بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Hari Isnin 21/11 yang sibuk dan memenatkan. Pukul 6 petang lebih anak buah ketuk pintu bilik hulur parcel kuning diraja ini.
Tahu siapa yang hantar sebab dia sudah beritahu. Maka bukalah bungkusan tersebut.
Mula-mula ingat set cawan dengan piring biasa sebab nama pun cawan kopi dan piring. Apabila buka dalam nampak seperti 'piring' seperti tapak cerek elektrik. Cuma ini guna wayar USB seperti wayar cas telefon bimbit. Kira mudah dibawa. Cuma hati-hati sebab cawannya seramik. Mudah pecah.
'Piring'nya ada butang on. Jadi letak cawan berisi air. Saya letak air koko dan ia akan sentiasa panas pada suhu 50-55 darjah Celcius. Ia dikatakan suhu sesuai. Ada penutup cawan dan sudu yang comel (tiada dalam gambar).
Bolehlah selalu minum air yang agak suam tanpa tunggu lagi. Saya letak cawan dan piring di bilik tidur, boleh bersedia minum bila-bila masa. Terima kasih kepada blogger Shikin Razali --> wwww.shikinrazali.com yang hadiahkan kepada saya cawan dan piring elektronik. Saya terpilih melalui undian sebagai salah seorang 10 tukang komen. Alhamdulillah tuah saya terpilih untuk bulan November. Banyak hadiah Shikin beri saya guna dah. Macam- macam dapat. Saya hargai sangat-sangat.
27 comments:
Alhamdulillah..tahniah kak. Menarik sangat ni. Boleh menikmati air sentiasa suam panas je.
menarik tu.. senang tak perlu ke dapur nak panaskan air..
wah cantik unik la hadiahnya NA..
Wah, berguna sangat hadiah ni. Kadang2 tgh leka buat kerja terlupa air dah makin sejuk. Tahniah dapat hadiah sebagai pengomen :D
kak NA selalu rajin mengkomen. haha, tahniah
Wah.. Minumannya akan sentiasa hangat.. Menarik.. Tahniah awak..
alhamdulillah lps ni rajin laa NA buatkan kopi utk sy...🤭😉
benar indah. tahniah ya
Alhamdulillah. Tahniah dapat hadiah.
assalammualaikum cik na
wahh bestnya hadiah
Alhamdulillh rezki =)
Menarik hadiahnya.
Tahniah NA 👍
Selamat ya
Alhamdulillah, saya ikut senang
Alhamdulillah, tahniah... ^_^
tahniah NA!
Menarik hadiahnya. Shikin memang pandai pilih hadiah
wahh tahniahnyer dpt hadiah unik guna teknologi piring cerek elektrik canggih juga nih., ;p
wah tahniah...semoga gembira dan bersemangdat dalam dunia blogging
best best👍
tahniah, praktikal hadiahnya...
tahniah na lepas ni tak risau air sejuk
cantik hadiahnya... selamat ya
Awesome!. Bagus ni kalau winter. Tak payah ulang alik ke dapo. Hopefully one day dpt beli 1.
tahniah..rezeki tu..macam best plak piring pemanas air ni...
Baguuuuus kak mug nya. Apalagi bisa tetap membuat air tetap hangat yaaa. Saya termasuk yg tak suka minum air dingin, Krn gampang batuk. Jadi kalo tiap pagi, wajib minum air hangat.
Tahniahh.. saya ada satu.. hadiah besday tp x guna lg... Mujur bgtau suhu 55.. nanti nak try la.. eheheh.. Lama x jadi pengomen tgar blog kak Shikin.. Huhu... Bz... byk x terr bw
Alhamdulillah rezeki NA rajin komen.
Menarik sangat hadiah ni
Wah, tak tahu saya, wujudnya alat macam ni sekarang, jadi air minum kita takkan sejuk. Alhamdulillah, murah rezeki NA.
Post a Comment