Nuffnang

Friday, July 15, 2022

Raya Haji Yang Memberi Kesan Pada Jiwa

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Berjumpa lagi. Bagaimana raya haji korang? Bagi saya sambutan sangat senyap dan banyak buat refleksi diri. Banyak fikir apa sepatutnya dilakukan pada raya haji dan pembaikan yang patut dilakukan pada raya haji. Banyak makan daging lembu dan kambing. Rasanya berturut-turut dari raya pertama ke hari tasyrik makan daging. Puas makan. Ada lagi daging kambing bakar tidak makan lagi.

Laksa Pedas Singapura Mi Sedaap



Hehe sempat juga cuba Mi Sedap Laksa Pedas Singapura. Ada yang suruh buat penilaian. Bagi saya kecewa sedikit kuahnya tidak rasa seperti laksa. Ia lebih rasa kuah mi kari. Kurang rasa bunga kantan dan masam. Tidak pedas sangat. Tidak teruja untuk cuba lagi tapi kalau saya buat lagi, saya akan cuba tingkatkan rasa kuahnya dengan tambah bunga kantan dan tambah limau kasturi. Kita tengok hasilnya nanti. Mungkin tingkatkan rasa pedas juga.

Kesimpulannya raya haji ini banyak beri kesan pada jiwa. Tidak boleh perincikan perjalanan jiwa. Syahdu sedikit.

Sekadar renungan:
Surah Al-Mujadalah ayat 12

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak menghadap untuk bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah SAW, hendaklah kamu bersedekah (kepada orang miskin) sebelum menghadapnya. Yang demikian itu lebih baik bagimu dan lebih bersih. Tetapi jika kamu tidak ada apa-apa untuk disedekahkan maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Mahal Penyayang.
 

27 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Raya haji kami bertemankan hujan tapi alhamdulillah meriah dgn muslimin & muslimat berkumpul pelbagai bangsa.

norhidana said...

raya haji meriah sebab dapat balik kampung hhehhee

Ujie Othman said...

Saya pulak, biasa-biasa saja. Yang penting kita buat perkara sunat hari raya.

Kena cuba makan lagi laksa Singapura tu, masih banyak lagi yang dapat tempohari kan…😀

NA said...

Haah jenuh hendak habiskan.

mummy_ayu said...

meriah raya haji kali ni dr tahun lepas, sbb dpt berkumpul bersama keluarga..alhamdulillah

Abam Kie said...

Mcm biasa abe kie sekeluarga menjalani ibadah korban di kg halaman...

Nur said...

Alhamdulillah, tahun ni rezeki banyak makan daging.
Lebih kurang macam Mamee Chef juga la. Kari laksa dia, rasa macam mi kari juga. :)

SalbiahM said...

Raya pun peluang yang baik untuk muhasabah diri. Saya pun banyak makan daging. Pening kepala dibuatnya

SalbiahM said...

By the way terima kasih review mi laksa singapura.

Shida Radzuan said...

Daging dan tulang korban..raya ke 2 baru sempat masak itupun dirumah adik di KL. Salam Aidiladha NA :)

mrhanafi said...

sudah tiga tahun saya tidak makan daging kurban...

daging yang dijual di kedai tak sedap sangat..

semoga ada rezeki untuk musim haji tahun depan....dapatlah berkorban dan menikmati daging kurban

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Allahu, terkesan sy.

Amie said...

Sama juga NA, suasana raya haji agak sepi. Tapi sempatlah jalan-jalan ziarah keluarga terdekat.

NadiaJamhari said...

Sama juga dengan saya. Raya haji sepi sedikit.

Warisan Petani said...

Raya haji kali ni memang meriah sebab semua adik beradik dan keluarga masing2 dapat berkumpul di kampung

Syazni Rahim said...

Raya haji terasa amat biasa saja. Entahlah kenapa dengan saya.

Mbul Kecil said...

yang mie sedaap rasa laksa singapure mbul lebih merasakan kentalnya santan kak na, jadi terlampau gurih bagi mbul pribadi hihihk

mama sara nur @ Cik Nor said...

Raya haji ciknur kali ni memangg x penah lg sepanjang 22 thn kawen.
raya tanpa suami dan anak2 huhuu tp alhamdulillah ok . Kumpul dgn adik2 dan kakak2 . Ank2 sedara

nohas said...

raya haji meriah bersama ahli kariah melapah lembu, masak2 & makan ramai2..

kat rumah, biasa2 aja..adik-beradik ramai yg x sihat, demam & batuk..

nayfatimahrasyid said...

Pi lari Kuantan jap... Maraton ngan org yg nak balik pantai timur

Rodiah Amir said...

Raya Haji saya pun cukup bermakna tahun ni. Kami buat ibadah Qurban, rezeki emak.

edahyukarim said...

Raya Haji balik kampung & stuck dalam jem masa nak balik KL..hahah!

Azhafizah MN said...

Raya haji tahun ni kurang sikit meriahnya. Agak syahdu kalau mengenang raya yang serba meriah dulu-dulu. Apa² pun rezeki tahun ni dapat makan daging korban. Alhamdulillah...

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Samalaah kak, buat saya idul adha tak terlalu berasa seperti hari raya. Beda dengan IdulFitri. Raya iduladha kemarin pun, kami sekeluarga hanya solat Ied, selepas tuh dah laah .. tak ada acara istimewa, hanya di rumah, macam hari biasa 😄. Ikut berkurban, tapi tak berani nak tengok. Tak kuat saya liat darah tuh

Nina Mads said...

nampak juga dlm shopee. belum beli. ala rasa mcm mee kari.

Mrs. A said...

Raya haji meriah banding dengan 2 tahun sebelum ini

mamapp said...

Samalah na.. Raya haji disambut sederhana saja