Nuffnang

Thursday, March 24, 2022

Bungkus Macam Burger

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Isnin selepas Asar turun bawah ke dapur tengok ada bungkusan seperti burger. Dalam hati berkata hari ini nampaknya buka burger. 

Bungkusan Seperti Burger



Namun ternampak kertas coklat yang telah dibuka tidak jauh daripadanya ada nasi, ayam goreng beberapa hiris sayur kobis. Tengok plastik ada tertulis Ayam Gepuk Pak Gembus. 



Sebelumnya memang ada pasang niat untuk cuba. Outlet yang baru juga dibuka terletak berhampiran Mydin Mall Ayer Keroh.

Apabila buka bungkusan seperti burger jangkaan saya ada ayam goreng dalam itu rupanya nasi putih. Manakala ayam goreng, hirisan kobis dalam bungkusan kertas coklat.

P.S: Saya tidak pasti outlet berhampiran Mydin Mall ini adalah asli ke tidak sebab google tiada pula tersenarai sebagai salah satu cawangan Ayam Gepuk Pak Gembus. Lagipun pelik tiada tempe dan tauhu. Sambal diberi biasa-biasa dan diberi tiub kecil kicap manis. Pelik.

22 comments:

Syazni Rahim said...

Betul juga, kenapa tak ada benda2 tu ya

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

A ah, bungkus macam burger ek, tapi jarang burger ikat dengan getah, hihi. Rupanya nasi ya. Lapar pulak kita baca entry ni.

Sha Mohamed said...

bungkusan dah macam berger sekali bukan ye..

Kakmim said...

ingatkan burger jugak... selalunya kalau bungkus nasik guna kertas coklat tu

K.A. said...

Dah amcam nasi kfc dah bungkusannya.. Saya pernah makan dekat seksyen 13 shah alam. Pedasnya tak boleh bawak bincang. Tapi bahan semua cukup.

Ammi said...

cedok resepi pak gembus kot..tapi tukau le nama lain pulak

SalbiahM said...

pernah makan ayam gepuk pak gembus ni. kobis nya digoreng hangit. terus tak beli dah

norhidana said...

mungkin nama je akan-akan, kadang banyak yang tiru kak... tapi bila rasa lain sangat dengan yang original

NadiaJamhari said...

Mungkin bukan original hurm.

Mrs. A said...

Iyalah kalau tak bagi tahu Mrs. A ingatkan itu burger.

Biasa makan di kedai aje ayam gepuk pak gembus ni tak pernah tapau so tak tahu cara bungkus dia bagaimana.

Puan Hazel said...

Ingatkan burger tadi... :)

mamapp said...

Laa.. MCM tangkap must aje diorg tu .

nohas said...

ada jg mcm ni...guna plastik burger bubuh nasi..

pernah makan nasi gepuk ni..sambalnya ada 2 -3 level..

Ujie Othman said...

Belum pernah mencuba lagi Ayam Gepuk Pak Gembus.

Azhafizah MN said...

Dari bungkusan saya jangkakan yang asli. Mungkin tak sempat update cawangan baru kot outlet baru bukak. Tak pernah lagi makan nasi ayam gepuk pak gembus. Tak complete tak ada tempe dan tauhu. Nasi Ayam Gepuk Pak Gambus tipu tipu ke camne.

Nur said...

Hai, NA. :)
Saya pernah makan di kedai saja, ayam gepuk pak gembus ni. Tak tahu dia kalau bungkus, macamana packaging. Kalau makan, sampai berair hidung, sambal terangkat. Hehe.

Mbul Kecil said...

di tempat aku banyak outlet ayam pak gembus kak na...sambelnya pedes ayamnya sedap...ayam gepuk. Aku kalau liat nasi dibungkus timbil liurku hihi

anakdenesor said...

tak pernah lagi makan..rasa okay tak?sambal klo kick lagi best

NA said...

Biasa rasanya. Entahlah kena pilih sendiri sambalnya. Ini abah yang beli.

fairus said...

Bagusnya satu, kerana tak gunakan plastik..

dear anies said...

rasanya jarang burger diikat getah. kecuali utk tandakan sesuatu. tp laa ni penjual burger tanda dgn marker je hehehe

Nina Mads said...

Tak original tu. Kalau ori bungkusan lain. Hehehe