بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Rasa macam boleh duta untuk Hotel La Crista Melaka sebab pergi lagi untuk makan buffet pada Sabtu 13 November. Sebelum itu pergi ketika harijadi saya. Kali ini pergi dengan adik bongsu, adik belanja untuk harijadi Nuha (anak buah) dan abah. Kemudian ada perancangan pergi lagi pada 28 November (Ahad) bersama adik-adik emak pula untuk sambut harijadi abah. Insya Allah. Mungkin sebab murah iaitu:-
Dewasa- RM60 sekepala.
Kanak-Kanak dan Warga Emas- RM40 sekepala.
Makanan macam lauk pun berubah-ubah. Seingat pergi sini lauk tidak pernah sama. Jadi sesuai pergi banyak kali. Makanan pun rasa ok.
Mula-mula ambil pencuci mulut dahulu sebab tahu kalau kenyang sangat tidak lalu makan benda manis.
Kemudian makan salad pula bersama pasta.
Selepas itu barulah makan nasi dan lauk-pauk seperti ayam goreng Masala, isi ikan goreng tepung masak masam manis, kari daging dan ambil kuah masak lemak. Tidak dilupakan sayur campur. Air pula ambil teh tarik.
Habis makan pilih hirisan daging kambing bakar beserta kuah pudina. Patut warna hijau tapi nampak coklat pula di bawah cahaya lampu. Pertama kali cuba sos pudina. Macam makan ubat gigi.
Terakhir ambil dim sum (tiada gambar) dan bubur nasi. Selain ambil jeruk ada juga ambil wantan. Tidak tahu apa benda bebola bijan macam kuih bom pula.
Memang kenyang. Penutup minum kopi tanpa gula atau susu. Memang pekat melekat di tekak sampai pulang ke rumah.
35 comments:
Heheheee. sos pudina rasa ubat gigi colgate ye.
not bad gak harga buffet nyaa...
mmg rezeki dapat makan lagi dan lagi hehehe..
next trip makan kat mana plak tu hehe
sedapppp
Tu salah satu sebab sy tak suka pudina, tapi kalau buat cicah ayam tandoori, sedap pulak.
dah pergi byk kali, mesti sedap foods disana..reasonable harganya..
Makan kat hotel, walaupun bayar mahal, dapat makan semua. Untung.
wah... seronok kan pergi buffet bila semua mknn sedap².. puas hati sgt
alhamdulillah...rezeki perut tidak pernah salah alamat
minat kopi ye...jom la pekena Vcafe Volten
berbaloi tu dgn harga rm60. much better than eating 'siakap' in Langkawi!
rindu mkn buffet kt hotel...certain hotel ada yg blum open utk buffet
Unik hidangan berbeza. Tapi kalau ada makanan sedap, bila repeat tak ada rasa kecewalah pulak kan nanti.
Selamat hari lahir untuk semua yang menyambut birthday bulan November. Meriah sambutan kat hotel. Boleh makan macam macam menu.
menarik juga. saya berkira sikit nak makan buffet harga lebih RM30 sebab tak makan banyak
Hehe..kelakar pulak NA cakap macam makan ubat gigi.
Rezeki tu, dapat selalu pergi. Makanan pulak selalu berubah dan sedap.
Bestnya makan buffet di hotel. Selalu rambang mata nak pilih makanan :)
Alhamdulillah rezeki, bagai duta, bila puas hati.. elok sebarkan, bagus hotel prihatin kepada kanak-kanak dan wargamas.. Selamat hari jadi buat yang menyambut hari jadi bulan ni, moga dirahmati Allahswt. Aameen.
Bestnya.. akak dah lama sungguh tak makan2 kat hotel. lama sungguh. favorite mmg suka dessert.
Buffet kalau menu selalu berubah dah kira puas hati
Sisunan menunya nikin air liur bercucuran
Wah, menyelerakan betul menu-menu yang disediakan... Haiihh, saya jea yang belum ke mana-mana lagi.. hihihi
Saya pun kalau makan buffet memang suka rasa setiap menu. Semua sikit-sikit saya ambil
memacam menu ada, sesekali layan jugak.... semua kene rasa kalau dah sampai sana kan...
Ahahahahahah bayar kena rasa semua, jangan miss satu pun. Rugi tau hahahahahah. Saya selalu duduk Amverton dulu Puteri Resort
harga berbaloi la dengan makanan. boleh makan macam-macam seronok
Terkenang zaman2 di Malaya.
Msia syurga makanan.
Alhamdulillah.
Wah bestnya
Wahh bestnyaaaa..NA stay hotel juga ke? best tak hotelnya? hehe..bolehlah survey-survey kalau nak ke Melaka nanti.
Kami haritu pergi Melaka planned last minute, hotel banyak penuh dah. Last-last duduk di Asiatic Hotel.
Sedap-sedap menunya. Confirm puas hati :)
makann makan makann 😅😅
seronoknyaa ehhh
sedapnya menu-menunya. Lama juga tak makan style buffet. Tengah bercari juga dekat sekitar Ipoh ni. Hu3.
tqq NA atas doa2nya pd moktam
Murah harganya kalau 60 utk dewasa. Boleh juga cuba next bila balik Melaka
Rm60 berbaloi juga tu mcm2 makanan ada
seronoknya kak NA :)
Lama xmakan di hotel.. seronok tgk makanan mcm2
Post a Comment