بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Hujan lebat tadi apabila selesai beli barang di Mydin Mall MITC. Bungkusan di bawah sentiasa akan menarik perhatian orang tertentu. Mungkin besar seberat 7 kg. Senang beli sekali tidak payah berulang-ulang tiap-tiap bulan beli.
Begitulah tadi ada makcik terhenti depan troli ketika saya duduk di bangku ambil nafas dan memulakan perbualan kata dia beli makanan kucing jenis yang saya beli dan ia tidak mahu makan. Apabila nasi digaulkan dengan ikan baru makan.
"Kucing saya taknak makan nasi. Kucing saya kucing biasa saja macam dalam gambar", saya membalas.
"Kucing makcik kucing biasa juga."
Anaknya dah sibuk tarik tangan untuk teruskan jalan. Haha kasihan. Makcik itu macam hendak borak lagi dengan saya.
Sebelum itu iaitu 2 bulan lepas, sama juga ada orang tegur saya. Lelaki itu kata rugi bagi makanan kucing kering yang mahal kepada kucing biasa. Dia suruh beli ikan murah. Masalahnya saya malas hendak rebus hari-hari. Saya diam sahaja dengar pendapatnya. Bagi saya asal kucing saya makan, alhamdulillah. Ada juga kadang-kadang bagi lain daripada makanan kucing yang selalu beli.
Ada juga rasa hendak cuba produk jenama lain atau makanan kucing yang basah. Tukar selera untuk kuving. Tengoklah bagaimana. Teragak-agak. Tadi ingat hendak cari yang bungkusan hijau jenama sama, tiada pula.
Korang bagi kucing makanan apa atau jenama apa ya? Sila kongsi. Terima kasih.
29 comments:
dkt kwsn rumah, ada jg yg bagi makanan mcm ni kt kucing, tengok tak habis dimakan..mungkin kucing x suka..
Saya bagi apa-apa jenama yang murah. Kat tempat saya ni, yang murah adalah jenama Smartheart, banding jenama Whiskas atau Powercat. Saya sama macam NA, malas nak rebus ikan hari-hari dan gaul dengan nasi. Saya pernah buat dulu. Ada kucing makan, ada kucing tak nak makan, dia makan ikan rebus je, nasi dia biar. Friskies tak sedap kot, kucing-kucing saya tak suka. Kalau jenama tak kenal pun saya beli, asal murah, ada yang harga RM6 bungkusan biasa. Kalau tak makan, takde masalah, boleh bawa bagi makan kucing jalanan. Dulu pernah beli makanan kucing dalam pek 10 kg. Sekarang tak beli, sebab takde tempat simpanan. Nanti semut masuk makan atau jadi lemau, kucing dah tak suka. Gitew, tudia panjangnya komen saya. :D
Salam Maal Hijrah dari saya buat kamu :)
Mrs. A pun pernah bagi powercat kat kucing-kucing Mrs. A dah macam-macam jenama bagi termasuklah RC.
Setengah tahun kebelakanggan ni masih setia dengan Button and Bow. Tapi berdasarkan pengalaman kalau nak tukar jenama cuba beli 1 kg dulu bimbang kucing tak serasi boleh sebabkan cirit-birit rugi pulak dah kalau dah beli yang 7kg atau 8kg terus.
saya beli makanan kering je kpd kucing2 jalanan yg dpt ke rumah ni. bila kenyang mrka pulang ke tempat asal mereka...
Alamak! Tak pernah tengok pula jenama apa Encik Suami beli untuk kucing Firdaus. Teruk betul saya ni hihihiii.
Kucing I yg kecik (Chanel) tak cerewet sbb dia asalnya gelandangan kot. Tapi kalau si abg (Joko) manja sikit mesti nak Royal Canin, beli brand lain dia 'nangis' dan kemurungan. Tu la perangai dah mcm org pulak.
Saya dulu bela kucing yg kawan bagi, jenis bulu panjang. Tuan sebelum ni dah biasa bagi RC, diberi makanan lain dia taknak. Bila pindah ke KL terpaksa bagi kucing kepada keluarga baru sebab masa PKP susah nak uruskan bawak kucing ke KL dari Sarawak. Sampai sekarang anak2 rindu lagi dengan kucing diberi nama Kitty tu.
Dulu bagi makan ikan rebus gaul dengan nasi. Berselera kucing makan.
Sy dah cuba banyak jenama jugak, dari jenama yg dijual di pasaraya hingga jenama khas yang tak ada jual di pasaraya tapi kena beli di kedai haiwan. Sy bagi kibbles jer senang, bukan tak nak bagi nasi, tapi sebab utamanya nanti susah jika hendak tinggalkan kucing, siapa yg nak masak dan bagi makanan dia, gitu.
Kucing PH makan segala; kibbles, wet food dan ikan+nasi :)
Biasakan dgn semua jenis makanan jadi kalau PH takde di rumah, jiran boleh tlg bagi wet food & top up kibbles.
