada gula.


Jaminan Potong Guler juga ia mempunyai lebih susu daripada gula putih.


Saya sudah jatuh cinta dengan produk ini. Tidak sia-sia merasa untuk habiskan stok. Harap ada dijual di kedai. Simpan sini sebagai panduan saya hendak cari sebab sudah habis!

33 comments:

Litah L said...

manisan based on stevia ni memang bagus compare dengan gula..
stay safe ya sis!

adianiez AIDA said...

dulu memang glamer stevia ni, Wina.
baik utk kesihatan.
berbaloi lah abiskan stok! dpt merasa benda sedap :)

Nur said...

Wow, saya tak pernah jumpa produk tu. Bagus la kalau ada alternatif selain susu pekat manis tin tu. Yang tu, memang gula je.

Azhafizah MN said...

menarik betul produk susu pekat dalam pek macam ni. terus saya google produk ni. local produk keluarkan kilang kat nilai rupanya. bagus ni pengganti susu pekat biasa sebab gunakan pemanis lebih sihat dan manis berganda.

katanya 1 cawan susu pekat biasa = 10 cawan teh susu potonguler.

Amie said...

Rezeki di belakang peti sejuk.

Shikin Razali said...

Tak tahu plak ada produk yang bagus gini.. Hihi rezeki awak tue kat belakang peti ais...

Atie Zieya said...

kalau letak ats roti lepas tu makan sedap x?

SalbiahM said...

Tak pernah dengar lagi brand ni. Mungkin boleh try cari online kak

NA said...

Tidak pernah letak pada roti tapi rasa susu itu sahaja memang sedap.

Puan Hazel said...

Boleh dijadikan alternatif urk susu pekat manis kalau gini..

Nor Azimah Ali said...

Tak pernah jumpa lagi produk ni. Beli kat mana agaknya ye.

NA said...

Adik beli. Lepas itu tidak guna kenalah Kakak dia habiskan.

Luiz Gomes said...

Boa tarde NA, tudo que faz bem a nossa saúde é sempre maravilhoso. Bom domingo.

Sha Mohamed said...

Uish dia punya taglime.. ohsem..

Syaz Rahim said...

Dah jatuh cinta, nampaknya boleh beli lagi hehe

Victoria said...

Great review! Thank you very much )

mama tisya said...

kiranya lebih susu dr gula kandungannya

Azirahman said...

Tak pernah nampak lagi produk ni. Thanks for the info. Boleh cuba.

mrhanafi said...

antara sebab artikel awak menarik...bahasa yang simple jer.

mesej senang faham.

BTW...gula jika diambil berlebihan memang bahaya

Nina Mads said...

kalau ada stevia tu memang betul potong gula.
sesuai utk seisi keluarga tambah2 yg ada diabetes.

tak pernah jumpa brand ni

mamapp said...

Wohh ada rasa karamel.ke.. mmg sedap la

dear anies said...

xpenah lg jumpa brand ni... nmpk menatik utk di cuba��

nona sani said...

Fuhyooo.. x pernah jumpaa.. Nanti nak cari jugak la... Shopee ada kot eh..

NA said...

Sudah tengok di Shopee boleh tahan harga.

Shida Radzuan said...

sedap ye..boleh la cuba nanti :)
Tq sharing NA :)

Cik TK said...

Wah menarik ni. Tak pernah jumpa lagi produk ni.

Eza boom boom said...

Produk potong guler ni eza nak cari lah. Nasib baca entry kak wina, baru tahu.

dear anies said...

skrg jg sy cari kt shopee ;-)

nayfatimahrasyid said...

Terbaik 👍👍

mamapp said...

Ada diijual kat mana ye

Nina Mads said...

dh cari tak jumpa pulak jenama ni. limited edition barang kali

babYpose said...

Manis berasaskan stevia bagus kan. Tak pernah cuba, review sedap, bole beli lagi..

mrhanafi said...

kalau produk yang potomg gula amat bagus untuk diamalkan