بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sejak terjebak minum koko adalah hendak rasa cuba koko lain yang rasa mewah. Semestinya hargapun tinggi sedikit.
Ada pergi rumah adik minta air koko. Eh ada pula. Ditanya pula hendak koko sahaja atau koko pudina. Maka jarang-jarang dapat koko pudina maka itulah pilihan untuk saya. Apabila saya minum, boleh tahan sedap.
Maka saya tanya beli di mana. Beli di platform popular ketika ini. Saya minta pesan satu tanpa tengok harga tapi saya minta yang koko sahaja.
Hehe apabila tengok harga boleh tahan mahal. RM69 setin dengan 550 gram dengan 55% coklat gelap. Kalau yang koko pudina lagi mahal. Hela nafaa sahaja. Pos dengan Ninjavan pula RM1. Murah kos pos sebab diberi kotak dan dalamnya dibungkus dengan bungkusan buih (bubbles wrap) ingat bungkus cikai. Demi untuk merasa. Rasa beli sekali ini sahaja.
Oklah rasanya sama macam saya beli sebuk koko Van Hauten. Cuma ini ada dah letak gula, susu tepung, molases.
Keinginan sudah dipenuhi. Harap tiada racun lagi untuk rasa beli lagi. Jangan termakan godaan dengan perkataan 'artisan' atau 'gourmet drink'
26 comments:
Koko mmg mahal, kan. Tapi tak apalah, bancuh sikit2, buat raso2, hehe.
Tu diaa harganya…
tapi okeylah sebab dah tau sedap baru membeli. Boleh la buat melepas rasa ya NA.
Saya pun suka minum koko.
Kalau boleh nak selalu menikmatinya! Macam duduk daam syurga dapat secawan koko panas!
Sesekali ok..1/2 kilo byk jg tu kalau minum sorang..
Hehe.. sesekali, NA. Rasa koko mewah. Bila kita banyak cuba, baru boleh buat perbandingan rasa, harga dan nilai kalori dia. :)
Sejak tak boleh minum kopi, saya beralih ke minuman koko kalau makan di luar. Harga kayangan tu mesti sepadan dgn rasanya yang sedap kan?
sekali-sekala nak merasa bolehla. minuman kayangan ni. saya pulak teracun nak cuba koko pudina.
Saya tak berapa gemar minuman koko, cuma pernah minum Van Hauten jeala.. Rasa lain macam jea dan macam tak lalu dek tekak.. hihi tapi rasa macam nak cubala produk yang akak review nie..
Lawa tinnya...
Sesekali layan tekak apa salahnya :)
Hahahaha, tau tak, saya tiap kali ke Malaysia, mudah sekali tergoda beli2 choco drink kaleng macam nih. Krn di Indonesia tak ada yg enak. Yg enak buatan Malaysia ataupun New Zealand. Macam Milo bubuk, yg buatan Indonesia saya tak suka. Yg Malaysia lebih sedap, tapi mahal lah.
Makanya kadang saya selalu beli banyak saat traveling ke Malaysia 😄. Harganya tak terlalu mahal dibanding yang sudah masuk ke Indonesia market 🤣
sekali sekala #Buat Raso Raso , takpe orang kate hehehe
boleh tahan juga harganya..
tapi bagus juga untuk dirasa..
lagipun minuman cokelat sedap dan berkhasiat..
saya suka minum MILO jer dengan harga RM18 untuk berat 1kg
Menarikkk kaler pinkkk packagingngya.. heehehe
hah bole tahan harganya tu...tp kalo sedap apa salahnya
Boleh tahan harganya kan kak, tapi rasa dia tu yang buat dia mahal rasanya.
Belum pernah beli dan rasa... Van houten tue coklat nyer pahit... Tapi kalo buat kek sedapoo
oo dh mcm milo erk., ;p
sesekali okey je..hehe..reward diri gitu..
Mesti sedap ni kan
Akak pun dah bertukar kepada koko. kunun2 nak sihat ye. tp mmg mahal.
yg penting tekak sedap kan.
Wah.. cantiknya tin dia.. sesekali layan tekak..
Boleh LZ cuba, nampak best review NA..
Kalau buat kek coklat mesti padu..
sy cuba beralih dari milo ke koko. baru sedap!
Pertama kali tahun brand ni. Dari pek tin tu boleh agak macam premium. Boleh tahan juga harganya. Kalau sedap okaylah. Rare koko mint tu.
kalau bancuh dlm adunan kek, boleh ke?
cantik packaging dia ada color pink lagi.. sedapnya koko panas
Post a Comment