بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sabtu lepas mak datang ke bilik saya beritahu hendak keluar makan selepas Asar. Tidak diberi tahu hendak ke kedai mana. Ingat lepas Asar baru hendak makan nasi di rumah. Jadi memang kelaparan sangat masa pergi ke sini.
Maka kereta menuju ke arah Klebang. Dekat juga dengan Pantai Klebang, tarikan pelancongan.
Singgah di satu kedai yang terletak antara banyak kedai-kedai yang ada Meriah juga. Berhampiran juga dengan Marrybrown dan tidak jauh juga dengan kedai Melantak. Ya kami makan petang di Champa Cuisine. Abah saya memang suka makanan Kemboja. Rupanya tuan punya kedai ini yang buka Warung Pak Husin. Pernah makan pada tahun 2020.
Boleh baca sini: Review Nasi Ayam Hailam Pak Husin
Oleh kerana cuaca amat panas dan masin terik, kami makan di dalam kedai.
Masuk sahaja diberi buku menu dan kertas pesanan.
Saya memilih Sizzling Rice Seafood. Ilustrasi menarik dengan udang, sotong dan telur mata. Adakah sama dengan makanan sebenar?
Hampir sama. Persembahan 10 markah disertakan cili kicap. Bagi saya padanan kurang sesuai sebab rasa sizzling yang masin diberi cili kicap yang masin pedas. Nasib baik ada disediakan bekas-bekas untuk meja. Jadi ambil bekas cili sahaja.
Air pula ambil kopi Vietnam. Tiada dalam gambar. Kecewa juga dapat dalam bekas gelas kaca tanpa penapis kopi yang sinonim dengan kopi Vietnam.
Apapun rasa memang sedap. Cuma kurang pedas. Air pun sedap memang rasa kopi Vietnam. Boleh cuba menu lain. Dibuka petang hingga malam. 5 petang-1 pagi. Selasa tutup.
Apapun penghantaran makanan cepat mungkin belum ramai lagi.
Jenis makanan yang dijual: makanan barat, sizzling, nasi ayam, roti canai, makanan Kemboja seperti sup Kemboja, tongmo dan manisan.
Alamat: 81 Jalan KU 2, Klebang Utama, 75200 Klebang, Melaka.
P.S: Tidak ambil gambar-gambar makanan abah dan emak. Macam malas pula hendak buat bentangan (flatlay).
18 comments:
Banyak2 kopi, I rasa kopi Vietnam yg NA sebut tu I blom pernah cuba lagi. Kwn2 Vietnam kat sini tak memperkenalkannya lagi. Rare nampaknya ni.
aku belum pernah icip makanan kamboja kak na..tapi yang dipesan kakak kelihatan sedap...udangnya jumbo dan chili kicapnya pekat...enak...yummy
kopi vietnam juga sepertinya segar dan fresh
Saya belum pernah makan makanan Champa.
Meriah tu makanan NA, ada udang, sotong & telur mata.
Sedap nampaknya tu. Murah rezeki anak2 yang berbuat baik dengan ibu bapa.
nak ajak blogger nina laa mkn kat sini feeling2 mcm g kemboja dulu hahaha
Alhamdulillah
tiba2 rindu dgn arwah mak
mak pun dulu suka mkn
Alhamdulillah rezeki kan bila mak sis ajak makan kat luar, sedap pesanan NA, dan sama dalam gambar bagus tu.
anak dara ammi kalau nampak menu ni confirm inilah yg dia pilih..peminat segala mak nenek sizzling dia tu
Menarik sangat pilihan menu NA tu nampaknya.
Sizzling kalau tak pedas rasa cepat muak kan
nampak menarik. harga tu berpatutan jugak. lama tak makan sizzling. unik kedai Kembojanya ada menu Vietnam juga
tengok menu akak tu menggoda dengan susunan udangnya tu
Tak prnah Lagi makan makan champa tapi serous la nampak sedap menu tu
sedapnya nasi sizzling seafood..kt malaysia, jarang hidang kopi vietnam dgn penapis..depa dah tapis siap2..
Macam sedap je menu akak order tu. Tak pernah lagi makan sizzling nasi. Biasa order sizzling mi. Okaylah service cepat bila tak ramai orang.
Dekat dengan rumah saya ni.. tapi jarang saya cari makan sebelah sana walaupun sebenarnya di sana banyak pilihan kedai/restoran.
tongmo ada x? hehehe
Haha saya keliru tangmo dan togmo masa dengar kes itu, saya cakap macam nama makanan pula nama orang itu.
Sedapnya makanan champa. Anies teringat tangmo. Kami pernah makan di siem reap
Post a Comment