Nuffnang

Monday, May 30, 2022

Review: Susu Kambing Faa-iz

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk mencuba susu kambing faa-iz. Tertarik dengan penerangan Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi pasal susu ini. Ia mengandungi beras, kurma dan gingko biloba. Ada perisa asli, vanila, coklat dan strawberi.

Kesempatan itu diberikan semalam ketika menghadiri jamuan raya adik ipar Makchek. Jamuan dibuat di pekarangan kedai menjual produk-produk Bumiputera. Selesai makan terfikir untuk masuk kedai. Diberi ilham untuk tanya, alhamdulillah ada. Cuma perisa asli yang ada. Maka cuba sahajalah. Kalau tidak tahan boleh letak Milo sedikit. Harga RM39.90 tapi bayar RM39 sahaja. Terdapat 15 sachet di dalam kotak.

Susu Kambing faa-iz Perisa Asli



Cara bancuh ialah campur 1 sachet (25 ml) dengan 150 ml air panas atau suam. Kacau sebati.

1 sachet 25 ml


 
Tiada bau hamis. Ada rasa kambing sedikit tapi boleh tahan minum. 3 kali teguk baru habis. Mungkin akan cari perisa coklat selepas ini. Rasanya tidak terlalu manis, sedang elok rasa manis dan ada rasa beras perang.

Korang suka susu kambing?

P.S: Membeli sambil beramal juga.

16 comments:

nohas said...

suka tapi susu ni kena perisa..baru boleh minum..

bagus..ada bahan2 lain jg..beras, ginkgo & kurma..

Puan Hazel said...

Suka pasteurized milk, bukan yg bancuh-bancuh :)

Amie said...

Boleh bawa bekal waktu mengembara ni.

mrhanafi said...

saya suka minum susu dan susu terbaik untuk diminum mestilah susu kambing.

Kakmim said...

belum pernah lg try susu kambing

Ujie Othman said...

Pernah cuba minum yang dalam sachet dan pernah cuba yang segar, tapi nampaknya tak kena selera saya.

Nur said...

Saya tak pernah cuba susu kambing, NA.
Susu kambing memang banyak khasiatnya, saya pernah baca.

mama sara nur @ Cik Nor said...

ciknur ada jga beli susu kambing brand lain la utk anak2 kucing he hee
sambil2 tu minum jga la

SalbiahM said...

suka juga susu kambing. bagus support produk lokal. moga dapat khasiatnya dengan izin Allah

Cik Suerin said...

Menarik produk ni, boleh cheq cuba nanti 😎

Mrs. A said...

Nak kata suka sangat tak jugak hehehe tapi kalau dah disediakan tu boleh aje minum

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Beras perang tu yg buat terliur. Susu kambing mmg bagus.. last beli masa budak2 kecik utk hilangkan demam kuning.

nayfatimahrasyid said...

Suka juga... Kadang kadang beli yang fresh dlm botol... Just panas kan jew... Still tak der bau

Yuslina Ghazali said...

nak kena cuba ni...

Azhafizah MN said...

Mudah dah nak cari susu kambing sekarang. Banyak juga jenama jual sachet macam ni. Okaylah kan tak bau hamis, boleh minum dengan tenang. Khasiat pun banyak.

Fieza Sani said...

tak pernah dengar brand ni..boleh cuba ni..