بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Apabila dapat rentas daerah, bolehlah lepas rindu untuk makan makanan kita ingini.
Kuih keria masih seperti dahulu iaitu lembut penuh rasa keledek, manis gula Melaka yang tidak manis sangat.
Nasi ayam ini beli di kedai Lorong Pandan berhadapan dengan sekolah Cina. Spesifiknya di Taman Aneka berhampiran gerai jual kuih-muih. Nasi yang lembut dan beraroma, ayam disirami kicap beserta sambal cuka dan sup. Masih lagi sedap di tekak saya.
Dahulu masa duduk dekat kawasan ini selalulah jalan kaki beli nasi ayam. Sekarang tinggal di daerah lain semua berbeza. Jauh dengan kedai. Kawasan terpencil katakan, hendak pergi mana-mana kena naik kenderaan. Hehe. Gembira rasa hati.
Lepas ini makan apa pula? Air kelapa goncang Klebang? Air mangga dengan aiskrim vanila Sungai Putat? Mi bodoh Tengkera?
22 comments:
Wah! dah boleh rentas daerah jalan-jalan cari makan ya.
Suka jugak kuih keria nih!
sedapnya..kuih keria gula melaka..byk rasa keledek itu yg best..
Sedap
Haaa berderet senarai makanan yg nak dimakan..
Rindu nyaaa nak makan keria limbongan... Bila la bole jalan2 kluar negeri ni hehe
Seronoklah, dah beralih fasa luas sikit langkahnya.
Kami ni masih terkurung di daerah sendiri haha..
Apapun moga keadaan bertambah baik utk semua.
ke Klebang ok jugak tu
Sedapnya nasi ayam
rindu nak pergi melaka..wuaaaaa
Bestnya dah boleh rentas daerah. Happy foodhunting. Asalkan jaga SOP, takde masalah.
Bestnya kat melaka merata orang jual kuih keria. Rindu pula coconut shake melaka. Pendek kata rindu nak cuti cuti kat Melaka. Dapat rentas daerah dapatlah jauh sikit berjalan kan. Melepas hajat beli makanan yang dah lama tak makan.
Rasa macam travel ke Melaka baca entri sis NA ni, pernah makan dekat kedai berdekatan mall aeon padat dgn keledek, kecur air liur, klebang ada coconut shake makan situ kena menunggu.. Rindu..
sedapp ni
coconut shake klebang yg femesss
Lepas ni pi minum air kelapa goncang Klebang pula eh heheheee.
Sedapnyaaaa kuih keria melaka, kuih keria ganu ni hampeh sikit hehehe. Best tu jalan jalan cari makan, stay safe selalu akak! ;)
Allahu..rindunya Melaka dan segala makanan dan minumannya!
Aaa.. nak rentas Melakaaa.. bestnyaaa!
Pssttt... try Mi Bodoh tu laa... hahaa
Siapa yg tak teringin.. semua menu2 sedap. Memang best kalau dpt penuhi keinginan
dedua menu sedap kak NA :)
Dulu kalau ke melaka mesti nak singgah limbungan beli keria.. rindunya nak jenjalan melaka
Happy foodhunting, NA! Nanti rajin-rajinlah kongsi di blog ya :)
member saya kata sekarang dah mahal kuih keria tu dah mahal sekarang ni. saiz pun dah kecik. x tau laa pulak sy. lama dah x makan
Post a Comment