Nuffnang

Tuesday, November 2, 2021

Menjamu Selera (Dine In) Di Warung Hajjah Robiah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ini lengkap perlindungan vaksin.  Semalam memang gelisah fikir bukan-bukan takut esok tidak tukar warna kuning. Apa tindakan saya patut buat? Begitulah betapa terlalu fikir. Sebelum itu mak beria-ia sangat ajak keluar makan. Ada patut tanya Isnin lepas, saya cakap "mak, baru seminggu kena suntik." Dalam hati terdetik sijil vaksin digital pun belum dapat  lagi. Apapun sekarang kerisauan hilang! Abah ajak pergi sarapan luar ikut tempat kegemaran saya. Pastilah Warung Hajjah Robiah di Limbongan berdepan Hotel Casa Bonita. Walaupun nama warung tetapi lebih kepada kedai yang mempunyai pelbagai gerai-gerai. Ada menu roti canai, laksa Nyonya, nasi penyet, nasi ambeng, bubur nasi, bakso, soto, mi kari, nasi kerabu, nasi dagang, laksam, ketupat, popia basah dan lain-lain. Banyak sebenarnya

Papan Tanda Warung Hajjah Robiah



Saya teringin untuk makan laksa lemak atau laksa Nyonya. Lama tidak singgah di sini. Jadi saya pesan di gerai jual laksa Nyonya dan beritahu nombor meja. Boleh bayar ketika penjual hantar atau di hujung ketika habis makan. Bayar asing-asing ikut gerai. Jangan lupa bayar sudah. Harga RM4. Murahkan? Air pula pesan teh tarik.

Laksa Nyonya



Servis memang laju. Itulah kebaikannya apabila banyak gerai dalam satu warung. Pilihan banyak dan harga berpatutan. Tidak sampai setengah jam (7:43 pagi - 8:14 pagi) Banyak meja jadi tiada perlu beratur tunggu tempat kosong.

Kalau hendak pergi warung ini terletak di Jalan Limbongan, Pekan Klebang, 75200 Klebang.

Warung ini hanya sediakan sarapan sahaja. Rasanya pukul 12 tengahari sudah kemas untuk tutup.

24 comments:

Ako Retna said...

wokei first time tau... next time bole singgah sini :)
ini dekat tak ngan yg kuih keria tu?

NA said...

Satu jalan. Dekat kalau bawa kereta.

babYpose said...

Sedapnya laksa nyonya, seronoknya dah dine in, kedai yang ada banyak vendor memang meriah, rasa tenpat pelancongan bila ada berbagai menu.

nohas said...

Alhamdulillah, dah boleh dine-in..laksa nyonya tu guna bihun ya..
ingatkan laksa nyonya tu yg kuah kari..

ازمير شهار ~ azmer said...

MasyaAllah... Baca menu²nya dah bergetar² pulak prot ni haa

Bola Katok said...

Saya tak berani lagi nak dine in. Masih risau walaupun dah setel cucuk.

NA said...

Saya pun malas tapi emak saya teruja sangat untuk saya sertai.
Selalu bayang tapau makanan sahaja. Lagipun tidak selesa makan lepas itu pakai pelitup separuh muka.

NA said...

Bukan ada daun kesum juga.

SalbiahM said...

Alhamdulillah dah settle. Memang menarik kedai makanan akak share ni.

Mbul Kecil said...

pukul 13 siang sudah tutup

terbayang sedapnya laksanya kak..ku jadi kepingin hihi..ditambah manisnya teh tarik...nyammm

Puan Hazel said...

Pernah stay dekat Casa Bonita tu.
Sedap nampaknya menu yg dipilih tu, harga pun murah.

mamapp said...

Pernah duduk casa Bonita tapi x perasan kedai ni..boleh la try nanti. Yg penting laju servis tu

norhidana said...

menggodanya tengok laksa lemak tu kak oi....

Azhafizah MN said...

Bila terlalu fikir sesuatu mesti resah gelisah je kan. Lega masalah dah settle dah. Boleh dine in tempat favourite. Murah tu harga laksa nyonya tu kak. Banyaknya menu favourite ada kat situ. Pergi hari hari cuba menu lain lain pun macam best jugak kan. Service bagus dan pilihan banyak, itu yang ramai suka singgah sini kot kan.

Sharhanah said...

Wah, boleh try ni kalau pergi sana nnt. Insha-Allah

ataicha said...

wah banyak menu tu.. nanti kena try... laksa nyonya ni rasa x pernah try lg.. harap2 sedap cam NA cakap.. 😜

mrhanafi said...

orang yang minum tak nampak pun...tapi saya suka cara penceritaan begini...simple

Abam Kie said...

abe kie suka makan di gerai tepi jalan je. tp kena hati2 takut terbeli siakap rego kayangan plak. huhuhuhu...

NadiaJamhari said...

Sedapnyaaaaa

mama sara nur @ Cik Nor said...

sedapp. menunya
Klebang,kena save ni. sampai sana. blh cari

nona sani said...

Ohhhh, laksa nyonya pakai mi tu eh, baru perasan..Huhu..
Nanti datang Melaka boleh try..

Farrah MF said...

Wow! Memang banyak pilihan! Boleh masuk senarai tempat nak singgah kalau balik Melaka nanti :)

mamapp said...

Mungkin penah lalu sini masa ke klebang dulu tapi x penah makan kat sini lagi. Best tu ada byk gerai

Nina Mads said...

Alhamdulillah status vaksin tukar selepas jam 12 malam. Sedapnya laksa tu