بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Ketika seronok terima parcel daripada Puan Amie dan ingin maklumkan kepadanya tetiba dapat notifikasi MySejahtera.
Apabila buka terkejut saya terima temujanji dos penggalak pada 27 Jan iaitu Khamis hadapan. Terkejut sebab belum 6 bulan lagi daripada dos ke-2.
Pelik pula dapat awal. Dos ke-2 saya pad 18 Oktober jenis Pfizer. Saya sudah kira patut dapat pada bulan April.
Hendak tanya kalau ada sesiapa dapat awal daripada sepatutnya? Atau tolak dan beritahu belum cukup 6 bulan.
Tolong sesiapa yang tahu. Terima kasih.
18 comments:
skrg 3 bulan je NA....
Walaupun ambil Pfizer itu bukan 6 bulan?
sekarang semua jenis vaksin gap dia 3 bulan sudah. dah tak ada 6 bulan lagi
Sekarang dah dikurangkan tempoh kepada 3 bulan. Sebelum ni 6 bulan. Sebab tu akak dapat awal tu :)
semua di pendekkan kepada 3 bulan untuk booster dos, semoga Allah mempermudahakn segala urusan anda. :)
moga yg baik2 saja
Semoga semuanya baik2 nanti.
Sela masa tu dah dikurangkan NA, dari 6 bulan ke 3 bulan jika tak salah.
Moga semuanya baik-baik aje nanti.
Moga baik-baik saja NA. Sekarang memang dipendekkan masa.
semoga dipermudahkan..
jangan ada tawaran yang ke 4 pula selepas ini
skarang dh 3bln dh ..yg awal2 dulu je ckp kena tgu 6 bln kalao pfizer or AZ tp KJ dh announce baru2 ni 3 bln je dr date 2nd dose
thanks up entry ni. saya pun buat tak kisah sebab patut tunggu 6 bulan untuk AZ. baca komen blogger lain baru tahu dah dikurangkan kepada 3
Semoga sihat senantiasa.
Sebetulnya memang 6 bulan. Semua doktor yang saya jumpa dan bertanya akan beri jawapan sama. Berdasar keterangan doktor, ubat ubatan ni ada sukatan dosnya. Jadi bila dipercepatkan pengambilan dos baru, harap tiada kemudaratan kepada penerima. Ini jawapan yang saya terima dari para doktor.
Jawapan dari para politik pula, perlu dipercepatkan untuk elak kenaikan kes. Kena tunggu status COVID 2-3 bulan lagi bila majoriti sudah lengkap dengan booster; adakah akan turun bawah seribu kes. KKM cuba mengelak dari ditanya kenapa setelah majoriti ambil booster kes masih statik? Begitulah seterusnya, jangan terkejut pula bila akan ada booster keempat, kelima ...
Ramai dah dapat awal NA.
Maksud Mrs. A kurang dari 6 bulan.
Mereka adalah officemate dan Mrs. A sendiri tapi Mrs. A dah terlepas tarikh temujanji 15.1. yang lalu tengoklah camne macam ghisauuu pulak nak pergi booster nih!
InshaAllah baik-baik saja. Moga dipermudahkan urusam NA. Aameen.
Hope xde dah lepas ni.
Skrg dh cepat na.. yeah kita geng pfizer
Post a Comment