Nuffnang

Friday, June 17, 2022

Sakit

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Waktu menaip pukul 1 pagi. Tidak dapat tidur. Risaukan sesuatu.

Apapun malam Jumaat, eloklah kongsi ilmu.

Sekiranya kamu sakit, hadapi masalah dan susah hati hendaklah kamu istighfar. 

Ini ilmu saya dengar tadi. Sebenarnya dari kisah Hasan al-Basri, apabila beberapa lelaki datang mengadu masalah, penyelesaian diberi istighfar.

Ia berdasarkan ayat 10-12 Surah Nuh.

Bolehlah kongsi tambahan pada komen. Terima kasih.

P.S: Terus buat istighfar 1000 kali dan tergerak hati untuk komen pada satu luahan blogger juga untuk buat juga. Harap membantu dia selesaikan masalah. Bagi mereka yang membaca yang tengah ada kesulitan boleh buat. Ini ingayltan untuk saya. Saya tulis ini untuk ingatkan semula apabila saya kelebet pos- pos lama.

Servis Penyaman Udara



21 comments:

mummy_ayu said...

masa arwah suami meninggal dulu, memang istifar x lepas dr bibir...alhamdulillah, sgt membantu so that x de la menangis sampai tahap meraung tu... even sekarang pun, kalu nangis teruk2..cepat2 ist

norhidana said...

terima kasih untuk perkongsian kak.... istighfar ni memang banyak manfaat nya

Ujie Othman said...

InsyaAllah kita jadikan istighfar sebagai amalan, sambil basuh pinggan iron baju pun istighfar.

Gambar bawah tu, NA buat servis penyaman udara ke?

mama tisya said...

ada baca psl istighfar tu...kdg2 bila kita rasa susah hati...ada masalah..cpt2 istighfar...smoga cpt baik dan dipermudahkan segala urusan..aamiin

nohas said...

syukran berkongsi ilmu...ditambah dgn amalan bersedekah..

Puan Hazel said...

Thanks for sharing.
Mudah-mudahan Allah angkat segala kesulitan kita.

NA said...

Ada juga dengar sedekah pun boleh menghilang sakit tapi tidak pasti. Tq juga kongsi.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Risaukan apa tu?. Harapnya dah ok.

Abam Kie said...

beristigfarlah apabila ditimpa musibah. thanks for sharing, ye...

NA said...

Benda dianggap remeh tapi besar bagi saya.

mrhanafi said...

semoga semuanya baik-baik sahaja.

selain istighfar boleh berselawat

SalbiahM said...

Semoga Allah hilangkan kekusutan kak NA. Istighfar, sedakah dan tengok pokok-pokok. Harap semuanya OK

Nur said...

Betul. Memang bagus kalau kita dapat amalkan istighfar. Sambil bawa kereta pun boleh.

mamapp said...

Semoga amalan ni tidal terlupa jika satu Hari nanti diberi ujian kesakitan amin

Amie said...

Alhamdulillah. Peringatan yang sangat bermanfaat. Marilah selalu beristighfar.

Ako Retna said...

TQ NA... perkongsian ilmu yang berguna sangat :)

Mrs. A said...

Terima kasih atas peringatan.
Mrs. A doakan kerisauan NA hilang dengan kadar segera.

Bola Katok said...

Terima kasih atas perkongsian.

mama sara nur @ Cik Nor said...

istighfar Penghapus dosa
Semoga segala kesulitan ada penyelesaiannya Aamiin

tqqq Na atas perkongsian

Azhafizah MN said...

Semoga baik baik je kak.
Terima kasih untuk perkongsian ni.

Fieza Sani said...

good sharing NA...