Utk kibbles sy beli jenama 55, selalu beli di Wellmart. Tak sure jenama betul tapi di bungkusannya ada no 55 :D
tadi anak saya bagi cadangan...pncing shj ikan dlm parit
ikan itu boleh diberi kepada kucing
Kucing pun macam orang kot, ada taste sendiri. Bagi saya terpulang pada kemampuan tuan kucing tu jugak
Kucing adik kak laili tak mau wet food
Orang Malaysia memang peramah rajin bertegur sapa. Sepanjang saya bela kucing dulu, elakkan bagi kibbles yang colourful tu sebab ada perwarna tak bagus untuk kesihatan kucing. Nanti kucing kena batu karang macam tu lah yang saya ingat. Kucing saya pun jenis demand nak makanan mahal. Diet dia RC atau blackwood. Kalau bagi makanan lain dia taknak makan pulak. Makanan basah macam seminggu 1-2 tu okaylah tukar selera. Pilih makanan kena tengok khasiat dan juga kena dengan selera dia.
Macam kucing saya plak, walaupun hanyalah kucing kampung tapi langsung taknak makan nasi walaupun digaul dengan ikan rebus.. Kalu paksa jugak makan, pasti cirit birit dan dia punya hampas pun cair jea... Saya beli jenama love cat, sebelum nie saya beli jemana smartheart tapi mungkin diorang dah bosan, tue yang tukar kepada love cat.. Untuk wet food plak, sebenarnya kalau dikirakan ianya adalah makanan jajan bagi kucing.. Sebaiknya untuk bagi makan wet food, kita perlu gaul dengan kibbles.. Macam kucing saya la, takdelah hari-hari bagi wet food... dalam seminggu sekali jea bagi... Kadangkala saya bagi rewards kat diorang sebab berperangai baik (hihi), macam bagi makan ayam KFC ke ataupun ayam bakar ke... Diorang nie macam manusia jugak, kalau berperangai baik, perlu la bagi rewards kan..
Dulu saya bagi jenama Greens pastu lama-lama kucing dah boring. Last-last makan nasi gaul dengan ikan rebus. Tak elok sebenarnya bagi kucing makan nasi sebab kucing tak sama dengan manusia tapi itulah, kucing minat sangat hahaha. Seminggu sekali rebus ikan dan simpan dalam peti. Petang petang bagi makannnn. Tengah hari bagi makanan frieskies ajeee.
Cikbunga pun beli juga... Ada sekoq kat umah
Kami beli makanan kucing dekat kedai pet yg kibbles selalunya 20kg dalam rm200 lebih. Jenama love cat, kalau wetfood kami bagi 2 kali seminggu jenama whiskas je
Minat yang sama (minat bela kucing) jadi boleh berborak walaupun tak kenal, kan.
Saya belum pernah bela kucing.
Tidak mengapa belum ada pengalaman bela kucing, sekadar membaca.
mak mertua beli yg dlm tin..lupa plak jenama apa..yg mcm dlm paket ni pn ada juga
Sebenarnya ikan rebus dgn nasi Lagi buat kucing cepat sihat Dan gemuk
Tapi Tu la Kan malas naknrebus2 ni. Kat sini selalu BG makan kat kucing luar Tu.. nakntau tak kalau brand biasa2 sampai seminggu pun X habis .. kalau brand friskies atau prodiet cepat Pula habisnya haha
hah leceh jga ikan nk kena rebus2 ni
Dulu makkin suka.ikan mentah.tp skrg tak.lg . Ciknur bg power cat yg kitten tu..dan mother abd bby i cat. dorang suka. Beli kat shope yg 7kg. Tp kalau wiwi ,seminggu sekali bg dia wet. Letak air dia suka jilat2.
Yoyen.semua mkn , kalau ikan. Suka.sgt. anak2 dia sama.jga. kadang malas je nk siang ikan dan rebus masa pun terhad.
Byk.brand dah try tp plwer cat paling suka. Harga pun x mahal sgt
Saya selalu kasih kucing makanan yg khusus mereka, walaupun kucing2 saya jenis domestik, bukan yang kucing ras mahal. Tapi Krn Dikasih makan yg sesuai untuk mereka, susunya pun susu khusus kucing, wet food nya juga, trus saya steril pula, mereka tumbuh besar dan gemuk.
Kucing saya pun tipe yg tak nak ganti2 dry foods kak. Jadi setelah banyak coba macam brands, mereka lebih suka dry foods Maxi, buatan Australia. Tak mahal sangat, tapi kandungan proteinnya tinggi. Dan yang terpenting mereka sukaaa 😄
Ccl tak bela kucing, tapi sedikit sebanyak tahu juga mengenai makanan kucing ni ada banyak jenis
Sha tak bela kucing tapi encik suami suka bagi kucing makan.. Selalunya beli yang kering jelah.. Kadang-kadang ada lauk lebih atau nasi lebih baru bagi yang itu..
betul..senang beli peket beg besor jenis mcm ni..buat stok..tak yah asik nak beli tiap2 bulan..adik ipar k.fiezz pun sama beli makanan kucing dia jenis besor macam ni...
Post a Comment